Perbincangan pengguna:Pancaragam/Perkauman di Asia

Indonesia sunting

Malaysia sunting

Malaysia ialah sebuah negara berbagai bangsa, dengan majoriti kaum Melayu – hampir 52% jumlah populasi. Lebih kurang 30% jumlah populasi merupakan kaum Cina dan kaum India terdiri daripada 8% jumlah populasi.

Dasar-dasar ekonomi direka untuk menyebelahi Bumiputera (kaum Melayu), termasuklah aksi afirmatif dalam pendidikan am, yang dilaksanakan pada 1970-an untuk meredakan ketegangan antara kaum berikutan kejadian 13 Mei tahun 1969. Bagaimanapun, dasar-dasar ini tidak berkesan sepenuhnya dalam menghapuskan kemiskinan di kalangan Bumiputera luar bandar dan telah selanjutnya mengakibatkan suatu backlash terutamanya daripada minoriti Cina dan India.

99% daripada direktor Petronas adalah kaum Melayu, hanya 3% pekerja Petronas adalah Cina, hanya 5% daripada semua pengambilan baru untuk tentera, jururawat, polis adalah bukan-Melayu, hanya 7% daripada kakitangan kerajaan di seluruh kerajaan adalah kaum Cina (2004), jatuh daripada 30% pada 1960, dan 95% daripada semua kontrak kerajaan diberi kepada Melayu.

Melayu yang mengawal kerajaan memastikan bahawa semua Bumiputera keturunan Melayu mendapat layanan istimewa apabila ia berkait dengan bilangan tempat pelajar di IPTA, mereka juga diberi 7% potongan untuk rumah-rumah baru yang dibeli, tanah simpanan istimewa Melayu di kebanyakan kawasan perumahan, tanah kubur di kebanyakan kawasan bandar untuk Bumiputera yang meninggal sedangkan yang lain perlu diabukan di kawasan-kawasan ini ataupun membayar harga-harga premium (lebih mahal), semua jawatan kerajaan penting dipegang oleh Melayu termasuk kebanyakan persatuan sukan, Melayu Bumiputera memegang sekurang-kurangnya 30% saham di syarikat disenaraikan, dana penuh untuk pembinaan masjid dan tempat-tempat beribadah Islam, kadar bunga yang lebih tinggi untuk dana amanah untuk Bumiputera Melayu, menjadikan bahasa Melayu mata pelajaran wajib untuk lulus dengan tumpuan yang tinggi diberikan padanya, memberikan pelajar Melayu markah lulus yang lebih senang dalam peperiksaan awam, biasiswa ke luar negara yang kebanyakannya diberi kepada Melayu, terdapat sesetengah buah IPT yang hanya boleh dipenuhi Melayu, perintah mahkamah yang tidak adil kepada mereka yang ingin meninggalkan agama Islam, adalah beberapa contoh perkauman di Malaysia.

Tempat beribadah kaum-kaum lain (kuil Hindu, Buddha, Taoism, dan gereja katolik) telah pun dibinasakan oleh penguatkuasa termasuk beberapa lokasi purba, termasuk Maha Mariamman Temple di Padang Jawa yang berusia 100 tahun.

Pakistan sunting

Kembali ke laman pengguna "Pancaragam/Perkauman di Asia".