Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!
Salam sejahtera Saadson! Terima kasih kerana mendaftar di Wikipedia Bahasa Melayu!
Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:

Lihat juga tutorial dan meja bantuan Wikipedia. Untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbualan, seperti laman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang Tandatangan dan cap waktu pada laman penyuntingan.
Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Bahasa Melayu. Selamat menyumbang! ...Aurora... (b) 09:05, 18 November 2011 (UTC)Balas

Jangan gunakan kandungan bahasa asing di Wikipedia Bahasa Melayu sunting

Saya harap anda tidak menggunakan kandungan bukan bahasa Melayu di sini, seperti yang anda lakukan di Ergonomic Jawi Keyboard. Ini Wikipedia Bahasa Melayu, bukan Wikipedia Bahasa Inggeris. Hanya gunakan bahasa Melayu piawai, jika anda ingin menggunakan kandungan berbahasa Inggeris, pergi ke Wikipedia Bahasa Inggeris. Sila tinggalkan pesanan anda di laman perbincangan saya jika anda ada sebarang soalan. Terima kasih.-Fandi89 (bincang) 13:50, 27 Ogos 2019 (UTC)Balas

Faham Saadson (bincang) 06:07, 26 Mei 2021 (UTC)Balas

Penyelidikan sendiri dalam Papan kekunci Jawi ergonomik sunting

Salam dan hai.

Saya amat berterima kasih terhadap sumbangan anda dalam Papan kekunci Jawi ergonomik. Tetapi di bahagian "Kajian Statistik Huruf Jawi", anda menyatakan kajian anda sendiri dalam bahagian tersebut dengan hanya merujuk satu artikel Jawi dan memberikan kesimpulan anda sendiri. Kami amat melarang penyelidikan sendiri. Jika boleh, sertakan penyelidikan yang diiktiraf dan disahkan. Jika tidak, berkemungkinan bahagian "Kajian Statistik Huruf Jawi" akan dipadam. Saya berharap anda faham dengan situasi rencana yang anda cipta kerana rencana tersebut mungkin menjadi rujukan pelajar. Oleh sebab itu, rujukan dan penyelidikan yang sah amat diperlukan. Harap maklum. SNN95 Talk to me, beybeh! 10:24, 28 Ogos 2019 (UTC)Balas