Perbincangan pengguna:Alistair/PM Poon

Mengenai Hari Ulang Tahun Pilihan sunting

Anda telah berkata dalam halaman Kedai Kopi:

Saya telah tidak melaksanakan tanggungjawab saya hendak menterjemah Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan secara efektif. Ini adalah disebabkan saya sibuk dengan semester universiti saya, maklumlah menjadi seorang pelajar undang-undang tidak mudah. Namun saya sedar bahawa mengikut kata PM Poon, ini bukan alasan yang kukuh. Saya minta maaf kepada semua.

Nak saya buktikan bahawa tuntutan anda mengenai "sibuk" itu merupakan satu bohong besar? Janganlah sangka bahawa anda orang satu-satunya yang belajar kursus undang-undang! — PM Poon 09:48, 2 Oktober 2006 (UTC)Balas

Hmmm... kelihatan "sibuk" lagi sunting

Hmmmm.... nampaknya anda ada tiga cara menjawab soalan:

  1. Jika ada alasan kuat, anda akan tekan minyak.
  2. Kalau tiada jawapan, anda akan:
  1. cuba memesongkan soalan dengan "menjawab" dengan panjang lebar, seolah-olah ada alasan-alasan yang kukuh, tetapi sebenar tidak menjawab soalan. Teknik ini bukan ciptaan anda sebab dah lama digunakan oleh penipu-penipu dan dipanggil "teknik temberang"; atau
  2. hilang sebentar supaya mengharapkan semua orang terlupa anda belum menjawab.

Bagaimanapun, saya akan memberikan anda faedah kesangsian buat kali ini. Mungkin benar-benar sibuk, walaupun ini bukan kali pertama.

Perbicaraan sunting

Bagi membuat anda berasa santai, biar saya memberikan anda sebuah cerita:

Pada suatu ketika, terdapat satu kes pembunuhan di Mahkamah Alor Star. Penolong Pendakwa Raya membentangkan kesnya, serta saksi-saksi dan bukti-buktinya. Defendan itu menafikan tuduhan pembunuhan dan mendakwa bahawa dia tidak pernah ke tempat pembunuhan itu sekali pun.
Pada akhir perbicaraan itu, Hakim Alor Star mendapati bahawa defendan tidak bersalah dan menerangkan keputusannya seperti berikut:
Saya mengatakan bahawa defendan tidak bersalah dari segi apa yang telah dicakapkannya selama ini, bukan mengikut perlakuannya, atau dalam kata lain, pernyataan-pernyataan saksi atau bukti-bukti.

Tahukah anda moral cerita ini? — PM Poon 21:38, 3 Oktober 2006 (UTC)Balas

Mengenai Hari Ulang Tahun Pilihan sunting

Anda telah berkata di dalam halaman Kedai Kopi:

Saya telah tidak melaksanakan tanggungjawab saya hendak menterjemah Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan secara efektif. Ini adalah disebabkan saya sibuk dengan semester universiti saya, maklumlah menjadi seorang pelajar undang-undang tidak mudah. Namun saya sedar bahawa mengikut kata PM Poon, ini bukan alasan yang kukuh. Saya minta maaf kepada semua.

Kenyataan anda bahawa "saya sedar bahawa mengikut kata PM Poon, ini bukan alasan yang kukuh" mendasarkan andaian bahawa alasan anda itu adalah kukuh dan munasabah, tetapi saya ini bukan orang yang bertimbang rasa. Kalau saya memberikan anda tahi, tak kan anda nak makan? Serupa juga, saya juga bukan orang yang bodoh sehingga tahi pun makan.

Nampaknya anda telah menyembunyikan diri. Bagaimanapun, saya sekarang akan membuktikan bahawa tuntutan anda mengenai "sibuk" itu merupakan satu bohong besar.

Tentang kursus undang-undang sunting

Sebagaimana yang saya tahu, kursus undang-undang bukannya kursus universiti yang paling susah di dunia. Kalau saya tidak silap, kursus-kursus perubatan adalah jauh lebih susah.

Semasa Tun Abdul Razak belajar undang-undang di Britain pada tahun 1947, beliau mempunyai masa untuk menjadi ahli Parti Buruh British, serta setiausaha Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan untuk menubuhkan "Forum Malaya", sebuah wadah bercetak (bukan forum internet dan oleh itu, amat leceh) untuk perbincangan persoalan-persoalan politik negara antara penuntut-penuntut Malaya. Mungkin universitinya itu lauyar punya, ataupun undang-undang tidak begitu banyak ketika itu. Mungkin bidang common law (didokumenkan buat pertama kali pada tahun 1769) dan kes Donoghue lwn Stevenson (1932) masih belum wujud ketika Tun Razak belajar undang-undang pada tahun 1947.

Bagaimanapun, suatu pendidikan yang menelan kesemua masa pelajar sehingga mengakibatkan ketakimbangan hidup pelajar bukannya suatu pendidikan yang baik. Oleh itu nampaknya institusi pendidikan yang anda pilih ini bukannya institusi yang memberikan pendidikan yang baik, atau masalahnya berasal daripada anda sendiri. Mengikut jalan fikiran anda, memang masalah bukannya berasal daripada diri anda tetapi sebaliknya, daripada kursus undang-undang yang begitu istimewa cirinya. Namun, saya kena membentangkan lagi satu perkara.

Tiada masa untuk rencana Hari Ulang Tahun Pilihan tetapi ada masa untuk rencana lain sunting

Usaha anda yang paling cemerlang terhadap rencana Hari Ulang Tahun Pilihan adalah pada 3 Julai 2006. Pada hari itu sahaja, anda telah mengarang sebanyak 15 buah rencana (iaitu rencana 1 Ogos hingga 15 Ogos 2006) . Kalau cara ini dapat dikekalkan, memang anda boleh siap semua rencana untuk sebulan dalam dua hari, dan menunaikan janji anda. Malangnya, usaha itu merupakan tahi ayam.

Antara 604 suntingan yang anda buat antara 16 Ogos hingga 1 Oktober 2006, 8 suntingan adalah mengenai Hari Ulang Tahun Pilihan. Ini merupakan 1.3245%, iaitu kurang daripada 2% bagi semua suntingan anda. Sibuk, tak ada masa? Tahi, bukan?

Bilangan hari antara 16 Ogos hingga 5 Oktober ialah 51 hari. Anda telah mencipta rencana untuk hari 31 Ogos, serta 2, 4, 6, dan 7 September, iaitu 5 rencana pada keseluruhannya. Dengan itu, pencapaian anda terhadap kewajipan anda ialah 9.8039%, iaitu kurang daripada 10%. Apakah markah minimum untuk lulus di universiti anda?

Dalam pada masa itu, anda telah mencipta lapan buah rencana undang-undang yang baru, iaitu lebih banyak daripada rencana Hari Ulang Tahun Pilihan, seperti berikut:

  1. 28 Ogos: Kontrak di Malaysia
  2. 29 Ogos: Merdeka!
  3. 4 September: Steve Irwin (bukan rencana undang-undang)
  4. 30 September: Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
  5. 30 September: Berkuatkuasa
  6. 30 September: Hedley Byrne lwn Heller
  7. 30 September: Carlill lwn Carbolic Smoke Ball Company
  8. 1 Oktober: Undang-undang Inggeris.

Sejak 8 September, anda tidak pernah menulis sebarang rencana Hari Ulang Tahun Pilihan kerana "sibuk dengan semester universiti saya, maklumlah menjadi seorang pelajar undang-undang tidak mudah", tetapi ada masa untuk mengarang 5 buah rencana baru yang amat panjang (berbanding rencana Hari Ulang Tahun)! Ini tidak termasuk sambungan rencana yang dimulakan sedikit sebelum 8 September, iaitu rencana seperti Stare decisis. Kalau masa itu diperuntukkan untuk rencana Hari Ulang Tahun, agak berapa rencana yang boleh anda tulis? Tak ada masa? Tak kan kelima-lima rencana itu tidak perlu masa untuk menulis?!!!!!

Kesimpulan sunting

Janganlah kata "Namun saya sedar bahawa mengikut kata PM Poon, ini bukan alasan yang kukuh." Akankah Mahkamah Malaysia menganggap alasan anda cukup kukuh? Tanya diri sendiri... lagi baik, tengok muka sendiri di depan cermin, kerana cermin akan membayangkan hati naruni anda melalui wajah muka anda. (PENAFIAN: Kenyataan terakhir ini mendasarkan anggapan bahawa anda mempunyai hati naluri).

Anda adalah orang yang mementingkan diri. Anda cuma menulis apa yang suka anda tulis, bukannya untuk pembaca atau keperluan portal ini. Dengan kata yang lain, samalah kita kedua-dua ini. Oleh itu, tak perlulah memegang sikap holier than thou atau mengolok-olokkan cerek, sedangkan diri sendiri serupa hitam.

Anda berkata: HAVE YOU NOT ONE IOTA OF ANY DESIRE WITHIN YOURSELF (not from outside!) TO COME TOGETHER AND HELP DEVELOP WIKIPEDIA MELAYU FOR THE BENEFIT OF SOCIETY IN GENERAL, AND THE MALAYS IN PARTICULAR?

Namun jawapan saya adalah: Do you have?PM Poon 15:24, 5 Oktober 2006 (UTC)Balas

Mementingkan diri dan perkara-perkara lain sunting

Untuk tuduhan anda terhadap sikap saya yang mementingkan diri, sila lihat jawapan saya di laman pengguna saya.

Kemudian, saya juga akan membincangkan persoalan: "Kelihatannya kini bahawa PM Poon silap pula, meskipun kesilapannya amat biasa. Di samping itu, saya juga akan membincangkan persoalan "laoshi" yang kemudian menjadi "lousy. "Shi fu" anda kini telah menjadi "Fu shi" atau dalam bahasa Inggeris, "full of shit"!!!.

Bagaimanapun, saya akan memberikan masa yang mencukupi untuk anda memahami apa yang telah saya tulis setakat ini. Memang banyak lagi perkara-perkara yang dapat saya membincangkan, hanya berdasarkan apa yang telah anda tuduh terhadap saya sehingga ini. Anda juga boleh menimbulkan mana-mana satu persoalan yang hendak anda mengutamakan.

Diharap anda akan menjelma di portal ini tidak lama lagi bagi TO HELP DEVELOP WIKIPEDIA MELAYU FOR THE BENEFIT OF SOCIETY IN GENERAL, AND THE MALAYS IN PARTICULAR, atau dalam bahasa Melayu, "untuk membantu mengembangkan Wikipedia Melayu bagi kepentingan masyarakat amnya, dan kaum Melayu khususnya". — PM Poon 18:52, 5 Oktober 2006 (UTC)Balas

Maksud "tiada masa" yang sebenar sunting

Apakah maksudnya "tiada masa", sedangkan setiap hari mengandungi 24 jam? Dengan itu, bolehlah saya mengatakan bahawa semua orang yang masih hidup mempunyai 24 jam setiap hari (nak kurang pun tak boleh), kecuali orang yang mati.

Bagaimanapun, "tiada masa" sering dipergunakan sebagai "alasan" (excuse) ketika seseorang "malas bikin", "tak nak bikin atas berbagai-bagai sebab, termasuk alasan tak ada sebarang faedah yang boleh diterima", dan sebagainya.

Takrif yang lebih tepat ialah "tiada keutamaan" dalam susunan kegiatan harian seseorang. Sememangnya, setiap orang mempunyai banyak kehendak. Ini adalah ciri utama manusia... iaitu ketamakan:

..... resources are scarce [because human wants are unlimited] and that it is necessary to choose between competing alternatives. With scarcity, choosing one alternative implies forgoing another alternative—the opportunity cost. The opportunity cost creates an implicit price relationship between competing alternatives. — petikan daripada en:Economics

Andai katalah Wikipedia bahasa Melayu membayar setiap rencana Hari ulang tahun pilihan mengikut harga pasaran sebanyak 30 sen setiap perkataan terjemahan. Setiap rencana Hari ulang tahun pilihan mengandungi lebih kurang 150 perkataan, iaitu lebih kurang RM45.00 untuk masa anda sebanyak lebih kurang 10 minit. Adakah anda mempunyai masa untuk menterjemahkannya?

Mungkin anda merupakan anak orang kaya. Apa itu RM45.00, kan? Tetapi RM45.00 seminit untuk 10 minit merupakan RM270.00 sejam, atau RM1,890 sehari (untuk tempoh kerja yang biasa sebanyak 7 jam sehari.) Mungkin anda berkata: "Mustahil boleh membuat terjemahan tanpa berhenti?!!" Okey, katakanlah hanya menulis 5 jam sahaja, iaitu RM1,350.00 sehari. Untuk seorang pekerja yang hanya bekerja lima hari seminggu, dia akan mendapat RM29,700 sebulan untuk kerja 22 hari. Tak kan RM30,000 ini satu jumlah yang kecil? Tunggulah sehingga anda bekerja. Mungkin tak dapat RM30,000 setahun pun pada satu dua tahun permulaan anda!

Baik, mungkin anda berkata: Mana ada 7,920 rencana Hari ulang tahun pilihan untuk menterjemahkan. Kan hanya ada 366 buah rencana sahaja? Betul juga. Baik, andailah adanya satu pertandingan untuk rencana Hari ulang tahun pilihan yang terbaik. Pemenang akan mendapat sebuah kereta Toyota Vios. Apakah Toyota Vios, anda mungkin bertanya, "sedangkan aku kini pakai kereta yang lagi mewah". Baik, apa kata anda jika hadiah ialah sejuta ringgit? Hmmm... tak mungkin? Memang tak mungkin! Ini sahaja untuk membuka akal anda. Kalau sejuta ringgit untuk sepuluh minit anda, memang ada masa, bukan? Itulah dikatakan keutamaan!

Perancangan masa bagi seorang pelajar sunting

Jika seorang pelajar tidak ada masa, apa lagi orang yang sudah bekerja. Bukan sahaja dunia pekerjaan merangkumi kerja lebih masa yang sering tidak berbayar (sejenis eksploitasi), pekerja itu juga menghadapi tanggungan rumah tangga dan sebagainya, iaitu double jeopardy. Namun maklumlah menjadi seorang pelajar undang-undang yang masih belum berumah tangga adalah amat mudah.

Sebenarnya, semua kursus sastera, termasuk kursus undang-undang, bukannya kursus yang demanding. Oleh itu, kursus undang-undang merupakan salah satu kursus terawal yang telah dipilih oleh institusi-institusi pendidikan swasta (bersama-sama dengan kursus perakaunan) sehingga sekarang, memang susah nak membezakan antara institusi pendidikan undang-undang dan kilang pengeluaran peguam. Di Johor Bahru, rumah juga dipergunakan untuk dijadikan institusi pendidikan undang-undang, hehehe. (Tak baiklah jika saya menamakannya.)

Seseorang pelajar harus belajar dengan berkesan, iaitu work smart, not hard. Kalau nak work hard seperti lembu, 50 jam sehari pun tak cukup. Memang ada banyak buku undang-undang yang tebal. Kalau nak belajar dan ingat semua kandungannya, seumur hidup pun tak cukup. Mungkin institusi anda menggunakan kaedah lama, iaitu isi otak dengan fakta-fakta, berbanding sistem baru yang mengajar bagaimana dapat memperoleh fakta apabila diperlukan. Dengan kata yang lain, anda mungkin salah memilih institusi pendidikan untuk belajar kursus anda.

Bagaimanapun, terdapat dua hukum dalam bidang ekonomi, iaitu "Law of Diminishing Returns" (sori ye, Kamus Dewan Bahasa tergendala sejak tengah hari Rabu) dan Kesan Pareto. Yang dikatakan oleh dua hukum ini adalah bahawa seseorang pelajar yang memperuntukkan kesemua masanya untuk belajar adalah tidak bijak kerana kaedahnya tidak berkesan. Yang berkesan cuma lebih kurang 20% daripada masa itu sahaja.

Oleh itu, peruntukkanlah satu jam yang terakhir untuk Wikipedia bahasa Melayu dan jelmalah diri untuk HELP DEVELOP WIKIPEDIA MELAYU FOR THE BENEFIT OF SOCIETY IN GENERAL, AND THE MALAYS IN PARTICULAR!!! Janganlah dikalahkan oleh seorang yang DO NOT HAVE ONE IOTA OF DESIRE TO HELP DEVELOP WIKIPEDIA MELAYU!

(P/S: Saya akan memperuntukkan rencana Hari ulang tahun pilihan untuk bulan Februari, iaitu bulan yang paling pendek, untuk anda. Saya pasti bahawa dengan lebih kurang 128 hari, iaitu melebihi 4 bulan, anda akan dapat menyiapkannya, walaupun katalah cara belajar anda tak berkesan, hehehe.) — PM Poon 19:48, 7 Oktober 2006 (UTC)Balas


Namun sebagai memahami keadaan PM Poon, mengemaskinikannya dengan menterjemah daripada Wiki-En sentiasa adalah terlalu memenatkan. Tapi kalau ya pun, kenapa tak minta bantuan je? Saya boleh pikul sebahagian daripada bebannya. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjinglah!
Alistair 阿力斯特伊儿 03:39, 3 Julai 2006 (UTC)


Bukannya satu dua rencana. 366 rencana, tahu? Kalau tak buat, memang ingat senang! Kalau dah buat, baru tahu kebosanannya! Itu masa, berak anda pikul, ringan saya jinjinglah! hehehehehehe

Kembali ke laman pengguna "Alistair/PM Poon".