Perbincangan Wikipedia:Transklusi

Latest comment: 15 tahun lalu by Kurniasan in topic Istilah

Istilah sunting

Saya cadangkan istilah Transclusion ini diterjemahkan sebagai "Sisipan/Penyisipan rentas'". Cadangan ini datang daripada kata trans yang bermaksud rentas dan (in)clusion yang bermaksud penyertaan, kemasukan. Idea pula datang daripada istilah transfusion yang bermaksud (pe)lakuran rentas. Tetapi saya rasa sisipan atau penyisipan lebih sesuai (saya lebih gemar sisipan). Oleh itu, kata kerja "transclude" boleh pula diterjemah sebagai menyisip rentas. "Menyerta rentas" atau "masuk rentas" bagi saya kedengaran sangat pelik. Saya sudah cuba rujuk Kamus Dewan, tetapi tiada lagi istilah yang setara. Istilah "Transclusion" adalah kata nama baru yang diperkenalkan dalam pengaturcaraan komputer. --Tikar aurum (bincang) 22:04, 10 September 2008 (UTC)Balas

Setuju...Penyisipan rentas..Che (bincang) 01:24, 11 September 2008 (UTC)Balas

Dalam konteks wiki, transclusion ialah menyertakan sesebuah laman ke dalam laman lain sebagai templat. Saya gunakan "kemasukan" sahaja.—Aviator, 01:56, 11 September 2008 (UTC)Balas

Aviator, masalah dengan "tranclusion" ialah, sesuatu objek (dalam hal ini ialah dokumentasi) bukan dimasukkan dalam erti kata meletakkan. Contohnya, A ialah sebuah rencana dan B ialah gambar dan C ialah fail audio. A, B dan C wujud dengan sendirinya secara berasingan. Saya mahu "transclude" B dan C ke dalam A. Jika kata kerja "masuk" digunakan, bererti B dan C dipindahkan ke dalam A. Jika kata kerja "menyertakan" pula, bererti B dan C disalin ke dalam A. Sebaliknya, satu arahan diberikan supaya A boleh "memanggi ke dalamnyal" tanpa menyalin, memindah atau mengubah B dan C. Jika saya perlu mengubah B, saya hanya perlu pergi ke B dan ubahnya di sana. Perubahan akan berlaku juga di A. Begitu juga jika perubahan dibuat ke atas C. Tetapi, jika A diubah, B dan C tidak terjejas. Jika dipandang sekali imbas, boleh jadi bermaksud "sambung". Tetapi kata kerja ini lebih kepada menghubungkan dua benda, dan apabila kata kerja "hubung" terlibat pula perlulah ada reaksi timbal-balik daripada objek yang dihubung.
Sekarang saya cuba berikan contoh yang berkaitan dengan aktiviti di wikipedia ini. Sebuah gambar di"transclude" ke dalam sebuah rencana. Rencana itu, contohnya membincangkan Serbia. Gambar yang dimaksudkan pula berupa peta negara tersebut dengan penerangan ("caption") Peta Serbia. Tiba-tiba sebahagian wilayahnya mengisytiharkan kemerdekaan (Kosovo?). Saya hanya perlu pergi ke fail gambar dan ubah fail itu dengan membuang wilayah yang merdeka itu. Tanpa perlu mengubah rencana Serbia, penerangan atau nota gambar di dalam rencana tersebut masih benar. Inilah yang dimaksudkan dengan "transclusion". Dalam hal ini, "kemasukan" tidak cukup atau sebenarnya tidak tepat. --Tikar aurum (bincang) 03:36, 11 September 2008 (UTC)Balas
Transclusion hanya melibatkan perbuatan memasukkan laman lain sebagai templat. Perkara-perkara yang anda katakan itu (memasukkan imej dan audio) bukannya dipanggil transclusion dalam istilah wiki, tapi embedding. Anda rasa macam mana?—Aviator, 05:10, 11 September 2008 (UTC)Balas
Mmmm, memang sekali pintas kedengaran bunyinya seperti "embedding". Tetapi, istilah embed lebih kepada "menanam" atau "memasukkan" dalam erti kata objek yang "dimasukkan/ditanam/di'embed'" hadir (disalin, dipindah) secara fizikal di dalam rencana, sedangkan "transclude" tidak. Dengan "transclude" objek B dan C itu seolah-olah diwakili atau ditampilkan. Lagi satu ciri "transclude" ialah, objek B dan C itu hadir dalam pelbagai objek yang sejenis dengan A (rencana-rencana lain).
Saya faham maksud anda. Cuma apa yang saya mahu sampaikan pada kiriman sebelum ini ialah, di Wikipedia dan wiki-wiki yang sewaktu dengannya, istilah transclusion hanya melibatkan laman atau templat. Untuk imej, audio, dan sebagainya, istilah transclusion tidak digunakan. Saya bukan nak pertikaikan soal maksud bahasa atau semantik, tapi penggunaannya macam itulah. Walhal, seperti yang anda terangkan sebelum ini, "transclusion" boleh sahaja mempunyai skop yang lebih meluas. Tapi dalam konteks Wikipedia, istilah ini hanya terhad untuk laman atau templat. Anda boleh baca en:Wikipedia:Transclusion.
Berkenaan dengan terjemahan, saya telah gunakan "kemasukan" kerana ringkas dan saya harap tak mengelirukan berbanding "penyisipan rentas". Lagipun, istilah ini amat jarang digunakan, sebab itu saya ketepikan terjemahan yang lebih tepat. Tapi kalau anda mahu cadangkan terjemahan lain dan anda ada hujah, saya boleh tukar.—Aviator, 12:59, 11 September 2008 (UTC)Balas
Kemasukan tidak sesuai. Pindah masuk boleh. Saya pindahkan laman ini kepada Wikipedia:Transklusi. Perbendaharaan kata, mengikut jejak langkah bahasa lain. Transclusion adalah gabungan trans (imbuhan yang bermaksud pindah, bergerak, bertukar) dan inclusion (bermaksud "rangkuman", include pula bermaksud "termasuk", "rangkum"). kurkur 00:37, 27 September 2008 (UTC)Balas
Sumber mana yang anda gunakan ni? Trans tak pernah menjadi "kata kerja". Ia adalah "kata sendi depan" yang bermaksud rentas, sebelah atau seberang. Dan anda terus semborono mengubah tanpa membincangkannya di sini. Untuk makluman pindah adalah Translation, dari kata Latin TRANS-latus yang membawa maksud "bawa ke seberang". Tetapi untuk kata inclusion, anda memang tepat. Lagi satu, Transclusion TIDAK melibatkan perpindahan langsung. Anda ni sebenarnya sudah baca atau tidak hujah-hujah di atas! Saya tidak gemar tabiat menyadur segala-galanya dari BI. Maaf kalau tersinggung, tapi bagi saya itu tabiat orang pemalas. Kita perlu cari yang secocok dengannya daripada berjuta-juta perbendaharaan kata BM. --Tikar aurum (bincang) 12:16, 27 September 2008 (UTC)Balas
Secara kasar, memang tidak dipindahkan, secara halus, datanya dipindahkan ke dalam dokumen lain. Atau dipinjam dari sesuatu dokumen ke dokumen lain. Pemalas? Hei, saya buat carian terlebih dahulu, bukan terus letakkan transklusi. Mahu cipta istilah? Nanti ada orang akan kata kita bukan pencipta istilah. Satu lagi, sudah baca rencana Transklusi? Transklusi itu sendiri pada asalnya tidak wujud di dalam bahasa Inggeris, ianya portmanteau (atau mungkin) yang mula diketengahkan oleh Ted Nelson. Satu lagi, transklusi ada sinonim yakni "Sisipan" (interpolation Inggerisnya). Baca juga wikt:transklusi kurkur 12:59, 27 September 2008 (UTC)Balas
Kembali ke laman projek "Transklusi".