Hello Bacabaca,

Saya harus memberitahu anda, bahawa PM Poon telah membatalkan keahiliannya di wikipedia :(

Lebih-lebih lagi, PM poon telah menghapuskan teks ms.dao de jing di wikipedia. Walaupun demikian, saya telah memindahkannya ke ms.wikibooks, buat sementara. Anda boleh menghubungi saya sekiranya perlu. Ychmatematik 12:44, 29 Mac 2006 (UTC)Balas

PM poon telah kembali sunting

PM Poon telah kembali....masa itu dia ada hal sekit, tetapi dia sekarang telah menyelesaikan masalahnya. Ychmatematik 01:10, 5 April 2006 (UTC)Balas

Rencana Dao de jing sunting

Hai Bacabaca, saya baru saje curi membaca halaman ini. Saya menghapuskan rencana-rencana Dao de jing kerana sewaktu itu, saya hendak meninggalkan portal ini, dan tidak akan menghabiskan terjemahan siri rencana "Dao de jing" yang terdiri daripada lapan rencana (setiap rencana mengandungi 10 puisi). Pada waktu itu, saya cuma menghabiskan tiga rencana. Tambahan pula, tidak terdapatnya sebarang penyuntingan terhadap rencana itu daripada pengguna yang lain.

Rencana itu mengandungi banyak askara Cina. Kemungkinannya, sebilangan orang Melayu tidak akan suka. Oleh itu, saya mengambil keputusan untuk menghapuskannya supaya tidak meninggalkan sebarang rasa tidak puas hati selepas pemergian saya, khususnya kerana saya tidak dapat menghapuskannya jika sungutan itu tertimbul.

Saya memasukkan bahasa Cina cuma selepas saya mendapati bahawa terjemahan bahasa Inggeris tidak begitu tepat, dan versi Cina harus digunakan sebagai rujukan. Saya tidak faham akan bahasa Cina, tetapi sedikit-sedikit, bolehlaaaa. Separuh faham, separah tak faham, katakan. (Kalau ada separuh pun okay, tapi tak juga. Bagaimanapun, saya juga menggunakan kamus Cina, tetapi maksud perkataan pada masa kini dengan maksud pada waktu Lao Tzu mungkin berbeza. Lagipun, kekadangnya, dua askara harus dibaca bersama-sama untuk mendapat makna yang sebenar, dan jika perkataannya diterjemahkan satu persatu, maknanya lain pulak!)

Saya (atau Ychmatematik) akan mengembalikan rencana-rencana itu kalau ada orang yang minat, tetapi saya berasa askara bahasa Cina harus diperkecilkan supaya tidak begitu menonjol. — PM Poon 22:18, 6 April 2006 (UTC)Balas


Lama tak hubung kiatnya (tadi nak kate "Lama tak jumpa"). PMPoon selamat kembali. I sangka u marah dengan teguran I, so macam mana sekrang? Sistem pinyin dipakai? ok? Best? I takde mase nak tulis-tulis. Pesanan u kate nak kecil-kecil askara tu, tak payahlah i campur tangan lagi. I memang suke tulis mengenai Taoisme, pasal ramai orang termasuk orang Cine pun tak tau, tak pernah belajar kan. Tao tu tak macam Agama Buddha kan, banyak tempat boleh belajar. Tak ape lar, I tahu, I faham. Manelah mereka sanggup bagi orang lain tulis pegangan mereka dengan baik kan? Oklah. Kalau ade mase, I masuk borak-borak saje lar. Bacabaca 07:46, 24 April 2006 (UTC)Balas


Hai Bacabaca, lama tak jumpa anda di sini! Saya memang penyibuk dan suka mencuri tengok pesanan orang sewaktu menemuinya di halaman "Perubahan Terkini", hehehe.

Penyertaan anda di sini amat dialu-alukan. Saya kini dah kembali selepas membuat penyelidikan yang agak mendalam. Walaupun saya masih tidak suka akan Jimmy Wales, tetapi saya tahu bahawa kita di sini tidak perlu di bawah tekanannya. Jika Jimmy tekan kita, kita boleh mencipta portal yang baru dan memindahkan semua rencana kita di sini kepada portal yang baru, seperti yang telah dibuat oleh pengguna-pengguna Wikipedia bahasa Sepanyol pada Februari 2002. (Saya tidak tahu mengapa pengguna-pengguna bahasa Sepanyol hendak berbuat demikian, tetapi kejadian itu berlaku hanya sebulan selepas Larry Sanger ditamatkan. Sanger ialah orang yang benar-benar mencipta Wikipedia, tetapi dia melaksanakan tugas itu cuma sebagai pekerja Jimmy.)

Bacabaca, baliklah ke portal ini! Hak anda di sini sama sahaja dengan hak pengguna lain. Saya cuma akan meninggalkan portal ini jika saya tidak puas hati dengan Yosri, sebab beliau merupakan pengasas portal ini. Yang lain, saya tidak kesah. Di mana-mana satu golongan, memang terdapatnya banyak salah faham dan hati sakit. Ini adalah sesuatu perkara yang amat biasa. Tak perlulah mengambil berat sangat. Serupa dengan sebuah syarikat. Tak kan kalau anda tidak puas hati dengan mana-mana satu teman sekerja (atau sebaliknya), anda nak meletakkan jawatan? Anda akan meletakkan jawatan cuma jika bos anda tak suka anda, bukan?

Rencana dalam Wikipedia yang merupakan portal masyarakat bukannya hak mana-mana seorang pengguna. Semua rencana adalah hak komuniti. Kekadang, kita akan menegur seseorang pengguna jika kita berpendapat penyuntingan itu tidak beberapa sesuai. Bagaimanapun, sebagai manusia, pendapat kita pun kekadang silap juga.

Pengguna Nerake telah menegur saya supaya mengemaskinikan rencana Taoisme kerana dia berasa kandungannya salah. Saya bersetuju dengan pandangannya tetapi tidak berupaya hendak menulis sebuah rencana yang bagus, khususnya kerana pendidikan saya adalah dalam aliran bahasa Inggeris dan tidak dapat memahami bahan-bahan bahasa Cina yang memang banyak ada. Bolehkah anda membantu? — PM Poon 08:31, 24 April 2006 (UTC)Balas