Perbincangan Wikipedia:Permohonan memadam laman/Indon

Gue rasa artikel ini memang harus dikekalkan, begitu jua artikel Malingsia. Kebanyakan yang memberi pendapat adalah orang Malaysia. Pendapat

"Indon" ialah istilah singkatan kepada "Indonesia" manakala "Malingsia" pula ialah ialah ejekan, kutukan, dan penghinaan kepada "Malaysia".

pada pandangan (kebanyakan) orang Malaysia adalah munasabah dan betul. Namun cuba fikirkan dari segi orang Indonesia. Perkataan tersebut kebanyakan masa dianggap sebagai perkataan yang menghina. Seperti yang saya bicarakan di laman pembicaraan Malingsia, semua orang, tidak kira etnis dan ugama, ada hak untuk mengetahui perkataan "common" yang digunakan untuk melabel sesuatu kumpulan, lihat List of Ethnic Slurs di wiki-en. Jika atas sebab sesuatu perkataan itu terasa hina oleh sesuatu kumpulan artikel berkenaan perlu dihapuskan, entri seperti Babi, Anjing dan sebagainya perlulah dihapuskan di wiki berbahasa melayu, arab, yahudi dsbnya. Salam Pancaragam 20:50, 10 Februari 2008 (UTC)Balas

Perkataan Indon telah lama digunakan, malah media Indonesia sendiri pernah menggunakannya sejak tahun 2000 lagi. Ini membuktikan ia pada mulanya tidak membawa apa-apa erti penghinaan. Perasaan terhina ini perkara yang baru timbul sekitar 2007. Lihat saja pengakuan penulis akhbar Indonesia "Ketika baru tiba di Malaysia, saya hanya tersenyum mendengar dan membaca perkataan tersebut. Ada semacam kelucuan di dalamnya. " [1] Selain itu perkataan Indon turut digunakan oleh banyak negara lain, lihat saja bukti dalam rencana itu, tetapi kenapa Malaysia sahaja yang dipersalahkan. Saya tidak pernah melihat Indonesia membakar bendera Australia berkenaan hal ini. Ini berbeza dengan perkataan Malingsia yang sememangnya dari awal bererti menghina. Saya mengundi mengekalkannya agar pendatang baru dapat memahami polemik berkenaan isu ini. Yosri 10:41, 18 Mac 2008 (UTC)Balas

Orang kalau dipanggil Indon pula mereka bisa angry. Aku melihat ini, mengapa ia tak didelete? Azmi1995 07:47, 26 Mac 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman projek "Permohonan memadam laman/Indon".