Perbincangan Wikipedia:WikiProjek Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu/RUWM/Usul RUWM/Matlamat/1

Matlamat/Hala tuju sunting

Usul daripada Pengguna:Kurniasan sunting

Berikut adalah matlamat-matlamat Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu (RUWM):

  • Merapatkan silaturrahim dalam kalangan pengguna Wikipedia Bahasa Melayu.
  • Langkah awal kepada pembentukan Wikimedia Malaysia (khas bagi pengguna di Malaysia).
  • Membuka mata penduduk tempatan (bandar RUWM diadakan) akan kewujudan Wikipedia Bahasa Melayu lantas menarik minat mereka untuk menyumbang di Wikipedia ini.
  • Mengadakan seminar bagi melatih mereka yang berminat menyumbang di Wikipedia cara-cara menyunting, membuat rencana, menamakan tajuk, mengkategorikan sesebuah rencana dan sebagainya.

Perbincangan sunting

Seeloknya point kedua iaitu membentuk Wikimedia Malaysia dibincangkan pada RUWM2. Mungkin kita memerlukan satu matlamat yang kukuh berdasarkan perancangan program RUWM1 ini. — Didie (bincang) 01:32, 7 Oktober 2008 (UTC)Balas

Langkah awal biarlah buat awal-awal. RUWM2 langkah-langkah susulan. niduzzi 09:23, 9 Oktober 2008 (UTC)Balas
Ia adalah antara matlamat dan sebab utama RUWM wujud. Ramaikan pengguna -> cukup orang -> Wikimedia Malaysia -> Yay!. kurkur 16:39, 11 Oktober 2008 (UTC)Balas
Pada saya, untuk melaksanakan Wikimedia Malaysia...perlu ada Wikimedia cawangan bagi setiap negeri...Jadi saya cadangkan Wikimedia Malaysia cawangan negeri-negeri...jadi penaja-penaja (bukan penaja wang..tetapi penaja dari segi perjalanan aktiviti) seharusnya diagih-agihkan kerana semua orang tahu tugas-tugas masing-masing sehingga sampai waktu RUMW1 diadakan..sebagai contoh..
  • Saya dan Naisi (Wikimedia Malaysia cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)...
  • Kurniasan ..(Wikimedia Malaysia cawangan Pulau Pinang)
  • Didie ..(Wikimedia Malaysia cawangan Pulau Pinang) dan sebagainya...
Saya minta Didie..uruskan sebagai sekretariat Wikimedia Malaysia..sebab apa yang Didie buat nie nampak terurus..Che (bincang) 04:00, 20 Oktober 2008 (UTC)Balas

Saya? Sebagai Sekretariat Wikimedia Malaysia. Wow... Bolehkah remaja yang berumur 13 tahun memegang jawatan itu. Kalau sekadar di alam maya, takpelah tapi kalau realiti ni rumit sikit sebab saya juga sebagai pelajar BM High School perlu juga menumpukan perhatian dalam pelajaran. Jadi, minta maaflah ye. Walaupun demikian, silalah mengundi saya bagi jawatan panitia yang hanya terlibat di alam maya itu iaitu pada Perbincangan Wikipedia:WikiProjek Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu/RUWM/Panel panitia. Sekian.. — Didie (bincang) 13:41, 23 Oktober 2008 (UTC)Balas

Didie..saya harap awak tidak buat perkara ini sekerat jalan sahaja..Kalau anda menganggap bahawa ini hanyalah hobi..maka sia-sia sahaja RUWM ini. Pada saya jawatan untuk alam maya penting bagi pengemaskinian..anda memang layak..Che (bincang) 05:19, 25 Oktober 2008 (UTC)Balas
Ya, saya akan teruskan perjuangan RUWM ini di alam maya sebagai panitia RUWM. Jadi undilah saya pada Perbincangan Wikipedia:WikiProjek Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu/RUWM/Panel panitia. Saya tidak menyatakan untuk buat sekerat jalan cuma menidakkan cadangan saudara untuk menjadikan saya sebagai Sekretariat Wikimedia Malaysia sahaja. Sebab ia melibatkan alam realiti tetapi mengenai alam maya, saya akan terus aktif melakukan pengemaskinian maklumat RUWM. Jangan lupa undi saya ye. — Didie (bincang) 16:15, 25 Oktober 2008 (UTC)Balas

Usul daripada Pengguna:Didie (#1) sunting

  • Memperkenalkan kewujudan Wikipedia kepada penduduk sekitar bandar RUWM diadakan.
  • Menyampaikan kepentingan Wikipedia bahasa Melayu kepada pelajar, warga pendidik, dan orang korporat.
  • Mempromosikan Wikipedia bahasa Melayu dalam usaha menarik masyarakat untuk mengisi masa lapang mereka dengan menyumbang di Wikipedia.
  • Menitikberatkan aspek kerjasama dan bermuafakat sesama komuniti Wikipedia semasa RUWM diadakan.
  • Meningkatkan kualiti pada laman polisi-polisi dan panduan-panduan Wikipedia sebagai rujukan bagi pengguna-pengguna baru.

Sekian. — Didie (bincang) 13:53, 23 Oktober 2008 (UTC)Balas

Usul daripada Pengguna:Putera Luqman Tunku Andre sunting

  • Memperkenalkan Wikipedia Melayu kepada pengguna internet.
  • Mempromosikan Wikipedia Melayu kepada penduduk Malaysia khususnya.
  • Merapatkan permuafakatan antara pengguna Wikipedia Melayu.
  • Memberitahu akan kewujudan Wikipedia Melayu kepada golongan korporat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.
  • Mengadakan kursus atas talian percuma kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menyumbang dalam Wikipedia Melayu.
  • Memberi motivasi kepada pengguna sedia ada supaya agar lebih banyak menyumbang.
  • Memohon kerjasama kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia agar memperkenalkan Wikipedia Melayu kepada warga pendidik, pelajar-pelajar dan mahasiswa-mahasiswi.

Terima kasih. PuteraLuqman Tunku Andre 06:28, 24 Oktober 2008 (UTC)Balas

Perbincangan sunting

Bagus usul tu. Tapi perbaiki siki lagi bleh tak? ...Muhraz... (bincang) 05:34, 26 Oktober 2008 (UTC)Balas

Anda usulkan saja atau beritahu saya dimana kelmahannya. PuteraLuqman Tunku Andre 08:19, 26 Oktober 2008 (UTC)Balas

Usul daripada Pengguna:Che090572 sunting

  • Memupuk semangat setiakawan, sukarelawan di kalangan pengguna wikimedia bahasa melayu..Che (bincang) 05:57, 25 Oktober 2008 (UTC)Balas
  • Mengadakan kursus atas talian percuma kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menyumbang dalam Wikipedia Bahasa Melayu.
  • Memberi motivasi kepada pengguna wikimedia supaya agar lebih banyak sumbangan ilmu diberikan.
  • Memberi galakan kepada pengguna wikimedia bahasa melayu yang ingin menjadikan medium perantaraan ilmu.

- Kalau ada idea yang mungkin kemudian..Che (bincang) 05:57, 25 Oktober 2008 (UTC)Balas

Usul daripada Pengguna:Muhraz sunting

  • Perkenalkan wikipedia pada golongan arsitokrat yang tiada komputer di istana
  • Mengembangkan dan berkongsi ilmu
  • Ajar mereka tentang wikipedia
  • Membantu mereka yang kurag beruntung.

Muhraz (bincang) 05:08, 1 November 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman projek "WikiProjek Rapat Umum Wikipedia Bahasa Melayu/RUWM/Usul RUWM/Matlamat/1".