Arkib perbincangan terdahulu:
(berehat) Nov 2007 - Mac 2010


Perihal: "kentang goreng"Sunting

Salam, @Polar:! Saya sahaja mahu memaklumkan bahawa kandungan saudara dari "kentang jejari" sudah ditukarkan kembali kepada "kentang goreng" - saudara memberi rasional bahawa "kentang jejari" merupakan "lebih tepat istilahnya melalui DBP", tetapi pada masa yang sama juga "fish and chips" dipadan kepada "ikan dan kentang goreng" oleh DBP sendiri. Tidakkah ia menjadi tidak seragam ada mengelirukan jika ternampak perpincangan antara istilah-istilah ini? Malah, "kentang goreng" juga ada dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan serta lebih familiar dengan orang ramai dan seragam se-Nusantara (Singapura turut menggunakannya - contoh); justeru ia dipulihkan agar kerana banyak orang yang lebih mengetahui "kentang goreng" senang mencarinya. Saya masih memasukkan rujukan untuk penggunaan istilah "kentang jejari" agar mudah diketahui pembaca juga.

Yang ikhlas, --Anumengelamun (bincang) 02:03, 1 April 2020 (UTC)

Suntingan BotSunting

Maafkan saya kerana terlupa mengecualikan halaman untuk melakukan suntingan automatik oleh Bot sehingga tak sengaja menyuntiing laman pengguna anda. Kesulitan amat dikesali. CyberTPBOT (bincang) 11:34, 16 April 2020 (UTC)

The All-American RejectsSunting

Salam. Kenapa padamkan rencana The All-American Rejects, harap saudara pulihkan rencana tersebut dan saya akan bantu memperbaiki terjemahannya dan mengemaskini maklumat yang ada.-Fandi89 (bincang) 06:21, 5 Mei 2020 (UTC)

Wassalam @Fandi89:, saya sedang dalam proses mengkategorikan ribuan rencana lewah yang diusahakan BukanTeamBiasa dan rencana yang kandungannya lebih 70% tidak diterjemah setelah lebih 2 tahun, saya tidak keberatan untuk memadamnya. Rencana The All-American Rejects telah dipulihkan dan harap bantuan anda untuk menterjemahkannya dengan segera. Terima kasih. Polar (bincang) 06:26, 5 Mei 2020 (UTC)
Baru saya tahu tentang hal ini di laman Kedai Kopi. Saya perhatikan ada beberapa rencana yang saudara padamkan hari ini juga perlu dipulihkan dan saya akan bantu memperbaiki terjemahannya, yang mana ada kandungan bukan BM saya akan padamkannya.-Fandi89 (bincang) 06:28, 5 Mei 2020 (UTC)
@Fandi89:, anda bagitahu rencana yang mana, nanti saya akan pulihkan dan tag anda. Terima kasih banyak-banyak atas bantuan anda. - Polar (bincang) 06:36, 5 Mei 2020 (UTC)
@Polar:, antara rencana-rencana tersebut ialah:
@Fandi89:, siap. Berkenaan Fail:Logo Fly FM.svg, fail tersebut dihapus atas alasan menyalahi lesen bebas, maka saya tidak memulihkannya. - Polar (bincang) 07:50, 5 Mei 2020 (UTC)
@Polar:, tidak mengapa. Apapun, saya sudah memperbaiki terjemahan dan membuang kandungan bahasa asing pada rencana-rencana yang disenaraikan di atas.-Fandi89 (bincang) 10:33, 5 Mei 2020 (UTC)

Kesalahan ejaanSunting

Boleh senaraikan semua kesalahan ejaan dan tatabahasa di Wikipedia:Senarai kesalahan umum ejaan. Dapat memudahkan kerja penyunting untuk sunting kopi dan waspada dengan kesalahan ini. -- TofeikuBincang 05:49, 8 Mei 2020 (UTC)

@Tofeiku: Terima kasih atas saranan tersebut. Saya hanya terfikir "ianya" buat masa ini dan anda telah menambahnya ke dalam senarai tersebut. Jika ada lagi, saya akan tambah kemudian. - Polar (bincang) 05:54, 8 Mei 2020 (UTC)

"Martial law" dalam bahasa MelayuSunting

Saya nak tanya, apakah maksud martial law dalam bahasa Melayu? -Fandi89 (bincang) 03:35, 9 Mei 2020 (UTC)

@Fandi89: bergantung kepada konteks ayat. Sama ada pemerintahan tentera, undang-undang tentera atau tempoh/keadaan darurat. - Polar (bincang) 03:41, 9 Mei 2020 (UTC)
@Polar: terima kasih atas pencerahan. Saya dalam proses untuk mencipta rencana mengenai topik tersebut di mana saya akan terjemahkan tajuknya dalam bahasa Melayu.-Fandi89 (bincang) 03:44, 9 Mei 2020 (UTC)
@Fandi89: Bagi saya martial law ialah "undang-undang tentera" kerana "pemerintahan tentera" sepadan dengan rencana "military rule" dan "tempoh/keadaan darurat" terlalu umum kerana boleh jadi darurat sebab wabak dsb serta berdasarkam takrifan Wikipedia bahasa Inggeris, "martial law" berlaku terutamanya akibat darurat. Oleh itu, tidak semestinya perlu ada darurat untuk mengenakan "martial law". -- TofeikuBincang 03:50, 9 Mei 2020 (UTC)
Anda benar, @Tofeiku:. Cuma penggunaan martial law dalam sesebuah ayat bahasa Inggeris kadang-kadang boleh membawa kepada ketiga-tiga makna. Bergantung kepada konteks. Jika @Fandi89: ingin mewujudkan topik khusus terjemahan martial law, saranan Tofeiku itu tepat. - Polar (bincang) 03:58, 9 Mei 2020 (UTC)

Perihal: Pembaharuan GaboSunting

Salam, @Polar:! Saya sahaja mahu cakap ini - saya amat hargai pengembangan besar-besaran yang dilakukan saudara. Namun, saya perasan pengembangan saudara diperhatikan mirip (sekurang-kurangnya daripada format dibaca) laman bahasa Inggeris, bukannya dari laman bahasa Korea...saudara ambil terus dari bahasa Inggeris?

Bukannya apa, ada bagusnya kita ambil sedemikian dari BI. Namun, saya khuatir kebergantungan hanya kepada sumber-sumber bahasa Inggeris sepenuhnya akan mengabaikan sebarang nuansa yang terkandung dalam bahasa Korea asal yang barangkali terhilang dalam penterjemahan bahasa Inggeris yang saudara ambil...jadi saya rasa kalau hal ini kita perlu "gilap"kan lagi menggunakan kandungan bahasa Korea juga. Lagipun, rantau Nusantara inipun saya rasa boleh tahan bilangan penterjemah bahasa Korea... (kita serahkan sahaja kepada pakar bahasa Korea ini kalau pasal entri-entri berkaitan Korea lain kali.)

Yang ikhlas -

Anumengelamun (bincang) 05:29, 9 Mei 2020 (UTC)

@Anumengelamun: Wassalam. Bagi saya tiada masalah kerana saya masih tahu sedikit sebanyak membaca tulisan Korea dan saya juga membuat rujukan silang. Sebab itu kebanyakan perkataan khusus masih dikekalkan ejaan Hanja dan Hangul untuk rujukan. Lagipun, hendak tunggu yang betul-betul pakar mengembang dan menyunting rencana sedemikian, bila mereka akan muncul? (Saya masih menunggu). - Polar (bincang) 05:42, 9 Mei 2020 (UTC)
@Anumengelamun: Rujukan diletak untuk bacaan ramai dan untuk orang ramai rujuk dan baca rujukan yang disediakan. Lebih baik rujukan itu tersedia dalam bahasa Melayu dan menggantikan rujukan dalam bahasa asing tersebut. Jikalau tiada, rujukan bahasa Inggeris adalah yang kedua terbaik daripada bahasa asing kerana peratus penutur Melayu memahami bahasa Inggeris lebih tinggi daripada bahasa asing yang lain. -- TofeikuBincang 06:03, 9 Mei 2020 (UTC)
Saya sudah lebih faham hal ini, @Tofeiku:, malah saya agak bersetuju juga. Anumengelamun (bincang) 06:11, 9 Mei 2020 (UTC)
@Anumengelamun: Sebab itu perlunya juga terjemahan dari Inggeris kerana ia lebih difahami dan lebih ramai boleh saling memeriksa. - Polar (bincang) 06:08, 9 Mei 2020 (UTC)

Unused file(s)Sunting

Hi! You have uploaded one or more files that is not in use. You can see all unused files in Kategori:Wikipedia orphaned files and there is a link you can click to see who uploaded the files (just search for your own name).

You can help by checking if the files are still useful. If yes add it to an article and remove the template {{Orphan file}}.

If it is no longer useful then nominate for deletion.

If the file is free it could be copied to Commons. If you need help you are welcome to ask Pengguna:MGA73. --MGA73bot (bincang) 11:13, 14 Mei 2020 (UTC)

Request penghapusanSunting

Untuk request penghapusan halaman Perbincangan pengguna:Azmi1995.

terima kasih Azmi1995 09:41, 6 Julai 2020 (UTC)

Permintaan perlindungan rencanaSunting

Saya ingin meminta bantuan saudara Polar untuk melindungi rencana berikut kerana sudah banyak kali dilaku musnah oleh IP sama yang memasukkan gambar merapu dalam rencana, amaran sudah diberi namun IP itu masih berdegil. Saya mahu rencana tersebut diberikan perlindungan kekal memandangkan terlalu banyak suntingan mengarut oleh pengguna awanama sejak kebelakangan ini dan saya mahu tindakan tegas terhadap awanama yang mengganggu. Rencana berikut ialah:

Terima kasih.-Fandi89 (bincang) 04:35, 18 Julai 2020 (UTC)

UcapanSunting

Yo! Terima Kasih Saudara kerana telah banyak membantu dalam penambahbaikan rencana yang saya buat,terima kasih^_^ Wiki Farazi (bincang) 09:59, 13 September 2020 (UTC)

@Wiki Farazi: anda mempunyai potensi untuk menjadi penyunting WBM yang baik. Tingkatkan mutu penulisan anda, perbaiki format (terutama penggunaan huruf besar yang betul) dan teruskan menyumbang. Terima kasih. - Polar (bincang) 23:43, 13 September 2020 (UTC)

Sama Sama Saudara :D Wiki Farazi (bincang) 04:57, 14 September 2020 (UTC)

Penolakan Penghapusan halaman Ayu Marcellia.Sunting

Selamat petang. Saya M Agung Rahmadi, pelajar Program Kedoktoran di Universiti Indonesia dan UIN Jakarta dalam bidang Psikologi Islam. Saya menulis artikel Ayu Marcellia Br Sitorus kerana saya baru saja membaca karyanya yang berjudul Monarki Cinta, sebuah karya sastera dengan ISBN. Saya melihat anda memadam halaman berikutan cadangan Blue Sonic, orang yang menggunakan alamat palsu dan menjadi perosak dari Indonesia yang menghapus semua halaman Ayu Marcellia Br Sitorus ke Bahasa Inggeris Mudah, saya harap anda dapat menembak halaman itu. Bagi saya, sebagai pelajar kedoktoran , seseorang yang mempunyai buku dalam bidang dan mempunyai kewibawaan kepakaran sebagai sarjana bermaksud bahawa seorang profesional di bidang itu layak untuk mencatatkan namanya dan pekerjaannya di ensiklopedia. jika anda mempunyai keraguan tentang pengarang dan karyanya yang telah diterbitkan dengan ISBN mungkin anda boleh membacanya dan menilai kualiti karyanya. Saya mengagumi karya ini dan menulis halaman wikipedia bahasa Melayu untuk sastera dalam masyarakat Malaysia.– Komen tanpa tandatangan ini diberikan oleh 114.124.231.166.

Mohon mencelah. Tidak semua individu yang menulis buku layak berada di Wikipedia. Hanya individu yang penting dan mempunyai sebutan luas di sumber yang boleh dipercayai sahaja layak dicipta rencana bagi individu terbabit. Lihat Wikipedia:Biografi orang hidup untuk maklumat lanjut. Saya menentang sekeras-kerasnya promosi diri di sini. Terima kasih.- CyberTroopers bincang/sumbangan 15:12, 20 September 2020 (UTC)

Silakan periksa email AndaSunting

Halo Polar: Silakan periksa email Anda! Subjek: "The Community Insights survey is coming!" Jika Anda memiliki pertanyaan, silakan kirim email ke survey@wikimedia.org.

(English: Please check your email and spam! Subject is "The Community Insights survey is coming!" If you have questions, email surveys@wikimedia.org.)

Sorry for the inconvenience, see my explanation here.

MediaWiki message delivery (bincang) 19:04, 24 September 2020 (UTC)