Perbincangan pengguna:Aurora/Arkib8

Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Bls:Gambar Pilihan sunting

Aurora, terima kasih di atas tunjuk ajar saudari. Sekarang baru saya tahu :) Zamwan (bincang) 16:08, 9 Julai 2009 (UTC)Balas

Letakan templat {{Gambar pilihan}} kat gambar Fail:Streichholz.jpg, terima kasih <*)))>< Mr Ikan (bincang) 12:09, 10 Ogos 2009 (UTC)Balas

Beverly Hills Chihuahua/The Fox and the Hound sunting

OK, the page Beverly Hills Chihuahua needs translating from English, and The Fox and the Hound from Indoneision. Help please? Ice Age lover (bincang) 04:13, 16 Ogos 2009 (UTC)Balas

Beverly Hills Chihuahua, saya tolong terjemah bahagian pengenalan dan jalan cerita sahaja. Maaflah, nak buat keseluruhan rencana saya kurang berminat. The Fox and the Hound, saya perbaiki semuanya. ...Aurora... 15:17, 16 Ogos 2009 (UTC)Balas
Yeah, The Fox and the Hound is easily the better movie. And in my opinion the best Disney movie ever. LOL! I'd like a poster too. Ice Age lover (bincang) 19:33, 16 Ogos 2009 (UTC)Balas
Lemony Snicket's A Series of Unfortunate Events needs it too. Ice Age lover (bincang) 21:41, 18 September 2009 (UTC)Balas

Tentang kedalaman Wikipedia (Depth) sunting

Hai, maaf banyak2 kerana kembali sekali dan janji untuk tidak lagi menyunting tidak kesampaian. serta atas kesalahan besar yang lalu. Tapi saya ada cadangan untuk kemukakan sebelum saya pergi sekali lagi. Saya lihat kedalaman Wikipedia Bahasa Melayu semakin berkurangan, dulu kedalaman (depth) wiki ms 32, sekarang 24 balik. kalau tak percaya lihat gambar ini:

 

 

Kalau nak kedalaman (depth) Wikipedia Bahasa Melayu tinggi adalah seperti berikut:

A) Rencana kena panjang, terperinci dan perlu diupdate secara kerap.
B) Kategori kena banyak pada pada setiap dan/atau kebanyakan rencana.
C) Pastikan kedalaman wiki ms ditambah bagi menunjukkan mutu rencana wiki ms tinggi.

Jadi kalau boleh, tolonglah sangat sangat sangat sangat sangat, supaya kalian dengar dan ikut apa yang hendak saya katakan ini. Saya hanya mahu membantu Wikipedia Bahasa Melayu. Sekian sahaja dari saya, selamat tinggal... Emrrans (bincang) 09:05, 30 Ogos 2009 (UTC)Balas

Sila lihat pautan list of wikipedias. Emrrans (bincang) 09:51, 30 Ogos 2009 (UTC)Balas

Hai Aurora sunting

Hai Aurora, kena blahlah kerana kini banyak laman yang kena bikin. Saya akan pulang sekali sekala. Nampaknya anda macam perabot kekal di sini... hahaha, bau keinggerisan saya masih tidak dapat dijauhi. Berdasarkan pengalaman saya membina laman-laman sendiri, nak mengekalkan minat secara tekal bukannya senang. Banyaknya penyumbang di sini yang nampaknya berpotensi tetapi akhirnya seolah-olah bintang di langit... terang buat sekelip mata tetapi akhirnya gelap lagi. Tetapi Wikipedia bahasa Melayu sudah bertapak, tiada sebarang kekhuatiran. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 22:13, 10 September 2009 (UTC)Balas

kacang sunting

macam mana nak gabungkan artikel? boleh ke gabung dgn artikel org lain? sy tak confident nih..sy cuma budak baru belajar... tolong.... --dumby06 (bincang) 04:12, 16 September 2009 (UTC)Balas

Siap. Dalam kes ini memang perlukan bantuan penyelia untuk pindahkan sejarah suntingan anda ke laman "kacang". ...Aurora... 15:36, 16 September 2009 (UTC)Balas

sy rasa dlm Senarai rencana semua bahasa perlu ada, tajuk Kekacang tu perlu diganti dgn Kacang la.. --dumby06 (bincang) 03:38, 17 September 2009 (UTC)Balas

Kedua-duanya ada. ...Aurora... 14:50, 17 September 2009 (UTC)Balas

Cuti raya je lah ye sunting

 
frames

Hai Aurora, cuti raya dah tamat. Kini angin kelihatan menjanjikan (kena translate baru dapat paham). Tongkang kini bersedia nak bertolak. Saya nak ikut tongkang itu balik Tong San.

Selamat Hari Raya Aidilfitri! — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 16:47, 18 September 2009 (UTC)Balas

Selamat Hari Raya Aidilfitri sunting

Hai Aurora, bukannya tongkang masih belum bertolak. Tak nampak ke saya bergegas ke pantai hanya untuk melihat tongkang itu lesap di ufuk. Itu akibat selalu berkata, "Ini rencana terakhir, ini rencana terakhir..."

Kerana terlalu ketagih bahasa Melayu, kini strategi baharu pula... Saya baru buka satu laman peribadi tentang bahasa Melayu minggu yang lalu untuk mencatat nota penting. Maka saya menterjemahkan di sini dan mencatat sebarang fakta yang perlu diperhatikan tentang bahasa Melayu di laman itu. Misalnya, istilah baharu untuk:

akan tetapi:

  • "agrarian culture" ialah "budaya agraria" dan bukan lagi "kebudayaan agraria".
  • "culture area" ialah "kawasan budaya" dan bukan "kawasan kebudayaan";

Pada suatu ketika, saya berpendapat bahawa jika perkataan bahasa Melayu asli sudah wujud, perkataan itu perlu diutamakan, tetapi:

  • "homogenous culture" kini sudah menjadi "kebudayaan homogen" dan "kebudayaan seragam" diusangkan.
  • "heterogamous culture" kini ialah "kebudayaan heterogami" dan bukan lagi "kebudayaan beraneka ragam".

Satu contoh lagi:

Memang kelapa sawit, ooophhhs, kepala sakit, opppphhhs sakit kelapa, hehehe. Kini, saya nak menulis sebuah novel yang tentatifli dijudulkan "Resah Seorang Pengkategori Wikipedia"... atau "Keluhan Seorang Pengelas Kategori Wikipedia", hehehe.

P/S: Bagi kategori Wikipedia, saya mencadangkan supaya kita tidak perlu mengikut istilah yang tepat. Kita seragamkan, walaupun salah daripada segi laras bahasa. Yang penting, sesebuah sistem perlu mudah diikuti. Kalau tidak, kecoh nanti. Yang penting, isi kandungan. Kategori cuma bertindak sebagai alat untuk melayan kita, bukan kita melayannya. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:43, 30 September 2009 (UTC)Balas

Kategori sunting

Hai Aurora, memang betul. Entah mengapa angin, iaitu kepala angin, sekarang amat sangat kuat. Nampaknya bukan setakat ribut tetapi lebih mirip dengan taufan. Dah cuba tekan brek banyak kali tapi tak jadi. Dengar ada tsunami di Amerika Syarikat. Namun follow the wind daripada disapu (swept) oleh ombak. Kalau tak buat sekarang, apa-apa rencana pun tak jadi. Mungkin terlalu lama tidak menyumbang.

Saya bersetuju dengan ayat "Apapun, kategori di sini memang memang patut diseragamkan, makin lama makin banyak rencana, takkan nak pindahkan kategori setiap kali istilah bertukar." Kita cuma buat apa yang kita berupaya. Tapi saya berasa pertukaran istilah tidak banyak lagi. Saya mencadangkan perkataan "budaya" untuk budaya bangsa (misalnya "budaya Melayu") dan "kebudayaan" untuk budaya yang lain, (misalnya "kebudayaan Asia").

Satu lagi ialah "people" dan "peoples". Menurut Karyanet, "people" ialah bangsa manakala "peoples" ialah "orang". Tapi "orang" juga digunakan untuk "person", maka terdapat banyak kekeliuran. Nanti saya tengok boleh tak, jika saya menghapuskan perkataan "bangsa" dan hanya menggunakan "orang" untuk "people" dan "peoples" demi mengelakkan kekeliruan.

Saya akan mencuba mengemaskinikan sedikit sebahagian kategori. Tak berani berhasrat membuat semua. Macam rencana tarikh, baru buat separuh. Saya amat tahu sikap saya yang seolah-olah berak-berak ayam. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:06, 1 Oktober 2009 (UTC)Balas


Hai Aurora, mungkin kita perlukan halaman panduan terjemahan kategori yang formatnya lebih kurang seperti yang berikut:

  • culture(s): "budaya" untuk budaya bangsa; "kebudayaan" untuk yang lain
  • municipality: wilayah perbandaran
  • people(s): orang
  • province: provinsi

dan seterusnya. Ini akan mengelakkan kekeliruan di samping mengurangkan masalah yang akan dihadapi pada masa depan. Jika anda cipta halaman itu, saya boleh isikan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 11:13, 1 Oktober 2009 (UTC)Balas


Senang macam ini... saya cuma hendak halaman untuk saya isikan. Namun yang dikehendaki hanya tajuk halamannya. Akibat lama tak ke sini, saya lupa halaman bantuan mana yang lebih sesuai. Satu cadangan ialah: Wikipedia:Kategori/Padanan istilah terjemahan kategori.

Tentang penggunaan "wilayah", sebenarnya "wilayah" adalah untuk semua kawasan politik, baik yang besar hingga ke yang kecil. Mengikut Perbincangan:Wilayah Sempadan Barat Laut, "provinsi" ditakrifkan sebagai "subbahagian peringkat ke-2 yang setaraf daerah di Malaysia". Tetapi Wikipedia Inggeris mentakrifkan "province" sebagai yang berikut:

In many countries, a province is a relatively small non-constituent level of sub-national government (similar to a county in many English-speaking countries). In others it is an autonomous level of government and constituent part of a federation or confederation, often with a large area (similar to a US state). In China, province is a sub-national region within a unitary state. This means the province can be abolished or created by the central government.

For instance, a province is a distant unit of government in Philippines, Belgium, Spain, and Italy, and a large constituent autonomous area in Canada, Congo and Argentina. In Italy and Chile a province is an administrative sub-division of a region, which is the first order administrative sub-division of the state. Italian provinces consist of several administrative sub-divisions called comune (communes). In Chile they are referred to as comunas.

Five Canadian provinces of Ontario, Quebec, New Brunswick, Nova Scotia and Prince Edward Island have counties to act as administrative sub-divisions of each province. The province of British Columbia has regional districts which provide a level of administration similar to counties. Ireland is divided up into four historic provinces (see Provinces of Ireland), each of which is sub-divided into counties (see Counties of Ireland). These are Connacht (in the west), Leinster (in the east), Munster (in the south) and, perhaps most famously (due to The Troubles), Ulster (in the north). Nowadays, these provinces have little or no administrative function.

Various overseas parts of the British Empire had the colonial title of Province (in a more Roman sense), such as the Province of Canada and the Province of South Australia (the latter to distinguish it from the penal 'colonies' elsewhere in Australia). Equally, for instance, Mozambique was a "province" as a Portuguese colony.

Justera, andaian "province" sebagai "subbahagian peringkat ke-2 yang setaraf daerah di Malaysia" tidak sah. Walau jika isu provinsi tidak menimbulkan masalah, kita masih belum menyelesaikan masalah subbahagian yang seterusnya, misalnya governate, canton, regency, duchy, bishopric, dan sebagainya.

Kita perlukan satu sistem yang tuntas, maka saya mencadangkan penggunaan Panduan Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu DBP untuk menterjemahkan semua nama subbahagian. Sebenarnya, istilah "provinsi" juga tak menepati panduan DBP. Yang tepat "provins". — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 09:35, 2 Oktober 2009 (UTC)Balas

Ice Age sunting

Please write more about these awesome Ice Age movies. These movies are best. Logoboy95neverdies (bincang) 16:50, 2 Oktober 2009 (UTC)Balas

Bambifan sunting

These accounts and many others are a long-term vandal from en:wp;

This user needs revert, block ignore, handling; this has gone on for years. Please feel free to email me; I have a discussion going with involved parties and folks with the global ban hammer. Cheers, Jack Merridew 05:35, 5 Oktober 2009 (UTC)Balas

Thanks for the info. ...Aurora... 14:23, 5 Oktober 2009 (UTC)Balas
Logoboy95 is a different user. Yes, I decided to make "Logoboy19neverdies" for fun, but, uh, I wanted a reply to my own message. Yeah, I'm crazy, but you can still help my pages. I mean, if you're going to look at the long term abuse page, why not translate info from the article links (Bambi, The Resucers, The Fox and the Hound, Charlotte's Web, Teletubbies) ect why you're at it? OK, you may have a life, but if you're bored or interested in cartoons, I'm your man! I will work some more tomarrow, but if you can get to it before me, Bambi II I put most of it in Indonesian cause I was lazy. Tiānxiànbǎobǎo (bincang) 00:28, 6 Oktober 2009 (UTC)Balas

Anda baca perenggan terakhir je ke? sunting

Hai Aurora, saya baca semua tetapi huraian itu agak panjang. Apabila saya sampai ke perenggan terakhir, saya lupa apa yang ditulis di atas, maka kelihatan seolah-olah saya cuma membaca perenggan terakhir, hehehe. Maklumlah Ah Pek ni, CPU otak masih menggunakan 8088, cip generasi pertama.

Okey, saya akan cuba mencipta laman itu. Laman itu boleh dialihkan kemudian jika didapati tidak sesuai. Tetapi angin nampaknya pegun. Layar tak gerak. Mungkin akan pakai kaki saje, tolak satu langkah demi satu langkah sampai ke larut malam.

Ya, saya sedang fikir dengan menggunakan CPU generasi usang ni... perkataan "budaya" dan "kebudayaan". Nampaknya, DBP pun kelam kabut. Bagi saya, "budaya" ialah "culture" manakala "kebudayaan" ialah "vulture", oppphss.... "culturality". Maka untuk kategori, tiada keperluannya untuk menggunakan "kebudayaan", cuma dalam rencana saje kerana perbezaannya sangat halus. "Kebudayaan" menegaskan "sifat budaya". Itu perbezaannya konotasi yang tersirat. Untuk makluman saje, tiada keperluan untuk memeras otak, apalagi memecahkan tengkorak. Yang penting, sistem mesti mudah diikuti. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 15:12, 5 Oktober 2009 (UTC)Balas


P/S: Saya tengah fikir... biar saya muat turun pendapat saya tentang istilah "wilayah". "Wilayah" mempunyai pengertian umum serta pengertian khas, iaitu:

  • "wilayah" bermaksud kawasan politik; justera, ia merangkumi semua kawasan yang dibentuk secara politik, misalnya negara, negeri, kawasan perbandaran, dan desa (jika desa itu diiktiraf oleh kerajaan)
  • "wilayah" bermaksud "territory", misalnya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Oleh itu, pendapat peribadi saya... saya akan mengelakkan penggunaan wilayah kecuali untuk "territory" dan apabila ia digunakan untuk merujuk kepada kawasan politik secara am. Tetapi itu tetap pendirian peribadi. Jika anda tidak bersetuju, anda boleh bersuara demi meringankan tugas penyemakan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 15:38, 5 Oktober 2009 (UTC)Balas


Nampaknya ikut Perbincangan:Wilayah Sempadan Barat Laut saje. Namun untuk China:

  • Province: Wilayah
  • Autonomous region: Wilayah autonomi
  • Municipality: Wilayah perbandaran
  • Special Administrative Region: Wilayah Pentadbiran Khas.

Yang saya tak faham... jika macam tu, kita juga perlu menggunakan istilah "wilayah" untuk "province" di Indonesia. Mengapa Indonesia dibezakan. Ini saje yang masih tidak saya dapat terima. Saya rasa saya tutup mata saje demi mengelakkan sebarang pertikaian. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 16:02, 5 Oktober 2009 (UTC)Balas

Pembahagian pentadbiran China sunting

Manyak manyak konfusing... "Kawasan perbandaran" untuk "municipality". Lihat "Kamus Karyanet/DBP" yang mengatakan istilah baharu untuk "municipality" ialah "perbandaran".

Mungkin yang diperlukan ialah satu set garis panduan untuk kategori yang mungkin berbeza dengan istilah "tepat" bagi memudahkan pengkategorian. Misalnya, jika "province" diistilahkan sebagai "provinsi" untuk Indonesia, dan "wilayah" untuk negara-negara yang lain, apabila seseorang pengguna menggunakan kategori untuk mencari rencana, dia tidak akan nampak provinsi Indonesia dalam katageori wilayah (province). — Pesakit sembelit otak (bincang) 16:22, 5 Oktober 2009 (UTC)Balas


Selepas makan Brooklat otak dan berfikir semula, memang anda betul. DBP masih menggunakan wilayah untuk "province" dalam Kamus Karyanet dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan.

Maka, "provinsi" digunakan untuk Indonesia dan "wilayah" untuk yang lain. Tetapi bagi kategori provinsi Indonesia, kita masih perlu menggunakan wilayah juga dan bukan "provinsi" demi mengelakkan masalah yang saya timbulkan tadi. Wahhhh, memang selesa selepas cirit-birit otak tanpa sembelit, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 20:42, 5 Oktober 2009 (UTC)Balas

Fikir banyak sangat pun susah sunting

Hai Aurora, lu lagi tepat. Sebenarnya bukan sembelit otak... dalam bidang pengatasan masalah, sindrom itu digelar "paralisis analisis". — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 15:08, 6 Oktober 2009 (UTC)Balas

Kategori sunting

Hai Aurora, terima kasih kerana menghapuskan kategori-kategori yang silap. Kerana dah terlalu banyak kesilapan, maka saya tidak membuat sebarang pemberitahuan lagi. Mungkin saya perlu mencipta sebuah senarai. Cuma takut nanti anda pengsan.

Sebagaimana yang anda tahu, angin untuk membuat kategori sudah lepas buat sementara. Selain itu, saya rasa mungkin saya tidak sempat membuat apa-apa tentang kategori dalam trip ini. Mungkin next trip, LOL. Ada sedikit projek kena buat dulu. Empat buku nipis tentang biodegradasi. Tajuk biodegradasi bukan tajuk nanti-nantian. Sebenarnya, saya langsung tidak mengendahkan alam sekitar, maka otak saya tak hijau, cuma kekuning-kuningan seolah-olah rumput setengah mati, LOL. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 17:28, 8 Oktober 2009 (UTC)Balas

Terima kasih..! sunting

Salam... Terima kasih kerana sudi mengemaskini data-data profil sekolah-sekolah yang terdapat di WikiPedia bahagian Melaka. Semoga usaha saudara direstui ilahi.. Amirul1996 (bincang) 00:16, 11 Oktober 2009 (UTC)Balas

Sama-sama. ...Aurora... 14:27, 12 Oktober 2009 (UTC)Balas

Orang Bengal ke Orang Bengali? sunting

Hai Aurora, manakah yang lebih tepat?

  • Orang Bengal ke orang Bengali
  • Orang Punjab ke orang Punjabi

Saya rasa "orang Bengal" dan "orang Punjab" lagi tepat... kecuali "orang Pakistan" boleh dipanggil "orang Pakistani" dan orang "orang Bangladesh" dipanggil "orang Bangladeshi", lalu "filem Hindustan" dipanggil "filem Hindustani". —Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 22:32, 11 Oktober 2009 (UTC)Balas

Bukankah Bengal itu Benggala dalam bahasa Melayu? Jadi sepatutnya "orang Benggala" (nampaknya kena alihkan "Bahasa Bengali" kepada "Bahasa Benggala"). Tentang Punjab pula, KD menakrifkan Punjabi sebagai "bangsa yang berasal dari Punjab", jadi Punjabi = "orang Punjab". ...Aurora... 14:41, 12 Oktober 2009 (UTC)Balas
Benggala dengan dua "g", napa bukan dua "l"? Okaylaaa, dua g, dua g... Saya dapat belajar perkataan baharu, tak dapat perkataan itu dalam Karyanet atau kamus tebal-tebal yang saya beli. Cari sampai ke hujung dunia pun tak dapat. Mengapa saya tak cek Wikipedia bahasa Melayu, ya? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 02:15, 13 Oktober 2009 (UTC)Balas
Ada sebenarnya Benggala dalam Karyanet, walaupun agak susah nak cari, lihat KIMD dan KD. ...Aurora... 14:30, 13 Oktober 2009 (UTC)Balas

Tentang "wilayah" untuk province sunting

Hai Aurora, saya baru perasan bahawa Dewan Bahasa sudah menggantikan perkataan "wilayah" untuk province menjadi "jajahan; daerah; kawasan". Dikatakannya, "wilayah" ialah istilah lama.

Meskipun demikian, padanan untuk kata-kata majmuk yang berkait tidak diubah, misalnya "Blue Ridge Mountain province" ialah "Wilayah Pergunungan Blue Ridge", dan "geographic province" ialah "wilayah geografi". Itulah yang menyebabkan saya kekadang berfikir apabila DBP mengatasi satu masalah, ia mencipta 10 masalah tambahan. Di samping itu, padanan DBP untuk "prefecture" juga "wilayah."

So macam mana sekarang? Wilayah atau jajahan, atau daerah, atau kawasan? Bagi saya, padanan yang betul mengikut "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu" ialah "provins" dan bukannya "provinsi". Nampaknya, DBP memang tidak suka akan "ns" sebagai huruf terakhir. Dalam kes sedemikian, kan gunakan "provinsa" sahaja? Apalaaa DBP nie... bak ketam mengajar cara berjalan lurus. Bagi pedoman tetapi sendiri tak nak pakai. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 19:12, 12 Oktober 2009 (UTC)Balas

Memang di dalam berbahasa, terutama di masa terkini, ada kalanya adaptasi istilah, semisal province menjadi provinsi, atau mungkin sahaja provinsa, misal juga district menjadi distrik lebih memudahkan kefahaman daripada mencari padanannya di dalam bahasa kita (kecuali untuk padanan yang telah mengakar, mendarah-daging di kehidupan sehari-hari masyarakat). Untuk konteks Indonesia, wilayah, kawasan, area, dan daerah sama-sama membingungkan di dalam penggunaan colloquial. Mungkin di Malaysia lebih jelas dan tegas definisinya. Tindakan adaptasi yang kadang-kadang memudahkan ini sering dituduh sebagai terlalu liberal. Di dalam bahasa Inggeris sendiri, menyangkut political subdivision ada berbagai-bagai terjemahan istilah administrative entity yang tidak seragam, misalnya terjemahan dari bahasa-bahasa Eropa Timur dan bekas Uni Soviet. Reindra (bincang) 04:55, 13 Oktober 2009 (UTC)Balas
Bagi saya, kekalkan sahaja province = wilayah. Bila mereka dah tukar semua province jadi "jajahan; daerah; kawasan" baru kita tukar (agaknya 10 tahun lagi). Tapi antara 3 itu, saya akan pilih jajahan, sebab saya rasa perkataan itu belum ada padanan dalam BI.
Hai Reindra, bertemu lagi kita. Memang membingungkan, pening dibuatnya. Kena cari panadol. ...Aurora... 14:30, 13 Oktober 2009 (UTC)Balas

Apakah padanan untuk "prefecture" yang DBP juga memberikan ""wilayah"? Kini ada wilayah untuk provinsi dan wilayah untuk prefektur. Mungkin dua-step proses:

  1. Sebagai kompromi, gunakan "wilayah provinsi" dan "wilayah prefektur";
  2. Kemudian, singkatkan masing-masing menjadi "provinsi" dan "prefektur". — Syarikat Pemunggahan Rencana

(P/S: Dengan rancangan "Performance Now", saya menjangka kita tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun. Kalau tekaan saya tak silap, sebelum 2014. Mengikut rekod prestasti kerajaan Malaysia, mereka memang gigih berusaha sejurus sebelum pilihan raya. Kini memang masa untuk relek dan menghayati kemenangan dan kehidupan dulu.) (bincang) 21:34, 13 Oktober 2009 (UTC)Balas

Prefecture saya tak pasti, walaupun saya perasan orang2 di Wikipedia ini menggunakan istilah "prefektur". Berkenaan province, seperti yg saya sebutkan di atas, saya lebih senang dengan istilah "jajahan" berbanding "provinsi". Apa kata anda cuba tanya persoalan ini kepada DBP/ITNM? ...Aurora... 01:28, 14 Oktober 2009 (UTC)Balas

Saya mencadangkan:

  • Territory: Wilayah (misalnya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur);
  • Prefecture: Prefektur;
  • County: Kaunti;
  • Province: Provinsi (kerana ia mirip dengan kata asalnya. Lagi pun, "jajahan" memberikan tanggapan "tanah jajahan" yang tidak betul)

Banyak lagi yang aneh-aneh wujud masih, misalnya Vovoidship, Lordship, Governate, Diocese, Ward, Shire, Hundred, Wapentake, dan sebagainya. Maka apabila anda mencuba menterjemahkan kesemua itu, anda akan mendapati lebih mudah menerima "Provinsi" kerana bahasa Indonesia juga sebahagian bahasa Melayu. Dalam buku Bahasa Malaysia Saintifik, Profesor Datuk Dr Asmah Haji Omar, UPSR, PMR, SPM, STPM, B.A., M.A., Ph.D. berkata:

Peraturan yang memungkinkan -tion atau -sion dialihkan menjadi -si dalam bahasa Malaysia seolah-olah memberi jalan mudah bagi penentuan kesepadanan bagi istilah-istilah Inggeris dengan -tion dan -sion. Dari itu timbullah banyak sekali istilah-istilah yang berakhiran -si dalam bahasa Malaysia. Kata-kata -si ini sudah menjadi kata nama primer yang boleh digunakan sebagai kata dasar bagi pembentukan kata kerja dengan penambahan me-, me-kan, di-kan, ber-, dan ter-.

Kalau sudah banyak perkataan -si dalam bahasa Melayu, mengapa "provinsi" tidak boleh diterima? — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:44, 14 Oktober 2009 (UTC)Balas

Sebab utama saya tidak mahu province diterjemahkan bulat2 menjadi provinsi ialah kerana dalam BI, perkataan wilayah juga sering diterjemah menjadi province (lihat contoh di en:Province#Current provinces). Tidakkah lebih baik menggunakan perkataan asalnya iaitu wilayah. ...Aurora... 14:17, 14 Oktober 2009 (UTC)Balas

Sebuah kereta api atau sebatang kereta api? sunting

Hai Aurora, jika sungai menggunakan sebatang, bolehkah kereta api juga menggunakannya, misalnya:

Sebatang kereta api ekspres dari Kuala Lumpur ke Singapura yang mengangkut 243 penumpang tergelincir di Batu Enam berhampiran Segamat, Johor, dan mencederakan 17 penumpangnya.

Bunyinya janggal sedikit, tetapi lebih tepat daripada segi peristilahan saintifik. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 10:18, 14 Oktober 2009 (UTC)Balas

Haha. Tidak pernah dibuat orang. ...Aurora... 14:17, 14 Oktober 2009 (UTC)Balas

RE: Jepun sunting

"Saya lihat anda cipta "Prefektur di Jepun" sedangkan Wilayah Jepun dah wujud, sila gabungkan. ...Aurora... (b) 14:23, 15 Oktober 2009 (UTC)"

thanks sbb beritahu... saya akan bawakan yang lama ke ruangan baharu yang telah saya sunting...--Izzam 14:44, 15 Oktober 2009 (UTC)

saya tak tau macam mana nk delete "Prefektur di Jepun" yang telah sya created... harap sudi membantu dispose benda tuh :P--Izzam 14:59, 15 Oktober 2009 (UTC)

terima kasih atas segala pembetulanserta sokongan yang telah ...Aurora... buatkan... really appreciated :)

Kata pemeri sunting

Hai Aurora, sebahagian kandungan di dalam rencana yang anda syorkan kepada Che Det itu tidak betul daripada segi peraturan tatabahasa Dewan Bahasa. Khususnya, kedua-dua ayat yang berikut adalah salah daripada segi tatabahasa:

  • Ahmad adalah penghulu kampung ini.
  • Melihat filem adalah kegemaran mereka.

"Adalah" TIDAK boleh digunakan di hadapan kata nama. Ini saya dapat jamin dengan nyawa saya yang kebetulannya tidak banyak bernilai, hehehe. Tetapi kekadang, bunyi "ialah" tidak sedap sama sekali, maka saya masih kekadang menggunakannya, walaupun amat sangat jarang kerana penggunaannya kini tidak dapat dipertahankan.

Terdapat ahli bahasa yang mengesyorkan pengertian "adalah" diperluas untuk merangkumi makna "ialah dan bukan yang lain", iaitu untuk menegaskan perkataan "ialah" (that and only that, nothing else); dengan kata yang lain, subjek itu lebih daripada "ialah". Tetapi ahli bahasa yang lain mengatakan bahawa "ialah" memang "ialah", mana ada lebih? Bagaimanapun, syoran itu dikemukakan pada dekad 1980-an, tetapi jelas kini ditewaskan.

Come to Class with Adibah: UPSR (1999), halaman 65, berkata:

We used ialah before a kata nama, kata ganti nama, or frasa nama.

  • Permainan yang saya gemari ialah hoki. (Hoki is kata nama)
  • Pemain-main harapan sekolah ialah mereka. (Mereka is kata ganti nama)
  • Watak-watak utama cerita itu ialah tiga orang gadis (Tiga orang gadis is frasa nama)

In other cases, adalah is used:

  • Memandu kereta terlalu laju adalah berbahaya (Berbahaya is not kata nama, kata ganti nama or frasa nama)
  • Tujuan kami melawati kilang tuan adalah untuk menyaksikan sendiri bagaimana alat-alat elektronik dipasang. (Untuk is not kata nama, kata ganti nama or frasa nama)

(P/S: Sori ye, saya memang suka jaga tepi sarung Che Det.) — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 16:23, 22 Oktober 2009 (UTC)Balas

Hai SPR, bukan kata nama, tapi kata sendi nama. Lain tu. Tapi, saya juga kadang-kadang keliru. Haha ...Aurora... 16:28, 22 Oktober 2009 (UTC)Balas

Keliru tu bukan anda sahaja! sunting

Hai Aurora, jika anda tidak keliru, maka anda memang bukan orang Melayu... misalnya, saya tidak keliru, maka saya bukannya orang Melayu, hehehe. Orang Melayu memang menghadapi banyak masalah dengan perkembangan bahasa Melayu semasa. Ini juga termasuk ahli bahasa Melayu. Saya "menguji" tiga ahli bahasa dengan menanyakan bilakah kita menggunakan "memberi" dan bilakah kita menggunakan "memberikan":

  • Satu ahli bahasa dengan penuh yakin berkata, pakailah "memberi" untuk semua;
  • Ahli bahasa yang kedua dengan yakinnya berkata, pakailah "memberikan" untuk semua; senang, tak payah fikir banyak-banyak;
  • Yang ketiga itu berkata, saya juga keliru.

Mengikut bacaan saya, semua itu salah. Yang betul, memberi ialah "memberi + i" lalu disingkatkan menjadi "memberi". Justera, "memberi" diikuti dengan orang dan serupanya, misalnya, monyet:

  • Saya memberi monyet pisang.
  • Saya memberikan pisang kepada monyet.

Akan tetapi pada suatu ketika, "kan" juga bermakna "untuk", namun "Saya membelikan monyet sebiji pisang" bermakna "saya membeli untuk monyet sebiji pisang". Sungguhpun demikian, peraturan itu bercanggah dengan peraturan semasa dan oleh itu, disupersededkan.

Sebenarnya, bahasa Melayu ialah bahasa fonetik yang lebih mementingkan irama. Namun dalam satu perenggan, terdapat "dari" serta "daripada" dan sebagainya digunakan dalam konteks yang tepat sama. Dengan kata yang lain, "dari" dan "daripada" merupakan sinonim yang tidak berbeza ertinya. Yang penting, dengar perlu syiok. Serupa juga dengan "boleh" dan "dapat". Anda mesti menghadapi banyak masalah dengan kedua-dua perkataan itu kerana "dapat" bunyinya langsung tidak sedap, apa lagi apabila anda telah lama menggunakan "boleh" dalam sesuatu konteks tetapi kini dikatakan salah pulak! Lagi handal penguasaan bahasa Melayu seseorang, lagi banyak masalah yang akan dihadapinya dengan perkembangan bahasa semasa.

Tetapi kita tidak boleh menyalahkan ahli bahasa Melayu. Mereka memang berusaha dengan gigih sehingga menghidap analisis paralisis dalam sesetengah kes. Alasan "mantap" dikemukakan apabila mereka enggan mengubah sesuatu, bukan kerana perkataan itu benar-benar mantap. Tak kan perkataan "organisma" boleh dianggap sebagai mantap, malahan "ianya", perkataan kesayangan Yosri, tidak boleh? Organisme tak bolehkah, apa lagi ia mematuhi sistem pembentukan istilah semasa. Tetapi pada keseluruhannya, mereka telah berjaya menjadikan bahasa Melayu sebagai suatu bahasa yang moden. Kini, mereka tengah menghalusi erti kata setiap perkataan supaya ia tidak dapat lagi saling berganti. "Dalam kalangan", yaksss, kan "di kalangan" bunyinya lebih sedap? "Daripada segi...."

Tetapi kesemua ini memang merupakan warisan yang baik untuk generasi yang akan datang. Jika anda menanyakan budak sekolah, mereka langsung tidak keliru. Apabila saya menanyakan anak saya tentang penggunaan "ialah" dan "adalah", mereka langsung tidak perlu berfikir, lalu berkata " 'ialah' untuk kata nama dan serupa, 'adalah' untuk yang lain. Tak kan perkara semudah ini, you tak tahu? Lagi cakap tiap-tiap hari menterjemahkan untuk Wikipedia!"

Perkembangan bahasa Melayu semasa akan memanfaatkan juga orang Melayu kerana apabila mereka belajar bahasa Inggeris, mereka akan berpendapat bahawa terdapat persamaan yang besar antara kedua-dua bahasa itu. Justera, penguasaan bahasa Inggeris pada masa depan jelas dipermudah.

Tetapi saya rasa sangat sayang bahawa Malaysia dan Indonesia tidak dapat mencipta sebuah bahasa yang sepunya agar menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa keempat terbesar di dunia. Saya bukan orang Melayu, namun mengapa saya sibuk-sibuk? Errrr.... jika bilangan penuturnya besar, pasaran bukunya pun besar juga. Okeylaaa, ada udang di sebalik batu.

(P/S: Sori ye... pesanan SMS ini telah menjadi sebuah rencana. Harap anda tidak tertidur.) — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 18:22, 22 Oktober 2009 (UTC)Balas

Haha tidak apa. Kalau asyik terjemah rencana macam robot pun boring juga kan. Sekali sekala semmbang apa salahnya. ...Aurora... 13:48, 23 Oktober 2009 (UTC)Balas

Hai Aurora, kini Google sediakan robot untuk menterjemahkan teks bahasa Inggeris ke dalam bahasa Melayu. Baru start tak lama. Berbeza dengan Citcat.com, Google lebih berkuasa, namun saya kini menggunakannya sebagai panduan. Kelajuan penterjemahan telah ditingkatkan dengan ketara. Mungkin 30-50% ada. Apabila mereka tiada padanan, mereka menggunakan bahasa Indonesia. Lama-kelamaan, kita tak boleh cari makan. Semua akan dibuat oleh robot, hehehe. Nak panggil Yosri memasukkan penterjemah sebagai spesies terancam ke dalam templat hidupan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 15:21, 23 Oktober 2009 (UTC)Balas

Checkuser sunting

Salam Aurora, suara anda di pilihan raya Wikipedia:Pengurus/Pemungutan suara/IvanLanin untuk checkuser 27 Oktober 2009 sangat kami perlukan. Terima kasih sebelumnya. Meursault2004 (bincang) 12:25, 28 Oktober 2009 (UTC)Balas

Wahhh, Somersault tu masih ada ke? Orang lama tu! — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang) 05:23, 30 Oktober 2009 (UTC)Balas
Ada lagi, macam anda juga. ...Aurora... 12:58, 30 Oktober 2009 (UTC)Balas

Terima kasih banyak! Meursault2004 (bincang) 15:30, 31 Oktober 2009 (UTC)Balas

Laras Biologi: Famili atau Keluarga sunting

Hai Aurora, saya baru perasan DBP sudah mengembalikan perkataan "keluarga" untuk "family" dalam bidang biologi. Sila lihat Istilah Karyanet.

Saya baru saje menterjemahkan gambar rajah Pengelasan Biologi dengan istilah lama. Jika ada keperluan, saya boleh (boleh ke dapat?) membuat pembetulan sebelum saya lupa akan saiz fon yang digunakan. — Syarikat Pemunggahan Rencana (bincang)

Alihlah. ...Aurora... 12:58, 30 Oktober 2009 (UTC)Balas

Bls: Tahun Hijrah sunting

Sebenarnya saya hanya tukar tarikh dari Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2009 <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:38, 6 November 2009 (UTC)Balas

Nanti saya nipiskan peristiwa yang tebal tersebut <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:40, 6 November 2009 (UTC)Balas
Siap, hanya gantikan tanda ''' kepada tiada :) <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:14, 6 November 2009 (UTC)Balas
Apakah kategori yang sesuai untuk rencana 1428H, 1429H dan 1430H? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 10:48, 9 November 2009 (UTC)Balas
Kembali ke laman pengguna "Aurora/Arkib8".