Perbincangan pengguna:Alistair/Arkib2

Latest comment: 17 tahun lalu by Yosri in topic Tahniah

Hai Alistair, nasib u nie lelaki. Kalau wanita, memang susah. Peribadi (character) anda memang amat keras, hehehe.

Memainkan peranan penyokong hantu lagi... Sememangnya Jimbo Wales yang mengatakan sudut pandangan berkecuali adalah "mutlak dan tidak boleh dirundingkan", adalah juga orang yang melanggarkan prinsipnya itu. Sila lihat bahagian bawah dalam seksyen Jimmy Wales: Perbalahan tentang asal Wikipedia yang mengatakan:

Suntingan-suntingannya menukarkan rujukan-rujukan yang tertentu terhadap asal Wikipedia serta menukarkan pemerian terhadap Bomis. Dalam temu bual Wired, Wales berkata, "Pengguna-pengguna harus tidak patut membuatnya, termasuk saya. Saya mengingini bahawa saya tidak berbuat demikian". Rencana Wikipedia itu juga menunjukkan bahawa Wales cuba mengelakkan stigma sosial yang diakibatkan oleh gambar-gambar dewasa yang digelarkan 'Wanita Bomis' (Bomis Babes) dalam rencana Bomis di Wikipedia.

Setiap orang memang pandai cakap, asalkan kepentingan diri tidak terjejas. Sebagaimana yang anda berkata, "orang yang ingin berprinsip memang kena bayar harga yang tinggi", tetapi hampir semua orang tak sudi membayar. "Think and Grow Rich" merupakan sebuah buku kemajuan diri yang terawal. Dalam buku itu, Napoleon Hill memuji Henry Ford sehingga ke langit. Mengikutnya, Henry Ford memegang ketat kepada prinsip Peraturan Keemasan, iaitu "Do not do onto others what you do not want others to do onto you." atau juga "Do to others what you want others to do onto you." Sebenarnya, Henry Ford bukan malaikat. Mengikut sebuah biografi, beliau satu demi satu menipu kesemua penajanya yang menugaskannya untuk mencipta suatu kereta yang lebih baik. Setiap kali, beliau membina dua model, satu untuk diri, dan satu lagi untuk penajanya. Model untuk penajanya dicipta khas supaya sesiapa yang meneruskannya tidak akan berjaya. Lagipun, secara kebetulan, ketika keretanya siap untuk dikeluarkan secara besar-besaran, sebuah kilang kereta elektrik baru dimulakan. Tanpa sebab, kilang itu terbakar, dan Ford disyak sebagai orang yang melakukannya, tetapi tiada bukti.

Saya pernah menyertai kursus "The 7 Habits of Highly Effective People" di Kuala Lumpur. Sebenarnya saya juga pernah menyertai banyak kursus kemajuan diri. Umpamanya, saya pernah menyertai ceramah Norman Vincent Peale, seorang paderi Amerika Syarikat yang termashyur ketika beliau datang ke Malaysia pada tahun kira-kira 1982. Beliau ialah orang yang memperkenalkan istilah "Positive Thinking" kepada dunia dan dalam buku-bukunya, beliau sering mengatakan bahawa banyak orang menjumpainya untuk menyelesaikan masalah peribadi setiap kali beliau menghabiskan khutbah Ahadnya di gereja. Ketika beliau di Kuala Lumpur, seorang penyerta mengemukakan soalan, tetapi beliau enggan menjawab. Balasannya ialah: "Kalau nak bertanya apa-apa, jemput saya balik sekali!" Tahu ke anda bahawa penaja ceramah itu membayarnya RM10,000 serta kos perjalanan untuk memberikan ucapan 40 minit. Takkan satu dua soalan pun tak boleh jawab? Kalau balik lagi, kosnya siapa nak menanggung? Kan peserta juga? Lagipun ketika itu, beliau dah 84 tahun. Tak tahu besok lagi dapat bangun atau tidak. Kalau ada kesempatan, baik jawab saje, iaitu jika jujur nak menjawab. (Bagaimanapun, beliau dah meninggal dunia pada tahun 1993. Entah berapa juta ringgit Amerika Syarikat beliau membawa ke syurga, hehehe.) Begitu juga dengan pengajar-pengajar kemajuan diri tempatan. Tak baguslah saya menceritakan tentang mereka kerana mereka masih mengajar (atau dalam bahasa kasar, "masih menipu orang", hehehe).

Pasal Mahathir, saya memang keliru. Memang beliau seorang pemikir antarabangsa yang mempunyai kecerdasan yang jauh lebih tinggi berbanding kebanyakan pemimpin-pemimpin antarabangsa, termasuk George W. Bush, atau bapanya. Pencapaiannya memang tidak dapat dipertikaikan. Saya pernah ke Indonesia, Thailand, dan Filipina dan melihat apakah akibatnya sebuah masyarakat yang tidak mempunyai satu kelas menengah yang besar. Memang teruk. Yang kaya, betul-betul kaya, yang miskin, betul-betul miskin. Yang mengelirukan saya ialah peribadi orang itu. Kita bukan mangsanya, mungkin oleh itu, kita tidak begitu beremosi. Kalau kini, kita nie Tun Salleh Abas atau Datuk Syed Ahmad Idid Syed Abdullah, memang pendapat kita berlainan. Walaupun apa yang beliau telah buat itu tidak kena mengena dengan saya (sebaliknya, yang lain seperti perkembangan ekonomi dan penciptaan sebuah lapisan menengah untuk mengukuhkan kestabilan negara merupakan manfaat yang saya telah terima), saya berfikir: "Mengapakah beliau bersikap begitu? Adakah beliau seorang yang menyokong atau membantah rasuah?"

Pada suatu masa ketika di forum Aliran (yang kini telah tutup), saya pernah mempertahankan Mahathir terhadap tuduhan rasuah yang dikemukakan oleh beberapa peserta. Pada masa itu, saya berkata: "Rasuah pun tak apa, asalkan negara masih makmur, dan bukan seperti Filipina di mana Marcos makan semua, termasuk "angsa emas yang bertelur telur emas". Bagi saya ketika itu, saya berasa: Sebuah negara seakan-akan sebuah syarikat. Jika ketua pengurus makan duit pun tak apa, janji masih ada keuntungan lumayan, berbanding sebuah syarikat yang mempunyai ketua pengurus yang jujur, tapi syarikat selalu mengalami kerugian. Taulah hakikat saya. Kena tembak sampai kepala pecah, hehehe.

Okaylaaa, pesan saje jika anda mengalami apa-apa masalah, baik dalam portal atau di luar. Yang saya boleh tolong, saya akan tolong. — PM Poon 04:42, 14 Jun 2006 (UTC)Balas


Alistair... Awak lelaki? Saya tak tahu pun. Apa-apapun, awak ada bakat jadi ahli politik... Tak pun peguam. Tapi perbualan anda dengan PM Poon sering membuatkan saya ternganga sebentar dan menjegilkan mata saya untuk membaca baris demi baris yang sangat panjang. (Orang yang selalu mengendap memang sanggup buat macam tu.) Ada saja maklumat di dalamnya. Hehehe. — Polar 08:25, 14 Jun 2006 (UTC)Balas
Apa maksud awak "saya tak tahu"? Tentang Harry Potter, mungkin saya minat dan tahu sedikit sebanyak tentangnya. (Tak tahulah kalau ada yang saya tak tahu lagi.) Bapa Cedric Diggory ialah Amos Diggory. Ada kaitan dengan nama awak tu ke? — ~~
Hehe. Kelakarlah awak ni. Oo. Sempena nama Alastor Moody... Hmm. Ok juga awak minat frasa CONSTANT VIGILANCE atau dalam edisi melayunya, WASPADA SELALU. Waspadalah awak ya. Ok. Tu saja buat masa ini. Kita kembali ke tugasan kita. Cewah. — Polar 09:38, 14 Jun 2006 (UTC)Balas

Penggunaan templat sunting

Hai Alistair, tiadanya templat {{subst:td}}. Templat yang anda maksudkan ialah Templat: td. Perintah "subst" dipergunakan untuk memindahkan teks daripada templat kepada halaman pengguna supaya ucapan sapaan tidak kelihatan seolah-olah dikilangkan secara besar-besaran ("mass production") atau diberikan oleh robot. Dengan kata yang lain, "subst" dipergunakan untuk memanusiakan sapaan.

Sebenarnya, saya berpendapat bahawa frasa "...anda boleh menanyakan saya atau mana-mana penyelia..." tidak salah. Perkataan "saya" merujuk kepada pengirim sapaan itu, iaitu kalau anda merupakan pengirim, "saya" merujuk kepada anda. Kalau kita tidak menentukan pihak untuk dirujuk, dan kemudian pengguna baru merujuk kepada pengguna biasa lain yang tidak menghiraukan mereka, mereka mungkin akan berasa kecewa. Sebenarnya, banyak pengguna yang tidak menghiraukan saya ketika saya bertanya mereka tentang sesuatu, termasuk kekadangnya penyelia juga.

Oh ya! saya berasa "mana-mana satu penyelia" pun salah! Kan ada penyelia yang masih belum bangun ketika bertidur beberapa bulan atau tahun dahulu? Saya berasa mungkin kita perlu menggunakan nama yang tertentu, khususnya kerana nama-nama penyelia yang masih belum bangun adalah pada kepala senarai itu, hehehe.

Sebenarnya juga, templat itu dicipta pada masa yang saya hendak meletakkan jawatan penyelia. Oleh sebab pada tanggapan saya, saya bukan penyelia lagi, saya menggunakan saya atau mana-mana penyelia..."; kalau bukan sebab itu, saya cuma akan menggunakan frasa "mana-mana penyelia" sahaja.

Templat itu dicipta semata-mata untuk mendorong pengguna tak berdaftar untuk mendaftarkan diri. Pada kelihatannya, bilangan pengguna yang mendaftar sejak penciptaan templat ini telah bertambah dengan amat pesat sehingga tangan pun sakit nak mengucapkan sapaan! Bagaimanapun, bilangan sumbangan tidak meningkat dengan kadar yang serupa. Oleh itu, inisiatif Ychmatematik amat baik untuk mencapai matlamat kita. Sebenarnya, budaya portal ini seolah-olah budaya mesin. Langsung tiada dorongan, cuma ada teguran jika terdapat kejadian salah, seolah-olah kita seorang juruteknik yang cuma menyentuh mesin ketika mesin rosak.

(P/S: Saya tidak faham tentang soalan anda mengenai teknik "Templat:xxx" dalam kotak carian. Bolehkah anda terangkan? Sejauh yang saya tahu, penciptaan templat tidak dilindungi.) — PM Poon 20:26, 14 Jun 2006 (UTC)Balas

Tentang perkara wiki sunting

Hai Alistair, sebenarnya tak banyak lagi dalam wiki yang anda tidak tahu. Secara peribadi, saya berasa jadual dalam halaman ini amat membantu.

Saya tidak perasan anda telah mendaftar pada 17 Januari 2006. Kan dah jauh melebihi tiga bulan? Saya dah hantar pesanan kepada Polar sebab dia memang mendesak nak anda cepat-cepat menjadi penyelia. — PM Poon 04:59, 15 Jun 2006 (UTC)Balas

On the need for a comprehensive and integrated system of motivation sunting

Canggih tak, tajuk pesanan ini, hehehe.

Hai Alistair, aset dari segi mana jika antara 243 rencana yang saya terjemahkan daripada Wikipedia bahasa Inggeris, tiada satu yang dapat diperbaiki untuk digunakan sehingga kini, kita masih mengalami "kekurangan rencana", hehehe.

Sebenarnya, pendorongan amat penting. Umpamanya, Che090572 memberikan saya satu bintang untuk "memartabatkan ilmu botani dalam wikipedia ini". Walaupun ketika itu, saya cuma menterjemahkan empat atau lima rencana botani baru (tetapi memang dah mengisikan semua jadual botani yang saya dapat berjumpa dalam lebih kurang 600 rencana stub), penganugerahan itu memang mendorong saya untuk menterjemahkan sehingga 47 rencana botani dalam masa seminggu lebih, walaupun saya memang tak minat akan botani ataupun makan sayur.... bolehlah kalau makan McDonalds atau KFC, hehehe. Tanpa dorongan Che Det itu, saya memang tak akan menterjemahkan 47 rencana, apa lagi dalam tempoh seminggu lebih!

Kini nak stop penterjemahan, dan menulis sedikit rencana dalam bahasa Inggeris. Dah lama tak tulis. Mungkin akan tulis Wikibook. Bagaimanapun, saya masih akan di sini sekali sekala tiap-tiap hari. Che090572 nampaknya kini tidak beberapa aktif. Memang takde dorongan. Sebenarnya, saya hendak memberikannya satu bintang juga, tetapi nampak tak cantik... saya bagi anda satu bintang, anda bagi saya balik satu bintang. Tapi, kini Ychmatematik dah memberikannya satu anugerah "pengguna aktif". Dia memang aktif pada satu ketika, hehehe.

Untuk jawatan penyelia, saya memang ada perjanjian dengan Yosri bahawa saya memegang jawatan itu buat sementara sahaja kerana ketika itu, memang tak nampak pengguna yang aktif. Kini dah banyak, tetapi yang paling aktif di kalangan aktif, anda memang jauh di hadapan. Asalkan anda boleh mengekalkan 50% daripada tahap aktiviti anda kini, jawatan penyelia memang menunggu anda, iaitu sooner or later, it's yours, hehehe. Dulu, saya pun memang macam itu. Saya menyumbang saje, kerana saya memang tidak minat menanggung sebarang tanggungjawab. Tetapi selepas Yosri mempelawakan saya dua kali, saya berasa tak baik jika saya menolaknya lagi, sedangkan dia telah tahu alasan saya tentang mengapa saya tidak minat menjadi penyelia, dan dia masih menjemput saya buat kali kedua. Kini, dah banyak orang yang minat menjadi penyelia. Tidak lama lagi, jawatan penyelia di portal ini akan serupa panas dengan jawatan di Wikipedia bahasa Inggeris. Saya melihat mereka di Wikipedia bahasa Inggeris ketika mendapat jawatan penyelia.... seolah-olah mendapat anugerah "Tun" atau "Tan Sri", hehehe... bukan Datuk, sebab kini anda campak seketul batu, itu oranglaaa Datuk, hehehe.

Yosri dan Aurora tidak bersuara hanya kerana mereka masih terbengang lagi selepas kejadian penyelia yang baru-baru ini. Tunggulah sehingga mereka berpulih, hehehe. — PM Poon 09:24, 15 Jun 2006 (UTC)Balas

Alamak! Kesian tu... — Lokey3310 11:10, 15 Jun 2006 (UTC)Balas


Erm. Jangan-jangan Yosri dan Aurora sedang cuti rehat. Hmm. Tentang Pengguna "kawan awak" tu, saya dah sekat. Jadi, suruhlah dia buat nama lain yang tidak ada (atau tidak popular). Tentang pengurusan untuk awak menjadi penyelia, awak pohon sahaja. Cukup sokongan dan masa, kami akan lantik dan jika tidak cukup, ada penyelia lain yang akan tarik diri (termasuk saya dengan PM Poon, tapi awak tak mahu PM Poon tarik diri, saya pun boleh). Jadi, kekalkan keaktifan anda ye. — Polar 14:40, 15 Jun 2006 (UTC)Balas
Oh ya, Alistair. Apa alamat email awak? Saja saya minta kerana ada masa saya jarang ke wiki jika saya sibuk dan hanya sempat memeriksa email sahaja. Lebih-lebih lagi menjelang penghujung cuti saya ni. Kalau tak keberatan, anda boleh memberikannya di laman perbualan saya ataupun terus ke email saya yang tertera di Laman Pengguna saya. Sekian. Polar 15:10, 15 Jun 2006 (UTC)Balas

Sila blok "pengguna:KawanAlistair" sunting

Hai Alistair, awak kena blok nama pengguna ini kerana dalam Wikipedia Inggeris, pengguna sebegini akan diblok kerana mereka ini adalah "impostor" atau jika mereka buat akaun pengguna baru dengan nama sama, mereka dipanggil "sockpuppet". Sebab itulah di Wikipedia Melayu ini kita kena ada "usercheck" untuk meninjau pencipta nama pengguna yang tidak bertanggungjawab. Jika anda tidak percaya, sila pergi ke Wikipedia Inggeris dan tulis link "user:jimbo wales" pada link "search" untuk lebih lanjut. — Lokey3310 14:23, 15 Jun 2006 (UTC)Balas

Contoh pengguna "impostor" dan "sockpuppet" melalui templat sunting

Hai Alistair, saya akan tunjukkan contoh templat bagi pengguna sebegini:

  This user is a suspected sockpuppet of Dick Witham, who has been blocked indefinitely.
Please refer to User talk:Mel Etitis/Chadbryant vandals for evidence.
  This account (Alistair/Arkib2) has been blocked indefinitely because it exists solely to impersonate or attack Jimbo Wales. See block log

Inilah yang saya maksudkan.... Sorilah sebab ada nama anda pada templat ini... ini cuma contoh sahaja. — Lokey3310 14:41, 15 Jun 2006 (UTC)Balas

Tentang jalan pintas pada Wikipedia:Babel sunting

Hai Alistair, saya Emrrans. Tolong pasangkan link jalan pintas:WP:B pada Wikipedia Babel yang saya letakkan. Saya telah sambung kerja Lokey3310 jadi dia berasa gembira saya telah kembali. Lagi satu saya sudah maafkan semua pengguna di Wikipedia Melayu ini, termasuk anda. Saya berasa bertuah kerana Lokey3310 telah kembalikan hidup saya untuk Wikipedia. Tanpa Lokey, siapalah saya. — Emrrans 16:46, 15 Jun 2006 (UTC)Balas

Terima kasih atas pesanan anda tadi sunting

Hai Alistair, Lokey3310 telah mengambil keputusan untuk tidak aktif buat masa lama di Wikipedia Melayu atas sebab kerana dia telah gembira selepas saya pulang. Lagi satu, jadi dia ingin keluar kerana dia ada banyak hal lain untuk diselesaikan kerana dia sudahpun lama bekerja. — Emrrans 16:57, 15 Jun 2006 (UTC)Balas

Hai Alistair sunting

Hai Alistair, sila lihat laman perbualan "Emrrans" untuk keterangan mengenai saya. — Lokey3310 17:53, 15 Jun 2006 (UTC)Balas

"Pengorbanan" sunting

Hai Alistair, saya telah membaca pesanan anda di halaman pengguna Polar. Anda bertulis: "... jika dalam proses saya menjadi penyelia, penyelia lain terpaksa "dikorbankan", saya tak mahu jadi penyelia, senang cerita".

Saya berharap bahawa anda tidak bermaksud saya yang "dikorbankan", hehehe. Sebenarnya, saya memang keberatan menanggung sebarang tanggungjawab kerana saya memang hendak berehat. Penyertaan saya di portal ini cuma merupakan hobi, dan hobi bukanlah hobi lagi jika diikat oleh tanggungjawab. Ini saje alasan saya tentang mengapa saya keberatan menjadi penyelia. Bukan tarik harga atau apa-apa.

Saya tertarik kepada portal ini ketika itu, sebahagian besar disebabkan melihat Yosri begitu berusaha tetapi bagi tanggapan saya, caranya tidak betul, hehehe. Kelakar betul dengan begitu banyak mangkuk, tetapi setiap mangkuk hanya mempunyai satu atau dua biji nasi, hehehe. Oleh itu, saya minat membantu dengan cara yang tidak ketara (nampaknya tidak begitu berjaya, hehehe). Saya kekadang juga memberi "sedikit" bayangan kepadanya, tetapi dia memang mempunyai pendapat sendiri yang diukir pada batu, hehehe. Bagaimanapun bagi pendapat saya, kebenaran dalam dunia bukan hitam putih. Hanya masa akan memberitahu.

Kini, saya memang kehilangan bola untuk mengesyorkan sesiapa menjadi penyelia, walaupun anda memang kelihatan agresif dan pegang ketat pada prinsip. Tetapi orang itu pun kelihatan serupa ketika itu, hehehe. Bagaimanapun, setiap orang adalah unik dan berlainan. Kita tidak dapat mengeneralisasikannya (hak cipta terpelihara). Adakah burung akan hidup atau mati dalam gengaman seseorang hanya tergantung kepada pemegang burung itu saje.

Berusahalah untuk mewujudkan portal bahasa Melayu yang terbesar di dunia. Sebenarnya, saya berasa matlamat ini telah dicapai. Tiada portal bahasa Melayu yang lebih besar pada hari ini. Mungkin ada portal yang mempunyai beberapa ratus rencana, tetapi melebihi sepuluh ribu? Takde kot!

JADIKANLAH WIKIPEDIA BAHASA MELAYU SEBAGAI KEBANGGAAN PENGETAHUAN ORANG MELAYU!PM Poon 04:40, 16 Jun 2006 (UTC)Balas


Hai Alistair, saya ada cuba juga menggunakan pautan "Emelkan pengguna ini" tetapi ada ralat:

Pengguna ini tidak menetapkan alamat emel yang sah, atau telah memilih untuk tidak mendapat emel daripada pengguna yang lain.

Hehe. Emel anda tidak sah? Perlukan pertolongan? Huhu. Macam iklan kaunter perkhidmatan pula. Anda uruskanlah ya. Tentang kami yang bising nak menarik diri ni, bukannya apa. Masing-masing berkhidmat untuk wikipedia sebagai hobi dan membantu memperbaikinya dengan lebih baik atas budi bicara dan ihsan. Tapi, apabila tanggungjawab telah diberi, kami pikul juga dengan harapan pelapis yang bagus (seperti anda contohnya) akan mengambil alih tugas penyelia ini pada kemudian harinya dan kami boleh berundur diri ke tahap normal kami (pengguna biasa) serta menyumbang dengan lapang dada. Ia bukan pengorbanan, tetapi kepercayaan. Bak kata PM Poon, jika dia sanggup bertaruh, dia akan bertaruh seluruh hartanya. (Tapi saya orang Islam, saya takkan guna konsep itu.) Kita beri peluang kepada yang lain pula.

Saya pun bercadang nak tarik diri sebab saya sudahpun mempunyai banyak beban di dunia nyata, jadi saya nak kurangkan beban saya di alam maya ini (lainlah PM Poon. Dia dah bersara.) sebab rasa pelik apabila saya pegang tanggungjawab itu tapi tidak gunakan dengan baik. Tapi saya tak tahu keputusan itu betul atau tidak untuk diambil sebab itu adalah cadangan yang saya masih fikirkan hingga kini. Mungkin saya perlu istikharah banyak-banyak. Yang penting, anda buat yang terbaik, kekalkan prestasi anda dan jangan tolak jawatan itu. Wah. Macam bagi wasiat.

Apa-apapun, jangan lupa betulkan pautan emel tu. Saya nak sampaikan sesuatu yang tak boleh dipaparkan disini. Tak cantik nanti. — Polar 08:12, 16 Jun 2006 (UTC)Balas

Terjemahan untuk laman Wikipedia:Kotak pengguna sunting

Hai Alistair, boleh tak anda terjemahkan laman "Wikipedia:Kotak pengguna" yang telah bertungkus-lumus saya buatkan? Sebab saya buat laman ini untuk membantu anda cara untuk anda buat templat kotak pengguna, dimana saya tidak boleh terangkan kesemua caranya untuk buat templat kepada anda. — Emrrans 09:29, 16 Jun 2006 (UTC)Balas

Anda patut jadi birokrat sunting

Hai Alistair, tak tengok World Cup ker?? Saya sokong Brazil ngan England, anda sokong negara mana?? Ok, berkenaan tugas penyelia, kita kekurangan birokrat. Jadi, saya cadangkan bahawa anda perlu beritahu Yosri yang anda mahu jadi Birokrat kerana Birokrat boleh mengubahsuai kesemua mod-mod Wikipedia Melayu seperti laman istimewa di mana sysop tidak boleh melakukannya. — Emrrans 12:49, 16 Jun 2006 (UTC)Balas

Berkenaan keahlian anda di Wikipedia Inggeris sunting

Hai Alistair, saya lihat nama pengguna anda tiada di Wikipedia Inggeris. Adakah anda telah menarik diri keahlian anda di Wikipedia Inggeris?? — Emrrans 15:08, 17 Jun 2006 (UTC)Balas

Cuti 3 hari untuk menenangkan fikiran sunting

Setelah melihat begitu banyak kerja yang bakal dilaku, saya mahu mohon tiga hari cuti, hehe! Ta for now! Alistair 阿力斯特伊儿 09:48, 19 Jun 2006 (UTC)Balas


Hai Alistair, terima kasih kerana mengajar saya tentang pautan daripada wiki yang lain. Memang tak boleh habis belajar, hehehe.

Sebenarnya, saya tidak mengatakan bahawa saya akan hilang terus. Saya cuma mengatakan bahawa saya tidak akan begitu aktif di sini saje. Dah lama di sini tiap-tiap hari sekurang-kurang 10 jam! Kini kena berjalan-jalan sikit, hehehe. Selepas meletakkan jawatan sebagai penyelia, perasaan memang lebih senang hati, walaupun tiada sesiapa yang memaksa saya membuat apa-apa ketika memegang jawatan itu. Cuma selalu fikir ini belum buat, itu belum buat, namun macam suatu beban yang amat berat di bahu saya, hehehe.

Pada beberapa hari ini, saya lebih di Wikipedia bahasa Indonesia untuk memuat naik gambar dan memperbaiki reka letak isi kandungan rencana. Mereka juga mengajar saya sesuatu, hehehe. Banyaknya rencana mereka yang tidak ada gambar, sedangkan banyak gambar sedia ada di Wikimedia Commons dan hanya memerlukan pautan saje. Saya juga pergi ke Wikipedia bahasa Tagalog tetapi sana memang susah... langsung tak memahami satu perkataan Tagalog, macam mana nak masukkan kasyen dalam gambar?

Saya kini pun tidak menghabiskan banyak masa di depan komputer berbanding dahulu kerana membaca buku-buku bahasa Melayu UPSR, hehehe. Nantilaaaaa, bila saya berasa yakin dengan penguasaan bahasa Melayu saya, saya akan lebih kerap masuk ke portal ini semula. Saya juga tengah membelajari Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator. Yaks!!! banyaknya yang tidak buat selama beberapa bulan ini. Masih tidak ada masa nak menulis dalam Wikibook. Saya nak menulis "How to learn the Malay language", hehehe. Silap-silap, semua silap, hehehe. Bagaimanapun, saya mempunyai banyak buku rujukan yang saya beli tetapi tidak pernah sentuh.

Saya masih boleh membantu menterjemahkan garis panduan. Berikanlah saya satu rencana dan masa seminggu untuk setiap rencana (dulu, sehari atau dua nak siap!). Saya buat perlahan-perlahan. Sebenarnya, saya masih ada banyak rencana yang saya memasukkan dalam portal ini dari Wikipedia bahasa Inggeris yang belum siap diterjemahkan. Tapi tak naklaaa menterjemahkan itu sebab memang banyak lagi, hehehe. Saya boleh membantu sikit-sikit, diharap lama-lama pun jadi bukit, hehehe. — PM Poon 10:23, 19 Jun 2006 (UTC)Balas

Terima Kasih sunting

Saya sebenarnya baru sahaja habiskan Praktikel ataupun Latihan Industri(Industrial Traning) di salah sebuah syarikat di KL.Sebab itu saya sangat sibuk dalam beberapa bulan ini.Sekarang sudah selesai.Pada bulan 7 pula saya akan menyambung pelajaran dalam semester baru di salah sebuah IPTA di Malaysia."Cassiopeta7 11:20, 19 Jun 2006 (UTC)"Balas

Tahniah sunting

Tahniah di atas perlantikan sebagai penyelia! — Master2841 16:33, 19 Jun 2006 (UTC)Balas

Anda sememangnya layak dilantik di atas sumbangan anda dan sokongan penyelia yang lain. Teruskan menyumbang. Yosri 00:28, 20 Jun 2006 (UTC)Balas

Rencana halaman perbualan sunting

Hai Alistair, nama anda memang berbunyi macam perempuan, apa lagi dengan sikap anda yang begitu teliti, hehehe. Sebenarnya, dulu saya salah anggap bahawa anda wanita dan oleh itu, segan nak terlalu rapat dengan anda.

Tentang sysop

Sysop terdiri daripada tiga jenis:
  1. pelari pecut, seperti pelari 100m
  2. pelari maraton, seperti Aurora
  3. pelari rehat selepas mendapat jawatan sysop, hehehe.
Kita kedua-dua nampaknya macam dalam Kategori Satu! Pelarian sebegitu pantas memang tak dapat dikekalkan. Mati nanti! Oleh itu, kenalah mengikut cara Aurora. Kekalkan ketekalan!

Tetapi sikap memang susah nak berubah. Seorang pelari pecut tidak boleh menjadi pelari maraton dan sebaliknya, iaitu seorang pelari maraton tidak boleh menjadi pelari pecut. Peribahasa Cina kuno berkata: "Gunung mudah dialih, perangai susah diubah." Oleh itu, kita tiada pilihan. Buat saje mengikut perangai kita. Jika kita hendak meniru gaya Aurora, kita memang akan gagal dengan begitu teruk. Pada akhirnya, saya berasa sumbangan adalah sama saje, kerana hasil yang dikeluarkan dengan pancutan harus diselang dengan tempoh rehat. Kalau tak rehat, terus masuk hospital. Dalam kes sedemikian, terpaksa rehat juga!

Alistair, anda harus berhati-hati supaya kursus anda tidak terjejas. Sebenarnya, rancangan-rancangan anda adalah amat baik sehingga saya kini pun tak faham bahasa Greek anda, seperti liason InterWiki dan checkuser, hehehe. Saya amat menghargai penghargaan yang diberikan saya oleh kamu semua, tetapi janganlah cadangkan apa-apa jawatan untuk saya disebabkan alasan di atas. Ketika diberikan jawatan atau anugerah, saya memang berasa tidak selesa. Umpamanya ketika saya menerima anugerah daripada Che090572, saya berasa saya tidak layak menerima anugerah itu kerana sumbangan saya dalam bidang botani tidak mencukupi sebagai penyelia ketika itu. Bagi saya, sasaran untuk penyelia adalah jauh lebih tinggi berbanding pengguna biasa. Oleh itu, saya memaksakan diri untuk melayakkan diri dengan sasaran seratus rencana botani. Tak sampai lima puluh rencana pun dah putus nafas, hehehe. Sebenarnya, saya tahu ini semua buatan diri. Che090572 memberikan saya anugerah berdasarkan apa yang saya telah buat (iaitu empat lima rencana serta pengisian jadual-jadual botani), bukan berdasarkan apa yang saya belum buat. Disebabkan pengalaman itu, saya memang berasa bahawa sistem motivasi adalah amat penting bagi mengembangkan portal ini. Dari satu segi, sebagai manusia, kita semua masih mempunyai sisa-sisa perangai kanak-kanak yang amat gembira ketika menerima bintang daripada cikgu, hehehe.

Berbanding dengan jawatan rasmi, saya berasa saya akan lebih berkesan sebagai pembantu tak rasmi. Dengan itu, saya tidak akan berasa sebarang tekanan dan oleh itu, mungkin dapat memberikan sumbangan yang lebih banyak.

Tentang penguasaan bahasa Melayu

Alistair, bolehkah anda memberikan tajuk lengkap untuk "Learning Malay" oleh Frank Swettenham, iaitu penerbit serta ISBN, jika boleh? Saya akan cuba mencarinya di perpustakaan Singapura. Mengatakan bahawa "Malay as a language is "bafflingly easy" to learn" hanya mengatakan separuh kebenaran saje. Bagi saya, ayat yang lengkap ialah "''Malay as a language is "easy" to learn, but bafflingly difficult to master", hehehe. Saya cuba membaca kesusasteraan Melayu. Memang gaya penulisannya amat berbeza daripada gaya penulisan dalam Wikipedia. Kalau terpaksa menulis seperti kesusasteraan Melayu, saya akan menggantung but saya, hehehe (masih tak boleh melarikan diri daripada bahasa Inggeris).

Cadangan saya untuk anda

Saya berasa apa yang anda merancang memang amat baik untuk portal ini, tetapi tidak begitu baik untuk anda sendiri kerana projek-projek ini mungkin akan menjejaskan kursus anda. Bagi saya, saya berasa anda harus lebih menyumbang rencana-rencana berkaitan dengan kursus anda. Umpamanya selepas setiap syarahan, anda menyumbang rencana yang berkaitan dengan syarahan itu; jika anda belajar "Akta Jualan Barangan 1957", sumbanglah rencana itu. Portal ini memang tidak mempunyai banyak rencana undang-undang. Dengan cara ini, terdapatnya sinergi antara Wikipedia dan kursus anda yang boleh menyebabkan anda membunuh dua ekor burung dengan seketul batu (hehehe, keinggerisan lagi!).

Projek-projek yang anda ingin melaksanakan bolehlah diperlahankan atau lebih baik (bagi pendapat saya untuk kepentingan diri anda) ditangguhkan selepas kursus anda, jika tiada pengguna lain yang dapat melaksanakannya. Saya berharap anda faham akan apa yang saya maksudkan. Sebenarnya, saya pernah menjadi pensyarah sambilan, dan dengan pengalaman itu, saya berasa cara yang paling berkesan untuk pelajar ialah untuk membuat ulang kaji benar-benar selepas setiap syarahan. Dengan menyumbang rencana yang berkaitan benar-benar selepas setiap syarahan, itulah ulang kaji yang terbaik kerana perbuatan ini "memaksakan" anda menumpukan perhatian kepada setiap syarahan anda. Perbuatan itu juga memberikan sumbangan rencana yang amat bernilai kepada portal ini. Anda tidak semestinya hendak menterjemahkan rencana daripada Wikipedia bahasa Inggeris yang memang menelan banyak masa. Asalkan anda boleh menulis satu perenggan, dah cukup berbanding dengan rencana stub yang lain!

Nota kaki

  1. Semalam, saya bermimpi bahawa Aurora membantah pemasukan rencana Chin Peng dalam Wikipedia bahasa Melayu ini kerana tidak "patriotik", hehehe. Apalah dia nie! Saya tidur pun nak bagi pesanan kasi gua!
  2. Aurora telah menjelaskan tentang bantahan gambar pilihannya. Kalau hanya untuk gambar sulung, cadangannya memang amat berpatutan. Saya terkecut ketika menganggap Aurora ini bersikap sempit akal kerana sehingga ini, dia sentiasa berfikiran luas. Nampaknya, Yosri juga amat berfikiran luas ketika membatalkan had bilangan penyelia tanpa ditegur.

Rujukan

Pautan luar


Kategori: Halaman perbualan

NOTA: Hai Alistair, halaman ini bolehlah diarkibkan, hehehe. — PM Poon 04:21, 20 Jun 2006 (UTC)

Kembali ke laman pengguna "Alistair/Arkib2".