Perbincangan pengguna:Irfanshaharuddin/Arkib4

Latest comment: 11 tahun lalu by Irfanshaharuddin in topic Tahun 2013
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Arkib 3 | Arkib 4 | Arkib 5

Alihan rencana sunting

Saya rasa adalah lebih baik anda kembangkan rencana dari mengalihnya. Saya mengelak menyunting rencana yang dipindahkan. Yosri (bincang) 12:06, 1 Disember 2012 (UTC)Balas

Saya memang ada perancangan untuk memperkembangkan rencana mengenai filem-filem Melayu antaranya P. Ramlee. Saya ada perancangan jangka masa panjang serta bahan bacaan yang dapat membantu untuk memperkembangkan artikel mengenai filem P. Ramlee. Tetapi, saya akan menyunting rencana mengenainya secara berperingkat kerana memerlukan masa untuk memgumpulkan bahan. Saya sentiasa memantau rencana yang saya alihkan serta membuat perancangan untuk memperkembangkannya. Apa yang saya perlukan adalah waktu. Walaupun penamaan kadangkala dianggap remeh-temeh, tetapi ia juga dapat mempengaruhi ketepatan sesuatu rencana. Contohnya, penamaan bagi filem "Abu Hassan Penchuri", penamaannya dilihat begitu klasik serta menunjukkan bila filem tersebut dibuat. Perkataan "Penchuri" memanglah dieja sebagai "Pencuri" jika mengikut sistem ejaan baru bagi bahasa Melayu. Mengapa saudara memilih untuk mengelak daripada menyunting rencana yang dipindahkan ? Irfanshaharuddin (bincang) 12:23, 1 Disember 2012 (UTC)Balas
Itu kerana saya menganggap ia telah di anak angkat, dan banyak lagi bidang lain yang perlu perhatian saya. Selain itu saya merasakan penggunaan nama yang tidak digunakan di luar projek Wikipedia tidak sesuai dengan konsep saya bahawa judul perlu menggunakan nama yang digunakan orang ramai (agar tidak syok sendiri). Sebab itu saya mengelak menyunting rencana yang dipindahkan.Yosri (bincang) 15:00, 1 Disember 2012 (UTC)Balas
Saya faham maksud saudara. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memperkembangkan laman yang telah saya alihkan. Irfanshaharuddin (bincang) 00:39, 2 Disember 2012 (UTC)Balas

Templat Infobox military person sunting

Nama templat ini harus diterjemahkan, lihat Wikipedia:Kedai_Kopi_(dasar)/Arkib/2011#Penyeragaman_nama_templat_kotak_info. Sekian. --Kurnia [ bual ] 08:59, 6 Disember 2012 (UTC)Balas

Saudara Kurniasan, perkataan "infobox" berasal daripada bahasa Inggeris. Perkataan tersebut tidak boleh sama sekali dicampur adukkan dengan bahasa Melayu. Untuk membentuk penyeragaman adalah susah kerana pengguna mempunyai pandangan yang berbeza mengenai penamaan tajuk. Suatu notis perlu dibuat kepada setiap pengguna untuk mencapai kata sepakat dalam soal terjemahan perkataan "infobox". Tetapi terjemahan seperti "kotak info" mungkin boleh kerana hampir sama maksudnya dengan "infobox". Contohnya, http://ms.wikipedia.org/wiki/Templat:Kotak_info_taman_hiburan. Templat adalah suatu laman yang terlalu sensitif. Jika ia mempunyai banyak pelencongan, pengguna akan terkeliru untuk menggunakan templat tersebut disebabkan penamaannya yang selalu bertukar. Pengguna juga telah terbiasa dengan artikel dalam bahasa Inggeris yang mempunyai pelbagai frasa. Bagi saya, frasa "Infobox military person" tidak boleh diubah kepada "Infobox anggota tentera" kerana bunyinya agak janggal dengan terjemahan bahasa Melayu rojak. Tetapi kalau saudara mahu tukar, penamaan seperti "Templat:Kotak info anggota tentera" mungkin sesuai. Irfanshaharuddin (bincang) 09:35, 6 Disember 2012 (UTC)Balas

Fail:Malaysia FA.gif sunting

Anda mencadangkan penghapusan fail ini kerana: gambar yang terlalu kecil. Sila ambil maklum bahawa hanya imej/logo berleraian rendah boleh dianggap kegunaan wajar. Baca Templat:Logo. ...Aurora... (b) 15:46, 18 Disember 2012 (UTC)Balas

Baiklah. Mungkin saya boleh mencadangkannya atas sebab tidak digunakan. Saya akan menggantikan imej tersebut dengan imej lain. Saya ada memuat naik imej yang lebih besar daripadanya dengan penamaan yang baru. Imej tersebut boleh dilihat melalui pautan ini: http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Logo_Persatuan_Bola_Sepak_Malaysia.png". Saya tidak memilih untuk memuat naik versi baru bagi imej "Malaysia FA.gif" kerana saya mahukan penamaan yang lebih spesifik. Irfanshaharuddin (bincang) 01:54, 19 Disember 2012 (UTC)Balas
Baiklah. Pada masa hadapan, harap anda tidak memuat naik gambar berhakcipta yg besar. Tak ada gunanya kerana saiz paparan logo dalam rencana tetap kecil. ...Aurora... (b) 15:30, 19 Disember 2012 (UTC)Balas
Saya faham maksud anda. Irfanshaharuddin (bincang) 04:31, 20 Disember 2012 (UTC)Balas

Suntingan Kerina yin sunting

Saya melihat anda membatalkan beberapa suntingan Kerina yin. Contohnya Ibnor Riza & Uji Rashid. Boleh saya tahu mengapa? ...Aurora... (b) 08:56, 21 Disember 2012 (UTC)Balas

Oh, itu kerana dia telah menjarakkan perenggan dengan dua baris. Sepatutnya, selang satu baris sudah memadai kerana kalau selang dua baris, akan nampak terlalu jauh antara perengan dengan perenggan. Satu lagi, dia telah membuang kategori ini: Kategori:Penyanyi Malaysia. Dia telah melakukan kedua-dua perkara ini dalam setiap suntingan yang telah saya batalkan. Irfanshaharuddin (bincang) 09:05, 21 Disember 2012 (UTC)Balas
Saya tiada komen mengenai jarak perenggan itu. Bagaimanapun, Kategori:Penyanyi Malaysia itu memang patut dibuang. Di laman kategori tersebut ada dinyatakan: Rencana di dalam kategori ini harus dipindahkan ke subkategori apabila sesuai. ...Aurora... (b) 09:15, 21 Disember 2012 (UTC)Balas
Saya rasa tag yang diletakkan di dalam laman "Kategori:Penyanyi Malaysia" tidak seharusnya ada kerana mengikut Wikipedia Bahasa Inggeris, tag tersebut tidak diletakkan. Saya rasa kita tidak perlu memindahkan kategori tersebut kepada laman subkategori kerana di laman itu sendiri ada subkategori. Kita tidak perlu terlalu spesifik bagi hal ini. Irfanshaharuddin (bincang) 09:25, 21 Disember 2012 (UTC)Balas
Oh, jangan salah sangka. Kita tak ikut en.wiki 100%. Dalam kes ini, cuba anda bayangkan, ada berapa ribu penyanyi di Malaysia? Setiap kategori hanya boleh memaparkan maksimum 200 laman sekaligus. Jadi hanya orang yg bermula dengan huruf A dan lebih sedikit akan sentiasa dipaparkan, sedangkan yg bermula dengan Z akan terpinggir. Dalam kata lain, kategori ini boleh menjadi sangat besar hingga mengurangkan keberkesanannya. ...Aurora... (b) 09:36, 21 Disember 2012 (UTC)Balas
Ya, memang kita tidak perlu ikut Wikipedia BI secara 100% tetapi ianya boleh dijadikan rujukan terbaik antaranya dalam soal ini. Penyanyi di Malaysia memang ada beribu tetapi dalam kategori tersebut hanya memaparkan 107 buah laman sahaja. Mungkin ada banyak lagi laman yang tidak menggunakan kategori tersebut tetapi tujuan asal kategori tersebut adalah untuk menyeragamkan semua laman. Mengenai penamaan nama, itu kita tidak boleh berbuat apa-apa kerana nama lahir mereka telah diberikan sedemikian. Jikalau kita buat apa-apa senarai mengikut abjad, penamaan yang bermula dengan "A" mestilah berkedudukan paling atas. Keberkesanan dalam soal apa? Bukankah fungsi kategori adalah untuk menyenaraikan pelbagai halaman dalam satu kategori yang sama. Memang ada kategori lain yang mengandungi banyak laman di dalamnya dan itu sudah menjadi suatu kebiasaan. Irfanshaharuddin (bincang) 12:05, 21 Disember 2012 (UTC)Balas
Ya, memang sekarang ada 100 lebih sahaja, sebab dahulu saya dah buang banyak. Cuba tambah kategori penyanyi lelaki ada 168, penyanyi wanita 185. Belum campur kumpulan muzik lagi. Kategori yg besar sukar diguna. ...Aurora... (b) 14:49, 22 Disember 2012 (UTC)Balas
Baiklah. Terima kasih di atas pendapat dan saranan saudara. Saya akan buang kategori tersebut secara berperingkat. Irfanshaharuddin (bincang) 15:07, 22 Disember 2012 (UTC)Balas

Sumber P Ramlee. sunting

Boleh lihat :-

Yosri (bincang) 01:37, 25 Disember 2012 (UTC)Balas

Terima kasih di atas maklumat yang telah diberikan. Saya akan menyemaknya. Irfanshaharuddin (bincang) 13:30, 25 Disember 2012 (UTC)Balas
Saya telah kembangkan 3 rencana lagu dalam format berbeza untuk perbandingan dan panduan. Diharap ia membantu. Yosri (bincang) 13:09, 26 Disember 2012 (UTC)Balas
Baiklah. Terima kasih kerana dapat meluangkan masa untuk menyunting rencana tersebut. Saudara juga boleh lihat artikel mengenai lagu yang dibuat oleh saya tadi iaitu Air Mata di Kuala Lumpur. Format seperti ini juga nampak cantik dengan meletakkan "infobox standard". Irfanshaharuddin (bincang) 13:19, 26 Disember 2012 (UTC)Balas
Telah saya Upkan. Malu juga melihat orang asing lebih arif mengenai perfileman Melayu. Saya berazam mengubah keadaan ini. Yosri (bincang) 13:46, 26 Disember 2012 (UTC)Balas
Ya. Begitu juga dengan saya. Irfanshaharuddin (bincang) 13:49, 26 Disember 2012 (UTC)Balas

Mason sunting

Maaf kerana lambat menjawab. Nampaknya Yosri telah menyekat vandal ini. Salut Algazel (bincang) 23:49, 25 Disember 2012 (UTC)Balas

Tidak mengapa. Baiklah. Irfanshaharuddin (bincang) 04:54, 26 Disember 2012 (UTC)Balas


Tahun 2013 sunting

Saya yakin anda boleh menyumbang dengan baik di WBM. Kita semua bermula dengan kosong. Dengan kosong itulah akan terkumpulnya satu. Kemudian dua, tiga dan akhirnya bertambah sehingga membukit. Ada kalanya menyunting di WBM ini ada turun naiknya motivasi. Dengan hanya niat, matlamat dan perancangan yang betul, insya-Allah kita semua boleh bersikap konsisten dalam memajukan bahasa Melayu. Teguran dan nasihat yang dilontarkan bagaikan sengatan lebah. Ia sakit, namun ada khasiat di sebalik kesakitan itu. Apa yang pasti, komuniti WBM perlu sokong menyokong antara satu sama lain agar kita terus berusaha memartabatkan bahasa Melayu dengan kaedah terbaru - Wikipedia. Salam 2013. -- i wong (bincang) 10:50, 29 Disember 2012 (UTC)Balas

Terima kasih di atas segala dorongan dan semangat yang telah diberikan oleh saudara. Saya juga berazam untuk memperbanyakkan artikel di dalam bahasa Melayu. Saya percaya, komuniti di WBM akan melengkapkan segala artikel yang tidak lengkap dan mewujudkan laman baru yang lebih bermutu dengan kerjasama semua pihak. Selamat Tahun Baru 2013. Irfanshaharuddin (bincang) 10:57, 29 Disember 2012 (UTC)Balas
Kembali ke laman pengguna "Irfanshaharuddin/Arkib4".