Berkenaan gambar-gambar hasil muat naik awak yang dicalonkan dan dihapuskan di CommonsSunting

Saya bersimpati dengan semua usaha awak dihapuskan di sana.

Tapi saya mahu beritahu satu je masalah dengan semua muat naik awak tu. Gambar-gambar yang awak muat naik tu bukan dari hasil tangkapan kamera awak sendiri. Awak ambil di laman-laman rasmi menteri, kan? Sebab itu mereka anggap gambar awak tu berhakcipta dan tak layak dimuat naik di Commons. Commons ni guna US punya pelayan, jadi apa-apa yang dimuat naik oleh pengguna, mereka akan tanggung hakcipta mengikut undang-undang hakcipta di US. Dan Commons ni hanya menyokong gambar yang tiada hakcipta atau belum lagi dimuat naik dari mana-mana laman web kecuali Flickr.

Jadi cara nak elak mereka kena serang dengan hakcipta, sebab tu mereka tak kira apa pegangan pengguna, sama ada gambar itu boleh dimuat naik atau tak, selagi bukan hasil tangkapan sendiri, mereka takkan teragak-agak membuangnya. Sekian, harap maklum. SNN95 Talk to me, beybeh! 09:44, 12 November 2020 (UTC)

Sukan Olimpik Remaja atau Sukan Olimpik Belia?Sunting

Salam sejahtera saudara, terima kasih atas usaha anda untuk memperkembangkan rencana berkaitan topik Sukan Olimpik Belia. Namun, saya ada satu persoalan: Apakah istilah padanan yang sesuai bagi "Youth Olympic Games"? Sukan Olimpik Remaja atau Sukan Olimpik Belia? Sebab sekiranya mengikut terjemahan BI-BM, "belia" ialah "youth" manakala "remaja" ialah "teen" (Kementerian Belia dan bukan Kementerian Remaja...). Namun, saya juga nampak portal rasmi Majlis Sukan Negara menggunakan istilah "Sukan Olimpik Remaja". Saya sendiri juga berasa keliru jadi saya ingin mendapatkan pandangan saudara. Limbo.J 02:30, 18 September 2021 (UTC)

Secara rasmi bagi saya adalah REMAJA kerana bukan sahaja di laman web MSN menggunakan istilah Remaja, malah media seperti portal berita dan surat akhbar juga menggunakan istilah REMAJA bukannya BELIA. Ini berdasarkan ketika musim Olimpik Remaja 2018 di Argentina. Amir Noor Muhammad (bincang) 02:40, 18 September 2021 (UTC)

Mmm... Memang saya nampak banyak artikel akhbar yang menggunakan istilah tersebut, walaupun masih ada sebilangan artikel yang menggunakan istilah "Belia". Namun saya rasa perkara ini biasa sahaja kerana pelbagai versi nama yang berbeza juga digunakan oleh wartawan semasa membuat liputan berita mengenai Tokyo 2020 (cth: Olimpik Tokyo, Olimpik 2020...). Sebagai pengesahan, saya telah bertanya pihak DBP melalui perkhidmatan Khidmat Nasihat mereka dan mereka juga mengatakan bahawa "Sukan Olimpik Remaja" merupakan istilah yang betul [1]. Saya akan memindahkan semua laman yang menggunakan istilah "Sukan Olimpik Belia" dalam tajuk laman. Limbo.J 09:04, 20 September 2021 (UTC)

Maaf saudara, saya semalam telah berbincang dengan Pengguna:Anumengelamun (ahli Wikipedia pertama yang melontarkan isu ini dan memindahkan rencana Sukan Olimpik Remaja ke Sukan Olimpik Belia) dan beliau mempunyai pandangan yang berbeza mengenai isu ini jadi saya harap anda boleh baca dan menyertai (sekiranya saudara rasa perlu) perbincangan kami:

Translation requestSunting

Hello.

Can you translate and upload the article en:Sport in Azerbaijan/id:Olahraga di Azerbaijan in Malay Wikipedia?

Yours sincerely, Multituberculata (bincang) 11:24, 2 Januari 2022 (UTC)

FlagIOCSunting

Hello! Can you check the historical flags of many countries. Mainly because many of them shows the current flags of today. In articles which are Olympics related such as from 1984 until 2004 many countries have the wrong flags. Historical flags denote the country's history and how the country has developed and changed. Can you correct the errors so the correct flags show themselves?. Yours sincerely, Sondre --88.89.14.227 14:17, 14 Februari 2022 (UTC)

Templat:Infobox country at gamesSunting

Hello! Can you add a documentation subpage for the Templat:Infobox Country at games mainly because that shows the parameters and other valuable information about the template and how to use it. Yours sincerely, Sondre --88.88.4.178 15:07, 19 Mei 2022 (UTC)