Perbincangan Wikipedia:Gambar pilihan

Latest comment: 2 tahun lalu by 26 Ramadan in topic Kategorikan semula subjek gambar pilihan

Kategori untuk The One Ring (LOTR) sunting

Ape kategori yang sesuai untuk letak gambar tu? Rasa macam takde yang sesuai je... izzudin 05:24, 5 April 2008 (UTC)Balas

Saya rasa kategori yang sesuai bagi gambar ini ialah "animasi dan fantasi". — Didie (bincang) 05:26, 5 April 2008 (UTC)Balas

Kalau "Fantasi" aje tak boleh ke? Pasal ada gambar fantasi tapi tak beranimasi. izzudin 10:02, 6 April 2008 (UTC)Balas

Kalau kategori fantasi saje, boleh jugak. — Didie (bincang) 12:08, 6 April 2008 (UTC)Balas

beresszzz izzudin 10:48, 7 April 2008 (UTC)Balas

sesuaikah? sunting

Saya tambah satu lagi kategori baru iaitu biologi untuk memuatkan animasi hemoglobin. Dan saya lihat keadaan arkib gambar pilihan sekarang amat bercelaru. Bagaimana kalau gambar diletakkan dalam format gallery wikipedia?

camnih:

izzudin 07:27, 10 Ogos 2008 (UTC)Balas

Izzudin, animasi hemoglobin tidak terpilih. Mengenai format galeri, saya tak kisah. ...Aurora... (bincang) 14:02, 11 Ogos 2008 (UTC)Balas
a'ah... terlepas pandang... :P izzudin 09:54, 12 Ogos 2008 (UTC)Balas

mercu tanda sunting

perlu ke kategori untuk mercu tanda? bukan lagi sesuai gambar dalam mercu tanda tu dipindah ke seni dan arkeologi ke? izzudin 20:42, 16 Ogos 2008

Setuju. ...Aurora... (bincang) 11:05, 19 Ogos 2008 (UTC)Balas

Kaji semula gambar pilihan sunting

saya dapati ada beberapa gambar yang tersenarai dalam gambar pilihan tidak memenuhi kriteria gambar pilihan. oleh itu saya cadangkan supaya tarik balik status gambar pilihan dari gambar-gambar tersebut. bolehkah sebegitu?

Gambar-gambar yg tak menepati kriteria:

izzudin 10:01, 15 September 2008 (UTC)Balas

Rasanya pemilihan tu dibuat masa awal penubuhan wiki-ms. Begitu juga dengan rencana pilihan yang awal-awal yang mempunyai banyak masalah. Kalau di wiki-en memang mereka tarik balik (dan saya sangat setuju). Masalahnya pengguna aktif kita tak seberapa, dan jika mahu tarik balik, perlu ada sekurang-kurangnya seorang penyunting yang aktif yang akan menjalankan kerja-kerja ini. Saya mahu cadangkan orang itu diberi tugas melabel RP atau GP lama yang perlu ditarik balik sekali dengan alasannya. Kemudian dibincang sebelum diundi beramai-ramai. Cuma kelemahan cadangan saya ini ialah akan menambahkan tugasan kepada penyunting dan juga mungkin akan melencongkan tumpuan pengguna-pengguna lain. Kebaikannya ialah kawalan mutu. --Tikar aurum (bincang) 10:45, 15 September 2008 (UTC)Balas
Sebahagian gambar2 ini dipilih sebelum kewujudan Commons, jadi memang tak banyak gambar berkualiti pada masa itu. Saya setuju je dengan cadangan ini, dengan dua pengecualian:
  • Imej:Keplers supernova.jpg: bukannya senang nak dapat gambar ni. Malah turut jadi gambar pilihan di wiki-en.
  • Imej:Two F-22 Raptor in flying.jpg: bukannya senang nak dapat gambar ni. Lagipun kecil sikit je. 984 × 773 piksel. ...Aurora... (bincang) 15:03, 15 September 2008 (UTC)Balas
Perlukah gambar-gambar yang tak ikut kriteria dijalankan undian untuk pengecualian dari ditarik balik status gambar pilihan? izzudin 13:21, 20 September 2008 (UTC)Balas
Orang lain macam tak minat pun. ...Aurora... (bincang) 10:44, 23 September 2008 (UTC)Balas
Kalu sesetengah gambar pilihan ditarik statusnya. Sesetengah rencana pilihan pun perlu ditarik statusnya. Kalu boley buat dengan segera. — Imran Al-Sahih (pesanan) 14:05, 20 September 2008 (UTC)Balas
Saya rasa baik tarik status gambar pilihan saja dulu. Memandangkan rencana di sini pun bukannya banyak yang berkualiti. Tapi gambar ada Commons, jadi banyak pilihan untuk gambar pilihan. izzudin 14:42, 20 September 2008 (UTC)Balas

Taj Mahal sunting

Saya nak ganti Imej:Taj Mahal 2004.jpg dengan yg asal dari Commons iaitu Commons:Image:Taj Mahal in March 2004.jpg. Ada bantahan? ...Aurora... (bincang) 14:56, 31 Oktober 2008 (UTC)Balas

Saya bantah! Pikselnya kurang jika dibandingkan dengan commons. Gambar Taj Mahal MsWiki juga sudah diedit dengan Photoshop.... PuteraLuqman Tunku Andre 03:15, 1 November 2008 (UTC)Balas
Mengapa pula bantah? Kan Aurora hendak menggantikan dengan yang asli, tidak diedit, yang lebih baik dan beresolusi besar... Anda baca atau tidak pernyataan Aurora? Polar 19:08, 1 November 2008 (UTC)
Imej yang dah ada di commons sila la delete. Terang-terang imej tu dia tulis diambil dari Commons guna nama yang sama. niduzzi 19:20, 1 November 2008 (UTC)Balas
Putera Luqman, sebab piksel kuranglah saya nak ganti. Kualiti gambar asal di Commons lebih tinggi. Izzudin, anda maksudkan hapus yg ada di sini kan? ...Aurora... (bincang) 15:06, 4 November 2008 (UTC)Balas
Errr... takkan nak hapus di commons...? niduzzi 15:11, 4 November 2008 (UTC)Balas

Piksel yg kurang i2 lah yang mencerminkan MsWiki. I2 menunjukkan MsWiki tak perlu bgantung pd Commons satus patus! PuteraLuqman Tunku Andre 15:46, 4 November 2008 (UTC)Balas

gile.. niduzzi 16:26, 4 November 2008 (UTC)Balas
Dah diganti. ...Aurora... (bincang) 14:30, 7 November 2008 (UTC)Balas

Kategorikan semula subjek gambar pilihan sunting

Salam sejahtera.

Saya ingin mengkategorikan semula subjek-subjek kandungan dalam bahagian Wikipedia:Gambar pilihan dengan mengikut contoh daripada Wikipedia bahasa Inggeris supaya lebih kemas dan tersusun. Tambahan pula, kandungan gambar pilihan juga semakin meningkat, jadi langkah yang saya lakukan ini mungkin wajar.

Jika saudara/i mempunyai sebarang pertanyaan dan/atau ternampak kesalahan semasa saya membuat projek ini, boleh maklumkan kepada saya di laman perbincangan.

Sekian, terima kasih. 26 Ramadan (bincang) 08:28, 16 Mei 2021 (UTC)Balas

Kembali ke laman projek "Gambar pilihan".