Perbincangan pengguna:Edmundwoods/Ogos 2008

Najib sunting

Mana anda tahu nama penuh beliau? Mohamed ke Mohd?—Aviator, 03:51, 2 Ogos 2008 (UTC)Balas

Kalau namanya Muhammad, tak boleh disingkatkan kepada Mohd macam itu saja. Begitu juga sebaliknya: kalau namanya Mohd, tak boleh dieja Muhammad macam itu saja. Semua ejaan itu merujuk kepada perkataan Arab yang sama, tapi bagi orang Melayu, kalau nak eja nama, kena eja mengikut yang tertulis dalam kad pengenalan, huruf demi huruf. kalau Mohd, Mohd lah. Kalau Muhammad, Muhammad lah. Jangan pula pandai-pandai tukar menjadi Mohamed, Muhamed, Muhd, dsb. Sesetengah orang yang saya kenal marah kalau nama Muhammad/Mohd-nya tidak dieja dengan tepat, meskipun sebutannya sama sahaja.—Aviator, 20:59, 2 Ogos 2008 (UTC)Balas

Nak tengok IC memanglah mustahil (anda ingat kita ni polis ke?). Tapi, tempat rujukan rasmi kan selalu ada? Contohnya, Dewan Rakyat mesti ada simpanan rekod ahli. Di laman web Parlimen ada senarai ahli Dewan Rakyat, berserta gelaran masing-masing: [1]. Biodata Najib pula: [2].—Aviator, 19:28, 3 Ogos 2008 (UTC)Balas

Dah di Dewan Rakyat didaftarkan begitu. Kalau tak percayakan mereka, nak ikut siapa lagi? Takkanlah nak tengok IC kut. Mungkin boleh buat <ref> supaya pembaca boleh rujuk.—Aviator, 13:21, 4 Ogos 2008 (UTC)Balas

Mengenai nama penuh Najib, kalau boleh ikut nama kelahiran beliau dalam Rumi. Walaupun nama boleh berbagai seperti (Moshe:Yahudi), (Moses:Kristian), (Musa:Arab/Islam). Tapi kena ingat, nama kelahiran mesti ikut perkataan betul dalam Rumi sebab Najib lahir dalam dunia bahasa Melayu bertulisan Rumi. Kita mesti ikut perkembangan semasa walaupun ejaan boleh berbagai. Lagipun, bahasa Melayu secara umum tidak lagi ditulis gunakan Jawi. — Imran Al-Sahih 13:45, 18 Ogos 2008 (UTC)Balas

Penghinaan sunting

Mempunyai kandungan menghina, dan tidak berkaitan dengan pengguna. Apa dibangga dengan keturunan, jika perangai tidak dijaga. Keturunan itu takdir tuhan, beranak je dah tentu. Perbuatan sesorang yang penting. Seseorang manusia dilahirkan seperti kain putih, tanpa mengira keturunan. Yosri (bincang) 15:52, 23 Ogos 2008 (UTC)Balas

Kembali ke laman pengguna "Edmundwoods/Ogos 2008".