Perbincangan Wikipedia:Nama khas

Active discussions

KomentarSunting

Sila sunting rencana ini samada dari segi ejaan, tatabahasa atau struktur ayat. Saya hanya menterjemah daripada bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Pada sesetengah tempat, saya telah mencuba untuk memasukkan contoh yang telah pun ada atau lebih relevan dengan WIkipedia bahasa Melayu ini. Pautan-pautan bertanda merah, sewajarnya ditukar kepada contoh yang telah ada dalam WIkipedia ini, tetapi saya tidak dapat menemui contoh yang baik. Saya juga telah memasukkan beberapa idea atau pandangan peribadi di dalam rencana ini. Jika ada bantahan, saya bersedia untuk membincangkannya. Komentar lain juga amatlah dialu-alukan. Satu lagi masalah yang timbul ialah berkenaan perkataan Dumpling. Saya tidak dapat menemui makna atau perkara yang sama yang boleh digantikan dengan perkataan ini. (Yang terlintas di fikiran hanyalah ketupat). --Tikar aurum 19:58, 11 Jun 2008 (UTC)

Saya sunting sikit, dan tukar dumpling jadi ladu :) ...Aurora... 14:08, 12 Jun 2008 (UTC)

Bukankah ladu ialah manisan masyarakat India? Apa kena mengena dengan dumpling? Mungkin lebih elok berikan contoh lain, tetapi saya beluam ada idea --Tikar aurum 15:51, 14 Jun 2008 (UTC)

Saya tak pasti jika perkataan dumpling sesuai diubah menjadi ladu, tapi bagaimana dengan "pau"? Dumplings sebenarnya lebih kurang macam pau, tetapi menurut program penterjemahan kamus, memang "ladu" patut digunakan, ataupun puding... - p.m.c. 17:41, 14 Jun 2008 (UTC)

Baru ditukar dengan contoh yang lain supaya isu Dumpling/ladu ini boleh diselesaikan. Untuk makluman, Knoedel, makanan Jerman ini dibuat samada dengan menggunakan roti atau kentang. Sebab itulah saya kurang bersetuju apabila ladu digunakan. Apa-apapun saya harap contoh baru yang saya berikan masih dapat difahami. --Tikar aurum 21:40, 14 Jun 2008 (UTC)

Kembali ke laman projek "Nama khas".