Perbincangan pengguna:SNN95/Arkib 9

Latest comment: 4 tahun lalu by SNN95 in topic Umum
Arkib Laman ini merupakan arkib. Kandungannya harus dipelihara dalam bentuk asal.
Sila tujukan komen anda ke laman perbincangan.

Poskad BAW sunting

Salam saudara. Adakah anda sudah menghantar alamat anda ke pautan yang telah saya hantar? Adakah semuanya dalam keadaan baik? CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) 08:22, 5 Januari 2019 (UTC)Balas

@CyberTroopers: Sudah! Tak sabar nak dapat poskad! SNN95 Talk to me, beybeh! 15:28, 5 Januari 2019 (UTC)Balas
Haha baguslah jika begitu. Saya cuma risau kalau-kalau ada masalah berhubung perkara berkenaan. Apapun, terima kasih kerana menyertai. Tahun depan join lagi ya. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) 15:31, 5 Januari 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-02 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-03 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-04 sunting

Pengguna boneka sunting

Salam SNN95. Aku rasa Ergawijaya adalah pengguna yang sama dengan yang telah aku senaraikan di sini [1] yang agak licik mempromosikan laman sesawangnya dengan mencipta rencana-rencana berkaitan. Tak habis-habis dengan Berkah Cateringnya yang telah aku hapuskan. CyberTroopers ( بينچڠ/سومبڠن) 22:25, 23 Januari 2019 (UTC)Balas

@CyberTroopers: 👍👍 SNN95 Talk to me, beybeh! 05:03, 24 Januari 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-05 sunting

Pencalonan Templat:WP:GP/Minggu 7 2019 untuk penghapusan segera sunting

 

Sebuah teg telah diletakkan pada Templat:WP:GP/Minggu 7 2019 yang memohonkan supaya ia dihapuskan dari Wikipedia dengan segera. Ini telah diperbuat di bawah bahagian T3 kriteria untuk penghapusan segera, kerana ia merupakan perduaan templat lain yang tidak digunakan, atau kes berkod keras templat yang lain. Selepas tujuh hari, jika ia masih tidak digunakan atau teg penghapusan segera belum dikeluarkan, templat itu akan dihapuskan.

Jika templat ini sebenarnya bukan sama dengan templat lain yang dinotakan, sila keluarkan teg penghapusan segera tersebut dan timbangkan peletakan sebuah nota pada laman templat atau pendokumenan templat untuk menjelaskan bagaimana ini berbeza supaya mengelakkan sebarang kesalahan masa hadapan.

Jika templat tersebut telah dihapuskan, dan anda ingin mendapatkan semula bahan yang dipadam untuk rujukan atau perbaikan masa depan, sila menghubungi penyelia yang menghapuskkannya, atau jika anda sudah berbuat demikian, anda boleh meletakkan permohonan di sini. SNN1395 (bincang) 06:46, 29 Januari 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-07 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-08 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-09 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-10 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-11 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-12 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-13 sunting

Modul:Location map/data/Malaysia Selangor sunting

Saya nak tanya, peta lokasi Malaysia Selangor di rencana Kwasa Damansara jadi kucar-kacir, bolehkah saudara SNN95 memeriksa dan memperbaikinya. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 02:50, 4 April 2019 (UTC)Balas

@Fandi89: Sudah dibaiki! SNN95 Talk to me, beybeh! 11:41, 4 April 2019 (UTC)Balas

Your account is back! sunting

Nice to see you get your account back in your control :). On another note, can you help me blocking this user Khas:Sumbangan/TUNSM, Crosswiki abuser/akun boneka/Long Term Abuser, this account will be globally locked tonight by Stewards, but I need local block for now.-AldNon/SWMT 03:44, 5 April 2019 (UTC)Balas

@Aldnonymous: Already global block. And thanks to your suggestion, this account will live another years to come. SNN95 Talk to me, beybeh! 13:00, 5 April 2019 (UTC)Balas

Perbincangan pengguna:Aristitleism sunting

Hello, can you delete that page? It's been requested on m:Steward_requests/Miscellaneous#List_1:_unused_redirects.-AldNon/SWMT 18:08, 13 April 2019 (UTC)Balas

Oh also please delete this one too Perbincangan_pengguna:Tiemianwusi.-AldNon/SWMT 18:21, 13 April 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-16 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-18 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-19 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-20 sunting

Stesen LRT USJ 7 sunting

Salam SNN95, boleh saya buangkan tag tiada rujukan daripada laman artikel tersebut?

Slainthayer (bincang) 09:46, 18 Mei 2019 (UTC)Balas

@Slainthayer: Jika boleh, rujuk laman Wikipedia Bahasa Inggeris dan cari nama rujukan yang berkaitan dan salinkan kepada yang "tiada rujukan" itu. SNN95 Talk to me, beybeh! 03:15, 20 Mei 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-21 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-23 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-24 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-25 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-26 sunting

Gambar pilihan sunting

Saya memberi dan menyokong kebebasan untuk para penyelia memilih dan menerbitkan petikan pendek berkenaan akan Gambar Pilihan selagi ia memenuhi definasi/kriteria yang ditetapkan. Gambar terkini di halaman utama ms.wiki tidak memenuhi kriteria asas pemilihan. Anda boleh memilih untuk menukarkannya dengan gambar yang lebih sesuai. Kriteria pemilihan bolek diakses di sini Gambar Pilihan. Zamwan (bincang) 21:43, 25 Jun 2019 (UTC)Balas

@Zamwan: Seperti yang anda sudah tahu, saya meletakkan gambar pilihan yang terkini di Laman Utama adalah hasil daripada keputusan undian ramai di Wikipedia:Calon gambar pilihan/Jacinda Ardern oleh Kirk Hargreaves. Resolusi gambar ini berkualiti tinggi, tiada sebarang artifak JPEG, subjek dipotong secara terkawal, dan menambah pada nilai satu rencana seperti Serangan pengganas di Masjid dan Pusat Islam Christchurch, Jacinda Ardern. Dan gambar ini juga disokong penuh oleh komuniti Bahasa Inggeris. Pendek cerita, pilihan gambar ini terpilih untuk dipaparkan di Laman Utama adalah hasil undian bersama dan bukannya dari keputusan saya sendiri. SNN95 Talk to me, beybeh! 07:58, 26 Jun 2019 (UTC)Balas

Rencana berkaitan sunting

Saya ingin mencadangkan agar paparan rencana berkaitan di dalam versi mudah alih ms.wiki, diterjemahkan dari BI ke BM, "related pages" kepada "rencana berkaitan". Manakala, "Last edited just now by an anonymous user" juga perlu diterjemahkan ke BM, "Kali terakhir disunting sebentar tadi oleh pengguna awanama". Di id.wiki versi mudah alih, ia telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia.-Fandi89 (bincang) 12:05, 26 Jun 2019 (UTC)Balas

@Fandi89: Sambil-sambil saya tengah mencari mana laman terjemahan berkaitan dengan apa yang awak cadangkan tu, tolong klik butang semak kat laman terjemahan ini untuk paparan mudah alih Paparan mudah alih guna skin Minerva SNN95 Talk to me, beybeh! 14:31, 26 Jun 2019 (UTC)Balas
@Fandi89: Banyak lagi terjemahan yang anda perlu semak dan saya amat memerlukan pertolongan. Saya akan spam semua pautan yang berkaitan jika saya terjumpa yang perlu semakan terjemahan. Paling mudah hanya tekan semak dan tanpa perlu ubah terjemahan jika mahu dipaparkan terjemahan itu dengan segara. Suggeted languages SNN95 Talk to me, beybeh! 14:37, 26 Jun 2019 (UTC)Balas
@Fandi89: Sudah jumpa tapi memerlukan tanda semak dari anda. Rencana berkitan SNN95 Talk to me, beybeh! 14:54, 26 Jun 2019 (UTC)Balas

Blocks sunting

Hi @SNN95:. I've filed a report at SRG but can you please block this user? It's a highly disruptive LTA. Praxidicae (bincang) 14:41, 27 Jun 2019 (UTC)Balas

It's already blocked. And thanks for the warning. SNN95 Talk to me, beybeh! 08:08, 30 Jun 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-27 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-28 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-29 sunting

Teg sunting

Saya cadangkan agar teg suntingan dan keterangan maknanya juga diterjemahkan ke bahasa Melayu, contohnya ialah seperti berikut:

-Fandi89 (bincang) 12:13, 16 Julai 2019 (UTC)Balas

@Fandi89: Siap! Tapi banyak terjemahan saya ikut PRPM. Berikut mungkin perlu semakan anda di Translate.net supaya terjemahan itu terpapar di WBM.

SNN95 Talk to me, beybeh! 11:21, 18 Julai 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-30 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-31 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-32 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-33 sunting

Report vandalism sunting

Khas:Sumbangan/175.196.101.234. --Xiplus (bincang) 05:05, 12 Ogos 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-35 sunting

Templat:Series overview sunting

Bolehkah awak buat sedikit pembaikan untuk {{Series overview}} kerana paparannya tertulis dalam BI dan saya mahu ia diterjemah ke BM. Terima kasih.-Fandi89 (bincang) 00:58, 28 Ogos 2019 (UTC)Balas

@Fandi89: Sudah diterjemahkan. Perkataan Inggeris yang lain perlu diterjemahkan dalam jadual di rencana. SNN95 Talk to me, beybeh! 05:43, 28 Ogos 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-36 sunting

Modul:AutosortTable sunting

Bolehkah saudara memperbaiki sedikit masalah pada Modul:AutosortTable terutama Ralat Lua pada baris 68 dan terjemahan. Terima kasih.—Fandi89 (bincang) 08:11, 2 September 2019 (UTC)Balas

@Fandi89: Terjemahan tiada kena mengena dengan Modul ini. Cari "--" dalam Senarai Wikipedia dan terjemahkan perkataan yang ada selepas tanda itu. Templat yang menyebabkan ralat baris 68 sudah tercipta. SNN95 Talk to me, beybeh! 15:35, 4 September 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-37 sunting

Mohon perlindungan rencana sunting

Bolehkah saudara SNN95 melindungi rencana berikut:

Kesemua rencana ini perlu dikunci bagi mengelakkan vandalisme berulang oleh penyunting awanama, seperti penukaran tarikh lahir.

Vandalism ke atas laman BERSATU sunting

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ

Terdapat suntingan nakal oleh pengguna berdaftar di laman tersebut. Saya akan balikkan mana yang salah. Tolong semak user yang terbabit.

Terima kasih.

--Hasrolhashim (bincang) 00:26, 15 September 2019 (UTC)Balas

@Hasrolhashim: Buat masa ini saya memberikan perlindungan selama dua hari bagi laman ini supaya tidak disunting oleh pengguna IP jika mereka disekat kemudian. SNN95 Talk to me, beybeh! 04:09, 17 September 2019 (UTC)Balas

Baik. Terima kasih

--Hasrolhashim (bincang) 04:15, 17 September 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-39 sunting

Sekat pengguna ini sunting

Minta saudara SNN95 menyekat 2405:3800:280:7CAC:D92F:D843:7DA3:DC7D kerana mengubah tarikh lahir di rencana orang. Terima kasih.–Fandi89 (bincang) 13:30, 25 September 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-40 sunting

Perihal penggunaan nama-nama tempat di Itali (Sicily lwn Sicilia dsb) sunting

Sahaja mahu bertanya: bukankan sudah lazim di sini tatacara memakai nama tempat di negara Itali dalam bahasa Itali? Ia hanya berdasarkan pemerhatian sayalah - saya sendiri pernah mencari entri "Tuscany" sahaja sudah terbawa ke nama Italinya, "Toscana", "Naples" dibawa ke "Napoli", dan begitulah seterusnya. Jadi wajarlah kita mengubah semua nama tempat di Itali yang jelas keInggerisan (saya personally tidak setuju alasan "rasmi dipakai DBP" dalam sesetengah contoh penggunaan nama pinjaman terus bahasa Inggeris kerana 1. ia menganggap pembaca arif terus hal geografi tempat bukan berbahasa Inggeris, 2. ia seolah-olah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka tidak peka mengenai kepelbagaian bahasa dan budaya dunia serta terlalu Anglo-sentrik - saya mahu hubungi mereka pasal hal ini jika boleh) kepada nama setempat megikut tatacara lazim sini bagi mencerminkan ia sebagai lokasi dalam Itali, bukan?

Lagipun, semestinya ada orang mahu membaca topik mengenai Itali akan menjangka semua latar tempat dan masa tepat dan sebahasa - sudah pasti ada orang membaca topik berkaitan Jerman, Perancis atau Sepanyol merasa janggal menjadi jelek melihat perkataan bahasa Inggeris di dalamnya, kerana tidak kena pada tempat. (Kalau ada yang tidak berapa fahampun, kata padanan dalam bahasa Inggeris serta penerangan maksudnya dalam bahasa Melayu mesti ada disertakan untuk memudahkan pemahaman dan pencarian bacaan lanjut.)

P.S: Pada susur sejarah perubahan laman padanan "Venice Film Festival" - Indonesia menggunakan "Venesia", bukan "Venizia". "Venezia" hanyalah nama lokal tempat itu dalam bahasa Itali.

--Anumengelamun (bincang) 14:25, 9 Oktober 2019 (UTC)Balas

@Anumengelamun: Mari kita jawab satu persatu:
  1. bukankan sudah lazim di sini tatacara memakai nama tempat di negara Itali dalam bahasa Itali?
    • Bahasa Melayu digunapakai meluas di Malaysia. Betul nama bahasa ini "Bahasa Melayu", tetapi Melayu Malaysia standard adalah lebih tepat bagi wiki ini. Banjar juga ada di Malaysia, tetapi sudah ada wiki khas untuk mereka. Melayu Indonesia juga ada wiki khas, iaitu Wikipedia Bahasa Indonesia. Kami lebih suka menggunakan perkataan yang sudah "trending", dikenali lebih ramai orang berbanding apa yang anda pernah utarakan terdahulu yang mungkin hanya trending di Indonesia dengan perbezaan transliterasi sahaja, seperti Venezia. Saya agak terkejut, mana pula negara Venezia ni? Setelah ditekan pautan rupa-rupanya negara Venice.
    • Nampak tak di situ? Kekeliruan boleh berlaku kerana "trending" tersasar. Anda kena faham setiap istilah yang digunakan mesti trending di tempat tinggal (iaitu Malaysia) yang menggunakan bahasa tersebut.
  2. saya personally tidak setuju alasan "rasmi dipakai DBP" dalam sesetengah contoh kerana seolah-olah pendirian Dewan Bahasa dan Pustaka tidak peka mengenai kepelbagaian bahasa dan budaya dunia serta terlalu Anglo-sentrik - saya mahu hubungi mereka pada hal ini jika mahu
    • Siapa kita nak mempertikaikan piawai yang sudah ditetapkan mereka. Andai awak pakar bahasa, sila kemukan setiap persoalan disana. Jika ada perkataan yang tidak wujud dalam PRPM dan DBP, mereka menggalakkan transliterasi. Tetapi ada perkataan seperti beberapa nama negara yang dikekalkan dari bahasa asal mereka atau sudah diubah dan diguna luas oleh Bahasa Inggeris. Jadi Bahasa Melayu Malaysia menggunakan sahaja apa yang sudah dihidangkan tanpa perlu memikir transliterasi dari bahasa lain-lain.
    • SEMUA perkataan dan makna di dalam PRPM dan DBP hanya terpakai di Malaysia dan Brunei. tetapi lebih utama di Malaysia. Walaupon ada perkataan bahasa Indonesia dalam MABBIM, tetapi perlu diingati, itu hanyalah perkataan dan setiap perkataannya kadang-kadang membawa maksud lain walaupun ada makna dalam Bahasa Melayu.
      • Contohnya, "butuh", ikut dalam kamus DBP, memang bermaksud "memerlukan" seperti makna dalam Kamus Indonesia. Tetapi dalam norma kehidupan Malaysia, "butuh" bermaksud "alat sulit lelaki" atau "penis", dan sering digunakan untuk menyindir dan mengejek.
    • Saya menghormati setiap transliterasi yang anda lakukan, tapi anda perlu ingat, Bahasa Melayu Malaysia/Brunei ini digunakan meluas berbanding Melayu Indonesia seperti anda gunakan. Piawaian yang dilakukan juga atas dasar "trending" jika ada, melainkan bahasa sains, fizik, metematik atau apa-apa bidang yang spesifik dan sudah mempunyai terjemahan mereka sendiri. Seperti segi enam sedangkan heksagon adalah perkataan yang lebih dikenali pelajar sekolah di Malaysia dan Brunei, Lynching pula, penghakiman khalayak memang terjemahan yang sesuai, tetapi lebih elok menggunakan istilah dalam bidang sosiologi. Walaupon perkataan "lincing" itu sendiri tidak dikenali, tetapi itu sudah menjadi piawai perkataan yang digunakan mungkin dalam mahkamah.
  3. Lagipun, semestinya ada orang mahu membaca topik mengenai Itali akan menjangka semua latar tempat dan masa tepat dan sebahasa - sudah pasti ada orang membaca topik berkaitan Jerman, Perancis atau Sepanyol merasa janggal menjadi jelek melihat perkataan bahasa Inggeris di dalamnya
    • Yang merasakan jelek itu hanyalah anda. Kami sudah biasa menggunakan perkataan Inggeris untuk nama negara jika perlu. Kami tidak pernah biasa berbahasa selain Arab, Sanskrit dan Inggeris. Lagi satu "jelek" dalam Bahasa Melayu bermaksud "amat kotor dan jijik", bukannya berkmaksud "tidak sedap mata memandang"; dan perkataan "jelek" sendiri sudah lama tidak dipakai dalam penulisan Bahasa Melayu.
  4. Kalau ada yang tidak berapa fahampun, kata padanan dalam bahasa Inggeris serta penerangan maksudnya dalam bahasa Melayu mesti ada disertakan untuk memudahkan pemahaman dan pencarian bacaan lanjut.
    • Berbalik kepada lincing, dalam kamus tidak menyatakan maksud penuh perkataan ini, melainkan rencana yang anda telah cipta. Betul nama penghakiman khalayak adalah sesuai, tetapi bidang sosiologi mengatakan sebaliknya pula. Saya lebih suka menggunakan perkataan piawaian jika wujud berbanding mencipta istilah sendiri yang mungkin membawa maksud lain. Saya bukan pakar bahasa.
  5. P.S: Pada susur sejarah perubahan laman padanan "Venice Film Festival" - Indonesia menggunakan "Venesia", bukan "Venizia". "Venezia" hanyalah nama lokal tempat itu dalam bahasa Itali.
  6. Betul dalam bahasa Itali dan Indonesia ada perbezaan penggunaan huruf untuk transliterasinya. Maafkan saya atas kekeliruan itu. Tetapi kami di Malaysia lebih mengenali Venezia sebagai Venice. Seperti juga yang dilakukan di Indonesia yang mengenali Venice sebagai Venesia.
Izinkan saya melanjutkan perbincangan ini satu demi satu, saudara...sebahagian kandungan diulang daripada perbincangan di laman Discord sana (Kenapa menyunting secara awanama? Ia tindakan yang penakut! Saya betul-betul sangka ia dari SNN tadi...) :
Melayu Indonesia juga ada wiki khas, iaitu Wikipedia Bahasa Indonesia
Saya sendiri pernah bersemuka dengan pembaca Wikipedia Bahasa Melayu dari Indonesia (di Sumatera dan Riau khususnya), mereka membezakan khusus antara bahasa Indonesia diterima rasmi sana dengan "bahasa Melayu" dipakai dalam lingkungan mereka. Marahkan sahaja para pembaca tersebut yang terpilih membaca Wikipedia Bahasa Melayu kerana kebiasaan mereka memakai nama "bahasa Melayu" jika kalian mahu, saya hanya memenuhi kehendak mereka. Begitu juga dengan kebarangkalian ada pembaca dari Singapura dan Brunei...
Siapa kita nak mempertikaikan piawai yang sudah ditetapkan mereka. Andai awak pakar bahasa, sila kemukan setiap persoalan disana.
Saya tidak mahu menolak secara langsung, cuma saya hanya menyoalkan sama ada bahasawan sana arif budaya dan bahasa dalam masyarakat asal topik yang digambarkan sampai mereka mengubah dan memutuskan peristilahan terkini mengikut penemuan dan pengetahuan semasa. Ini bukanlah perkara baharu: misalnya haiwan bernama fox - dulu dipakai nama "musang" tapi sekarang ini diberi nama "rubah". Saya berani kata bahasawan di Indonesia lagi celik budaya pasal hal ini berbanding bahasawan Malaysia yang buta-buta ikut telunjuk dan sudut pandang terbatas penutur Inggeris - sudahlah penutur bahasa Inggeris mengeja tidak seperti yang disebut... (habis, Venice disebut secara baku atau dijawikan jadi [venɪt͡ʃe] / ۏينيچي? Kalau kita mahu segerak antara ejaan dan sebutan (sepertimana yang lazim dalam bahasa Melayu) maka jadi "Venis" (ۏينيس)? Venezia (ۏينيزيا) saya fikir lebih menghormati lokasi dan bahasa lazim setempat sana....jadi, ya, saudara saya memang mahu kemukan persoalan sebegini.)
Yang merasakan jelek itu hanyalah anda. Kami sudah biasa menggunakan perkataan Inggeris untuk nama negara jika perlu.
"hanyalah anda"? Siapa "kami" itu? Apakah saudara mewakili Dewan Bahasa dan Pustaka juga? (Sudahlah kamu menyunting dalam sembunyi kata-kata saya yang jelas menandacondongkan istilah asing...puisi bebas pun saudara padamkan sebab nahu tidak "betul" kah?)
Ikhlas saya tanya, apakah sudah ada sumber akademik (bukan dari akhbar - akhbar sendiri ada ralat mereka sendiri, misalnya tidak cakna menggunakan bahasa istana dalam konteks membincangan ketua diraja negara asing...) sah yang mengutamakan ada merasmikan penamaan sedemikian?
Saudara boleh baca sahaja perbincangan saya dengan SNN di laman Discord untuk faham mengapa pendekatan saya begini...
--Anumengelamun (bincang) 04:25, 10 Oktober 2019 (UTC)Balas

Saya galakkan bahasa yang anda gunakan, sila gunakannya hanya di Wikipedia Bahasa Indonesia. Maaf jika ini menyebabkan anda tersinggung, tetapi anda perlu faham, nama bahasa kita sama, tetapi tatacara dan tatabahasa kita berbeza. Jadi boleh anda hormati fahaman kami di sini sangat jauh berbeza dengan di sana walaupun kedua-dua bahasa yang kita gunakan ada inti pati "Melayu"? Jika Indonesia boleh menjadikan wiki mereka difahami khas untuk penduduk Indonesia, mengapa kami tidak boleh mengikut apa yang kami sudah tahu dan faham? SNN95 Talk to me, beybeh! 16:10, 9 Oktober 2019 (UTC)Balas

sila gunakannya hanya di Wikipedia Bahasa Indonesia.
Kalau tidak kerana laman ini pakai nama "Bahasa Melayu", saya tidak akan melakukan sedemikian...penamaan "bahasa Melayu" menarik perhatian orang Riau dan Sumatera serta Singapura yang cenderung pakai laman ini. Saya sendiri pernah bersemuka dengan pembaca dari Indonesia sendiri yang mengeluh apa yang dikatakan Malaysia-sentrisme...tak sangka memeningkan kepala dan memadam semangat bila dapat tahu permasalahan begini... --Anumengelamun (bincang) 04:25, 10 Oktober 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-42 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-43 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-44 sunting

Jemputan Bulan Asia Wikipedia 2019 sunting

Jemputan Bulan Asia Wikipedia
 
Hai SNN95! Saya, MediaWiki message delivery, salah seorang penganjur pertandingan ini dan saya mengalu-alukan penyertaan anda dalam pertandingan ini. Anda dijemput untuk mengikuti Bulan Asia Wikipedia 2019!

Cipta 4 rencana berkaitan Asia dan menangi poskad khas daripada komuniti Wikimedia dari Asia!

Ahli Wikipedia yang mencipta rencana yang terbanyak akan dianugerahi "Duta Asia Wikipedia" dan mendapat sijil bertandatangan khas!



Daftar sekarang! Peraturan

Selamat berjaya! Ikhlas daripada saya, MediaWiki message delivery
-- TofeikuBincang 18:28, 29 Oktober 2019 (UTC+8)

Modul peta lokasi sunting

Bolehkah saudara memperbaiki modul peta lokasi, tadi ada ralat yang berbunyi "Ralat Lua pada baris 42 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/World" does not exist" di rencana pencemaran sisa kimia Sungai Kim Kim, termasuk rencana berkaitannya.-Fandi89 (bincang) 02:33, 1 November 2019 (UTC)Balas

@Fandi89: Sudah dibaiki! SNN95 Talk to me, beybeh! 02:43, 1 November 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-45 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-46 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-47 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-48 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-49 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-50 sunting

Membuka semula laman "Venezia" - untuk memudahkan pemindahan kandungan ikut kekonsistenan nama tempat setapak sunting

Salam! Boleh saudara buka semula untuk laman "Venezia"? Saya sebenarnya mahu pindahkan keseluruhan kandungan dari entri "Venice" untuk tujuan kekonsistenan agar mengikut pendekatan tapak ini yang menggunakan nama dalam bahasa setempat untuk nama-nama tempat di Itali di serata WBM. (misalnya Tuscany → "Toscana", Sicily → "Sicilia", Lombardy → "Lombardia" dan sebagainya). Lagipun, saya ada terjumpa catatan dalam laman perbualan Discord yang ada sebulat suara penggunaan "Venezia"....

Harap maklum dan balas (baik di sini mahupun di Discord)... --Anumengelamun (bincang) 12:36, 9 Disember 2019 (UTC)Balas

Umum sunting

Minta saudara SNN95 memadamkan teg hapus di rencana RED People, saya telah gantikan sumber rujukan tidak sah dengan sumber rujukan yang sah. Terima kasih.-Fandi89 (bincang) 01:02, 15 Disember 2019 (UTC)Balas

@Fandi89: Sudah dibuang! SNN95 Talk to me, beybeh! 09:06, 15 Disember 2019 (UTC)Balas

Wikipedia translation of the week: 2019-51 sunting

Wikipedia translation of the week: 2019-52 sunting

Wikipedia translation of the week: 2020-01 sunting

Kembali ke laman pengguna "SNN95/Arkib 9".