WCUGM       sunting

Salam saudara AlangPanjiBuana! Saya, CyberTroopers merupakan salah seorang ahli Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Malaysia. Saya ingin menjemput anda untuk menyertai pertubuhan Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Malaysia.

Objektif sunting

  • Mengadakan aktiviti jangkauan awam di seluruh daerah,
  • Bertindak sebagai hab bagi seluruh projek Wikimedia di Malaysia,
  • Bekerjasama dengan masyarakat Wikimedia serantau dan antarabangsa yang lebih luas (bermula dari negara-negara jiran Indonesia, Filipina, Singapura dll dan terus berkembang ke lebih banyak negara di seluruh dunia),
  • Mempromosikan Wikipedia dan pelbagai projek Wikimedia Malaysia di seluruh Malaysia dan dunia, dan
  • Bertindak sebagai suara dan wakil untuk komuniti Wikimedia Malaysia 

Untuk mencapai matlamat ini, Kumpulan Pengguna Komuniti Wikimedia Malaysia akan menganjurkan dan menguruskan pelbagai pertemuan, persembahan dan latihan di luar dan dalam projek Yayasan Wikimedia. Matlamat kami adalah untuk menetapkan asas kukuh bagi Wikimedia di Malaysia dan menjalankan siri WikiProjek dan inisiatif di seluruh Malaysia.

Silalah melawat laman Meta untuk maklumat lanjut berkenaan pertubuhan ini.

Jika anda berkenan untuk menyertai, sila tambahkan nama pengguna anda di senarai keahlian. Anda boleh melihat pertemuan-pertemuan Wikipedia yang diadakan di Malaysia. Sekiranya anda mempunyai kemusykilan berkenaan perkara di atas, silalah bertanyakan saya di laman perbincangan saya atau e-melkan soalan kepada saya.

Terima kasih.

Semak sebelum simpan sunting

Anda telah menerjemah rencana Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dari laman Inggeris, maka, harap semak terjemahan termasuk tatabahasa, kosa kata, format wiki, penggunaan istilah dan penyusunan ayat sebelum menyimpannya. Terima kasih. - Polar (bincang) 23:14, 2 Mei 2020 (UTC)Balas