Perbincangan pengguna:Aviator/Arkib/2007

Active discussions

Jawapan saya di Perbincangan Pengguna:Syarikat Pemunggahan Rencana#Jawapan — 18:54, 3 November 2007 (UTC)

Portal Sains KomputerSunting

Terima kasih atas pesanan anda. Portal tersebut sememangnya tidak dapat dibuka untuk sekian lama. Untuk pengetahuan anda, saya tidak pernah menyuntig apa-apa dalam portal tersebut.

Saya masih ingat pada awal tahun ini, satu perubahan telah berlaku di semua portal apabila semua portal gagal dibuka. Mugkin perubahan tersebut telah membawa impak kepada portal Sains Komputer. Namun begitu, saya berjaya mencari laman-laman yang digunakan untuk mengendalikan portal tersebut.

Portal:Sains komputer/box-header Portal:Sains komputer/box-footer Portal:Sains komputer/Rencana pilihan Portal:Sains komputer/Gambar pilihan Portal:Sains komputer/Biografi pilihan

Terdapat juga laman-laman lain yang tidak tersenarai di atas. Masalah ini berlaku pada bulan Mei. Lihatlah pesanan-pesanan di http://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:Kedai_Kopi/Arkib5/2007#Portal:Masyarakat. Sebenarnya masalah ini disebabkan oleh perubahan ruangnama portal yang telah bermula pada 19 Mei 2007. Langkah-langkah untuk memperbaiki dinyatakan di sana.

Saya tidak mempunyai masa untuk memperbaiki portal itu sekarang. Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang, cubalah membaikinya. --MSWiki 06:02, 22 Ogos 2007 (UTC)--

Saya berharap anda berpuas hati dengan perubahan yang telah saya lakukan supaya portal tersebut seragam dengan portal-portal lain seperti Portal:Teknologi, Portal:Sastera, Portal:Iran, Portal:Geografi. Adakah portal ini nampak lebih menarik dan tidak ketinggalan zaman sekarang? --MSWiki 13:57, 22 Ogos 2007 (UTC)--

Tentang kehadiran saya di sini dan pengundian saya sebagai penyelia sekali lagiSunting

Assalamualaikum Aviator, saya tak tau berapa lama saya akan berada di sini. Juga, jika saya bakal jadi penyelia sekali lagi pada bulan November atau Disember tahun ini, adakah itu masa yang lebih menyenangkan? Serta adakah anda akan kemungkinan sokong saya? Jika saya gagal sekali lagi pada bulan tersebut saya akan minta jadi penyelia buat kali kelima dalam akaun asal saya (Emrrans) pada bulan April atau Mei tahun 2008. Saya harap dosa saya ditebus 100% sebersihnya. Hehe, anda tak perlu risau sangat tentang saya. Saya boleh jaga diri saya dengan baik. — Imran Al-Sahih 13:59, 22 Ogos 2007 (UTC)

Antara mukaSunting

Nampaknya anda mahir dalam bab pengkomputeran. Berminat nak menterjemah antara muka Wikipedia? Silat lihat Wikipedia:Antara muka dan laman perbincangannya. ...Aurora... 14:35, 24 Ogos 2007 (UTC)

Kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. ~ Aviator 13:16, 25 Ogos 2007 (UTC)
Apa yang perlu dibuat ialah memindahkan terjemahan yang berkenaan dari Istimewa:Allmessages ke MessagesMs.php di Bugzilla. Pernah dibuat sebelum ini oleh PM Poon tetapi terbantut kerana banyak kesalahan sintaksis. Lihat bugzilla:4770. Perkara ini perlu dibuat kerana MessagesMs.php turut digunakan projek lain seperti Wiktionary dan Wikibooks. Untuk panduan, sila lihat meta:MediaWiki localisation. ...Aurora... 13:53, 25 Ogos 2007 (UTC)
Jangan risau, saya amat mahir dalam PHP dan sintaksnya. Kalau anda nak tahu, saya telah membuat fail MessagesMs.php sendiri untuk projek lain yang juga menggunakan perisian MediaWiki, cuma saya tidak pernah kirim kepada BugZilla. Saya tak perasan pula bahawa sudah terdapat usaha untuk memperbaharui MessagesMs.php di BugZilla oleh penyunting Wikipedia bahasa Melayu. Fail yang saya miliki mempunyai terjemahan yang berbeza sedikit dengan terjemahan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Hasrat saya ialah mengirim fail ini dan mengusulkannya dalam perbincangan di sini (Wikipedia:Antara muka?) supaya semua terjemahan dalam kedua-dua versi dicantumkan, kemudian hasilnya dikirim kepada BugZilla. Boleh, kan? ~ Aviator 14:49, 25 Ogos 2007 (UTC)
Baguslah kalau begitu. Kalau anda ada fail terjemahan lengkap seeloknya buat laman baru (Wikipedia:Antara muka2) dan kita bincang di laman perbualannya. ...Aurora... 15:06, 25 Ogos 2007 (UTC)
Saya akan cuba usahakan. ~ Aviator 17:13, 25 Ogos 2007 (UTC)

Saya dapati bahawa terdapat sesetengah terjemahan dalam Istimewa:Allmessages adalah khusus untuk Wikipedia bahasa Melayu sahaja dan tidak boleh digunakan untuk projek Wikimedia yang lain seperti Wiktionary dan Wikibooks. Para pembangun MediaWiki telah menyatakan dalam BugZilla bahawa mereka mahukan terjemahan yang umum, bukannya yang khusus atau hardcoded untuk satu projek sahaja. Contohnya menu pada bar sisi (sidebar): "Laman Utama, Tinjau, Gotong-royong, Hal semasa, Laman rawak" yang bukan lagi sekadar terjemahan tetapi sudah diubah supaya dapat disesuaikan dengan Wikipedia bahasa Melayu. Bar sisi ini tidak relevan bagi projek-projek lain seperti Wiktionary atau Wikibooks.

Pada masa yang sama, saya telah menghasilkan fail MessagesMs.php sendiri untuk sebuah projek persendirian. Fail yang saya hasilkan ini mematuhi kehendak pembangun MediaWiki (tidak khusus untuk mana-mana projek). Akan tetapi, fail ini agak ketinggalan zaman kerana saya menggunakan MediaWiki versi 1.8 sebagai rujukan. Tambahan pula, ia tidak boleh disalin secara terus ke dalam Wikipedia bahasa Melayu kerana semua pengubahsuaian mesej yang khusus bagi Wikipedia bahasa Melayu akan hilang.

Oleh itu, untuk memuaskan hati semua pihak, saya mencadangkan supaya kita menggariskan matlamat-matlamat ini:

  1. Gabungkan fail terjemahan Wikipedia bahasa Melayu dengan fail terjemahan milik saya. Pilih terjemahan yang terbaik bagi setiap mesej. Jika terdapat keraguan, gunakan fail asal dalam bahasa Inggeris (MessagesEn.php) sebagai rujukan supaya tidak menyimpang daripada kehendak pembangun MediaWiki.
  2. Setelah fail terjemahan yang baru siap, salin semua perubahan ke dalam Wikipedia bahasa Melayu dengan menyunting laman-laman dalam ruang nama khas MediaWiki (seperti MediaWiki:Sidebar dsb.). Mesej yang khusus untuk Wikipedia bahasa Melayu dikekalkan.
  3. Kirim fail terjemahan baru kepada Bugzilla supaya dapat dikongsi bersama dan digunakan dalam projek-projek lain.

~ Aviator 18:45, 25 Ogos 2007 (UTC)

Setuju. Lihat juga pesanan Siebrand di kedai kopi. Terpulanglah kepada anda nak gunakan atau tidak. Cuma kalau buat di sana susah sedikit nak bincang. ...Aurora... 04:08, 28 Ogos 2007 (UTC)
Saya tak mahu ulas tentang projek Betawiki. Macam bukan projek rasmi Wikimedia saja. Lagipun, betul seperti anda cakap, kalau buat di sana susah sikit nak bincang. Tentang proses penggabungan itu, saya akan muat naik hasil analisis secepat mungkin. Bila siap, saya akan umumkan di Wikipedia:Antara muka. ~ Aviator 14:42, 28 Ogos 2007 (UTC)
Di sini: Perbualan_Wikipedia:Antara_muka#MessagesMs.php_baru. ~ Aviator 07:34, 29 Ogos 2007 (UTC)

Kesalahan tatabahasaSunting

Mengapakah anda berasa hairan apabila melihat kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam laman utama? Mugkin Wikipedia MS perlu membentuk satu projek untuk memeriksa semua rencana dari segi kualiti dan kesalahan tatabahasa? Apakah pandangan anda tentang perkara ini? MSWiki 07:07, 26 Ogos 2007 (UTC)

Bukan Laman Utama sahaja yang mempunyai masalah tatabahasa. Bagi saya, ejaan dan tatabahasa perlu dijadikan keutamaan untuk memelihara reputasi Wikipedia. ~ Aviator 11:57, 26 Ogos 2007 (UTC)

User:ArrazzazSunting

Assalamualaikum!
Bolehkah anda ceritakan macam mana anda cipta akaun itu? Saya rasa hairan... --Edmund The King of The Woods! 10:34, 31 Ogos 2007 (UTC)

Satu lagi, maafkan saya kerana nak cakap ini yg mungkin buat anda rasa tak selesa... Saya nasihatkan anda agar minta seorg birokrat tukarkan nama robot tu kpd sesuatu yg mengandungi perkataan "bot", cadangkan "ArrazzazBot", supaya menjadi jelas bahawa itu sebuah robot. Ini adalah mandatori di Wikipedia Bahasa Inggeris. Salam. --Edmund The King of The Woods! 10:37, 31 Ogos 2007 (UTC)

Eh? Saya cipta akaun pengguna biasa saja. Baiklah, saya akan mohon tukar nama. ~ Aviator 10:51, 31 Ogos 2007 (UTC)

Anda cipta akaun biasa? Adakah anda meksudkan hanya daftar mengikut prosudur biasa apabila kita berdaftar? Mungkin apabila anda daftarkan robot itu, anda tidak log keluar. Jadi log akaun baru ada pernyataan bahawa anda cipta akaun itu. Kalau tidak, saya rasa pelik... --Edmund The King of The Woods! 09:29, 1 September 2007 (UTC)

Benar. Saya tidak log keluar. ~ Aviator 11:32, 1 September 2007 (UTC)

Wikipedia Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab?Sunting

Adakah anda mempunyai akaun di kedua-dua bahasa itu? Jika ada, saya cadangkan anda buat pautan InterWiki ke laman pengguna anda di sana. Saya sgt gembira lihat anda yg tau Bahasa Arab berada di sini, harap anda dpt terjemahkan rencana-rencana Bahasa Arab ke sini... --Edmund The King of The Woods! 09:35, 1 September 2007 (UTC)

Saya tidak mempunyai akaun dalam Wikipedia bahasa Arab. Rencana di sana pun kebanyakannya ringkas. Apapun, kalau anda perlukan bantuan dalam bahasa Arab, saya boleh sedikit-sebanyak membantu. :) ~ Aviator 11:32, 1 September 2007 (UTC)

Kalau ringkas baguslah, boleh cepat habiskan terjemahan... --Edmund The King of The Woods! 02:35, 5 September 2007 (UTC)

Bot dan MessagesMs.phpSunting

Arrazzaz kini ArrazzazBot. Kotak pasir Wikipedia tak aktif sangat, mungkin 24 jam lebih sesuai. Kalau anda nak ambil alih mengirim pesanan selamat datang, silakan.

Tentang MessagesMs.php, ok. Kebetulan saya juga agak sibuk ketika ini. Beritahu saya apabila anda telah menyiapkannya dan saya akan tolong cek. ...Aurora... 14:42, 2 September 2007 (UTC)

Seeloknya maklumkan di kedai kopi, takut-takut kalau orang lain ada bantahan. ...Aurora... 13:30, 3 September 2007 (UTC)
Mungkin anda boleh menambah bot bagi menangani pesalah laku. Ada satu bot di Wiki Inggeris yang saya kagum ClueBot. Mungkin anda dapat berbincang dengan penciptanya bagi mendapatkan maklumat lanjut. Selain itu bagi bot yang menyambut pengguna baru, mungkin ia juga dapat menyekat pengguna dengan nama tertentu (lucah). Yosri 00:41, 4 September 2007 (UTC)
Maksud Yosri, antivandalisme? Saya akan cuba usahakan. ~ Aviator 02:49, 4 September 2007 (UTC)

Rasanya ada satu robot di Wikipedia Bahasa Inggeris yg dicipta khas utk melawan vandalisme, iaitu AntiVandalBot. --Edmund The King of The Woods! 08:59, 4 September 2007 (UTC)

Bot AntiVandalBot dah meninggal.
Untuk status bot, kita boleh calonkan untuk perlantikan.
Mengenai pengguna baru, dahulunya saya menyambut semua pengguna, tetapi apabila jumlah mereka meningkat melebihi keupayaan saya menyambutnya, saya menghadkan sambutan kepada pengguna yang mempunyai nama manusia normal. Tetapi bot boleh menyambut semua pengguna, kecuali yang nama jelik. Yosri 00:08, 5 September 2007 (UTC)

Sila buat robot anda kirimkan kedua-dua {{sd}} dan {{interd}} serentak, terima kasih! --Edmund The King of The Woods! 00:21, 6 September 2007 (UTC)

Saya membantah pemberian kuasa penyelia kpd robot anda. Itu akan menimbulkan salah faham kpd mereka yg tidak mengenali sini. Lebih baik anda tunggu sampai jadi penyelia nanti, anda jadikanlah akaun sendiri sebuah robot dan boleh guna kuasa penyelia secara automatik! --Edmund The King of The Woods! 02:15, 6 September 2007 (UTC)

Nak jadi duta?Sunting

Assalamualaikum... Adakah anda tau tentang jawatan duta di sini? Kedutaan kita dah lama tidur, sebab ketiga-tiga duta itu sudah tak aktif. Saya berharap ada org pergi menjadi duta agar membantu org yg tak tau Bahasa Melayu. Memandangkan tugas duta menyentuh penggunaan robot, apa kata anda mempertimbangkan utk menjadi duta? Sebab anda tau Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab juga. Saya minat menjadi duta, tapi saya tak tau apa-apa tentang robot, jadi saya pun rasa tak layak. Sila fikirkannya ya, terima kasih! --Edmund The King of The Woods! 09:17, 4 September 2007 (UTC)

Waalaikum. Maaf ya, pada masa sekarang saya sudah terlalu sibuk, sampai menyunting laman pun tak sempat. Saya tak rasa yang seseorang itu perlu tahu tentang bot untuk menjadi duta. Bukankah kedutaan Wikipedia hanya berkait dengan masalah rentas-bahasa? ~ Aviator 18:56, 4 September 2007 (UTC)

Anda boleh lihat bahawa pasal-pasal mengenai InterWiki sepatutnya diungkitkan di sana. Dan kebanyakan robot melibatkan diri dlm penambahan InterWiki. --Edmund The King of The Woods! 02:36, 5 September 2007 (UTC)

Pengguna baru.Sunting

Tidak apa bukan bererti dibiarkan. pengguna baru yang merosakkan laman diberi amaran pertama. Sekiranya berulang, amaran lebih keras / sekatan akan dilakukan. Pengguna baru yang melakukan kerosakan laman dengan sengaja (secara berulang / lebih dari 2 laman / mengguna kata lucah) akan dikenakan tindakan lebih berat SERTA-MERTA. Yosri 03:25, 12 September 2007 (UTC)

ArrazzazBotSunting

Saya dapati ArrazzazBot menggantikan pesanan yang telah ada pada laman pengguna. Bolehkan anda ubah agar ArrazzazBot mengelak laman yang sudah dikomen (mungkin kerana kerana salah laku). Lihat [Im ipba.] Yosri 04:28, 12 September 2007 (UTC)

Sepatutnya bot ikut pengguna, bukan pengguna ikut bot. Pesanan selamat datang seeloknya guna "subst". Mungkin anda boleh program bot anda untuk tidak menyunting laman yang telah disunting orang lain. ...Aurora... 14:39, 12 September 2007 (UTC)
Mungkin orang lain tak guna "subst", tapi saya guna. Oleh itu robot anda kena pandai sikit. ...Aurora... 15:18, 12 September 2007 (UTC)
Ok, dengan itu anda juga boleh mengesan templat {{ujian}}. ...Aurora... 15:55, 12 September 2007 (UTC)

Tentang rencana senarai warnaSunting

Sila ambil perhatian, jika anda pandai-pandai nak gantikan laman rencana senarai warna yang saya buat, saya akan kembalikan kandungannya kepada yang asal. — Imran Al-Sahih 05:03, 12 September 2007 (UTC)

ToolserveraccountSunting

Hello Aviator,
please send your real-name, your wikiname, your prefered login-name and the public part of your ssh-key to  . We plan to create your account soon then. --DaB. 14:02, 13 September 2007 (UTC)

Be humble!Sunting

Hey Aviator, bulan puasa lagi dah buat hal dengan saya. Nasib baik saya bukan adik anda. Saya tahulah anda boleh membuat templat setanding saya, tapi janganlah sombong sangat! Saya sunting Wikipedia pun saya taklah sombong macam anda, kalau anda tuliskan pesanan dalam apa jua bentuk sekalipun terus kepada saya, saya akan beritahu penyelia untuk kenakan sekatan terhadap anda. — Imran Al-Sahih 14:50, 21 September 2007 (UTC)

Aviator, saya nak katakan bahawa Wikipedia merupakan Ensiklopedia bebas, dimana boleh disunting sespaia jua! Jadi suka hati sayalah saya nak tukar Templat:Tunas asalkan tak melakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan yang ditetapkan di Wikipedia, cuba anggap niat baik lain kali dengan saya dan orang lain! — Imran Al-Sahih 02:43, 22 September 2007 (UTC)

Maaflah banyak2 yeSunting

Hai Aviator, disebabkan saya cuba suntingkan Templat:Tunas untuk tukar warna, saya ubah fikiran saya. Maafkanlah saya ye kerana berbalah dengan anda, atas sebab rencana Senarai warna dan juga Templat:Kotak. Kalau anda nak tukar rencana Senarai warna, buatlah, saya tak kisah. Maaf banyak2 ye, saya yang tak sedar akan kesilapan saya. :) — Imran Al-Sahih 22:30, 21 September 2007 (UTC)

Saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir dan batin kepada anda. Saya juga ingin memberikan ribuan ampun atas kesalahan saya terhadap anda. Moga perkara sebegini tidak akan berlaku lagi, InsyaAllah. — Imran Al-Sahih 01:24, 2 Oktober 2007 (UTC)

MessagesMs.phpSunting

Syabas. Kini kena kemaskini pesanan di sini :) ...Aurora... 14:21, 24 September 2007 (UTC)

Saya rasa lebih baik buat secara manual. Sebab ada yang sengaja diubah sepaya lain dari MessagesMs.php. Takut ada yang anda terlepas pandang. ...Aurora... 14:34, 1 Oktober 2007 (UTC)
Memang banyak :) Sikit2 lama2 jadi bukit.
Mengenai KamusWiki, "lema" bukan kesilapan ejaan "laman". Ia adalah padanan untuk "rencana" di sini. Ertinya masukan dalam kamus. Perkataan baru untuk anda :) ...Aurora... 09:02, 9 Oktober 2007 (UTC)

Tentang logo WikimediaSunting

Hai Aviator, bolehkah anda menyenaraikan kegunaan-kegunaan yang lain terhadap logo Wikimedia yang dimaksudkan oleh frasa Use of the Wikipedia logo... requires permission, selain daripada kegunaan adil? Anda boleh menjawab di sini sahaja agar memudahkan perbincangan. — Syarikat Pemunggahan Rencana 01:35, 6 Oktober 2007 (UTC)


Hi Aviator, soalan saya ialah: Selain daripada kegunaan adil, apakah kegunaan-kegunaan logo yang lain? Bagi saya, tiada yang lain kecuali jika ada niat hendak menyamar syarikat itu.

Ya, saya PM Poon. Saya baru memulakan laman web saya dan oleh itu, tidak mempunyai banyak masa untuk menyumbangkan rencana di sini. Bagaimanapun, jika ada apa-apa rencana yang menarik yang lebih sesuai ditulis di sini, saya akan menyumbangkannya di sini. Untuk matlumat peribadi yang lebih lanjut tentang saya, anda boleh melihat halaman pengguna saya di laman web tersebut.

Saya akan memulakan laman web bahasa Inggeris yang berjudul As-I-See-It tidak lama lagi. Saya suka akan perdebatan. Laman web itu akan menimbulkan isu-isu yang penuh dengan perbalahan, hehehe. Saya akan menggunakan perisian Tikiwiki yang membenarkan pengguna-pengguna menulis respons mereka dalam halaman yang sama. Nak tengok pergaduhan di arena antarabangsa, hehehe? Mungkin saya akan ditembak teruk sehingga kemik, hehehe. Tetapi itu kan sesuatu yang biasa?

Saya masih ingat masa Musa Hitam ke Universiti Sains Malaysia untuk ceramah bersama-sama dengan Lim Kit Siang dan beberapa ahli parti pembangkang yang terutama. Semasa ceramah, ahli-ahli parti pembangkang itu selalu mengejek Musa Hitam dengan mengatakan, "Seperti biasa, Datuk telah menghitamkan ini dan menghitamkan itu." Yang amat saya hormati adalah bahawa beliau menerima semua ejekan itu dengan amat tenang, tanpa sedikit perasaan pun. Mukanya tidak pernah berubah pada sepanjang ceramah, walaupun beliau adalah satu-satunya wakil kerajaan di kalangan semua ahli pembangkang. (Tahulah dekad awal 70-an merupakan suatu tempoh yang semua pelajar universiti (dipanggil mahasiswa ketika itu) berpendirian anti-establishment dan suka menentang kerajaan, dengan barisan penceramah tersebut disengajakan.) Itulah salah satu ciri pahlawan perdebatan yang unggul. Bukannya senang nak mencapai taraf itu tetapi kalau selalu kena tembak, mungkin latihan yang diterima itu akan menyebabkan saya menjadi kebas terhadapnya, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 05:37, 6 Oktober 2007 (UTC)

It's a small world out thereSunting

Hi Aviator, ia bukannya hanya a small world out there tetapi juga a short life in here, hehehe. Dengan sekelip mata, saya kini dalam final lap hayatku. Lagi sekelip mata, dan .....

Anda berkata bahawa anda "berminat dalam bidang sains komputer, terutamanya pengaturcaraan dan pembangunan web" di halaman pengguna anda. Akan tetapi saya tidak nampak anda menulis sebarang rencana mengenainya. Tulislah manyak-manyak di sini, dan syarikat saya, Syarikat Pemunggahan Rencana, akan menyewa lori untuk memunggahkan rencana-rencana anda ke laman web saya, hehehe. — Syarikat Pemunggahan Rencana 14:06, 6 Oktober 2007 (UTC)!

Lesen GNU dan perkara berkaitSunting

Hi Aviator, anda membaca setengah ayat sahaja, hehehe. Ayat yang lengkap ialah "Kandungan tersedia di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersil-PerkongsianSerupa 3.0, kecuali sebaliknya dinyatakan.

Sebenarnya, saya tidak terlalu mengambil berat tentang lesen-lesen itu walaupun sebagaimana yang para pengguna Wikipedia bahasa Melayu yang lama tahu, saya memang sejak dari dahulu menentang konsep bahawa karya-karya yang diterima secara percuma boleh dijual tanpa penulis mendapat sebarang pampasan untuk usaha mereka.

Syarat-syarat lesen GNU menetapkan bahawa apa yang merupakan rencana di bawah lesen itu harus mengekalkan lesen tersebut apabila diterjemahkan atau diubah suai. Saya berasa syarat itu adalah amat adil, akan tetapi mengapakah rencana yang diterima secara percuma kemudian boleh dijual? Kan yang lebih wajar adalah bahawa rencana yang diterima secara percuma harus diedarkan secara percuma? Kan terdapat percanggahan logik?

Sebenarnya tidak. Jika anda mengikut sejarah Wikipedia, anda akan tahu mengapa mereka membenarkan rencana-rencana Wikipedia dijual. Wikipedia sebenarnya dimulakan untuk mendukung Nupedia, sebuah projek komersil. Ia tidak diasaskan sebagai sebuah projek kedermawanan untuk masyarakat. Bentuk Wikipedia terkini adalah sesuatu yang tidak dijangka dan tidak dirancang. (Persoalan ini akan dijadikan topik perbahasan yang pertama bagi laman web www.as-i-see-it.org, kecuali ada perkembangan yang baru (always put a caveat so that you don't trap yourself, hehehe!)).

(P/S: Bagi rencana-rencana saya yang diterjemahkan daripada Wikipedia bahasa Inggeris, saya membubuh teg GNU seperti di halaman-halaman ini. Walaupun saya membubuh lesen bukan komersil, saya kekadang masih akan memindahkan sebilangan rencana saya ke sini (dan dengan itu meletakkannya di bawah lesen GNU) kerana saya kini tidak begitu aktif di portal ini. Bagaimanapun, bagi rencana-rencana yang ditulis oleh pengguna lain, saya tidak akan menyentuhnya tetapi saya juga tidak akan melarang mereka jika mereka hendak memindahkan rencana mereka ke sini atau ke mana-mana. Laman web saya juga mengandungi puluhan gambar yang berhak cipta yang hanya diberikan kebenaran untuk digunakan di laman web saya sahaja. Oleh itu, gambar-gambar itu juga memiliki lesen yang berlainan daripada lesen bukan komersil tersebut.) — Syarikat Pemunggahan Rencana 18:42, 6 Oktober 2007 (UTC)

Tentang istilah "pengkomputeran"Sunting

Hi Aviator, istilah "pengkomputeran" bermaksud computerization dan bukannya computing. Saya telah menanyakan Dewan Bahasa tentang istilah untuk perkataan "computing" yang tunggal. Jawapannya adalah tunggu dulu. Dah berapa bulan saya tunggu dan kini masih menunggu, hehehe. Walaupun demikian, saya kini menggunakan istilah "pengkomputan" untuk "computing". Sebenarnya, saya juga "mencipta" banyak perkataan bahasa Melayu yang baru, hehehe. Apabila DBP tak berani menjawab, saya mencipta istilah sendiri, berbanding dengan meninggalkan perkataan dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan huruf condong, sebagaimana yang dicadangkan oleh DBP. (No wonder banyak laman web bahasa Melayu mengandungi banyak perkataan bahasa Inggeris.)

Baru hari itu, Aurora menanyakan saya mengapa saya menggunakan istilah "eksabait" di laman web saya tetapi apabila saya memindahkan rencana itu ke portal ini, saya menggunakan istilah "exabait". Alasannya adalah kerana "eksabait" merupakan istilah ciptaan saya, berdasarkan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu DBP. Cadangan DBP adalah untuk mengekalkan ejaan bahasa Inggeris dengan menggunakan huruf condong. Saya tidak meminta keterangan yang lebih lanjut tentang adakah ia bermaksud exabyte atau exabait. Oleh sebab kemalasan menimpa saya, saya pandai-pandai menggunakan exabait untuk portal ini. Sekurang-kurangnya saya ada mencuba menepati cadangan DBP yang rasmi untuk portal ini. (Entah mengapa DBP tidak yakin menggunakan Pedoman yang diciptanya, hehehe.) — Syarikat Pemunggahan Rencana 19:01, 6 Oktober 2007 (UTC)


Masih terdapat setakat percanggahan pendapat, khususnya tentang harga penjualan. Merujuk kepada falsafah GNU mengenai penjualan:

Except for one special situation, the GNU General Public License (GNU GPL) has no requirements about how much you can charge for distributing a copy of free software. You can charge nothing, a penny, a dollar, or a billion dollars. It's up to you, and the marketplace, so don't complain to us if nobody wants to pay a billion dollars for a copy.

Falsafah GNU tidak mengehadkan harga jualan kepada kos pengedaran (seperti kertas, dakwat dsb.) sahaja. Jika ya, saya memang tidak menentang. Harganya ditetapkan oleh pasaran, seperti dengan semua produk komersil, umpamanya di pasar raya. Jika anda nak jual Milo pada kos RM1,000 setin, tidak salahnya. Ia bukan macam petrol. Jika anda jual petrol pada harga RM2.00 seliter, kerajaan Malaysia akan menutup stesen minyak anda!


Kenapa saya tidak meletakkan "Creative Commons" di notis hak cipta di tapak web tersebut? Sebenarnya saya telah mengubah Localsettings.php tetapi ia tidak keluar:

## For attaching licensing metadata to pages, and displaying an
## appropriate copyright notice / icon. GNU Free Documentation
## License and Creative Commons licenses are supported so far.
$wgEnableCreativeCommonsRdf = true;
$wgRightsPage = "true"; # Set to the title of a wiki page that describes your license/copyright
$wgRightsUrl = "http://creativecommons.org/licenses/by-nc-sa/3.0/deed.ms";
$wgRightsText = "Lesen Pengiktirafan-BukanKomersil-PerkongsianSerupa 3.0 kecuali sebaliknya ditetapkan";
$wgRightsIcon = "";
# $wgRightsCode = "cc"; # Not yet used
# $wgDiff3 = "";

Kena cari cara atau tanya di forum Mediawiki tentang bagaimana melakukannya. Setakat ini, saya tidak mengambil berat tentang hal ini kerana terdapat banyak masalah teknik, umpamanya halaman ini. Masalah terakhir ini sebenarnya patut diselesaikan oleh webhost saya (kerana ia melibatkan sekatan keselamatan pelayan) tetapi mereka mengalami masalah kerana tidak begitu fasih dengan perisian Mediawiki. Sebaliknya, webhost Amerika menyelesaikan masalah itu dalam masa kurang daripada 15 minit.

Bolehkah anda menyertai Ensiklokamus? Sebenarnya, semua penulis dialu-alukan. Kejayaan portal itu bergantung kepada bilangan penulis. Dengan penyertaan anda, portal itu memang akan menjadi lagi unggul.

Portal tentang pengkomputan bahasa Melayu tidak mempunyai banyak persaingan kerana ia bukannya suatu bidang yang amat diminati di kalangan orang Malaysia. Kalau saya tidak silap, sumber maklumat di portal Ensiklokamus kini adalah antara yang terbanyak (jika bukan terbanyak). Sila lihat http://www.komputer.com.my/ untuk perbandingan.

Jika anda menyertai Ensiklokamus, saya mencadangkan bahawa anda menulis di bawah lesen GDFL (jika boleh, iaitu jika terjemahan anda tidak disekat oleh hak cipta bersyarat atau lesen-lesen lain) supaya ia boleh dipindahkan ke Wikipedia bahasa Melayu. Dengan cara ini, anda boleh memanfaatkan kedua-dua portal. Anda juga dialu-alukan mengubah apa-apa di portal saya itu dan jika perlu, semua kebenaran masuk ke sistem akan diberikan kepada anda. — Syarikat Pemunggahan Rencana 07:02, 7 Oktober 2007 (UTC)

Tentang bahasa MelayuSunting

Hi Aviator, portal saya mempunyai ruang untuk anda menulis tentang bahasa Melayu, baik pendapat peribadi mahupun yang lain. Kita boleh gunakan teg "Rencana ini adalah pendapat peribadi penulis" atau seumpamanya. Yang penting, semua pendapat harus disokong dengan rujukan dan bukannya berdasarkan perasaan sahaja. Rencana-rencana itu tersimpan dalam ruang nama "bm" dan tidak merupakan sebahagian portal utama. Setakat ini, halaman-halaman tentang bahasa Melayu adalah yang paling popular, berbanding dengan rencana-rencana komputer.

Semasa menterjemahkan rencana-rencana komputer, anda akan mendapati bahawa bahasa Melayu masih tidak sempurna untuk kegunaan bidang-bidang teknik. Bagaimanapun, saya berasa masalah itu dapat diatasi dengan mudah jika DBP berusaha bersungguh-sungguh. Sebenarnya, selepas 50 tahun, bahasa Melayu patut mencapai tahap yang jauh lebih tinggi. Akan tetapi Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat suatu kesilapan strategi yang utama apabila menswastakan Dewan Bahasa. Jika anda sentiasa merujuk kepada Kamus Karyanet, anda akan mengesan bahawa DBP telah tidur (dari segi mengembangkan bahasa Melayu) bermula dari dekad 1980-an. Kini, ia sekali lagi menjadi aktif selepas dipindahkan di bawah Kementerian Pelajaran.

(P/S: DBP kelihatan juga membuat kesilapan yang serupa dengan Kementerian Pelajaran apabila berkongsi dengan IGD Hightech untuk mengasaskan portal Karyanet. Kedua-dua kesilapan itu berasas daripada keinginan untuk menjimatkan wang atau dalam bahasa kasar, hendak mendapat sesuatu tanpa sebarang bayaran, hehehe.) — Syarikat Pemunggahan Rencana 07:37, 7 Oktober 2007 (UTC)

TexvcSunting

Hi Aviator, bukan mengeluh. Penggunaan perisian pihak ketiga sememangnya bukannya tanggungjawab webhost, asalkan ia tidak melibatkan sekatan keselamatan pelayan yang anda tidak mempunyai laluan. Apabila ia melibatkan sesuatu yang tidak dapat anda buat, ia menjadi tanggungjawabnya. Webhost Amerika membantu saya mengatasi masalah yang sama itu dalam tempoh 15 minit. Mengapa mereka boleh buat demikian? Selain itu, saya telah menggunakan perisian Mediawiki dalam komputer saya sejak melebihi setahun. Langsung tiada masalah kerana ia tidak melibatkan sebarang sekatan keselamatan.

Sebenarnya, laman web saya itu dihoskan di Amerika pada 6 Jun. Saya memindahkannya ke Malaysia mulai dari 25 Ogos dan baru siap pemindahannya pada 4 Oktober. Jika anda berminat, saya memberikan anda taraf birokrat. Apa kata anda? — Syarikat Pemunggahan Rencana 07:50, 7 Oktober 2007 (UTC)

Sebelum dimarahi oleh pengguna lain, saya telah menjawab pesanan terkini anda ini di sini.Syarikat Pemunggahan Rencana 09:30, 7 Oktober 2007 (UTC)

Kumpulan Teraju YahooSunting

Alamak! Kumpulan Teraju Yahoo bukannya pelantar untuk membincangkan masalah penterjemahan. Dua hari dah saya mengikut kumpulan itu tetapi ia jauh lebih membincangkan perkara-perkara berikut yang langsung tidak kena-mengena:

  • Re: Eid mubarak
    Thanks for the tip, dear Hazidi. But actually, in the last few months I've been here, I've sampled most of the local delicacies except the kue raya....
  • Re: Digest Number 2293
    I heard that you can cash PayPal money in Malaysia now. Does anyone here that use PayPal verify this. Does this mean from now we can get paid for....

Mungkinnya Forum EKPKM adalah lebih sesuai, umpamanya pesanan bernilai seperti yang berikut:

  • "Sunting tetapan lalai pengiriman" ialah terjemahan bagi "Edit posting defaults". Bunyi "lalai" agak ganjil, tapi betul, bila saya semak dalam kamus istilah, "default" = "lalai". "enable" = "aktif" OK. — Syarikat Pemunggahan Rencana 11:29, 9 Oktober 2007 (UTC)

Pesanan baruSunting

Pesanan baru di halaman pengguna anda.   Syarikat Pemunggahan Rencana 21:26, 24 Oktober 2007 (UTC)

PenyeliaSunting

Saya ingin menanyakan anda sesuatu iaitu anda sudi tak untuk menjadi seorang penyelia di ms.wiki ini. Memandangkan anda telahpun melepasi syarat untuk menjadi penyelia. Maka, kini saya hanya menanti jawapan daripada anda, saudara Aviator. Saya lihat anda kelihatan aktif menyumbang dari sudut laman perubahan terkini. Semoga penantian saya dibalas dengan satu jawapan yang baik ye. Sekian..... — — Didie 05:04, 29 Oktober 2007 (UTC)

Kalau begitu, laman pengundian perlantikan anda akan dijalankan. Lihat ini. — Didie 07:37, 29 Oktober 2007 (UTC)

Templat:KedaiKopiSunting

Terima kasih banyak2 kerana mencantikkan templat itu! Jauh lebih indah dpd yg lama! --Edmund The King of The Woods! 09:46, 29 Oktober 2007 (UTC)

Perubahan matlamat EnsiklokamusSunting

Hi Aviator, saya telah memutuskan untuk menamatkan portal Ensiklokamus sebagai sebuah portal komuniti selepas berunding dengan kawan-kawan saya semalam. Mereka telah mengikut perdebatan kita sepanjang ini dan berpendapat bahawa anda bukannya orang yang benar-benar hendak membantu saya. Sebaliknya, mereka berpendapat bahawa anda mempunyai niat tersendiri. Maka sejak dari semalam, portal itu telah ditutup kepada penyumbang awam. (Sila lihat halaman utama saya.)

Terima kasih atas pengemukaan pepatah Melayu anda, iaitu "ikut hati mati..." No wonder mulut anda tidak selari dengan hati, hehehe. Saya tidak hendak membazir masa saya dengan anda lagi, dan anda patut juga berbuat demikian dengan saya. Dah cukup kerosakan yang telah anda buat di portal saya dengan menggelar portal saya sebagai cermin walaupun apa yang disalin dari Wikpedia bahasa Melayu setakat ini tidak melebihi 1.5% daripada jumlah rencana saya. (Rencana bahasa Inggeris bukannya tumpuan saya tetapi hanya merupakan rencana sampingan kerana bidang teknologi maklumat diajar dalam bahasa perantaraan Inggeris di Malaysia.) Walau jika saya menyalin 100 buah rencana daripada Wikipedia bahasa Melayu, apakah peratusannya berbanding dengan sumbangan saya di sini? Kan anda merupakan pejuang konsep sumber terbuka dan pelesenan GFDL yang "kuat"? Penyamar betul!!! Setakat ini, sumbangan anda di sana boleh dikatakan "air liur lebih daripada teh cina," iaitu cakap lebih daripada membuat.

Kes kita ini bukannya setakat disagreement yang begitu mudah tetapi sebaliknya pada penilaian saya, envy. Sememangnya anda akan menafikan tuduhan saya ini tetapi tuduhan ini juga merupakan penilaian kawan-kawan saya. Sebenarnya merekalah yang mencadangkan menyekat nama anda tetapi saya memutuskan untuk menutup portal ini sebagai sebuah portal komuniti.

Biar kita mengucapkan selamat tinggal di sini selama-lamanya. — Syarikat Pemunggahan Rencana 21:24, 30 Oktober 2007 (UTC)


Ya, I saw. Banyaknyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

"Rencana" 1. BashSunting

Bash ialah sebuah atur cara cangkerang Unix yang dicipta oleh GNU sebagai alternatif kepada sh. Bash adalah singkatan kepada Bourne-Again SHell dan merupakan cangkerang yang paling popular dalam sistem pengendalian Linux. (Dianggap sebuah rencana.)

Rencana 2. PythonSunting

Python ialah sebuah bahasa pengaturcaraan dan bahasa penskripan yang mempunyai pelbagai paradigma pengaturcaraan. Python amat mudah dipelajarai oleh pengguna baru, namun pada masa yang sama amat selesa digunakan di sisi pengguna mahir. Menurut MFen dalam irc://freenode.net/python, “Python ialah pengganti kepada BASIC sebagai mana Optimus Prime ialah pengganti kepada sebuah trak.”

Berikut adalah contoh atur cara hello world yang ditulis dalam Python:

print "Hello world"

"Rencana" 3. Peranti aksaraSunting

Peranti aksara ialah sejenis fail peranti. Sistem komputer memindahkan data kepada peranti ini dalam bentuk satu aksara pada satu-satu masa. Contoh peranti yang diwakilkan oleh fail jenis ini ialah terminal maya. (Dianggap sebuah rencana.)

"Rencana" 4. Perisian bebasSunting

Secara ringkas, perisian bebas ialah perisian yang boleh digunakan, dikaji, diubah, disalin dan diedarkan kepada orang lain secara bebas. (Dianggap sebuah rencana.)


Banyaknya! Sekurang-kurangnya memerlukan 10 minit untuk menyiapkan kesemua empat rencana!!! Itulah dia empat buah rencana yang jika digabungkan, masih tidak dapat mengisi sehelai muka surat A4. Jika ini merupakan jawapan peperiksaan, sepuluh minit dah boleh keluar dari bilik dan mendapatkan markah A++, apa lagi dengan menulisnya di dalam sebuah portal blog, ophhhhs, I mean portal ensiklopedia, hehehe.

Akan tetapi kawan-kawan saya berkata: "Cis, saya tahu lebih banyak daripada maklumat yang diberikan sebelum saya membaca. Kalau semua rencana seumpama ini, siapakah yang hendak datang lagi?"

Walaupun demikian, sebarang sumbangan dialu-alukan, walaupun amat pendek. Akan tetapi sumbangan terbesar anda di sana ialah air liur serta tuduhan palsu. Kan air liur jauh lebih banyak daripada teh cina, menguak jauh lebih daripada membuat? Semak hati sendiri lebih dahulu, pejuang GFDL! — Syarikat Pemunggahan Rencana 23:49, 30 Oktober 2007 (UTC)

Kalau boleh, sila jangan buat peralihan rencana sesuka hati yeSunting

Hai Sheikh Aviator, anda kan ada pilihan dalam diri anda dalam menyunting rencana kan? Kalau boleh, secara jujur saya nak cakapkan, sila jangan buat peralihan rencana sesuka hati, lebih-lebih lagi rencana yang anda sunting itu rencana saya, tadi baru saya lihat anda buat perubahan tajuk rencana pada Abjad Syriak, dari Abjad Syriak anda tukar ke Abjad Serani, kemudian Yosri kembalikan ke tajuk asal yang sedia ada. Jadi Allah S.W.T. dah berikan anda akal, fikirlah. Tak salah anda membuat perubahan pada sesetengah rencana, asalkan ianya betul, dan kalau boleh jangan ubah rencana itu dari segi tajuknya, kandungannya, dan, NPOVnya. Saya harap anda tidak melakukan perkara ini tanpa berfikir dua kali. Maaf banyak2 ye jika saya terkasar bahasa. Sekian, Salam, araka fi ma ba'd. — Imran Al-Sahih 07:53, 12 November 2007 (UTC)

Kata ArabSunting

Hai Sheikh Aviator, sebenarnya saya gunakan perkataan Araka fi ma ba'd itu dari laman web linguanaut, jadi kemungkinan rujukan dari laman web ini salah, dan perkataan itu kemungkinan besar bahasa Arab buku teks, jadi perkataan "ilalliqa'" yang orang Arab sebut adalah perkataan yang betul. Jadi kemungkinan besar betul tanggapan anda mengenai perkataan Arab "ilalliqa'" ini, kerana inilah perkataan yang orang Arab kini pakai :) — Imran Al-Sahih 09:52, 12 November 2007 (UTC)

PenyeliaSunting

Pengguna "Aviator" sekarang adalah sysop Yosri 11:29, 12 November 2007 (UTC)

Tahniah kerana berjaya dilantik sebagai penyelia pada Isnin, 12 November 2007, hari ini. — Imran Al-Sahih 12:33, 12 November 2007 (UTC)

GNUSunting

Ia bererti laman ini dipaut oleh banyak rencana. Semua rencana yang menyentuh Lesen Awam Am GNU akan berpaut ke sini. Dengan itu ia perlu diterjemahkan sepenuhnya. Lihat saja notis di bawah setiap muka Wikipedia. Yosri 00:38, 13 November 2007 (UTC)

Maaf.Sunting

Saya sudah terbaca apa yang saudara tulis dalam perbincangan Edmund dan saya minta maaf jika tersilap. Apa maksud waalaikum, macam saudara tulis. Putera Luqman Tunku Andre 02:49, 16 November 2007 (UTC)

Minta tolong sikit...Sunting

Assalamualaikum, bolehkah anda tolong saya baca rencana ini di Wikipedia Bahasa Arab? Saya hairan kenapa rencana ini dikaitkan dengan rencana en:Dick (insult) di Wikipedia Bahasa Inggeris melalui InterWiki. Terima kasih banyak-banyak! --Edmund The King of The Woods! 17:50, 21 November 2007 (UTC)

Tapi apa pula ini?

لا يوجد حاليا أي نص في هذه الصفحة، يمكنك البحث عن عنوان هذه الصفحة في الصفحات الأخرى أو تعديل هذه الصفحة

Ini saja yg saya nampak. --Edmund The King of The Woods! 11:08, 22 November 2007 (UTC)

OK thank you, skrg saya pergi betulkan... --Edmund The King of The Woods! 11:23, 22 November 2007 (UTC)

Sukan Asia Pantai dan Sukan Asia Musim SejukSunting

Kalau kita lihat Sukan Olimpik Musim Sejuk tentu tak salah kalau kita letak Sukan Asia Musim Sejuk. Berkenaan Sukan Asia Pantai, Saya rujuk artikel asal Sukan Asia. Terima ksih kalau awak sudi membetulkan saya. Kelly Ho 03:07, 23 November 2007 (UTC)

Minta tolong robot anda...Sunting

Hai Aviator, saya nak minta tolong sikit. Bolehkah anda ubah script robot anda supaya penghantaran pesanan alu-aluannya ialah


{{subst:sd}} {{subst:interd}} --~~~~

Kerana pesanan alu-aluan haruslah dalam bentuk template substitution dan menggambarkan keadaan semasa. Saya ingin memperbaharui templat itu, dan kalau tak lakukan seperti yg saya minta, nanti apabila saya ubah templat itu nanti, templat dlm laman-laman perbualan juga berubah. Terima kasih banyak-banyak! --King Edmund of The Woods 14:14, 8 Disember 2007 (UTC)

Dan tukarkan semua {{sd}}{{interd}} atau {{sd}} atau {{interd}} dengan menambah "subst:" seperti di atas. --King Edmund of The Woods 14:17, 8 Disember 2007 (UTC)

Saya disini bermaksud baik!Sunting

anda sudah melanggar pernyataan "utamakan keinginan baik", tadinya saya cuma iseng disini, tapi akhirnya malah enak.. lagipula apa hak anda usir saya? dan apa maksud anda tuduh saya lakukan propaganda?? yang bikin artikel tarian Barongan bukan saya, lalu apa hubungannya dengan saya coba? saya tau, saya tak cakap bahasa melayu, tetapi pengguna lain seperti Edmund dan Putera Luqman Tunku Andre (maaf kalo saya bawa2) yang maklumi saya sunting disini..

soal pencarian google, harakah, daily, yang nambah bukan saya, tapi Yosri, jadi yang mengembangkan makin jauh dia, lalu saya rapikan kembali..

satu lagi, saya tau ini bahasa melayu, tapi bahasa Indonesia dan bahasa Melayu tidak beda jauh kosa katanya, dan beberapa pengguna lain dapat membantu saya memelayuisasi, sehingga tercipta artikel baru kan?

satu lagi lagi, saya gak hanya sebarkan tetnang malingsia, tapi artikel lainnya, sepertyi Thylacine, Republik Demokratik Azerbaijan dan Mystics in Bali, apa hubungan artikel tersebut dengan melayu?

Anda mau ban saya? sila! saya juga ga ada untungnya kok disini ReogWarrior | bicara 11:15, 9 Disember 2007 (UTC)

saya juga sekaligus belajar sedikit, seperti "immunity" jadi imuniti ReogWarrior | bicara 11:36, 9 Disember 2007 (UTC)

HanacarakaSunting

Saya pindahkan Tulisan Jawa ke sana. --King Edmund of The Woods 11:25, 9 Disember 2007 (UTC)

Saya ikut perbuatan idwiki. Cuba taip apa "tulisan Jawa" atau "aksara Jawa" atau apa saja, anda faham. Lagipun kalau ada nama yg lebih istimewa, guna itulah! --King Edmund of The Woods 11:42, 9 Disember 2007 (UTC)

Suntingan yang saya raguiSunting

Pengguna baru ini, Adou, telah membuat beberapa suntingan yang mengeluarkan maklumat daripada rencana berkenaan dengan Islam. Tetapi saya tidak berani berbincang dengannya kerana kurang berilmu dalam bidang itu. Bolehkah anda memastikan suntingannya dalam [1], [2], [3], [4], [5], [6] dan [7] adalah munasabah? -Yk Yk Yk 13:49, 9 Disember 2007 (UTC)

Saya lihat penggunanya mungkin seorang yang kearah anti-hadis. Banyak menjurus kepada membuang sebarang rujukan kepada hadis. Yosri 01:23, 10 Disember 2007 (UTC)
Baiklah, masalah ini sudahpun diselesaikan. Terima kasih. -Yk Yk Yk 02:58, 10 Disember 2007 (UTC)

Surat Khalifah AliSunting

Pandangan anda diperlukan dalam oldwikisource:Wikisource:Proposed deletions#Wikisource:Letters. -Yk Yk Yk 11:10, 13 Disember 2007 (UTC)

Selamat Hari Raya Aidil AdhaSunting

Mohon Maaf Dipinta Dari Saya,Putera Luqman Tunku Andre. Enjoy Raya. Cheers. Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 12:09, 19 Disember 2007 (UTC)

Oooo cam2 ker.Sunting

Ader waktu rehat ker. Sajer tanya. Revert tu aper lak.Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 22:46, 19 Disember 2007 (UTC)

Lupa nak cakap. Naper tak lindung laman yang di vandal. Kan skng dier datang balik 2.???Putera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 22:47, 19 Disember 2007 (UTC)
Waktu rehat tuh memang official ke? dah jemu merevert... tukang vandal pun revert je balik gak   IzZuDin undilah permohonan ku untuk menjadi penyelia ini... 22:48, 19 Disember 2007 (UTC)
p/s: rencana Babi dah direvert oleh tukang vandal balik... nak kene revert lagi ke?? jemu lah camnih..   IzZuDin undilah permohonan ku untuk menjadi penyelia ini... 22:50, 19 Disember 2007 (UTC)
Saya burung hantu, maner tido malam. Slalu jugak nampak burung hantu lain iaitu IzzudinPutera Luqman Tunku Andre| Nak Kritik, Klik Sini 22:54, 19 Disember 2007 (UTC)
woi! aku bukan burung hantu lah! tapi burung hantu kat kawasan umah aku nih mmg banyak .. bising tol... bunyi dah la cam kucing nak mati jek.. bodoh nye brung hantu.. (sori beremosi.. burung hantu yg dimaksudkan mmg betul-betul burung hantu)..   IzZuDin undilah permohonan ku untuk menjadi penyelia ini... 22:57, 19 Disember 2007 (UTC)

Pertanyaan...Sunting

Saya rasa saya ada terbaca yang saudara mahu menapis sebahagian bahasa di pengenalan bahasa Melayu(laman utama). Betulkah???--DaniAsh| Nak Kritik, Klik Sini 07:19, 21 Disember 2007 (UTC)

Apakah bahasa-bahasa yang paling penting di dunia? George Weber menyediakan laporan yang terperinci: The World's 10 most influential Languages. Sebagai rumusan, 10 kumpulan bahasa berikut merupakan bahasa yang terpenting di dunia dan akan digunakan untuk menapis senarai terjemahan ini:

1. Bahasa Inggeris (English) 2. Bahasa Perancis (French) 3. Bahasa Sepanyol (Spanish) 4. Bahasa Rusia (Russian) 5. Bahasa Arab (Arabic) 6. Bahasa Cina (Chinese) 7. Bahasa Jerman (German) 8. Bahasa Jepun (Japanese) 9. Bahasa Portugis (Portuguese) 10. Bahasa Hindi/Urdu (Hindi/Urdu)

Pengenalan dalam bahasa Melayu sendiri (Rumi dan Jawi) akan diletakkan di atas, kemudian diikuti oleh pengenalan-pengenalan dalam bahasa lain, disusun mengikut kumpulan-kumpulan bahasa tadi. Ini juga bermakna bahawa terjemahan-terjemahan berikut akan dibuang:

* Bahasa Indonesia * Bahasa Belanda * Bahasa Romania * Bahasa Norway * Bahasa Turki * Bahasa Poland * Bahasa Finland * Bahasa Ibrani * Bahasa Korea * Bahasa Vietnam * Bahasa Filipina

* Bahasa Farsi

Saya perhatikan Saudara Aviator memilih The World's 10 most influential Languages dan membuang bahasa-bahasa negara jiran. Saya rasa ada baiknya memilih bahasa dari negara jiran . Mungkin penduduk negara jiran boleh merujuk ke wikipedia Melayu kerana separuh penduduk asia boleh berbahasa Melayu pada tahap berbeza-beza. Contohnya negara ________(tak pasti) yang menggunakan bahasa Indonesia sebagai bahasa kedua. Mungkin bahasa Inggeris,Perancis,Arab dan Sepanyol patut dikekalkan. Atau bahasa Arab dibuang kerana mereka masih belajar bahasa Perancis di peringkat sekolah dan bahasa Inggeris di peringkat tinggi(Mesir). Dan tak semua bahasa Arab sama. Contohnya Maghribi yang agak weird(pelik dgr diorang ckp,lngsung x paham) dan Jordan yang berlainan. Tetapi bahasa Arab boleh diletakkan jika bahasa Ibrani tak digunakan kerana penutur bahasa Hebrew rata-rata datang dari Israel dan Isral menggunkan bahasa Arab sebagai bahasa kedua.Bahasa Hindi juga tak perlu diletakkan kerana bahasa Hindi bukannya bahasa rasmi India sebaliknya bahasa Inggeris.Hanya pendapat jangan ambil kisah.DaniAsh| Nak Kritik, Klik Sini 14:41, 21 Disember 2007 (UTC)


Saya faham tetapi saya tetap rasa Bahasa Hindi tetap tak perlu diletakkan di hadapan. Tapi tak kisahlah setelah saya perhatiakan intro. Atau sauadara Aviator boleh mencontohi cara meta wiki iaitu meletakkan hanya meletakkan ms dan keluarlah bahasa Melayu. Hanya pendapat,tak perlu ambil kisah.DaniAsh| Nak Kritik, Klik Sini 18:07, 21 Disember 2007 (UTC)

Saya rasa lebih baik kita buat templat itu seperti templat pesanan alu-aluan di Meta-Wiki, boleh pilih bahasa dengan menaip kod bahasa. Kalau kita hanya pilih beberapa bahasa yg tertentu saja, kan menindas bahasa yg lain? --King Edmund of The Woods 18:24, 21 Disember 2007 (UTC)

RE:MediaWiki.orgSunting

...hehe sesaja je..

IzZuDin

20:01, 21 Disember 2007 (UTC)

vandalismeSunting

tolonglah... lindungi rencana babi, matrix, matriks, rafidah, zam... jangan delete sebab nanti tukang vandal akan create balik..

IzZuDin

01:26, 22 Disember 2007 (UTC)

++tak lupe al jazeera dan michael blackman

IzZuDin

01:27, 22 Disember 2007 (UTC)

Congratulations on your conditional project approval!Sunting

Dear Aviator. On Meta's Requests for new languages I read that you have recently supported a request for a new language project that has now been conditionally approved. Congratulations on that approval! I hope your community can make something wonderful out of it.

One of the requirements for getting from a conditional approval to a complete project with its own wiki is that the interface for MediaWiki for that language has been sufficiently localised. I would like to ask you to check the localisation statistics for the languages you are able to contribute to, and if you are willing, invite you to visit Betawiki, where you can contribute to improving the localisation for those languages. On Betawiki, users contribute to the MediaWiki localisation of more than 70 languages every month. Please do not hesitate to drop me a note there if you have any questions. Cheers! Siebrand 22:55, 22 Disember 2007 (UTC)

Block of an IPSunting

Hi. See [8]... I blocked User:158.143.177.254 for more time. This user vandalised after their block by you expired. This was actually sort of a test, I am a new steward and I wanted to test giving myself permissions, doing something, and then taking permission away again. I hope that's OK. It was not meant to interfere with local operations or your own diligent work, you should continue to keep an eye on this IP and the other ones near it vandalising the same articles... Please let me know if you have any questions. ++Lar: t/c 17:28, 23 Disember 2007 (UTC)

Kembali ke laman pengguna "Aviator/Arkib/2007".