Perbincangan pengguna:Mhby87/Arkib2

Latest comment: 13 tahun lalu by Smim90 in topic UNDILAH SAYA
Arkib Ini ialah arkib untuk perbincangan terdahulu. Jangan sunting laman ini.
Jika anda hendak membangkitkan semula topik yang lama, anda boleh mengemukakannya dalam laman perbualan yang aktif.


Sysop sunting

Apis, terima kasih atas sokongan anda. Keje USM kat USM, Kubang Kerian or Trans-Kerian? Zamwan (bincang) 15:19, 6 Mei 2009 (UTC)Balas

Sama², semoga saudara berjaya mendapat jawatan Sysop.. Saya kerja kat USM Kubang Kerian. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 03:41, 7 Mei 2009 (UTC)Balas
Tolonglah undi saya sebagai penyelia. Saya amat harapkan undian anda. Saya sedang berusaha. Tetapi pada cuti sekolah ni saya akan banyak menyumbang di wikipedia ms. Saya doakan supaya anda dilimpahi dengan rezeki yang banyak. Undilah saya. Please...Kiteretsu 03:34, 11 Mei 2009 (UTC)
Saya akan pantau saudara sehingga 11 Mei 2009 16:00 waktu Malaysia untuk melakukan tugas kepenyeliaan. Jika saya berpuas hati, saya akan undi saudara dan jika saya tidak berpuas hati, keputusan saya tetap berkecuali <*)))>< Mr Ikan (bincang) 04:28, 11 Mei 2009 (UTC)Balas
Tahniah kerana dilantik sebagai penyelia. Kat laman Wikipedia:Penyelia, kenapa tak letak bendera kelantan jugak?? sedangkan saudara berasa dari kelantan? Adakah saudara tidak tinggal di kelantan lagi? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 17:02, 15 Mei 2009 (UTC)Balas

Templat {{{Pengguna Kelantan}}} sunting

Apis, terima kasih. Ingat nak letak juga, tapi belum sempat lagi. Apa kata kita ubah sikit templat {{{Pengguna Kelantan}}}. Buat la ciri-ciri ke"kelantan"an sikit? Contoh, Kawè asal orè Kelatè dan kawè sayè kô Kelatè. Zamwan (bincang) 17:10, 15 Mei 2009 (UTC)Balas

Rasanya tak perlu ubah templat tu... Tapi kita cipta satu templat baru yang lebih menarik, seperti banner, dan diletakkan didalam kategori yang sama <*)))>< Mr Ikan (bincang) 17:17, 15 Mei 2009 (UTC)Balas
Idea menarik tu. Saya menunggu cadangan daripada anda. Hehehehe... Zamwan (bincang) 17:18, 15 Mei 2009 (UTC)Balas
Tengok ni... Ok ko dok??? Kalu tak ok, try demo ejah pulok <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:24, 17 Mei 2009 (UTC)Balas
Demo tengok doh ko?? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 05:03, 24 Mei 2009 (UTC)Balas
Tengok doh, tapi rasa janggal. Jata dengan bendera Kelate macam tok leh masuk. Note; Kawe dok kat Miri, Sarawak hari ni. Zamwan (bincang) 08:57, 24 Mei 2009 (UTC)Balas
Kawe tak dok idea doh nok buat tu... Demo try ejah la biar come.... Jauh demo g Sarawak. Kerja ko???? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 04:56, 25 Mei 2009 (UTC)Balas

Bls: Presiden Korea Selatan sunting

Kenapa saudara menggunakan templat {{Infobox Political post}} sedangkan templat {{KotakInfo Presiden}} untuk presiden sudah ada?? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:00, 27 Mei 2009 (UTC)Balas

sorry tak perasan.Kamalzack (bincang) 05:58, 27 Mei 2009 (UTC)Balas
Takpe... Ok, Selamat menyumbang di Wikipedia <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:00, 27 Mei 2009 (UTC)Balas

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju sunting

Ya. Tetapi saya menetapkan nama 'Seksyen 5 Wangsa Maju Secondary School' hanya diletakkan in english languange sahaja seperti juga sekolah SMK convent bukit nanas,victoria dan sekolah ini memang sekolah yang bahasa rasminya adalah BAHASA MELAYU walaupun pengetua sekolah kami menggalakkan bahasa melayu mesti diutamakan juga bahasa inggeris untuk memantapkan bahasa itu di dalam subjek MATH n SCIENCE dan saya sendiri yang bersekolah di situ.Harap maklum.-sVian

Juga terima kasih atas bantuan yang diberikan untuk menetapkan logo sekolah kami.-sVians
Sebenarnya saya hanya letakan nama dalam Bahasa Melayu dahulu diikuti bahasa inggeris kerana ini adalah Wikipedia Bahasa Melayu. Jika ini Wikipedia bahasa Inggeris, bolehlah saudara letakan Bahasa Inggeris dahulu. Lihat perubahan yang saya lakukan <*)))>< Mr Ikan (bincang) 04:32, 4 Jun 2009 (UTC)Balas
Harap saudara tandatangan setiap perbincangan dengan menggunakan tanda gelombang 4 kali~~~~. Terima kasih <*)))>< Mr Ikan (bincang) 04:35, 4 Jun 2009 (UTC)Balas
Bole saya tnye,bagaimanakah caranya untuk menetapkan sesuatu logo/gambar untuk infobox seperti sekolah kami ? Sebab sebelum ini saya cuba melakukannya tetapi gagal. Thank u.--Magastar (bincang) 04:57, 4 Jun 2009 (UTC)Balas
Untuk muat naik fail, saudara pilih Muat naik fail ada disebelah kiri. atau klik link ini http://ms.wikipedia.org/wiki/Khas:Muat_naik. Semasa muat naik, saudara hendaklah memilih lesen. Elakkan memuat nail kandungan berhakcipta. Saudara juga boleh kenali sekolah saya disini <*)))>< Mr Ikan (bincang) 05:07, 4 Jun 2009 (UTC)Balas
Didalam infobox pula, tulis macam ni [[Fail:Contoh.jpg|200px]] <*)))>< Mr Ikan (bincang) 05:09, 4 Jun 2009 (UTC)Balas
Saya percaya nama asal sekolah ini adalah di dalam bahasa Melayu, jadi tidak perlu meletakkan nama bahasa Inggeris selepas nama dalam bahasa Melayu. Zamwan (bincang) 13:52, 8 Jun 2009 (UTC)Balas

Bls: Interwikikan rencana sunting

Saya cadangkan setiap rencana yang saudara buat (terutama rencana nombor) jika terdapat dalam versi bahasa inggeris atau bahasa lain, sila interwiki rencana tersebut, supaya senang mengembangkan rencana tersebut dan membuat rujukan bahasa lain <*)))>< Mr Ikan (bincang) 09:32, 9 Jun 2009 (UTC)Balas

Apakah maksud tentang interwiki ?.ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 09:35, 9 Jun 2009 (UTC)Balas
Kini saya ingin target rencana ke 50,000 pula..ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 09:45, 9 Jun 2009 (UTC)Balas
Interwiki tu bermaksud rencana yang anda tulis tu terdapat juga dalam bahasa lain. Lihat contoh rencana saya tulis, dibahagian kiri dan bawah, ada dia tulis bahasa lain <*)))>< Mr Ikan (bincang) 10:59, 9 Jun 2009 (UTC)Balas
Target saudara 50,000??? Sebenarnya kualiti rencana lebih penting dari kuantiti bilangan rencana <*)))>< Mr Ikan (bincang) 10:59, 9 Jun 2009 (UTC)Balas
Tetapi rencana nombor itu saya buat sendiri tidak ambil dari wikipedia lain dan juga fasal pelajaran..ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 06:17, 10 Jun 2009 (UTC)Balas
Saudara perasan tak bahagian bawah tempat menyunting ada tertulis Sila ambil perhatian, ada 4 perkara, tapi saya ambil 1 je untuk perbincangan ini. "Dengan menyimpan suntingan, anda bersetuju untuk melesenkan sumbangan anda di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU." bermakna ia sudah menjadi hak awam. Jadi rencana tersebut boleh digunakan oleh orang lain tanpa kebenaran. Ia juga boleh di interwikikan dengan rencana bahasa lain walaupun bukan di terjemahkan dari bahasa tersebut. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:56, 10 Jun 2009 (UTC)Balas
Jika saudara interwikikan rencana ke bahasa lain, secara automatik Robot (BOT) akan menginterwikikan pula di wikipedia mereka. Hal ini akan menyebabkan bahasa Melayu akan dikenali oleh penutur bahasa lain <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:56, 10 Jun 2009 (UTC)Balas

Cuba lihat di Khas:Statistik dan Khas:Laman baru manatahu kita boleh sama-sama mengembangkan wikipedia dan tingkatkan kualiti.ﻮﺴﺗﻳﺮﺍﺗﻲﻛ (bincang) 07:01, 10 Jun 2009 (UTC)Balas

Yang tu saya sudah tahu. Memang saya sedang mengembangkan Wikipedia Bahasa Melayu. Saya hanya inginkan saudara interwikikan rencana jika tajuk rencana tersebut ada dalam bahasa lain. Sekarang ini saya bersama Zamwan sibuk menjalankan projek gambar pilihan secara mingguan. Ia akan dibentangkan secara rasmi pada minggu ke-27 <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:10, 10 Jun 2009 (UTC)Balas
Saudara Kiteretsu.... saya cadangkan anda menulis rencana nombor yang paling ringkas adalah seperti rencana nombor 999. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:10, 11 Jun 2009 (UTC)Balas

Bls: Barnstar sunting

Terima kasih kerana menganugerahkan pingat Barnstar. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 18:04, 11 Jun 2009 (UTC)Balas

Terima kasih kembali. Anda layak mendapatnya. Zamwan (bincang) 09:17, 13 Jun 2009 (UTC)Balas

Sistem pentadbiran negeri Kelantan sunting

Sistem pentadbiran negeri Kelantan agak unik, berbanding dengan negeri2 lain. Sebagai contoh;

  • Negeri - diketuai oleh Menteri Besar
    • Jajahan - diketuai oleh Ketua Jajahan (tapi tak tahu kenapa org Kelantan panggil D.O, kerana D.O utk Pegawai Daerah). Contohnya, Jajahan Pasir Puteh.
      • Daerah - Diketuai oleh Penggawa (orang panggil Tok' Gawa). Pasir Puteh ada 8 daerah.
        • Mukim - Diketuai oleh Penghulu. Lazimnya 2-3 buah kampung diletakan di bawah satu mukim. Negeri2 lain tak ada istilah ini kot.
          • Kampung - Ketua kampung

Zamwan (bincang) 09:17, 13 Jun 2009 (UTC)Balas

Bls: Wikikan sunting

saya pengguna baru di laman Wikipedia ini. Harap boleh beri tunjuk ajar. Maaf jikalau ada salah silap yang telah saya lakukan

Izzam

-- E-mel ini telah dikirim oleh Izzam kepada Mhby87 menggunakan alat "E-mel pengguna" di Wikipedia. Sun 6/21/2009 2:43 PM (UTC+8)

Sememangnya saya tahu saudara baru je mendaftarkan diri di wiki ini. Saudara boleh beransur-ansur belajar. Jika rencana yang saudara tulis tu ada terdapat teg WIKIKAN, bermakna ia masih tidak memenuhi piawai wikipedia. Harap saudara tidak membuang teg tersebut sehingga ia diwikikan oleh pengguna yang lebih mahir atau saudara sendiri yang mewikikanya. saudara tidak perlu balas mesej ini melalui email saya, tetapi hanya melalui ruangan perbincangan pengguna saya <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:52, 21 Jun 2009 (UTC)Balas
Bagaimana hendak meng'wikikan'. Saya tidak tahu.
Adakah ianya seperti ini Undang-undang ataupun
Undang-undang
 
Sistem perundangan Common law | Undang-undang sivil | Undang-undang adat | Undang-undang agama | Undang-undang sosialis | Undang-undang antarabangsa

Sumber undang-undang Undang-undang statut (Perundangan | Kod sivil | Pentafsiran statut)
Undang-undang bukan statut (Adat | Undang-undang kes | Ekuiti)

Penghukuman Undang-undang umum (Undang-undang jenayah | Undang-undang perlembagaan | Undang-undang pentadbiran)
Undang-undang khusus (Undang-undang sivil | Undang-undang kewajipan | Kontrak | Tort | Wasiat dan Pegangan)
Mahkamah (Sistem perseteruan | Sistem penyiasiatan | Bukti | Kehakiman | Peguam)

Falsafah perundangan Falsafah undang-undang | Undang-undang semulajadi | Perundangan positivisme | Perundangan formal | Perundangan realiti | Penafsiran undang-undang | Teori perundangan feminis | Undang-undang dan ekonomi | Pengajian undang-undang kritikal | Perbandingan undang-undang
Lihat juga:Senarai cabang undang-undang

ataupun Undang-undang

--Izzam (bincang) 06:55, 21 Jun 2009 (UTC)Balas
Wikikan bermaksud rencana yang ditulis mengikut tulisan, format wikipedia. Saudara boleh membuat rujukan seperti rencana pilihan bulan ini Shin Megami Tensei: Persona 3 atau rencana lain yang lebih pendek yang diwikikan seperti Temu bual, Kanta lekap. Saudara juga boleh lihat bagaimana ia dikategorikan <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:00, 21 Jun 2009 (UTC)Balas
untuk simbol
  • [[]] untuk kepautan lain
  • [] pautan luar
  • {{}} templat
<*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:03, 21 Jun 2009 (UTC)Balas
tima kasih Mr Ikan!
--
E-mel ini telah dikirim oleh Izzam kepada Mhby87 menggunakan alat "E-mel pengguna" di Wikipedia. Sun 6/21/2009 3:04 PM (UTC+8)
boleh saya tanya, kenapa Kotak pengguna ProjekWiki terlalu terhad. Bolehkah saya memgambil bahagian menjadi sebahagian daripada moderator bagi bahagian ini?
Saya berminat sangat untuk memperluaskan lagi skop dalam Kotak pengguna ProjekWiki
terima kasih
--
E-mel ini telah dikirim oleh Izzam kepada Mhby87 menggunakan alat "E-mel pengguna" di Wikipedia. Sun 6/21/2009 6:58 PM (UTC+8)
Saudara buka je Wikipedia:Kotak pengguna. Saudara juga boleh mencipta kotak pengguna yang lain jika belum ada. Saudara juga boleh merujuk kotak pengguna yang telah wujud jika tidak faham. Segala perbincanga saya harap saudara menggunakan ruangan perbincangan saya. bukan melalui email saya. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 00:22, 22 Jun 2009 (UTC)Balas

Jika saudara tidak faham dengan cara-cara menyunting, saudara bolehlah membaca garis panduan Wikipedia:Menyunting. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:04, 22 Jun 2009 (UTC)Balas

Bls: Gambar pilihan mingguan sunting

Saya dapati saudara aktif untuk menjadikan gambar pilihan bertukar setiap minggu. Saya juga terlibat dengan projek tersebut. Untuk makluman saudara, templat {{Gp1}} hingga {{Gp52}} perlu dihapuskan kerana saya telah menggantikan dengan {{WP:GP/Minggu 27 2009}} untuk memudahkan arkib dan {{WP:GP dilindungi/Minggu 27 2009}} untuk kegunaan Laman Utama. Harap saudara berpuas hati dengan hasil kerja saya <*)))>< Mr Ikan (bincang) 08:33, 8 Jun 2009 (UTC)Balas

Apis, anda telah melakukan kerja yang amat baik. Reka susun aturnya, mengikut pandangan saya diambil daripada en.wiki. Berkenaan templat {{{Gp24}}} sehingga {{{Gp52}}} akan dihapuskan setelah kesemua maklumatnya di masukkan ke dalam templat baru (belum tentu lagi kerana Gambar Pilihan bergantung kepada undian). Zamwan (bincang) 13:52, 8 Jun 2009 (UTC)Balas
Memang saya membuat kajian dari en.wiki, cuma saya tukar gambar harian kepada mingguan. Jika terdapat kecacatan, harap saudara dapat membantu untuk memperbaikinya <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:30, 8 Jun 2009 (UTC)Balas
Saya belum uji lagi, tapi saya rasa penamaan templat mungkin perlu diubah dari {{{WP:GP dilindungi/Minggu 27 2009}}} kepada {{{WP:GP dilindungi/27-2009}}} bagi membolehkan Gambar Pilihan ditukar secara automatik pada setiap minggu menggunakan turutan seperti berikut {{{WP:GP dilindungi/{{{CURRENTWEEK}}}-{{{CURRENTYEAR}}} (nota "{{{" sebenarnya adalah "{{" bagi menunjukan simbol templat). Saya akan cuba lakukan di halaman utama saya dahulu minggu ini. Zamwan (bincang) 14:55, 8 Jun 2009 (UTC)Balas
Penamaan seperti {{{WP:GP dilindungi/Minggu 27 2009}}} mungkin juga boleh digunakan. Zamwan (bincang) 14:57, 8 Jun 2009 (UTC)Balas
Cuba dengan templat{{WP:GP dilindungi/Minggu {{CURRENTWEEK}} {{CURRENTYEAR}}}}. Tetapi aia akan berfungsi semasa minggu ke 27 kerana minggu sekarang adalah minggu ke 24. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:36, 8 Jun 2009 (UTC)Balas
Saya cuba untuk minggu ke sekarang <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:38, 8 Jun 2009 (UTC)Balas
Saya cuba gunakan {{{Gp16}}}, dan ia BERJAYA!!! Zamwan (bincang) 15:45, 8 Jun 2009 (UTC)Balas

{{Gp24}} Saya cadang untuk dihapiskan. saya sudah berjaya mencipta kod aturcaranya. lihat dilaman pengguna saya. gambar yang digunakan adalah untuk percubaan sahaja. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:47, 8 Jun 2009 (UTC)Balas

Saya tahu, biarkan {{{Gp25}}}-{{{Gp52}}} sehingga minggu depan untuk ujian kita. Hari Selasa akan saya hapuskannya. Zamwan (bincang) 15:51, 8 Jun 2009 (UTC)Balas
{{WP:GP dilindungi/Minggu 24 2009}}, {{WP:GP dilindungi/Minggu 25 2009}} dan {{WP:GP dilindungi/Minggu 26 2009}} ini dicipta untuk minggu percubaan sahaja. Ia diuji dilaman pengguna saya. Ia sudah berhasil. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 16:08, 8 Jun 2009 (UTC)Balas
Saya telah menghapuskan {{Gp24}} - {{Gp52}}. Zamwan (bincang) 12:20, 9 Jun 2009 (UTC)Balas
Terima kasih. Sila hapuskan juga {{Gp19}} {{Gp2}} {{Gp21}} {{Gp3}} {{Gp4}} {{Gp6}} <*)))>< Mr Ikan (bincang) 12:25, 9 Jun 2009 (UTC)Balas
Zamwan.....!!!!! Awak tersilap hapus.... Boleh kembalikan lagi tak yang ini, maaflah, saya terlupa untuk batalkan permohonan untuk hapus di ruangan perbincangan ini <*)))>< Mr Ikan (bincang) 12:30, 9 Jun 2009 (UTC)Balas
Saudara hapuskan yang kat Kategori:Rencana untuk dipadamkan sahaja <*)))>< Mr Ikan (bincang) 12:36, 9 Jun 2009 (UTC)Balas
Kita belum membuat pengundian berkenaan penukaran Gambar Pilihan dari setiap bulanan kepada mingguan. Oleh itu, penukaran ini belum disahkan lagi oleh pihak komuniti ms.wiki. Zamwan (bincang) 14:45, 11 Jun 2009 (UTC)Balas

OK Faham <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:47, 11 Jun 2009 (UTC)Balas

Saya akan pindahkan perbincangan laman perbincangan ini ke ke sini. Saya juga akan membuat hebahan untuk pengundian bagi mendapatkan "buy in" drpd komuniti ms.wiki untuk menukar Gambar Pilihan secara mingguan. Selain itu, pada masa yang sama, kita harus meletakan senarai cadangan gambar2 pilihan untuk komuniti mengundi gambar terbaik di sini. Zamwan (bincang) 15:13, 11 Jun 2009 (UTC)Balas
Nampaknya saudara telah mencuba untuk mengisi templat gambar yang kosong, tetapi saudara tidak mengisi rencana, tahun dan minggu. lihat perubahan yang saya buat pada templat yang telah saudara buat. Lihat <*)))>< Mr Ikan (bincang) 02:06, 18 Jun 2009 (UTC)Balas
Macam mana pulak gambar yang tidak mempunyai rencana??? untuk calon 2010 tu, banyak lagi yang tiada rencana <*)))>< Mr Ikan (bincang) 05:18, 18 Jun 2009 (UTC)Balas
Akan dibuat secara beransur-ansur. Zamwan (bincang) 09:09, 18 Jun 2009 (UTC)Balas
Zamwan, untuk memudahkan pencalonan baru gambar pilihan, saudara hanya perlu mengisi borang ini tanpa meletakan tajuk. Ianya telah lengkap termasuk dengan teg undian telah selesai. Lihat tatacara pencalonan no 3. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 16:26, 21 Julai 2009 (UTC)Balas
Apis, terimas kasih. Ni lah akibat kalau tak baca arahan dulu. :) Zamwan (bincang) 10:05, 22 Julai 2009 (UTC)Balas
Ok la kalau saudara dah perasan. Saya tak sempat nak pantau gambar pilihan sebab terlalu sibuk dengan kehidupan sebenar... <*)))>< Mr Ikan (bincang) 11:37, 23 Julai 2009 (UTC)Balas

Zamwan, tolong letakkan templat {{Gambar pilihan}} gambar pilihan yang telah dilindungi seperti gambar Fail:Stunt Pyrotechnics Luc Viatour.jpg, terima kasih <*)))>< Mr Ikan (bincang) 07:11, 24 Julai 2009 (UTC)Balas

Siap. Zamwan (bincang) 07:19, 24 Julai 2009 (UTC)Balas

Bls: Salam Perkenalan Diisambut sunting

Hai Munshi!,

Selamat menyumbang di Wikipedia,

Adakah saudara berasal dari Kelantan?

<*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:05, 30 Oktober 2009 (UTC)Balas

Salam perkenalan disambut. Ya, saya dari Kelantan tetapi keturunan saya (datuk saya yang ke-4 (great great great grandfather)) berasal dari Patani. Justeru, saya menaruh minat yang mendalam terhadap sejarah, budaya, dan geopolitik kedua-dua negeri bersaudara tersebut (walaupun kini berlainan negara). Saya baru di dunia Wiki tetapi sebelum ini ada beberapa kali saya cuba menyumbang rencana tetapi disebabkan tidak tahu caranya, usaha saya mati sekerat jalan.
Beberapa hari lepas, minat saya untuk berkongsi maklumat dengan Wiki begitu tinggi apabila saya melayari pautan sejarah Kelantan, yang saya dapati kurang memuaskan dari segi fakta (seperti ketiadaan tarikh, nama tempat, nama tokoh, dan peristiwa), rujukan, dan tatabahasa. Hal ini menyebabkan rencana itu menjadi kurang tepat sebagai bahan rujukan dan kurang bernilai sebagai bahan ilmiah berbandingkan rencana Wiki Inggeris, dan lebih berupa cerita atau pengalaman peribadi sahaj, bukannya fakta.
Bagaimanapun, saya tidak bermaksud bahawa saya ini sempurna atau lebih pandai. Sebagai orang baru, banyak yang perlu saya pelajari daripada Wiki. Dan usaha serta jerih-payah penyumbang lama Wiki itu, walaupun kurang memuaskan seperti yang saya katakan tadi, sangat saya hargaï, dan boleh dijadikan asas kepada pembaikan seterusnya menerusi suntingan selanjutnya.
Minat saya bukan sahaja sejarah, tetapi juga bahasa, geografi, dan beberapa bidang sains seperti astronomi, botani, dan zoologi.
--Munshi (bincang) 16:29, 30 Oktober 2009 (UTC)Balas
Jadi, adakah saudara sebenarnya berada di Patani atau tinggal di Kelantan sekarang? Apa2 pun saya sokong usaha saudara untuk menulis tentang sejarah Kelantan. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 16:49, 30 Oktober 2009 (UTC)Balas
Ha ha! Saya tinggal di Patani tidak, di Kelantan pun tidak, tetapi sekarang menetap di Terengganu - Besut (Jertih). Bagaimanapun, saya masih berulang-alik ke Kelantan (Tanah Merah) sebab ibu, adik-beradik, dan sanak-saudara saya masih ramai di sana. Bahkan saya cari makan pun di Kelantan (Pasir Puteh).
Tentang Patani tu, saya tak pernah sampai ke daerah dan bandar Pattani sebenar. Paling jauh hanyalah Sungai Golok (itu pun dah lama dulu - kini takut nak pergi!) dan Bukit Tal. Di Bukit Tal tu, masih ada seorang mak saudara (sudah tua benar, bongkok tujuh, dekat 100 tahun dah) dan beberapa orang sepupu. Itu pun dah lama juga saya tak ke seberang sana. Sejak ada jambatan dan kastam ni, belum sampai lagi. Rasa ingin sekali nak ke Pattani, nak tengok sendiri tanah tumpah darah moyang saya tapi apakan daya keadaan tak mengizinkan.
Tentang Terengganu pula, daerah Besut samalah dengan daerah di Kelantan dari segi bahasa dan budaya. Bahkan saya tak berasa berada di Terengganu pun kerana adanya persamaan itu.
Saudara Apis pernah sampai ke sana? Di jabatan telekom mana saudara bekerja?
p/s. Ini no handset saya. 013-9003425. Bolehlah kita cakap secara langsung terutama kalau saya buntu dalam menggunakan Wiki ni.
Ikhlas,
--Munshi (bincang) 23:42, 30 Oktober 2009 (UTC)Balas
Saya sebenrnya dah tak bekerja kat telekom. Dulu saya buat praktikal je kat Telekom Kota Bharu... Skarang ni saya berkerja kat Perpustakaan Kelantan bahagian IT. Saudara Apis pernah sampai ke sana? Kalau Patani tu tak pernah la.... <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:19, 31 Oktober 2009 (UTC)Balas

Password tak diterima sunting

Salam, saudara Apis.

Ini Munshi. Tengah hari tadi saya log out dari wiki. Malam ni (11:10 waktu Malaysia) saya cuba log in ke wiki tetapi wiki enggan terima password saya. Salah katanya. Saya rasa dah betul. Saya cuba beberapa kali tapi tetap gagal. Lalu saya cipta username baru iaitu Abeyi. Password yang saya gunakan untuk username baru ni samalah dgn password untuk username pertama tu. Itu pun kalau tak silap, sebab saya ni pelupa sikit, tapi rasanya dah betul.

Macam mana nak buat, ya?

--Abeyi (bincang) 15:24, 31 Oktober 2009 (UTC)Balas

Cuba berhubung dengan penyelia Aurora atau Yosri <*)))>< Mr Ikan (bincang) 16:31, 31 Oktober 2009 (UTC)Balas
Rasanya tak perlu sebab hari ini (12:00 t.h. waktu Malaysia), bila saya log masuk dengan password Munshi, wiki terima pula. Ish...ish...
Saya dah baca profil diri saudara di laman pengguna. Syabas buat saudara! Orang semuda saudara sangat aktif dan mahir dalam wiki. Saya perlu belajar banyak daripada saudara.
Bagaimana membina laman pengguna wiki tu? --Munshi (bincang) 04:21, 1 November 2009 (UTC)Balas
Sebenarnya laman pengguna saya tu saya tiru je.... cuba cari laman pengguna dekat wiki bahasa inggeris, mana yang berkenan, ambik lepas tu ubah sikit2 <*)))>< Mr Ikan (bincang) 06:25, 1 November 2009 (UTC)Balas

Tahun Hijrah sunting

Saya melihat anda rajin meletakkan peristiwa yang berlaku pada rencana berasaskan tahun Hijrah. Syabas saya ucapkan. Cuma saya ingin minta tak payahlah tebalkan peristiwa2 tu. Supaya sama dengan rencana tarikh lain. ...Aurora... (b) 14:26, 6 November 2009 (UTC)Balas

Sebenarnya saya hanya tukar tarikh dari Templat:Arkib Peristiwa Lepas/2009 <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:38, 6 November 2009 (UTC)Balas
Nanti saya nipiskan peristiwa yang tebal tersebut <*)))>< Mr Ikan (bincang) 14:40, 6 November 2009 (UTC)Balas
Terima kasih. ...Aurora... (b) 14:44, 6 November 2009 (UTC)Balas
Siap, hanya gantikan tanda ''' kepada tiada :) <*)))>< Mr Ikan (bincang) 15:14, 6 November 2009 (UTC)Balas
Apakah kategori yang sesuai untuk rencana 1428H, 1429H dan 1430H? <*)))>< Mr Ikan (bincang) 10:48, 9 November 2009 (UTC)Balas
Cadangan saya "Tarikh Hijrah" (en:Category:Hijri dates) atau "Tahun Hijrah" (en:Category:Years AH). ...Aurora... (b) 14:20, 9 November 2009 (UTC)Balas

Penyelia sunting

demo to sir apply jd penyelia ko? Kalau ado ramai penyelia, kawe buleh fokus utk tambah rencana skit.Zamwan (bincang) 07:14, 23 Februari 2010 (UTC)Balas

kawe sebenarnya berminat dengan status penyelia tu, tp rasanya loni tokleh jadi lagi, pasal kawe sibuk sikit, tokde nok caro sangat kat wiki ni. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 13:51, 23 Februari 2010 (UTC)Balas

Nowy Dwór Królewski sunting

Please writing article Nowy Dwór Królewski. http://en.wikipedia.org/wiki/Nowy_Dwór_Królewski Answer on Polish Wikipedia Ananas96 (bincang) 14:32, 12 Mac 2010 (UTC)Balas

Resepi sunting

Tidak boleh ke kita kekalkan resepi di Wikibooks dan Wikipedia? Yosri (bincang) 23:22, 23 Mac 2010 (UTC)Balas

Saya telah copy dan paste resepi dari rencana lemang pada wikibuku. Saya rasa kita kekalkan resepi tersebut pada rencana di Wikipedia. <*)))>< Mr Ikan (bincang) 13:27, 24 Mac 2010 (UTC)Balas

UNDILAH SAYA sunting

السلام عليكم 平和があなたがたに

Assalamualaykum, Salam Sejahtera dan Salam Wikipedia,

Kehadapan Saudara Mhby87, saya merupakan pengguna Wikipedia Smim90 sedang mengadakan kempen kutipan suara melalui undian. Tujuan saya mengadakan kutipan suara ini adalah untuk mencari sokongan ahli Wikipedia bahasa Melayu yang budiman untuk memilih saya sebagai salah seorang PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU. Saudara, tujuan saya memohon jawatan sebagai penyelia ini adalah untuk membuat suatu transformasi pembaharuan dalam Wikipedia bahasa Melayu. Namun saya berpendapat keinginan saya mungkin tidak dapat dilunaskan sekiranya saya tidak mendapat sokongan yang kuat daripada anda. Saya seringkali sentiasa berusaha bersama para pengguna Wikipedia bahasa Melayu yang lain dalam mengecapi suatu matlamat yang sama bagi menyediakan rencana dan juga pelbagai pengisian yang bermanfaat dalam Wikipedia, namun saya tidaklah mahu sesuatu sumbangan itu boleh dikatakan "serumpun" sahaja kerana apa yang penting adalah kepelbagaian dan usaha kita yang tidak terhad, kerana itu juga saya amat menaruh harapan kepada anda SAHABAT, sebagai rakan seperjuangan yang sentiasa mencari adunan yang cukup sebati dalam mencipta resipi ilmu yang tidak akan dilupakan selama-lamanya .Inilah rencah kencana kehidupan.

Jika saudara mempunyai keyakinan dan kepercayaan terhadap diri saya untuk menjadi PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, saudara bolehlah memasuki pautan Wikipedia:Penyelia/Pengundian/Smim90 sebagai penyelia 09 Mei 2010 untuk mengundi saya.

Saudara boleh mengundi saya dengan dengan hanya memasukkan * SETUJU dan seterusnya diikuti tanda (~ sebanyak 4 kali) sebagai tandatangan saudara di dalam ruangan SOKONGAN. Kemudian tekan kotak simpan, undian saudara akan disimpan secara otomatik.

Jika saudara merasakan saya tidak layak menyandang jawatan sebagai penyelia dalam Wikipedia ini, saudara boleh memasukkan tanda * TIDAK SETUJU dan seterusnya diikuti tanda (~ sebanyak 4 kali) sebagai tandatangan saudara di dalam ruangan BANTAHAN. Kemudian tekan kotak simpan. undian saudara akan disimpan secara otomatik. Sebaik-baiknya saya amat mengesyorkan saudara untuk memberi sedikit komen dalam ruangan catatan sekiranya saudara tidak menyokong saya untuk memegang jawatan penyelia.

Saya juga sudi menerima sebarang persoalan yang ditujukan kepada saya sepanjang tempoh berkempen dan mencari undian. Jika tidak keberatan saya akan menjawab semua pertanyaan itu dengan hati yang ikhlas dan terbuka, InsyaAllah.

Akhirnya kata, undilah saya sebagai PENYELIA WIKIPEDIA BAHASA MELAYU, mudah-mudahan segala usaha saya dan saudara akan terus dapat dipertingkatkan untuk kebaikan bersama. Kearah melahirkan umat berilmu, berwawasan dan bertanggungjawab. Smim90 (bincang) 17:58, 8 Mei 2010 (UTC). Sekian, Wassallam dan Terima Kasih.Balas

Kembali ke laman pengguna "Mhby87/Arkib2".