Perbincangan pengguna:Kamalzack/Arkib1

Latest comment: 15 tahun lalu by Kamalzack in topic Pautan
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Balik ke perbincangan terkini.

Peristiwa hari ini sunting

Saya perasan anda tambahkan beberapa peristiwa. Minta tolong letak pautan kepada rencana berkaitan sekali supaya senang disahkan. ...Aurora... 14:01, 6 Mac 2008 (UTC)Balas

Terima kasih Aurora. Saya mendapatkan info dari Arkib Negara. Saya akan cuba memasukkan pautan. Kamalzack 09:48, 26 Mac 2008 (UTC)Balas

Penciptaan rencana sunting

Saya harap anda meletakkan kategori, rujukan(jika diperlukan), dan interwiki(jika ada) pada sesuatu rencana. Sumbangan anda amat dialu-alukan di Wikipedia ini. — Didie (bincang) 14:15, 1 April 2008 (UTC)Balas

Rasional sunting

Terima kasih atas mesej dan cadangan lu. Gue ingin tegaskan di sini bahawa semua suntingan gue tiada unsur emosional, dan adalah berlandaskan fakta. Tidak mungkin gue mengagong-agongkan UMNO dan menggelarnya sebagai "Pahlawan yang berani" dsb kerana menderhaka kepada raja. Dan gue rasa isu boikot itu memang bisa diletak dalam entri UMNO karena ia berkaitan dengan (krisis) kepimpinan partai itu. Salam. Pancaragam 10:21, 10 April 2008 (UTC)Balas

Penjajahan Indonesia di Timor Leste sunting

Hai saudara Kamalzack. Tajuk rencana seperti di atas memang menarik, tetapi malangnya ianya terlalu singkat. Saya harap anda dapat kembangkan lagi rencana tersebut agar panjangnya sekurang-kurangnya tiga baris. Letakkan juga kategori untuk rencana tersebut. Pautan ini mungkin dapat membantu anda mengembangkan rencana tersebut (jangan salin bulat-bulat). Dan google-sama juga boleh membantu. Jadi, harap anda kembangkanlah rencana berikut. SMJ.  kurnia[binc|sumb] 13:11, 26 April 2008 (UTC)Balas

Karpal Singh sunting

Banyak maklumat berguna telah anda padam tanpa merujuk semula kepada sumber.Malekhanif 14:31, 11 Mei 2008 (UTC)Balas

Bapak, gue harap anda faham itu adalah pandangan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin partai-partai komponen BN. Dan gue juga quote siapa yang cakapnya. Jadi, ia berkaitan dengan artikel itu.

Penyelia sunting

Adakah anda berminat menerima tawaran menjadi penyelia di Wikipedia bahasa Melayu? Saya lihat anda telah memenuhi kriteria sebagai seorang calon. Baca polisi ini → Wikipedia:Penyelia/Polisi#Sysop. Di samping itu, jika anda mahukan informasi lanjut, anda boleh lihat laman-laman yang berkaitan pentadbiran. Harap anda tidak keberatan menerima tawaran ini dan sanggup memikul amanah/tanggungjawab sebagai penyelia nanti. Selamat berjaya! — Didie (bincang) 11:57, 27 Mei 2008 (UTC)Balas

Terima kasih atas pelawaan Didie. Saya terima pelawaan ini. Kamalzack 12:10, 27 Mei 2008 (UTC)Balas

Berikutan penerimaan anda menerima tawaran sebagai penyelia, satu laman khas mengenai perlantikan anda diwujudkan iaitu Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Kamalzack sebagai penyelia 27 Mei 2008. Selamat berjaya. — Didie (bincang) 12:15, 27 Mei 2008 (UTC)Balas

Batu Putih sunting

Hi Kamalzack,
Sebenarnya Pulau Batu Putih, kini dikenali sebagai Batu Putih adalah kerana istilah pulau mempunyai implikasi kedaulatan dan Malaysia ingin mengelak kehilangan lebih banyak perairan. Istilah menurut Artikel 12 United Nation Convention of the Sea of 1982 (UNCLOS) inter alia "rock which cannot sustain human habitation or economic life of their own shall have no exclusive economical zone or continental shelf". Sekiranya Malaysia berterusan menggunakan nama pulau, Singapura mungkin akan menggunakan kenyataan tersebut bagi mendakwa zon ekonomi. Oleh itu, ini adalah bersifat pre-emptif. Yosri 00:59, 28 Mei 2008 (UTC)Balas

Perlantikan menjadi penyelia sunting

Tahniah! Anda(Kamalzack) telah berjaya dilantik menjadi penyelia Wikipedia bahasa Melayu. Anda menerima 15 sokongan dan 2 bantahan daripada laman pengundian mengenai perlantikan anda selepas tarikh tamat pengundian. Peratusan sokongan anda pula ialah 88.24% dan ia memenuhi syarat perlantikan penyelia yang tertera dalam polisi pentadbiran. Teruskan komitmen anda sebagai penyumbang Wikipedia dan jalankan tugas-tugas kepentadbiran sebaik mungkin. Sekian. — Didie (bincang) 15:07, 10 Jun 2008 (UTC)Balas

Kes penyalahgunaan akaun ke atas Edmundwoods sunting

Salam. Saudara Edmundwoods telah melakukan satu kesalahan yang boleh menjejaskan reputasi pentadbiran Wikipedia Bahasa Melayu iaitu terlibat dalam kes penyalahgunaan akaun di Wikipedia bahasa Melayu. Oleh yang demikian, sebuah laman khusus untuk perbincangan, penghakiman, dan pengundian oleh para penyelia Wikipedia bahasa Melayu diwujudkan. Anda dijemput menyertainya → Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Kes penyalahgunaan akaun ke atas Edmundwoods (Penyelia). Kerjasama anda amatlah saya hargai. — Didie (bincang) 17:17, 15 Julai 2008 (UTC)Balas

Salam. Diharap saudara dapat memberikan markah selepas meletakkan   atau  . Untuk maklumat lanjut, sila baca nota ringkas mengenai pemberian markah pada sub-topik penghakiman penyelia. Harap maklum. — Didie (bincang) 13:15, 17 Julai 2008 (UTC)Balas

NON-PROFIT ORGANIZATION Lihat Laman DBP Yosri (bincang) 09:34, 19 Ogos 2008 (UTC)Balas

NON-PROFIT ORGANIZATION sunting

NON-PROFIT ORGANIZATION Lihat Laman DBP Yosri (bincang) 09:35, 19 Ogos 2008 (UTC)Balas

Ok. Tapi kekalkan juga Pertubuhan bukan berasaskan keuntungan kerana istilah ini juga digunakan bagi Non-profit organisation. Kamalzack (bincang) 09:37, 19 Ogos 2008 (UTC)Balas

Pokok Cengkih sunting

Saya pulihkan pokok cengkih. Spesies tumbuhan merujuk kepada pokoknya, bukan buah atau apa-apa jua keluaran hasil dari pokok. harap maklum. Yosri (bincang) 08:51, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas

Kenapa tidak digabungkan pokok dan apa-apa yang berkaitan dengan Cengkih dalam satu topik supaya tidak mengelirukan. Ia masih merujuk kepada Cengkih kerana kedua-dua isi mempunyai maklumat yang lebih kurang sama. Kamalzack (bincang) 09:09, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas


Sebenarnya rencana pokok cengkih ditulis dalam penulisan siri pokok. Nama spesies pula khusus merujuk kepada pokoknya, jadi jika digabungkan, perlu kembali kepada pokok. Bagaimanapun, dalam isu cengkih, saya rasa boleh dipisahkan kerana cengkih dalam sejarah dan politik adalah amat-amat penting. Sesiapa yang berminat boleh kembangkan kemudian. Pokok cengkih pula saya cadang hendak kembangkan kemudian, dan boleh diasingkan. Kandungan sekarang tidak merujuk kepada matlamat akhir bagi rencana tersebut. Yosri (bincang) 09:25, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas

Saya faham kenapa anda mahu membeza-bezakan antara pokok dan buah kerana saudara sudah byk membuat entri yg sama seperti pokok manggis dan buah manggis. Walau bagaimanapun saya berpendapat kedua-dua entri seperti ini lebih baik digabungkan dalam satu rencana.
- Pertama untuk menyelaraskan Wikipedia Bahasa Melayu dgn Wikipedia bahasa lain termasuk Inggeris dan Indonesia.
- Kedua untuk mengelakkan kekeliruan ketika mencari maklumat subjek. Tujuan Wikipedia adalah untuk memudahkan pencarian maklumat. Saya berpendapat jika maklumat yang sama berselerak dan berjauhan, tujuan Wikipedia tidak tercapai.
- Ketiga, saya lebih gemar menggunakan tajuk khusus seperti Cengkih bukan pokok Cengkih, begitu juga Orang Minyak (Filem) dari Filem Orang Minyak bagi tujuan klasifikasi, membuat database dan sebagainya. Apabila seseorang mencari sesuatu topik di Internet, dia akan menaik kata kunci dan dalam kes ini Cengkih, dll. Kamalzack (bincang) 09:31, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas

Seperti saya katakan, saya pisahkan cengkih dan pokok cengkih kerana pokok cengkih khusus membincangkan cengkih sebagai spesies. Cengkih pula adalah sebagai rempah ratus masakan. Selain itu bagi Filem, saya menolak penggunaan kosa bahasa Inggeris dalam penggunaan bahasa Melayu. Penyerapan hanya saya terima sekiranya terbukti ia digunakan dalam penerbitan rasmi. Carian di Internet bukan masalah kerana Wikipedia bahasa Melayu sentiasa teratas bagi rencana yang bermula dengan filem. Lihat http://www.google.com.my/search?hl=en&safe=active&q=Filem+Rayuan+Sukma&btnG=Search&meta= http://www.google.com.my/search?q=Filem+Pencuri&btnG=Search&hl=en&safe=active&sa=2 http://www.google.com.my/search?hl=en&safe=active&q=Filem+Semerah+Padi&btnG=Search&meta= (Semua tanpa tanda dua pengikat kata.)Yosri (bincang) 10:01, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas

Masalah kita ni selalu menambah-nambah pada yang tidak perlu. Okaylah saya boleh terima anda nak wujudkan entri macam Pokok pisang dan lain-lain. Saya cuma menyuarakan pandangan saya berdasarkan pengalaman saya. Kenapa tidak wujudkan entri Cengkih dan di dalamnya ada sub topik bertajuk seperti rempah cengkih dan satu lagi sub topik pokok cengkih. Ini bukan sahaja menyenangkan orang mendapat maklumat dalam satu page tetapi juga menjimatkan ruang yang diambil untuk menstor maklumat. Jika anda menaip cengkih dalam Google, satu keputusan yang kita dapat adalah http://www.pnm.my/sirihpinang/sp-cengkih.htm mengenai cengkih sebagai tumbuhan dan cengkih sebagai buah. Jika kita bercerita mengenai betik misalnya, kita menulis mengenai betik yang di dalamnya terkandung buah dan pokok sekali. Jika ingin mengasingkan maka kenapa tidak menulis daun betik, akar betik dan sebagainya. Satu cara yang saya fikirkan dapat menyelesaikan masalah maklumat yang tidak dalam satu page adalah dengan menjadikan Cengkih, Manggis atau apa saja sebagai rencana utama dan di dalamnya terdapat pautan untuk rencana ke pokok cengkih, manggis atau apa sahaja. Masalah yang saya lihat adalah maklumat yang diberi misalnya dalam entri manggis adalah tidak begitu tepat. Sepatutnya bila membicarakan tentang manggis atau apa saja apa yang kita maksudkan adalah tumbuhan manggis bukan buah atau pokok yang hanya sub topik untuk manggis. Kamalzack (bincang) 12:31, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas

Hummm... macam ini. Bila kita berbicara mengenai cengkih, saya boleh fikirkan banyak perkara yang melitupi tempoh masa yang panjang. Kerana rempah cengkih, Orang Arab, Cina, India sampai ke ASEAN. Orang Viene kaya raya mejadi negara terkaya di eropah dan mampu membina pulau buatan bagi bandar vineice ditengah lagun kerana cengkih. Kejatuhan Melaka disebabkan Portugis memburu cengkih. Orang Belanda menyerang Portugis kerana cengkih, British mengkoloni kerana cengkih. Negara bangkit dan jatuh kerana cengkih. Jadi jika anda rasa semua ini boleh muat satu perenggan dalam rencana pokok cengkih, atau maklumat pokok cengkih boleh diringkaskan satu peranggan dalam rencana cengkih... susahlah kerana world view kita berdua jauh berbeza. Lagipun banyak lagi maklumat lain boleh ditambah dibahagian lain/berkenaan perkara lain, saya tertanya-tanya apa motif sebenar anda. Anda Berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi, boleh mengupas lebih dari itu mengenai ekonomi cengkih. Untuk diri saya, telah saya huraikan. Jadi harap faham. Yosri (bincang) 12:48, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas
Motif saya ingin melihat Wikipedia Bahasa Melayu dipandang tinggi. Saya datang dari latar belakang yang berkaitan dengan penghasilan kandungan (content creation). Antara pengalaman saya termasuk bekerja dalam pengkelasan maklumat di Internet. Saya melihat masalah akan timbul apabila anda mahu mengkategorikan dua entri yang hampir serupa seperti kedua-duanya dikategorikan di bawah tumbuhan. Anda kena ingat bahawa pengkelasan atau pengkategorian juga penting dalam membuat content. Kamalzack (bincang) 12:56, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas
Apabila membuat pengelasan fikirkan enjin gelintar memudahkan carian, hiperlink memudahkan pautan. Jangan korbankan bahasa mengikut komputer, biar komputer bekerja mematuhi bahasa. Saya sudah mengkategori pokok dalam kategori pokok, keluaran dari pokok diterangkan dalam kategori masing-masing. Jangan terikat kepada format tegar (rigid) kertas. Komputer bekerja mengikut kita, bukan kita mengikut komputer. Untuk pentakbiran kandungan, kena ada kandungan. Yosri (bincang) 13:05, 25 Ogos 2008 (UTC)Balas

Cuba la anda tengok balik subjek yang ditulis mengenai pokok dan buah. Maksud saya kalau anda betul2 mahu spesifik maka perlu ada subjek pokok cengkih, bunga cengkih dan cengkih. Begitu juga bagi manggis, buah manggis, pokok manggis, daun manggis dan setiap komponen dalam manggis itu. Apa yang saya lihat kedua-dua topik cengkih dan pokok cengkih misalnya berkongsi maklumat dan boleh mengelirukan. Seperti yang saya tegaskan adalah lebih mudah jika tajuk besar adalah Cengkih diikuti dengan sub topik pokok cengkih, bunga cengkih, kegunaan, tanaman, pautan luar dan sebagainya dalam satu page. Meletakkan dalam satu page bukan bermakna anda meninggal butir-butir penting. Bahkan ia akan menjadikan artikel Cengkih misalnya lebih terperinci dengan bercakap bukan sahaja mengenai cengkih secara umum tetapi juga pokok cengkih dan bunga cengkih. Ini yang dibuat oleh Wikipedia lain. Kerana itu apabila menulis mengenai tumbuhan atau mengkaji tumbuhan, tiada nama saintifik berasingan bagi buah atau pokok.Kamalzack (bincang) 00:51, 26 Ogos 2008 (UTC)Balas

Bahasa Melayu mudah sunting

Mungkin anda patut fikirkan bagi membuka laman Wiki bahasa Melayu mudah. Yosri (bincang)

Badak vs. Badak Sumbu sunting

Kalau ada masa anda boleh baca penerangan saya di laman Perbincangan:Badak (nyahkekaburan) tentang kenapa bukan semua spesies Badak dipanggil "Badak Sumbu" walaupun semuanya ada sumbu.—Aviator, 13:32, 30 Ogos 2008 (UTC)Balas

Salam perkenalan sunting

Salam! Terima kasih kerana banyak membantu membetulkan rencana yang saya karangkan. Saya juga ingin minta bantuan saudara sunting atau tambah rencana Rancangan Malaysia Kedua. Saya baru selesai terjemah daripada wiki-en dan berhasrat untuk mencalonkannya sebagai rencana pilihan bagi bulan Oktober. Bagi pertolongan saudara saya sampaikan ucapan jutaan terima kasih sekali lagi. --Tikar aurum (bincang) 17:56, 30 Ogos 2008 (UTC)Balas

Deo Volente sunting

Halo Kamalzack, Terima Kasih untuk suntingan Anda di artikel ini. Deo Volente, Kamalzack. Mikhailov Kusserow (bincang) 04:15, 29 September 2008 (UTC)Balas

Grand lodge sunting

Saya rasa Grand Lodge of England tidak sesuai diterjemah sebagai Loji Besar England. Ini kerana lodge ini membawa maksud pondok/tumpangan/rehat contoh lodging house. Logi pula membawa maksud gudang perniagaan/ logi kuasa. Yosri (bincang) 10:15, 9 Oktober 2008 (UTC)Balas

Saya merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat. Salah satu dari takrif loji adalah "pejabat syarikat perniagaan zaman dahulu yang dibuat berkubu". Lagipun istilah ini yang digunakan juga dalam entri Indonesia. Pada saya lagi sesuai loji daripada pondok, tumpangan, rumah rehat, etc. Kamalzack (bincang) 11:52, 9 Oktober 2008 (UTC)Balas
Istilah dalam Kamus Dewan Edisi Keempat juga mentakrif loji sebagai "gedung", "bangunan besar". Kamalzack (bincang) 11:54, 9 Oktober 2008 (UTC)Balas

UM/UKM ranking sunting

Salam Idul Fitri. Gue busuk hati terhadap Malaysia? Demi apa? Gue hanya pointed out dalam mesej gue bagi Bapak Yosri yang tersingkirnya UKM/UM dari World Top 200 Uni dan kemerosotan akademi kedua-dua buah universitas tersebut sebagai suatu fakta, which indeed is a fact. I know you love your beloved national universities very much, but come on, let's face the fact! Salam. Pancaragam (bincang) 01:03, 13 Oktober 2008 (UTC)Balas

Ranking itu fakta tapi kamu tidak pergi lebih mendalam. Itu saja. Saya dah update maklumat. Kamalzack (bincang) 01:12, 13 Oktober 2008 (UTC)Balas
Competition is always about your relative performance to peers. Say today you are in the top 200 but tomorrow you are out of it, someone must have replaced you - so the someone has improved and you have become worse. Does that make sense? Salam. Pancaragam (bincang) 01:18, 13 Oktober 2008 (UTC)Balas
Ayoyo, I am just a translator. I translated the part of criticism from another entry in Wikipedia English. So don't shout at me OK?! Kamalzack (bincang) 01:28, 13 Oktober 2008 (UTC)Balas
Bro, I did not shout at you. I just reasoned out! Cheers. Pancaragam (bincang) 01:30, 13 Oktober 2008 (UTC)Balas

Waras?! sunting

Saya harap anda bisa lebih waras semasa edit artikel Hidraf. Sesuatu artikel harus dimuatkan semua fakta yang berkenaan. Sebarang debat adalah dialu-alukan di laman pembicaraannya. Salam. 158.143.153.244 11:03, 23 Oktober 2008 (UTC)Balas

Entri anda dibuang kerana tidak memenuhi piawai Wikipedia dan kelihatan seperti diambil dari akhbar. Selain itu apa significant tak dapat passport sehingga diberi ruang yang banyak. Kamalzack (bincang) 11:10, 23 Oktober 2008 (UTC)Balas
Barangkali penulisan saya tidak sebaik anda, namun perlukah anda buang terus? Kunci terus? Adakah ini polisi Wp-Melayu? Saya edit di Wp bahasa lain pun tidak dilayan sebegitu. Asalkan penulisan itu benar, biarlah orang yang berminat memperbaikinya. Salam. 158.143.153.244 11:13, 23 Oktober 2008 (UTC)Balas
Saya akan masukkan pasal passport itu tapi tengah fikirkan sebenarnya point yang nak disampaikan kalau passport tak lepas? Apa kaitan dengan perjuangan Hindraf? Nak dimasukkan ke seksyen yang mana. Ini nampak macam komplen peribadi dan tak ada sangkut sgt dengan 'perjuangan' Hindraf nak dirikan kuil hindu dan nak tingkatkan taraf hidup orang India. Kamalzack (bincang) 11:18, 23 Oktober 2008 (UTC)Balas
(1) Paspor itu penting!! - Revokasi sesuka hati merupakan infringement of human rights. Orang Malaysia secara amnya harus lebih peka terhadap isu sebegini. (2) Hubungan dengan perjuangan Hindraf - sesuatu movement memerlukan tokoh yang memimpin. Revokasi itu adalah agar Waythamoorthy (W) tidak bisa langsung singgah di UK dan terpaksa balik ke Malaysia. Apabila W balik ke Malaysia, maka ISA bisa dikenakan kerajaan Malaysia. Maka, tiada lagi pemimpin Hindraf yang bebas karena semuanya telah dipenjarakan. (3) Dalam strategi peperangan, biasanya kepalanya yang menjadi target utama - kalau kepala sudah ditangkap maka pasukannya akan tumbang. Salam. 158.143.153.244 11:26, 23 Oktober 2008 (UTC)Balas
Jikalau anda perlukan maklumat lanjut, bisalah tonton video ini [1] 158.143.153.244 11:31, 23 Oktober 2008 (UTC)Balas

sunting

Halo Kamalzack, bisa ikut berpartisipasi di Wikimedia? Terima Kasih. Mikhailov Kusserow (bincang) 04:52, 3 Disember 2008 (UTC)Balas

Pautan sunting

Pembatalan suntingan dan menggantikan dengan notis di laman perbincangan? Saudara, itu tidak sama. - Pp.Mm.Cc. 20:00, 9 Disember 2008 (UTC)Balas

Saya rasa tidak perlu terlalu cepat meletakkan notis di entri Kuark pesona tanpa perlu membuat kajian. Topik yang sama telah wujud di laman enwiki. Jadi ia bukan kajian sendiri seperti yang saudara anggap. Kamalzack (bincang) 01:23, 10 Disember 2008 (UTC)Balas

Terima kasih kerana sedang membantu saya untuk meningkatkan wikipedia bahasa melayu. Perbincangan pengguna:Kiteretsu

Kembali ke laman pengguna "Kamalzack/Arkib1".