Perbincangan pengguna:Aurora/Arkib2

Latest comment: 17 tahun lalu by Che090572 in topic rencana: gadis kecil
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Rencana tarikh dan Terjemahan antara muka sunting

Rencana tarikh sunting

Hai Aurora, SEGALA rencana mengenai tarikh telah disiap. Sekarang nak muntah apabila menengok rencana tarikh. Kini, jumlah rencana tarikh ialah 3,952, seperti berikut:

Perkara Tempoh   Bilangan  
Hari 1 Januari - 31 Disember 366
Hari Januari 1 - Disember 31 366
Minggu Isnin - Ahad 7
Bulan Januari - Disember 12
Tahun 499 SM - 2006 2,505
Dekad 3990 SM - 2100-an 609
Abad Abad ke-40 SM - Abad ke-32 72
  Milenium     Milenium ke-10 SM - Milenium ke-5   15
Jumlah   3,952

Saya kena mengemaskini rencana tersebut untuk memastikan bahawa formatnya konsisten sebab semasa membuatnya, saya telah membuat beberapa perubahan. Walau bagaimanapun, perubahan yang akan dibuat tidak amat penting dan tidak akan menjejaskan penggunaannya buat sekarang. Oleh sebab itu, saya akan membuatnya secara perlahan-perlahan.

Rencana tarikh sebenarnya bukanlah rencana tulen tetapi cuma merupakan cengkarang sahaja. Oleh sebab itu, sekiranya kita mencapai 12,000 rencana, sebenarnya kita cuma mencapai 8,000 sahaja. Malangnya, kebanyakan daripada rencana-rencana di ms:Wikipedia cuma merupakan rencana tunggul (stub).

* * * * *
Hai Aurora, alihan tidak diambil kira dalam jumlah rencanakah? Saya pun tak perasan. Walau bagaimanapun, saya membuat alihan sewaktu membuat kalendar 2006. Sangat ajaib bahawa pautan antara bahasa ke en:Wikipedia harus ada sebelum templat kalendar dapat diguna. Lagipun, format tarikh kena berada di dalam format bulan dahulu, iaitu Januari 1; kalau tidak, templat tidak dapat diguna.
Saya juga menukar format untuk halaman "Status Terkini" supaya tidak perlu mengemaskinikan kalendar setiap bulan. Pengemaskinian setiap tahun juga telah dimudahkan. Walau bagaimanapun, lakar halaman yang baru tidak beberapa elok. Jika kamu ada gagasan yang lebih baik, sila memperbaikinya. Saya juga tidak dapat tarikh untuk Hari Aidil Adha. Sila masukkan maklumat tersebut, jika boleh.
Terima kasih atas maklumat tentang Borgx. Saya akan menghubunginya dalam beberapa hari lagi. Memang sekarang amat letih dari segi mental dan perasaan tak beberapa seronok, LOL. — PM Poon 10:03, 3 Januari 2006 (UTC)Balas

Terjemahan antara muka sunting

Saya meminta maaf sebab lambat menjawab kamu tentang perkara ini. Saya telah melihat cadangan kamu dan memang amat puas hati dengan usaha kamu. Memang kaum wanita lebih teliti dalam pelaksanaan tugas mereka :).

Disebabkan membuat rencana-rencana tarikh, saya sekarang menghidapi hangover dan tidak dapat membuat kerja yang memerlukan perhatian yang mendalam buat sementara. Saya kena rehat beberapa hari sebelum meneruskan projek terjemahan. Walau bagaimanapun, saya harap projek ini boleh siap sebelum Hari Raya Cina sebab saya ingin bersara.

Kini, saya masih mengalami masalah dalam pelaksanaan patch yang kena dibuat sebelum penyerahan. Sebenarnya, saya belum mendapat mengetahui cara untuk kedua-dua langkah tersebut. Walaupun saya telah beberapa kali membaca kaedahnya dalam Wikimedia, saya masih tidak dapat faham. Pertanyaan di Wikimedia tidak mencapai apa-apa balasan. Saya kena tanya pengguna-pengguna yang lain. — PM Poon 08:10, 3 Januari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, saya sudah menghubungi Borgx. &mdash PM Poon 00:48, 4 Januari 2006 (UTC)Balas

Terjemahan antara muka 2 sunting

Hai Aurora, nampaknya kamu sudah habis membaca seluruh terjemahan. Lagi pandai kamu semua! Kamu membaca dari halaman suntingnya ke?

Aurora, adakah terjemahan untuk "about":

  • "about" => "Maklumat" ataupun
  • "about" => "Perihal"?

Mengikut Dewan Bahasa, "cache" merupakan istilah lama. Istilah baru ialah "ingatan para". Adakah Aurora sudi membuat perubahan? Perkataan "cache" langsung tidak mempunyai ciri-ciri bahasa Melayu.

Saya masih berfikir bahawa perkataan "sysop" kena ditukar menjadi "sisop" (gabungan "sistem" dan "operator" :)  ). Banyak perkataan bahasa Inggeris yang merupakan perkataan gabungan telahpun diterjemahkan dalam bahasa Melayu; umpamanya ermmmm, ummmm, ooommmm.... kalau kamu nak tahu, saya kena buat sedikit penyelidikan, hehehe).

Saya berasa Istimewa:Watchlist/edit kena di terjemahkan supaya cuma bahasa Malaysia diguna, jika boleh. Bolehkah kamu terjemahkannya melalui peralihan menjadi: "Istimewa:Senarai pantau/sunting"?

Maklumat Aurora mengenai Borgx amat bagus. Kini, dia telah mengajar saya memuat turun perisian CVS. Tanpa perisian tersebut, memang tidak dapat memasuki baris perintah untuk membuat patch. — PM Poon 10:35, 5 Januari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, okay. Nanti bila ada masa, saya akan memberikan beberapa contoh untuk menyokong "sisop" tapi ini cuma untuk main-main saja. Baik kita gunakan "penyelia" saja! — PM Poon 10:25, 6 Januari 2006 (UTC)Balas

Perbincangan tentang Kategori sunting

Hai Aurora, sila lihat: Perbualan Yosri. — PM Poon 12:56, 5 Januari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, Saya cadangkan kategori Tasik di Itali diletakkan di bawah subkategori Tasik yang subkategori Geografi. Tidak perlu geografi Itali kerana (parent) kategori jadi banyak.

  • Kategori:Geografi
      • Kategori:Tasik
        • Kategori:Tasik Malaysia
        • Kategori:Tasik Itali
      • Kategori Gunung
        • Kategori:Gunung Malaysia
        • Kategori:Gunung Itali

Yosri 10:45, 6 Januari 2006 (UTC)Balas

Imej:Symbol-ms.png sunting

Boleh masukkan kembali Imej:Symbol-ms.png, kerana banyak laman memaut kepadanya. Yosri 11:50, 6 Januari 2006 (UTC)Balas

Gurau-gurau sahaja sunting

Hai Aurora, kamu berkata:

... Saya masih tidak setuju menjadi "sisop". Kalau nak terjemahkan juga, seharusnya "opes", "opesis" ataupun yang menggambarkan "operator sistem".

Kalau sekarang, saya ke kedai "Dunkin Donut" dan membuat pesanan, "Tolong bagi saya dua nadoh coklat" (satu untuk kamu, satu untuk saya, hehehe), agak-agak apakah reaksi pekerja kedai itu? Kan "nadoh" merupakan gabungan "nat" (nut) dan "doh" (dough) yang selaras dengan logik kamu? Sama juga dengan:

  1. atmosfera (bukan "sferatmos")
  2. automobil (bukan "mobilauto")
  3. besbol (bukan "bolbes")
  4. sofbal (bukan "bolsof")
  5. koboi (bukan "boiko")
  6. kuartermaster (bukan "masterkuarter")
  7. portfolio (bukan "folioport")
  8. psikologi (bukan "logipsiko")
  9. telekomunikasi (bukan "komunikasitele")
  10. telefon (bukan "fontele")

Saya rehatkan kes saya (I rest my case!!), hehehe.

Salah satu daripada kaedah untuk menterjemah daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu ialah:

"Bentuk visual kata Inggeris itu sedapat mungkin dikekalkan, dengan beberapa penyesuaian."

Kalau tidak, nanti saya menukar "Syarikat Telekom Malaysia" menjadi "Syarikat Komtele Malaysia"! hehehe.

Terdapat beberapa pertentangan terhadap rencana-rencana kumpulan rock musik antara Yosri dengan saya. Sila lihat pandangan saya di Perbualan Yosri.

Saya masih terdapat kesulitan dalam penggunaan perisian CVS. Amat pelik bahawa perisian ini masih menggunakan perintah MSDOS, sedangkan saya cuba membukanya dengan Windows XP! Walau bagaimanapun, Borgx amat sabar dan kini mengajar saya langkah satu persatu macam budak sekolah, hehehe. Reaksinya selalu amat pantas. Dengan orang sebagainya di Indonesia, saya pun pelik mengapa negara Indonesia lambat berkembang! Tak hairanlah id:Wikipedia lebih maju walaupun portalnya dimulakan lebih lambat daripada kita. — PM Poon 07:41, 7 Januari 2006 (UTC)Balas

l templates sunting

Hi Aurora!

Thank you for the nice welcome. My question: When will this Wikipedia have working babel templates? --Mkill 20:07, 8 Januari 2006 (UTC)Balas

Analisis kandungan rencana di ms:Wikipedia sunting

Hai Aurora, sila lihat Perbualan Yosri untuk analisis kandungan rencana di ms:Wikipedia. — PM Poon 05:33, 11 Januari 2006 (UTC)Balas

Celt (nyahkekaburan) sunting

Hai Aurora, adakah keperluannya untuk membubuhkah label "nyahkekaburan" dalam rencana nyahkekaburan? Sejauh yang saya tahu, en:Wikipedia tidak membuat cara ini kerana memang telah jelas daripada tajuk rencana.

Sebelum saya menggunakan perkataan "nyahkekaburan" dalam tajuk rencana ms:Wikipedia, memang perkataan ini tidak pernah digunakan dalam tajuk rencana. Oleh sebab itu, terpaksalah menggunakan mekanisme lain seperti label untuk menerangkan tujuan rencana tersebut.

Saya mendapati bahawa ms:Wikipedia tidak mengamalkan Gaya Panduan (MoS) Wikipedia. Oleh sebab itu, sewaktu saya menyertai portal ini, saya mendapati bahawa "kategori" tidak biasa digunakan. Yang digunakan ialah senarai-senarai yang tidak serupa berkesan berbanding kategori kerana ia bukan secara automatik dan memerlukan penulisan satu persatu. Saya tidak faham akan mengapa kamu semua tidak suka mengikut MoS en:Wikipedia. Kebanyakaan masalah mengenai penggunaan Wikipedia telah diatasi mereka, sedangkan kita masih mencipta semula roda (reinvent the wheel). — PM Poon 09:54, 12 Januari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, ini kesilapan saya. Memang kena bubuh label mengikut Gaya Panduan MoS di bawah rencana. Saya tidak pernah nampak sehingga hari ini! — PM Poon 10:36, 12 Januari 2006 (UTC)Balas

Salam sunting

Anda pernah menulis saya sesuatu dua bulan yg lalu. Maaf saya baru buka sekarang! Meursault2004 14:35, 13 Januari 2006 (UTC)Balas

Terjemahan antara muka sunting

Hai Aurora, sila lihat: Halaman Antara Muka dan Halaman PerbualanPM Poon 21:47, 21 Januari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, oleh sebab saya akan memundurkan diri dalam dua tiga hari, saya ingin tahu mana yang lebih bagus:
  • Saya mengirimkan fail LanguageMs.php terus kepada Borgx dalam dua tiga hari ini; ataupun
  • Saya mengirimkan fail LanguageMs.php kepada Yosri ataupun kamu dan Yosir atau kamu boleh mengirimkannya kepada Borgx selepas kamu siap menyemaknya. Dengan cara ini, terdapat lebih masa untuk kamu membuat semakan yang selaras. — PM Poon 17:10, 24 Januari 2006 (UTC)Balas
* * * * *

Hai Aurora, pesanan anda terlepas perhatian saya sehingga tadi (saya ternampak tanpa sengaja!) kerana saya mendapat dua pesanan pada 26 Disember (satu daripada anda, dan kemudian satu daripada Borgx) dan saya juga tidak menjangka jawapan daripada anda.

Saya baru tadi berjaya mengirimkan fail LanguageMs.php kepada Bugzilla! Sewaktu menunggu alamat emel Borgx, saya bermain-main sahaja tetapi kali ini, saya berjaya membuat patch serta mengirim! Saya mendapati bahawa satu langkah daripada sembilan langkah yang diberi oleh Borgx telah silap, iaitu: "c:\cvsrepo\phase3\php -l languageMS.php" yang sebenarnya "c:\cvsrepo\phase3\languages\php -l languageMS.php". Bagaimanapun, selepas membuat pembetulan tersebut, saya dapat melaksanakan langkah-langkah yang diajar oleh Borgx dengan licin.

Saya juga telah mengemaskinikan versi di Wikipedia: Antara Muka1 banyak kali sejak saya memaparkannya. Saya memang pening kepala terhadap ikan (iaitu, "i" dan "kan", hehehe). Saya telahpun baru-baru ini menggabungkan pembetulan anda dalam versi terkini. Oleh sebab saya juga membuat sedikit perubahan, bolehkah anda menyemaknya? Gunakanlah perbandingan antara versi anda dan versi terkini supaya senang mengesan perbezaan (memang anda sudah tahu cara ini, tetapi kekadang boleh lupa juga).

Pelayan Dewan Bahasa selalu down beberapa hari yang lalu. Saya berasa mereka mungkin mengemaskinikan pangkalan data mereka kerana Kamus Komputernya kelihatan dapat mencari perkataan sekarang. Biasanya, saya tidak menggunakan Kamus Komputer kerana selalu mendapat "Tiada Sebarang Keputusan Dapat Dicapai".

Mengikut Kamus Komputer Dewan Bahasa, istilah untuk "cache" ialah "ingatan cache". Sebaliknya, mengikut "Kamus Istilah Dewan Bahasa", "cache" ialah "ingatan para". Kamus Istilah juga mengatakan bahawa "ingatan sorok, dan ingatan cache" merupakan istilah yang lama untuk "cache". Mana yang betul? Saya berasa kita mengikut Kampus Komputer sahaja. (Kamus Komputer juga menggunakan "lalai" untuk "default" seperti yang anda mengatakan.)

Kini terdapat beberapa kekeliruan yang saya hendak mengemukakan:

  • Adakah anda hendak menggunakan "penyelia" ataupun "pentadbir"?
  • Adakah Istimewa:Senaraipentadbir dan Projek:Penyelia merupakan fail yang berlainan?
  • Adakah Project:Mencari sama dengan Wikipedia:Mencari?
  • Terjemahan untuk "removechecked" ialah: "Hapuskan halam yang ditandakan dari senarai pantau". Dalam huraian "watchitlist", rujukan dibuat kepada butang "Hapus yang ditandai", tetapi sewaktu saya mencari "butang" tersebut, saya tidak dapat mengesannya. Mungkin "removechecked" adalah butang tersebut. Kalau begitu, kan huraian untuk butang ini terlalu panjang?
  • Adakah perlunya untuk terjemahan "recentchangestext" sepanjang seperti yang berikut? en:Wikipedia cuma mempunyai huraian yang singkat:
'recentchangestext' => 'Track the most recent changes to the wiki on this page.'
"recentchangestext" => "Kenalpasti perubahan wiki yang terkini dalam 
halaman ini.
[[Wikipedia:Selamat datang,_pengguna baru|Selamat datang, pengguna 
baru]]!
Sila lihat halaman-halaman ini: [[Wikipedia:FAQ|Wikipedia FAQ]],
[[Wikipedia:Polisi dan garis panduan|Dasar Wikipedia]]
(terutamanya [[Wikipedia:Cara pemilihan nama|Cara memilih nama]],
[[Wikipedia:Pandangan semulajadi|Pandangan semulajadi]]),
dan [[Wikipedia: Kesalahan biasa|Kesalahan biasa]].

Jika anda ingin melihat Wikipedia berjaya, adalah amat penting 
bahawa anda tidak memasukkan bahan-bahan [[Wikipedia:Hak cipta|hak 
cipta]] orang lain. Perkara ini boleh memusnahkan laman web ini. 
Sila mematuhi amaran ini."

Aurora, bolehkah anda membuat pembetulan dalam halaman Antara muka1 seperti yang anda telah buat baru-baru ini? Jika anda hendak menukarkan "penyelia" menjadi "pentadbir" atau sebaliknya, anda tidak perlu membuat pembetulan di sana kerana terlalu banyak. Cuma beritahu saya dan saya boleh buat global replace dalam fail LanguageMs.php.

(P/S: Saya telah mengirimkan pesanan kepada Bugzilla untuk memberhentikan fail LanguageMs.patch.) — PM Poon 21:11, 27 Januari 2006 (UTC)Balas

* * * *

Hai Aurora, Bugzilla telah menjawab saya di http://bugzilla.wikimedia.org/show_bug.cgi?id=4770. Yang amat hairan ialah saya telah memberi pesanan kepada anda mengenai hal ini beberapa hari dahulu tetapi sekarang, saya tak nampak pun. Barangkali ia tidak disimpan.

Bugzilla telah memaklumkan bahawa terjemahan ini bukan sahaja untuk Wikipedia Bahasa Melayu tetapi sebaliknya, ia adalah untuk semua pengguna Wikimedia. Oleh sebab itu, semua rujukan kepada halaman Wikipedia harus ditukar kepada nama yang generik. Bagaimanapun, Bugzilla telah memecahkan fail LanguageMs.php supaya takrif mengenai pesanan sekarang mempunyai fail tersendiri, iaitu MessageMs.php.

1) Please try to keep language files project-neutral - i.e. no references to Wikipedia. I've replaced all instances of the word "Wikipedia" in the patch with either Wikipedia or Wikipedia as appropriate, but there may be subtler references that should also be fixed. 2) I've had to do some manual splitting and merging, because there is now a separate MesssagesMs.php file for the interface strings, with other bits still in LanguageMs.php; hopefully I didn't break anything!

Saya sudah melihat pertukaran anda tetapi masih belum muat turun fail LanguageMs.php dan MessagesMs.php yang terkini. Saya memang keliru bagaimanapun hendak menukarkan rujukan kepada halaman Wikipedia menjadi nama generik.

Oleh sebab halaman Istimewa:Listusers/sysop telah wujud, mungkin kita boleh membiarkannya sahaja ataupun membuat peralihan ke halaman Istimewa:SenaraiPenyelia untuk memastikan ketekalan.

Merujuk Kamus Dewan Bahasa, terjemahan untuk "cookie" ialah "biskut", hahaha.

Okay, saya akan menghantar perubahan yang anda telah buat sewaktu angin saya sampai. — PM Poon 01:48, 3 Februari 2006 (UTC)Balas

Kesilapan antara muka sunting

Hai Aurora, adakah anda melihat bahawa antara muka telah berubah menjadi salah:

  • "Laman Utama" menjadi "Laman Utama Pangkalan Pengetahuan"
  • "Portal masyarakat" menjadi "Community Portal"
  • "Status Terkini" merujuk ke halaman "Current Events" yang tidak akan dicipta.

Penyerahan terjemahan saya pada hari itu tidak mengandungi perubahan tersebut! — PM Poon 17:02, 3 Februari 2006 (UTC)Balas

Rencana "Abdullah bin Haji Ahmad Badawi" sunting

Hai Aurora, terdapatnya satu permohonan baru-baru ini oleh seorang budak sekolah untuk bahan-bahan Abdullah bin Haji Ahmad Badawi di Perbualan Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.

Walaupun kita tidak boleh selalu melayankan permohonan seperti ini, saya telah cuba mengembangkan rencana tersebut sebab rencana itu memang tidak sempurna, khususnya kerana Pak Lah sekarang merupakan Perdana Menteri.

Sebagaimana yang anda tahu, bahasa saya tidak sempurna. Bolehkah anda mengemaskinikan rencana tersebut supaya tidak memalukan ms:Wikipedia? — PM Poon 09:26, 6 Februari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, terima kasih atas pembetulan rencana Abdullah Badawi. Saya akan lagi cepat mempelajari Bahasa Melayu jika sekali sekala, anda dapat membantu saya mengemaskinikan rencana saya.
Oleh sebab rencana garis panduan Wikipedia akan membayangkan imej portal ini, bolehkah anda mengemaskinikan rencana-rencana yang berkaitan jika ada masa. Saya masih belum mengemaskinikan rencana tersebut selepas penterjemahannya. Saya akan memberitahu anda kelak sewaktu saya telah berbuat demikian. — PM Poon 20:29, 6 Februari 2006 (UTC)Balas

Perlantikan SYSOP sunting

Hai Aurora, Saya ingin memberitahu bahawa saya telah melantik PM_Poon sebagai sysop berdasarkan sumbangannya kepada Wikipedia bahasa Melayu dan setelah dia sangup menerimanya. Yosri 11:12, 7 Februari 2006 (UTC)Balas

Kesudian Membantu sunting

Aurora, Ingin saya menawarkan diri saya sebagai pembantu tatabahasa secara tidak langsung. Maksud saya, tidak rasmi. Saya lebih ke arah penggunaan Bahasa Melayu yang agak tidak peminjam. Ya, betul bahawa Bahasa Melayu bahasa gabungan tetapi kita berpendirian sendiri, maka tidak perlulah kita TERLALU meminjam bahasa asing. Harap Aurora dapat menimbang perkara ini. Saya bukanlah pakar Bahasa Melayu tetapi saya mahu menjadi pemantap. Sila ambil kira bahawa saya tidak selalu menggunakan Wikipedia Bahasa Melayu. Miracynonix 14:34, 8 Februari 2006 (UTC)Balas

Hak cipta nama samaran sunting

Hai Aurora, adakah nama samaran anda mempunyai hak cipta? Satu peristiwa yang baru-baru ini meyakinkan saya bahawa saya kena menukarkan nama samaran saya menjadi "Auraro" ataupun "Aurori"!! LOL — PM Poon 03:25, 11 Februari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, terima kasih kerana mengembalikan halaman pengguna saya daripada versi pelaku musnah. Saya baru sahaja melindungi halaman tersebut untuk mengelakkan perbuatan semula. — PM Poon 14:10, 12 Februari 2006 (UTC)Balas

Pelaku musnah sunting

Hai Aurora, setakat ini, saya cuma menyekat seorang pengguna sahaja, iaitu pengguna yang membuat sedikit perubahan pada pautan di Laman Utama supaya tidak dapat dikesan orang. Memang pengguna itu ada niat hendak melaku musnah.

Untuk yang lain, saya cuma menegur mereka supaya jangan mencipta halaman baru tanpa bahan-bahan. Saya tidak menyekat pengguna yang menulis di halaman pengguna saya (walaupun saya sedar akan perbuatan itu tiga setengah jam kemudian) kerana pengguna itu sebenarnya tidak merosakkan apa-apa.

Bagi saya, saya juga berpendapat bahawa terdapat dua jenis "pelaku musnah":

  • Yang ada niat nak melaku musnah;
  • Yang tiada niat, tetapi pelakuan itu boleh dianggapi sebagai pelakuan musnah.

Jika mengikut cara mahkamah, yang penting ialah niat. Jika tiada niat, tak payahlah kita menyekat mereka kecuali mereka membuat kali kedua selepas ditegur. Pada kes kali kedua, mereka tidak lagi dapat membelakan diri atas alasan "tidak tahu". Dengan kata yang lain, mereka ada niat nak melaku musnah.

Bagi kes Korea, saya berpendapat bahawa kita harus menyekat secara kekal kerana pengguna Korea bukan boleh membantu apa-apa di portal ini, selain daripada melaku musnah. Bagaimanapun, ini cuma pendapat saya.

Kemungkinan, konsep ini merupakan perbezaan antara saya dengan anda, iaitu cuma dari segi taraf kelonggaran (leniency). — PM Poon 10:13, 13 Februari 2006 (UTC)Balas

Rencana "Abd Al-Rahman Ali Al-Jifri" sunting

Hai Aurora, saya tidak sabar-sabar menunggu kemunculan Si-Kesatria Putih Dalam Baju Zirah Yang Sungguh Berkilat, hehehe.

Bolehkah anda membantu saya menterjemahkan ayat Al-Quran ini:

"Call to the path of your God by wisdom and good preachment and argue with them in the most graceful manner..." and "... [w]ard off in the most graceful manner such that with whom you have hostility as if he is an intimate friend".

Oleh sebab ayat ini merupakan ayat agama, saya kena berjaga-jaga. Percubaan saya adalah seperti berikut:

"Ikutilah laluan ke Tuhankau melalui kearifan serta penkhutbahan yang baik dan berdebatlah dengan mereka melalui sikap yang paling sopan..." dan "... cegahlah dengan sikap yang paling sopan dengan sesiapa yang engkau mempunyai permusuhan seolah-olah dia merupakan sahabat karibkau...".

PM Poon 00:41, 14 Februari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, terima kasih ke atas terjemahan anda untuk rencana "Abd Al-Rahman Ali Al-Jifri".

Saya telahpun mengeluarkan sekatan tunggal saya kerana terdapat perbezaan yang amat besar antara dasar saya dengan dasar garis panduan Wikipedia yang berdasarkan kebudayaan Barat dan pada pendapat saya, amat longgar. Bagaimanapun selepas 911, Amerika Syarikat telah mengeluarkan sebuah undang yang hampir serupa dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk orang yang bukan rakyat Amerika untuk menentangi terrorisme. Saya berasa bahawa adalah lebih baik jika saya tidak bercampur tangan dalam hal-hal penyekatan kerana Yosri dan anda telah menjadi portal ini dengan sungguh teliti. — PM Poon 09:27, 15 Februari 2006 (UTC)Balas

Cadangan sunting

Hai Aurora, saya nampak bahawa bilangan pelaku musnah kelihatan jauh lebih daripada bilangan penyumbang yang sah! Saya berasa bahawa pelaksanaan penghapusan rencana yang dicipta oleh pelaku musnah terlalu makan masa walaupun mudah.

Kini, en:Wikipedia tidak mengizinkan pengguna-pengguna menyunting jika mereka tidak mendaftar nama kerana peristiwa rencana defamasi baru-baru ini. Googles juga tidak membenarkan pengguna mengirim pesanan dalam forum "Kumpulan" ("Groups") jika pengguna tidak mendaftarkan diri. Bagaimanapun, sesiapa yang tidak mendaftar diri masih boleh membaca rencana.

Jika anda bersetuju, baiklah kita mengikut en:Wikipedia dan Googles sahaja. Saya mengharap-harapkan bahawa anda akan mempunyai lebih masa untuk menyunting tatabahasa mana-mana satu rencana (nampaknya, anda tidak minat akan rencana saya, hahaha) kerana saya dapat membelajari daripada pembetulan anda. Dari 8 Februari sehingga hari ini, saya masih belum nampak bayang Miracynonix. Bagaimanapun, Miracynonix telah bersetuju untuk menyunting tatabahasa rencana "Mark Twain" tetapi tidak tahu bila. Diharap bahawa saya tidak perlu menunggu sampai lembu-lembu balik, hehehe. — PM Poon 13:22, 25 Februari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, sila lihat: pesanan Master2841 mengenai perkara pelaku musnah. — PM Poon 17:02, 26 Februari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, kalau anda bersetuju dengan penyekatan pengguna yang tidak mendaftarkan diri, saya boleh bertanya di MediaWiki atau di mana-mana sahaja.

Berkenaan dengan terjemahan antara muka, sistemnya sudah tukar. Kini, LanguageMS.php tidak lagi mempunyai banyak butiran. Kesemuanya telah dipindah ke http://ms.wikipedia.org/wiki/Istimewa:Allmessages. Tahukah anda bagaimana menyunting halaman itu? Kemungkinan saya tidak ada hak menyunting halaman ini. — PM Poon 10:55, 27 Februari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, saya telah mengumpulkan semua pesanan mengenai hal pelaku musnah dan mencipta halaman Perbualan Wikipedia:Laku musnah supaya semua pengguna dapat berbincang hal ini secara masyarakat. — PM Poon 13:18, 27 Februari 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora. Saudara boleh menyekat pengguna yang mevandal berulang kali. Jangan malu-malu hendak gunakannya. Yosri 12:28, 2 Mac 2006 (UTC)Balas

Boleh tak Aurora tukar design Laman Utama sunting

Sudah lebih dari sebulan saya layari Wikipedia Bahasa Melayu. Boleh tak Aurora tukar design Laman Utama Bahasa Melayu lawa dan menarik macam Laman Utama Bahasa Inggeris? Rimas saya tengok design Laman Utama Bahasa Melayu. Tambahan lagi, boleh tak buat halaman Laman Utama Bahasa Melayu dikunci? Sebab saya tengok sesiapa saja boleh sunting Laman Utama Bahasa Melayu. Jangan lupa pesanan saya. :> Emrrans 12:23, 27 Februari 2006 (UTC)Balas

Benda untuk dibuang, hmm ok sunting

Saya nak buang templat pendahuluan, ensiklopedia, masyarakat dengan hal semasa. Boleh buat sesuatu dengan Laman Utama tu? Sebabnya untuk menjadikan Laman Utama menarik seperti Laman Utama Bahasa Inggeris. Minta maaf banyak-banyak kalau pendapat saya sukar diterima. Emrrans 08:42, 1 Mac 2006 (UTC)Balas

Jawapan tentang Laman Utama sunting

Sebabnya kalau guna Templat:Pengenalan Laman Utama, nanti Laman Utama Bahasa Melayu akan paparkan rupa design yang lama. Memang 100% sama macam dulu Emrrans 08:01, 3 Mac 2006 (UTC).Balas

Antara muka sunting

Hai Aurora, jika kelihatannya halaman "Perubahan Terkini" yang baru ini tidak cantik, pulihkan sahaja. Saya menukarkannya sebab ia kelihatan buruk dalam komputer saya yang baru ini.

Sewaktu saya menggunakan komputer lama saya (dengan 15" monitor), kesemua gambar kelihatan gelap! Komputer itu telah terbakar kerana tidak mempunyai bekalan eletrik yang mencukupi. (Saya telah memasukkan terlalu banyak peranti tanpa menaikkan bekalan elektriknya. Benar-benar tamak, hehehe).

Sewaktu melihat gambar-gambar yang saya "memperbaiki" dahulu dalam komputer baru, terperanjat aku!!! Memang, saya merosakkan banyak gambar!! Gambar "Mark Twain" yang nampak canggih lagi canggih dalam komputer lama kini kelihatan terlalu terang dan buruk (Saya telah memperbaikinya tapi masih tak canggih seperti yang di komputer dahulu). Memang susah kalau macam ini. Mungkin ada baiknya kalau saya membiarkan gambar sahaja.

Saya memang tahu tentang masalah paparan kerana dahulu, sewaktu saya membuka ketiga-tiga pelayar, iaitu Internet Explorer, Mozilla Firefox and Opera, paparan halaman Portal Masyarakat (dan lain-lain) kesemuanya tidak sama. Macam mana saya hendak mengendalikannya, sedangkan saiz monitor belum diambil kira.

Saya berasa kita kena mempiawaikan paparan. Jenis pelayar yang mana dan saiz monitor yang berapa kita hendak melayankan? Bagi saya, saya berasa kita harus melayankan Internet Explorer kerana ramai yang menggunakannya. Bagi saiz monitor, saya kini menggunakan 17". — PM Poon 09:37, 6 Mac 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, rasanya saya tadi tidak tepat tentang mengapa halaman "Perubahan Terkini" kini kelihatan amat buruk. Kemungkinan yang paling besar, bukannya berasal daripada jenis pelayar atau saiz monitor tetapi daripada peleraian skrin!! Kini, saya menggunakan 1024 x 768 untuk melihat, sedangkan anda mungkin menggunakan 800x600 yang lebih biasa. Adakah saya kini lebih tepat? BINGOOOO!!!! hehehe — PM Poon 14:37, 6 Mac 2006 (UTC)Balas

Istimewa:Watchlist/edit sunting

Terima kasih kerana membetulkan watchlistdetails. Yosri 10:44, 7 Mac 2006 (UTC)Balas

Imej dan Laman Tak Berkategori sunting

1. Hai, aurora....boleh jelas imej yang berbingkai dengan yang tidak...sebab saya cuba untuk jadikan ia berbngkai dan mempunyai caption tetapi tidak berjaya...boleh tolong ..

2. mengenai kategori saya cuba selesaikan masalah laman tidak berkategori...minta aurora tolong kemaskinikan senarai laman yang tak berkategori sebab sebahagiannya saya sudah ada laman yang berkategori.. che 15:25, 7 Mac 2006 (UTC)Balas

"Pembaikan" antara muka sunting

Hai Aurora, "pembaikan" saya merupakan pemburukan ke? — PM Poon 17:03, 10 Mac 2006 (UTC)Balas


Ya, saya membuat terjemahan mengikut senarai dan kekadangnya saya pun tidak tahu akan maksud dan konteksnya, hehehe. Ada juga yang merupakan butang dan terjemahannya terlalu panjang. Bagaimanapun, saya berharap anda dapat memperbai emua kesilapan saya jika anda menemuinya. Saya berniat menterjemahkan keseluruh antara muka supaya tidak terdapatnya satu perkataan bahasa Inggeris di ms:Wikipedia.

Baru dua hari dahulu, pembetulan terjemahan anda di Wikipedia: Antaramuka1 telah dimasukkan ke MessageMS.php (sistem baru untuk Wikimedia) dan kini cuma menunggu pengiriman. Sekarang memang dah malas sikit!! — PM Poon 15:22, 11 Mac 2006 (UTC)Balas

Reka bentuk untuk Halaman sewaktu menyunting sunting

 


Hai Aurora, apa kata anda jika kita menukarkan reka bentuk halaman sewaktu menyunting seperti yang ditunjukkan di atas. Saya berasa butang-butangnya terlalu jauh daripada kotak penyuntingan, sedangkan senarai askara jarang digunakan oleh pengguna.

Jika anda bersetuju, nampaknya senarai askara harus mempunyai halaman tersendiri untuk mengasingkannya daripada MediaWiki:Copyrightwarning. Kecuali mengasingkan senarai, saya tidak mempunyai hak untuk membuat tugas ini. Bolehkah anda uruskan?

(P/S: Bolehkah anda meringkaskan lagi huraiannya sebab butang-butang kelihatan masih jauh san selepas pertukarannya.) — PM Poon

terima kasih... che 05:31, 12 Mac 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, idea u lagi canggih!!!! ...memang tak boleh dinafikan. — PM Poon 00:45, 17 Mac 2006 (UTC)Balas

Terima kasih sunting

Terima kasih atas pesanan anda. Saya amat berterima kasih kerana menjadi Penyelia. — Emrrans 06:49, 12 Mac 2006 (UTC)Balas

Bagaimana membetulkan paip bocor sunting

Hai Aurora, saya baru sahaja ternampak rencana ini. Adakah rencana berbentuk "Bagaimana" dibenarkan dalam ensiklopedia Wikipedia?

Sebagaimana yang saya tahu, rencana itu tidak dibenarkan di en:Wikipedia. Saya pernah menyumbang rencana "Kaedah-kaedah memperbaiki penjualan peribadi" di sana dan rencana itu kena dikritik sebagai tidak sesuai untuk sebuah ensiklopedia, dan kemudian dialihkan oleh mereka ke ruang nama Wikibooks.

Bagaimanapun, saya berasa bahawa rencana "Bagaimana" adalah amat membantu dalam kehidupan harian dan harus dikekalkan. Apakah pendapat anda tentang memulakan ruang nama yang baru semata-mata untuk siri rencana "Bagaimana"? — PM Poon 06:27, 16 Mac 2006 (UTC)Balas

Pemadaman versi kerja rencana sunting

Hai Aurora, adakah caranya untuk memadamkan seseparuh versi rencana, iaitu, hanya versi kerja saya, berbanding penghapusan suatu rencana pada keseluruhannya? Saya cuma dapat membuat "semua atau kosong" (all or nothing) —PM Poon 00:19, 19 Mac 2006 (UTC)Balas

Hai Aurora, cadangan anda amat baik. Saya hendak memadamkan versi-versi yang dibuat dalam satu sesi (atau beberapa sesi yang berturut-turut) kerana versi-versi itu tidak bermakna dan memakan ruang cakera keras pelayan sahaja. Sepatutnya ia harus tidak disimpan sehingga saya menyelesaikan sesi itu, tetapi saya takut kalau-kalau hasil terjemahanan saya terhilang sewaktu bekalan elektrik tergendala, komputer "tergantung", dan sebagainya, seperti yang pernah berlaku beberapa kali.
Yosri pernah mengesyorkan penulisan dalam Microsoft Word tetapi entah mengapa, saya tidak dapat membuat terjemahan sewaktu membuat demikian. Nampaknya, idea-idea cuma dapat mengalir sewaktu menghadapi Wikipedia. Hmmmm.... kan i nie merupakan penagih Wikipedia yang tidak dapat diubati? hehehe — PM Poon 04:33, 20 Mac 2006 (UTC)Balas

Berkenaan rencana sunting

Hai Aurora, saya rasa teringin untuk terus membuat penambahan rencana serta kemaskini, tapi nampaknya terlalu banyak rencana yang perlu ditambahkan dan dikemaskinikan. Buat masa saya telah tambahkan rencana mengenai bahasa, Khmer Rouge, Formula Satu, dan termasuk kemaskinikan rencana negara. Tetapi rencana yang saya buat hanyalah ringkas (stub). Saya memerlukan pertolongan dari semua pengguna termasuk penyelia di Wikipedia Melayu ini untuk tolong menambah serta mengemaskini rencana, baik yang dibuat oleh saya mahupun tidak. Ini kerana saya tidak boleh buat seorang diri. Pertolongan dari semua pengguna dan penyelia di Wikipedia Melayu amat saya hargai. — Emrrans 14:29, 19 Mac 2006 (UTC)Balas

Gambar berbingkai.. sunting

hai aurora....macam mana nak tahu gambar itu berbingkai....sebab masa kita download imej tu...tak nampak apa2 pun..

che 03:27, 25 Mac 2006 (UTC)Balas

POLITEKNIK UNGKU OMAR sunting

ASKUM SAUDARA AURORA. SAYA INGIN MENCADANGKAN AGAR SAUDARA AURORA MEMBUAT SATU PAGE YANG LENGKAP MENGENAI POLITEKNIK UNGKU OMAR. DENGAN ADANYA HALAMAN TERSEBUT IANYA AKAN MEMARTABATKAN LAGI POLITEKNIK ITU SEBAGAIMANA KITA TAHU '''POLITEKNIK UNGKU OMAR''' ADALAH SEBUAH POLITEKNIK YANG TERTUA DAN TERBAIK DIANTARA POLITEKNIK-POLITEKNIK DI MALAYSIA. JANGANLAH KITA TERLALU MEMFOKUSKAN IPTA DI MALAYSIA HANYA KEPADA UNIVERSITI-UNIVERSITI TEMPATAN. POLITEKNIK JUGA MERUPAKAN SEBUAH IPTA YANG BANYAK MELAHIRKAN GRADUAN -GRADUAN YANG CEMERLANG. DAN BANYAK DIANTARA GRADUAN-GRADUAN DARIPADA POLITEKNIK TELAH BERJASA DAN MENYUMBAG KEMAJUAN DARI SEGI EKONOMI UNTUK NEGARA.

Hmm... pertama kali pengguna tidak berdaftar meminta rencana terus kepada saya.
Memandangkan anda kelihatannya sangat menyokong Politeknik Ungku Omar, mengapa tidak anda mulakannya sahaja. Anda tentu lebih tahu daripada saya mengenainya. ...Aurora... 02:12, 28 Mac 2006 (UTC)Balas

Membentuk Jadual sunting

Hi Aurora, saya telah menyunting laman natrium klorida dan saya berjaya menterjemahkan sebahagian daripadanya..saya dapati bila saya gunakan jadual (sila lihat laman Natrium Klorida), saya dapati jadual yang saya gunakan sangat besar hingga memenuhi semua tiga suku ruang ...bagaimana saya nak setting jadual sama seperi wikipedia inggeris (sodium cloride)!

che 11:18, 1 April 2006 (UTC)Balas

maksud saya..adakah anda melihat seperti begini..
- imej telah dipadam -
kalau boleh jadual kelihatan seperti begini
- imej telah dipadam -

Templat: Group sunting

Terima kasih, Aurora sebab bagitau ada artikel mengenai templat....saya dah puas mencarinya tapi tak dapat lalu menggunakan templat inggeris sebagai gantinya...saya ingin mencadangkan agar mewujudkan satu tutorial pada pengguna yang agak mahir menggunakan wikipedia agar mereka tahu selok belok wikipedia dgn lebih mahir lagi....sebagai contoh penggunaan <> terima kasih...

che 06:36, 12 April 2006 (UTC)Balas

Periksa sunting

Hehe. Aurora. Jangan marah. Bukannya tak ada periksa. Tengah gian nak usik wiki ni. Bosan la asyik mengadap buku je. Heheh. (Macam dah pandai je). Bukannya apa. Biasa la, bila dah sampai waktu puncak periksa, biasa la menggelabah. Rindu la wiki ni. — Polar 08:36, 13 April 2006 (UTC)Balas

Rencana Stephen Hawking sunting

Hai Aurora, terima kasih atas pembetulan rencana Stephen Hawking anda yang amat menyeluruh. Saya akan menganalis kesilapan-kesilapan saya supaya tidak membuat kesilapan yang sama. Walaupun penguasaan bahasa saya memang tidak mencukupi, saya amat gembira bahawa rencana saya tidak perlu pembedahan besar, dan percubaan saya untuk membantu mengembangkan sebuah sumber bahasa Melayu tidaklah membazir. Asalkan draf saya dapat diperkembangkan dan tidak perlu dihapus, saya dah puas hati, hehehe. — PM Poon 05:38, 20 April 2006 (UTC)Balas

Fail MessageMs.php.htm sunting

Hai Aurora, bolehkah anda menyuruh Borgx membuat patch dan mengirim fail MessageMs.php ke Mediawiki di laman Bugzilla? Kini, saya tidak dapat muat turun perisian PHP yang lengkap kerana saya menggunakan EasyPHP untuk perisian MediaWiki saya. Sewaktu saya muat turun perisian PHP yang lengkap, terdapat konflik perisian dan kedua-dua versi PHP tidak boleh diguna.

Saya telah muat naik fail MessageMs.php di Geocities. Anda cuma diperlukan berhubung dengan Borgx, dan dia akan membuat semuanya. Dia amat fasir dengan perbuatan itu.

Kalau kita tidak meneruskan projek ini sehingga habis, memang membazirkan masa saya dan anda. Penterjemahan itu bolehlah dianggap sebagai sumbangan daripada Wikipedia Bahasa Melayu kepada dunia kerana semua pengguna yang hendak menggunakan perisian Mediawiki versi bahasa Melayu akan dapat menggunakan fail MessageMs.php yang kita menterjemahkan. — PM Poon 19:32, 21 April 2006 (UTC)Balas

Akan saya bantu. borgx (bicara) 03:16, 24 April 2006 (UTC)Balas
Bisa dipantau di bugzilla:5697. borgx (bicara) 03:21, 24 April 2006 (UTC)Balas

Sebagai informasi, file MessagesMs.php yang akan dipatch memiliki banyak kesalahan, bisa dilihat di bugzilla:5697. borgx (bicara) 23:52, 26 April 2006 (UTC)Balas


Hehehe... dah tahu saya nie penyibuk ke? Hmmm, halaman perbualan Yosri dan halaman perbualan anda merupakan subhalaman "Perubahan Terkini" saya. Apa nak buat kalau kedua-dua halaman perbualan ini mempunyai jauh lebih banyak berita tentang Wikipedia Bahasa Melayu, berbanding halaman Kedai Kopi? hehehe.

Borgx memang amat membantu. Saya mengharap-harapkan bahawa usaha kita tidak membazir. Saya juga berharap bahawa antara muka portal ini tidak perlu lagi menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi selepas fail MessageMs.php telah dimuat naik, terdapat (saya cenderung menggunakan "terdapatnya" kerana pada telinga saya, "terdapatnya" berbunyi lebih sedap, tapi saya tengok anda dan Polar menghapuskan "nya" sewaktu saya menggunakanNYA) sedikit pengemaskinian yang harus dibuat disebabkan penterjemahan itu dibuat dalam vakum, tanpa mengetahui konteksnya.

Saya berasa saya cuma akan membuat pembetulan di halaman Wikipedia:Teks ruangnama MediaWiki jika saya menemuinya SERTA menyedari bahawa itu kesilapan (mungkin juga bahawa saya menemui kesilapan, tetapi tidak tahu itu kesilapan, hehehe), kecuali saya rajin dan hendak memanfaatkan pengguna-pengguna perisian MediaWiki di seluruh dunia. Saya dah amat letih, hehehe. Lagipun, kini harus bergantung kepada Borgx, sebab saya amat sayang pada perisian Mediawiki yang dimuat turun dalam komputer saya, hehehe. (Memang perisian wiki amat membantu untuk membuat nota-nota dan mencuri bahan-bahan, termasuk gambar-gambar cantik, dalam portal, hehehe.)

Biarlah orang lain membuat pembetulan dalam fail MessageMs.php. Kan kita dah membuat 80-90%? hehehe. Sememangnya, ini cuma merupakan "rationalisasi". Tapi jika tak buatnya, memang hati tak seronok, hehehe. — 04:05, 24 April 2006 (UTC)

Senarai kategori sunting

Hai Aurora, dulu saya selalu nampak senarai kategori yang disusun mengikut abjad, tetapi kini saya tidak tahu mananya. Oleh sebab itu, saya tadi tertindih kategori sewaktu nak masukkan kategori ke dalam rencana tak berkategori.

Bolehkah anda meletakkan pautan senarai kategori di panel kiri, di bawah pautan "Halaman Istimewa" atau mana-mana tempat yang sesuai supaya senang nak mencari sewaktu hendak memasukkan kategori? — PM Poon 12:26, 25 April 2006 (UTC)Balas

Cadangan 2 sunting

maaf kalau saya terubah apa-apa yang tak patut...

saya nak cadangkan http://www.linguamatix.com/linguaweb/index.jsp digunakan sebagai alat bantuan menterjemah untuk wikipedia walaupun tak 100% tepat. Sharifah munira

Iklan kilang, kedai, perniagaan dsb. sunting

Aurora begitu jelek dengan kilang, kedai, perniagaan sebegini. Tapi saya perlukan maklumat tersebut untuk menggambarkan maklumat ekonomi , geografi ekonomi dan sebagainya. Kebetulan pula kedai-kedai ini banyak kedai mereka. Apa nak buat.

Saya mengharapkan agar anda sudi mengekalkan maklumat tersebut. Selepas ini saya berjanji akan menapisnya. Malek.Bye.


Hehehe, saya cuma merupakan penyibuk. Sebenarnya, pemberian gambaran tentang ekonomi sesuatu bandar adalah maklumat yang baik, asalkan nama kedai-kedai tidak diberikan. Seseorang hanya perlu mengatakan terdapat beberapa buah cawangan bank, pasar raya, stesen minyak, kedai runcit dan sebagainya, tanpa mengubah sesuatu rencana menjadi halaman kuning. Apakah bezanya siapa yang membuka kedai itu, kecuali kepada pemiliknya yang akan menyimpan keuntungan daripada perniagaan yang berkaitan? Tambahan pula, pemberian nama perniagaan adalah sesuatu amalan yang tidak disyorkan dalam Wikipedia mana-mana satu bahasa, kecuali nama perniagaan itu adalah nama yang amat masyhur. — PM Poon 18:08, 26 April 2006 (UTC)Balas

Fail Messagephp sunting

Hai Aurora, kini mati! Sebenarnya, saya memang suka melaksanakan tugas-tugas pembetulan dan perbaikan, baik untuk komputer ataupun untuk nyah komputer, asalkan saya tahu. Kegembiraan sewaktu melihat sesuatu yang rosak dipulihkan, dan kekecewaan sewaktu menghadapi kegagalan tidak terhingga, hehehe.

Kini saya baru teringat. Sewaktu saya membuat patch pertama, saya juga mendapati banyak kesilapan format. Bukan sikit, memang banyak! Semua kesilapan terdiri daripada satu sumber, iaitu tidak membubuh ataupun salah membubuh koma, #, dan tanda petikan (quotation marks). Tetapi perisian PHP akan memberitahu mana satu garis yang salah, sewaktu menjalankan proses membuat patch.

Sebenarnya, saya berasa perisian fail EasyPHP patut boleh melaksanakan tugas membuat patch dan mengirim... cuma saya tidak fasih. Saya pernah cuba mengubah suai command yang diberikan oleh Borgx untuk penggunaan dalam EasyPHP tetapi tak jadi.

Kini tanpa PHP, memang susah untuk saya tahu mana satu garis yang silap. Mungkin, saya kena menyemak seluruh fail, garis demi garis. Bagaimanapun, cara ini pun tidak 100% kerana masih boleh membuat kesilapan dan merupakan cara Zaman Batu. Hmmmm, saya akan cuba belajar perisian PHP. Setiap rintangan harus di atasi tetapi kena mengambil masa yang agak panjang. Saya nie banyak angin. Kini, angin tak tahu tiup ke mana. Kena carinya dulu, hehehe. — PM Poon 04:48, 27 April 2006 (UTC)Balas

Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan sunting

Hai Aurora, saya memasukkan pautan antara bahasa (Inggeris) untuk memudahkan sesiapa yang hendak mengemaskinikan terjemahan saya. Kekadang, saya pun tak faham terjemahan saya sendiri, hehehe. Sebagaimana yang dikatakan oleh Johann Wolfgang von Goethe:

Ahli mathematik seolah-olah orang Perancis; jika kamu bercakap dengan mereka, mereka menterjemahkan perkataan-perkataanmu dalam bahasa sendiri dan dengan segeranya, perkataan-perkataanmu menjadi hal yang amat berbeza.

Sewaktu saya menterjemahkan ayat itu, Johann seakan-akan merujuk kepada saya, hehehe. Bagaimanapun, saya berasa jika saya memasukkan teg <noinclude>....<</noinclude>, perbuatan ini mungkin dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi. — PM Poon 10:38, 3 Mei 2006 (UTC)Balas

Terjemahan messagesMs.php sunting

Hai Aurora, sepertinya ada sedikit kesalahpahaman di sini mengenai penerjemahan messagesMs.php. Karena software MediaWiki dipakai tidak hanya di Wikipedia melainkan bisa dipakai oleh siapa saja sebagai proyek pribadi (local installation), sehingga mungkin agak salah kalau menerjemahkan message-message itu sama seperti menerjemahkan message-message untuk Wikipedia.

Contohnya: MediaWiki:Recentchangestext aslinya adalah "Track the most recent changes to the wiki on this page." Dari fail usulan PM Poon, terjemahannya menjadi:

Kenalpasti perubahan terkini dalam {{SITENAME}} di halaman ini.
[[{{ns:project}}:Selamat datang,_pengguna baru|Selamat datang, pengguna baru]]!
Sila lihat halaman-halaman ini: [[{{ns:project}}:FAQ|{{SITENAME}} FAQ]],
[[{{ns:project}}:Polisi dan garis panduan|Polisi {{SITENAME}}]]
(terutamanya [[{{ns:project}}:Konvensyen penamaan|konvensyen penamaan]],
[[{{ns:project}}:Pandangan semulajadi|pandangan semulajadi]]),
dan [[{{ns:project}}: Kesalahan biasa {{SITENAME}}|kesalahan biasa {{SITENAME}}]].

Jika anda mahu melihat {{SITENAME}} berjaya, adalah sangat penting anda
tidak memasukkan material [[{{ns:project}}:Hak cipta|hak cipta]] orang lain.
Perkara ini boleh memusnahkan laman web ini,
jadi sila patuhi amaran ini.",

Terjemahan diatas bukankah hanya valid di Wikipedia? MediaWiki sebagai instalasi pribadi tentu saja tidak harus memiliki semua halaman tersebut (Wikipedia:FAQ, Wikipedia:Konvensyen penamaan, Wikipedia:Polisi dan garis panduan dan lain-lain).

Mungkin cukup diterjemahkan sebagai "Kenalpasti perubahan wiki yang terkini dalam halaman ini."

Saya mengirim Anda pesan ini, karena saya diinformasikan hal yang sama oleh developer sewaktu saya submit patch untuk MessagesMs.php. borgx (bicara) 01:34, 9 Mei 2006 (UTC)Balas

Hi Aurora, salah satu message di atas itu hanyalah contoh. Anda bisa mendapati banyak message yang lain di fail messagesMs.php yang disodorkan, yang hanya diterjemahkan khusus untuk Wikipedia dan bukannya diterjemahkan untuk dipakai secara umum/luas. borgx (bicara) 23:45, 10 Mei 2006 (UTC)Balas

Kepada Aurora dan Borgx,

Masalah ini boleh diatasi dengan mudah dengan penggantian (substitution) nama ruangnama dengan nombor ruangnama yang sepadan, berdasarkan senarai Nombor ruang nama.

Sebenarnya, saya memang silap sewaktu saya menarik balik patch yang pertama. Saya patut membiarkannya saje, dan kemudian menyerahkan patch kedua. Ini disebabkan kesalahan sintaks (yang dihadapi oleh Borgx) telah dibetulkan untuk patch pertama, dan kesilapan tatabahasa mungkin melibat hanya 30% daripada patch itu, bukan semua. Jika saya tidak menarik balik patch itu, sekurang-kurangnya, kita dah mempunyai 70%.

Sewaktu itu, memang saya tidak tahu Aurora akan jawab. Langsung tak ada jawapan selama beberapa minggu. Oleh itu, tanggapan saya sewaktu itu ialah dia tidak nak bikin, dan saya tidak mengharap-harapkan jawapannya. Mana tau, sewaktu Aurora menjawab, terdapat dua pesanan pada masa yang lebih kurang sama. Oleh sebab saya sering berada di depan komputer, saya biasa akan tahu dengan serentak sewaktu adanya pesanan. Oleh itu, saya tidak anggap bahawa mungkin adanya dua pesanan pada waktu itu. Sebenarnya, Borgx mungkin telah membaca pesanan Aurora kepada saya dan memberikan saya fikirannya terhadap pesanan Aurora. Memang sewaktu mengendalikan sesuatu projek, terdapatnya banyak masalah yang tidak dapat diketahui lebih dahulu, hehehe. — PM Poon 04:03, 11 Mei 2006 (UTC)Balas


Borgx memang dah membetulkan semua ralat sintaks; kalau tidak, dia tidak akan dapat membuat patch dan mengirim. Kini cuma tinggalkan hardcoded "Wikipedia" strings". Sila lihat perbualan dengan Bugzilla di http://bugzilla.wikimedia.org/show_bug.cgi?id=4770:

Comment: #3 from Brion Vibber 2006-01-27 21:31 UTC [reply]
The commit was full of hardcoded "Wikipedia" strings which were not in the previous version. I've reverted it.

Dulu, mereka tolong mengemaskinikan. Malangnya, saya menarik balik patch itu.

Comment: #4 from Rowan Collins [IMSoP] 2006-01-28 01:19 UTC [reply]

...see also bug 4772, in which the patch author has "withdrawn" the original patch...

Tatabahasa kini tidak ada masalah (cuma takut konteksnya tak betul saje) kerana saya menarik balik patch itu semata-mata untuk mengemaskinikan tatabahasa yang anda membetulkan. Kalau tidak, tak payahlah saya menarik balik patch itu. — PM Poon 05:23, 11 Mei 2006 (UTC)Balas


Hehehe, sebenarnya, sekarang memang tak ada angin! Ia serupa dengan masuk rumah baru. Sewaktu kita pindah ke rumah baru, khususnya rumah terpakai, kita tengok ini tak baik, itu tak baik... tetapi selepas tinggal dalam rumah itu selama beberapa bulan, dah biasa. Kini nampak, kalau tak tukar antara muka pun tak apa, hehehe. — PM Poon 06:00, 11 Mei 2006 (UTC)Balas

Penciptaan templat untuk pengguna tidak mendaftar sunting

Hai Aurora, saya baru mencipta Templat:Takdaftar, sebuah templat untuk pengguna tidak mendaftar. Bolehkah anda mengemaskinikan templat itu supaya lagi tok kong (bahasa Hokkien untuk: unggul, hehehe)? Kena ada sales pitch sikit!

Saya juga mengubah suai format untuk templat: "Selamat Datang". Kini, kita cuma perlu menulis:

  • ((sd}} untuk pengguna yang mendaftar; dan
  • ((td}} untuk pengguna yang tidak mendaftar.

Dengan penggunaan templat ini, anda tidak perlu memasukkan ~~~~ sebab itu telah dimasukkan dalam templat. Saya juga menggunakan perintah subst untuk memasukkan teks templat-templat itu dalam halaman pengguna. Penggunaan ini disyorkan dalam Wikipedia bahasa Inggeris kerana ia kelihatan lebih peribadi, berbanding templat yang memberikan tanggapan pesanan itu merupakan sebahagian pengeluaran besar-besaran. Bagaimanapun, kita masih menggunakan templat. Kalau tidak, mana ada masa! — PM Poon 17:38, 12 Mei 2006 (UTC)Balas


Sori ye, penggunaan subst dan ~~~~ dalam templat sd dan td tak terjadi! Saya silap tadi, ingat terjadi! Oleh itu, kita kena menggunakan:


Pesanan saya tentang pembuangan kategori telah dipadam kerana saya terlihat semua pautan merah, dan salah menganggap bahawa anda cuma membuang kategori saje tanpa membuat sebarang pengemaskinian, hehehe. Tetapi saya berasa kategori "Syarikat Korea Selatan" untuk rencana Sejarah industri kereta Korea Selatan tidak tepat kerana sebagaimana nama tajuknya mengatakan, ia berkenaan dengan sebuah industri, iaitu industri kereta, dan bukannya mengenai sebuah syarikat. — PM Poon 18:12, 13 Mei 2006 (UTC)Balas

Jawapan ringkas sunting

Kategori sunting

Hehehe, takkan saya juga suka2 mencipta kategori? Saya memang pelik sewaktu terlihat anda memadam kategori yang saya cipta dari halaman "Perubahan Terkini". Saya memang biasa bertanggapan bahawa anda amat teliti, dan oleh itu, selalu melihat pengemaskinian anda sewaktu anda termuncul dalam halaman "Perubahan Terkini", atau sewaktu mencapai halaman sejarah rencana, hehehe.

Saya berasa hairan sewaktu mendapati bahawa pautan kategori dalam rencana Proto Motors dan Sejarah Industri Automobil Korea Selatan berwarna merah, kerana saya tidak faham kenapa anda berbuat demikian. Oleh itu, saya berfikir, "Apa terjadi kepada Aurora?" Dalam bahasa Inggeris, "it's so unaurora of her to do this!", hehehe.

Anda tidak suka perkataan "automobil" ke? Memang sewaktu mencipta kategori itu, saya keliru adakah saya harus menggunakan "kereta" ataupun "automobil". Ketika itu, "kereta" tidak berbunyi syok kerana perkataan itu memberikan saya tanggapan kereta lembu, kereta kuda, dan kereta sorong, hehehe. Sebaliknya, tiada automobil lembu, automobil kuda, atau automobil sorong. Oleh itu, saya menggunakan automobil, walaupun saya biasa cenderung menggunakan bahasa Melayu asli, jika boleh.

Templat interwiki sunting

Templat:Interwiki dicipta pada pukul 3.45 pagi, sewaktu mata saya telah tutup. Untuk menghabiskan bahagian pautan luar dalam rencana bahasa Ido, saya terpaksa menggunakan cungkil gigi untuk menyangga kedua-dua kelopak mata saya, hehehe.

Memang saya pelik sewaktu saya menyimpan suntingan itu dan mendapati bahawa pautan templat interwiki berwarna merah, kerana saya ingat saya pernah menciptanya. Tetapi saya silap juga. Saya baru melihat sejarah Templat:InterWiki, dan mendapati bahawa anda yang menciptanya tepat-tepat satu tahun dahulu (cuma beza 12 jam... saya mencipta pada pukul 3.45 pagi, 14 Mei 2006, sedangkan anda menciptanya pada pukul 3.29 petang, 13 Mei 2005!).

Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan sunting

Saya melihat anda menghapuskan pautan interwiki bahasa Inggeris daripada rencana-rencana itu. Adakah pautan itu masih mengganggu Laman Utama selepas saya menggunakan perintah "noinclude"? Saya memasukkannya untuk memudahkan pengemaskinian rencana itu oleh mana-mana satu pengguna, disebabkan bahasa Melayu saya terlalu piawai. — PM Poon 10:58, 14 Mei 2006 (UTC)Balas

Tiga perkara sunting

Hai Aurora, saya memang hairan mengapa <noinclude> tidak boleh digunakan, sedangkan saya selalu menggunakannya dalam penciptaan templat. Saya telah menemui kesilapan saya. Say terlupa membubuh "/" dalam </noinclude>!!! Dengan kata yang lain, saya terlupa menutup perintah <noinclude>. Masalah itu kini dah diselesaikan. Saya berasa membubuh pautan antara bahasa itu adalah baik untuk memudahkan pengemaskinian, khususnya jika taraf terjemahan saya terlalu tinggi dan tidak dapat difahami, hehehe.

2. Adakah "akhbar" satu perkataan yang lebih umum? Saya dah lupa ada perkataan itu sehingga anda memberitahu saya. Nampaknya tak banyak pengalihan jika saya memilih mana-mana satu kategori, baik "surat khabar" atau "akhbar". Bolehkah saya menggunakan surat khabar sebagai ganti, dan mengalihkan rencana-rencana berkategori akhbar ke kategori surat khabar yang lebih umum bagi saya?
3. Nampaknya templat:td yang saya baru mencipta itu amat berkesan untuk mendapat banyak pengguna berdaftar! Cuma satu saje, yang berdaftar memang banyak, tetapi selepas mendaftar, tak nampak sumbangan mereka pun, hehehe. Saya hanya boleh membawa kuda ke pinggir air, tetapi saya tak boleh memaksa kuda minum. Kini kena pikir cara bagaimana boleh membawa kuda ke pinggir air, dan membuat kuda minum dengan rela, hehehe. — PM Poon 09:15, 16 Mei 2006 (UTC)Balas

Jawapan ringkas akhbar sunting

Hai Aurora, pakcik Google menyatakan bahawa bilangan penggunaan "akhbar" di Malaysia ialah 841,000, sedangkan penggunaan "surat khabar" ialah 300,000. Campurkan penggunaan "suratkhabar" sebanyak 16,700, jumlahnya cuma 316,700 saje. Oleh itu, "surat khabar" dikalahkan oleh "akhbar" 3:1. Dengan keputusan mahkhamah itu, saya terpaksa mengalihkan kategori "surat khabar" ke kategori "akhbar", dan mempelajari perkataan "akhbar", hehehe.

Kini, saya baru tahu bahawa perbezaan antara "pengguna berdaftar" dengan "penyumbang" amat besar! Saya selalu ingat kedua-dua perkataan itu mempunyai maksud yang sama, hehehe. Masih banyak kena belajar, walaupun satu kaki dah masuk kubur, hehehe. — PM Poon 10:17, 16 Mei 2006 (UTC)Balas

Ohhh, saya terlupa. Mungkin kalau anda yang memperlawakan mereka, mungkin lebih berkesan... kerana bunyi nama "Aurora" lebih sedap berbanding bunyi PM Poon. Mungkin saya kena tukar nama samaran. Bolehkah saya menggunakan Aurora II? Tapi, Aurora II bunyinya macam peluru berpandu Amerika Syarikat, hehehe. — PM Poon 10:25, 16 Mei 2006 (UTC)Balas

Halaman Muat Naik sunting

Hai Aurora, bolehkah anda masukkan lagi satu kotak untuk "lesen imej", seperti di en:Wikipedia? — PM Poon 06:05, 19 Mei 2006 (UTC)Balas


Hai Aurora, tekan pautan ini dan tengok kotak yang bertajuk "Licensing" di bawah kotak "Summary".

Kini, semakin banyak pengguna memuat naik gambar tanpa sebarang rujukan sehingga saya pun berasa takut, walaupun saya merupakan pesalah yang terutama pada suatu zaman dahulu. Sekurang-kurangnya, saya menyebut sumbernya supaya pemilik hak cipta dapat berasa okay kerana diberikan pengakuan, hehehe. — PM Poon 10:42, 19 Mei 2006 (UTC)Balas

Laman utama sunting

Saya juga bersetuju supaya rencana di laman utama ditukar 2 bulan sekali memandangkan kurangnya pencalonan rencana baru. Saya akan meminta pandangan pengguna lain. — Master2841 07:30, 22 Mei 2006 (UTC)Balas

Empat perkara sunting

Halaman Muat Naik sunting

Hai Aurora, mungkin Borgx boleh tolong sebab dia amat kukuh dalam pengaturcaraan.

Kini, saya berasa hak cipta imej amat penting selepas menyelidiki lesen GNU. Dulu saya tidak tahu tentang skop lesen itu, dan ingat kita boleh tolong menolong... makna, kita ambik gambar orang dan sebagai ganti, kita menonjolkan pautan ke portal mereka. Oleh sebab kita mempunyai trafik yang tinggi, mereka bolehlah mendapat sedikit manfaat melalui pendedahan (sebenarnya, iklan) portal mereka di portal kita. Bagaimanapun, lesen GNU tidak membenarkan perbuatan ini, khususnya kerana ia merupakan lesen komersil, dan segala bahan dalam portal ini boleh dijual oleh pihak ketiga. Tak adillah jika kita ambik gambar orang dan orang lain pula yang jualnya untuk untung diri, tanpa sebarang manfaat kepada pemilik hak cipta.

Terjemahan antara muka sunting

Entah Borgx ada buat perubahan kepada MessageMs.php atau tidak. Kalau tidak, bolehkah anda mintanya muat naik fail itu di Geocities atau mana-mana satu portal percuma supaya saya tidak perlu membuat pembetulan sintaks yang dia telah buat? Barangkali, kalau angin saya datang, saya akan memastikan bahawa projek itu selesai dengan sempurna. Memang sayang jika tidak disiapkan selepas menghabiskan banyak masa, seolah-olah projek perumahan yang dibiarkan oleh kontraktor, hehehe.

Saya baru terfikir bahawa saya boleh menggunakan komputer adik saya untuk memuat turun perisian PHP yang lengkap. Leceh memang leceh, tapi apa nak buat, kan?

Laman Utama sunting

Aurora, anda memang merupakan the Great Simplifier. Memang saya berasa ajaib tentang akal anda, umpamanya pembaikan cadangan saya terhadap susunan di bawah kotak penyuntingan ini.

Cadangan anda untuk menetapkan tarikh penukaran rencana pilihan benar-benar baik dan cekap (efisien) (mengapa saya tidak pernah berfikir idea itu? hehehe). Saya berasa Master2841 boleh mengubahnya kerana tidak susah.

Pengunduran sebentar sunting

Sejak menyertai portal ini pada bulan November 2005 sehingga hari ini, dah tiap-tiap hari di portal ini sehingga semua hal lain tergendala, hehehe. Buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang saya beli pada waktu hendak menyertai portal ini belum saya membaca. Lagipun, buku-buku perpustakaan yang kakak saya tolong saya pinjam dari Singapura tidak dibaca. Biasa ambik, dan pulang tanpa membaca, hehehe. Kini amat sakit hati kerana terlepas satu buku yang ter-ter-ter-agung, hehehe. Pinjam enam minggu pun tak habis membaca, walaupun cuma 187 halaman dengan banyak gambar.

Kini, saya berasa harus berundur sebentar untuk memperkukuhkan tatabahasa bahasa Melayu saya serta kemahiran dalam penggunaan Photoshop. Saya selalu ingat saya pandai dalam Photoshop, tetapi setelah membaca buku Photoshop, saya baru tahu saya bodoh, hehehe.

Oleh sebab keputusan itu, saya semalam dah siapkan rencana-rencana hari ulang tahun sehingga 18 Jun. Menurut sasaran saya, saya akan kembali pada 15 Jun untuk menterjemahkan lagi sebahagian rencana tersebut supaya tak terkandas (bolehkah saya menggunakan "terkandas", atau kena pakai "tergendala", hehehe. Tembak je).

(P/S: Saya memang ajaib mengapa anda kelihatan tidak sayang gambar, sedangkan anda mengambil minor dalam fotografi, hehehe. Kan sebuah gambar mewakili seribu perkataan? Andai kata kita tidak pernah tengok burung kiwi. Macam mana nak menggambarkannya melalui perkataan?) — PM Poon 21:23, 22 Mei 2006 (UTC)Balas

Salam Aurora sunting

Hai Aurora, Saya gembira melihat anda semakin aktif di sini. Nampaknya anda masih bertahan lama di sini. Baguslah begitu. Yosri 11:14, 24 Mei 2006 (UTC)Balas

Lisensi sunting

Halo Aurora, untuk menambah jenis lisensi, gunakan MediaWiki:Licenses. borgx (bicara) 03:07, 23 Mei 2006 (UTC)Balas

Istimewa:Upload sunting

Hai Aurora, cepatnya anda mengendalikan projek ini! Oleh sebab, biasanya saya mendapati bahawa gambar Wikimedia Commons tidak cukup canggih, saya mengubahsuaikannya. Sila bandingkan kedua-dua gambar berikut:

Oleh itu, bolehkah anda masukkan satu kategori untuk gambar yang diperoleh daripada Wikimedia Commons.

(P/S: Mungkin anda hairan mengapa saya masuk hari ini. Pendek kata, gatal! hehehe.) — PM Poon 05:11, 25 Mei 2006 (UTC)Balas


Hai Aurora, selepas saya mencipta templat itu, saya mendapati bahawa templat itu tidak perlu kerana anda sudah ada! Oleh itu, saya telah menghapuskan templat itu supaya tidak makan ruang cakera keras. Terlepas perhatian saya kategori itu sewaktu saya hendak memuat naik gambar George H. W. Bush. Saya cuma kena menggunakan teg untuk Attribution ShareAlike 2.5 atau Attribution 2.5. Kesilapan saya tertimbul kerana saya tengah mencari satu teg Wikimedia Commons yang tunggal. — PM Poon 11:20, 25 Mei 2006 (UTC)Balas

Terjemahan untuk "Cite this article" sunting

Hai Aurora, adakah terjemahan untuk "Cite this article" merupakan "Petik rencana ini" atau "Sebut rencana ini"? Menurut Kamus Dewan Bahasa, "cite" memang mempunyai dua tafsiran:

  1. quote: memetik, menyedut; to cite biblical phrases, memetik frasa-frasa dr kitab Injil;
  2. mention as example or authority: menyebut; he cited Lincoln and Edison as examples of men who rose from humble beginnings to greatness, dia menyebut Lincoln dan Edison sbg contoh orang yg asalnya miskin dan kemudian meningkat menjadi tokoh yg masyhur.

Bagi tanggapan saya, kita tidak memetik apa-apa bahan atau ayat daripada mana-mana satu rencana. — PM Poon 11:49, 25 Mei 2006 (UTC)Balas


Hai Aurora, OneLook Dictionary memberi takrif yang berikut:

  • cite: repeat a passage from
  • cite: make reference to, for illustration or proof.

Bagi tanggapan saya, "petik" digunakan untuk "repeat a passage", dan "sebut" di gunakan untuk "make reference", eg. the "Bali incident". Oleh sebab ruang kamus terhad, kamus tidak boleh memberi contoh untuk semua keadaan.

Contoh-contoh sunting

Contoh 1: "Petik" boleh digunakan untuk orang, dan "sebut" boleh digunakan untuk tulisan

1. repeat a passage (petik):
Contoh untuk orang:
Bagi kebanyakan orang, persamaan memang merupakan sesuatu yang susah difahami. Dalam ucapan Stephen Hawkings pada [tarikh] di Dewan XXX, beliau pernah berkata:
Ada orang yang memberitahu aku bahawa setiap persamaan yang aku masukkan ke dalam buku akan mengurangkan jualan buku itu menjadi separuh.
2. make reference:
Contoh untuk buku:
Ada novel yang merupakan parodi, umpamanya "Animal Farm" oleh George Orwell.

Contoh 2: Pemilihan "petik" dan "sebut" hanya bergantung kepada cara penggunaannya
Penggunaan "petik" dan "sebut" tidak bergantung kepada adakah perkara yang dirujuk merupakan buku atau orang. Sebaliknya, ia bergantung kepada cara penggunaannya, umpamanya kedua-dua boleh digunakan untuk buku:

Contoh untuk memetik buku:
Seperti yang dikatakan oleh Aristotle dalam bukunya, Politics X 1323:
Happiness, whether consisting in pleasure or virtue, or both, is more often found with those who are highly cultivated in their minds and in their character, and have only a moderate share of external goods, than among those who possess external goods to a useless extent but are deficient in higher qualities.
Contoh untuk menyebut buku:
Sebenarnya, kebahagian berasas daripada sikap orang yang beradab dan pemilikan harta yang sederhana, seperti yang tertulis dalam buku Aristotle, Politics X 1323.

Namun demikian, kita harus memastikan "Cite this article" merupakan "repeat a passage" atau cuma "make reference". Jika kita hanya mencipta pautan, saya berasa kita harus menggunakan "sebut".

(P/S: Jika perkataan ini tidak termuncul dalam halaman antara muka, tetapi hanya dalam sebuah rencana berasingan, saya tidak akan peduli, hehehe) — PM Poon 04:32, 26 Mei 2006 (UTC)Balas


Hai Aurora, saya bukan pandai dalam bahasa Melayu. Cuma "petik" memberikan saya tanggapan "petik petikan". Jika anda menggunakan "sebut", anda boleh juga menggunakan "sebut tajuk rencana ini". Carian Google memberikan banyak contoh tentang penggunaan "sebut" sebagai "cite":

  • Winstedt menyebut 4 judul hikayat zaman Hindu... (Dewan Bahasa dan Pustaka)
  • ...maka perlu menyebut rujukan surat yang dibalas itu. (www.mohr.gov.my)
  • Untuk maksud ini, di samping menyebut Tajuk/Tajuk Kecil yang lazim digunakan, Kementerian/ Jabatan/Badan Berkanun hendaklah juga menyebutkan Tajuk/Tajuk... (www.treasury.gov.my)
  • Menyebut pantun dari bahasa berirama... (www.heritage.gov.my)
  • Penulis akan menyebut rujukan contoh-contoh berkenaan bagi membolehkan... (www.kmu.net.my)

Adakah penggunaan "sebut" untuk "cite" janggal atau tidak, saya memang tak tahu, sebab banyaknya dalam bahasa Melayu yang berbunyi janggal untuk saya, hehehe. Jika anda berasa kedua-dua boleh dipakai, kekalkanlah saje. — PM Poon 12:31, 26 Mei 2006 (UTC)Balas

UMNO sunting

Hai Aurora! saya dah betulkan semula....terima kasih kerana menegur sebab orang lebih kenal UMNO daripada nama panjangnya...bila gunakan pencarian....satu lagi terima kasih kerana betulkan arkib saya..saya masih lagi sukar untuk membetulkan perbualan saya....terima kasih..! che 18:38, 25 Mei 2006 (UTC)Balas

Jambatan sunting

Kenapa jenis jambatan bertambah pendek. Setiap gambar menunjukkan jenis jambatan berlainan dan tidak patut dipadamkan. Yosri 08:10, 30 Mei 2006 (UTC)Balas

Garis Panduan Baru sunting

Berdasarkan perbincangan di kedai kopi berkenaan isu Bahasa Indonesia dalam ms.wikipedia, saya akan memasukkan satu lagi garis panduan ke dalam bahagian polisi. Sekiranya tiada bantahan ia akan dikuatkuasakan sebagai garis panduan

Garis Panduan yang Dicadangkan ialah:

  • Jangan Masukkan Salinan Rencana Wikipedia Indonesia secara bulat-bulat
  • Jangan Masukkan Salinan Rencana Bahasa Asing

Kalau ada nama yang lebih baik untuk garis panduan baru ini, tolong cadangkan

(pergi kedai kopi untuk buat undian)

Ychmatematik 08:11, 30 Mei 2006 (UTC)Balas

rencana: gadis kecil sunting

Saya tak faham penggunaan wikisource...blh terangkan...? che 02:17, 31 Mei 2006 (UTC)Balas

Kembali ke laman pengguna "Aurora/Arkib2".