Selamat datang ke Wikipedia, Shahsukanulis!

Terima kasih kerana menyertai Wikipedia bahasa Melayu, kini terdapat seramai 332,363 pengguna berdaftar!
Selamat sejahtera. Selamat datang ke Wikipedia dan terima kasih atas sumbangan anda! Saya HsfBot, salah seorang penyunting di sini dan saya berharap anda sudi untuk membantu laman ini.
Beberapa panduan yang mungkin berguna untuk anda:
    Pengenalan kepada Wikipedia
    Lima tonggak Wikipedia
    Tutorial suntingan
    Bagaimana menyunting halaman
    Manual gaya penulisan
    Asas-asas Kod Wiki
    Bagaimana mencipta artikel
    Laman bantuan
    Apa yang Wikipedia bukan
Sesetengah perkara yang digalakkan dan dilarang:
    Digalakkan berani dalam mengemaskini laman
    Digalakkan beranggapan niat baik
    Digalakkan mengamalkan prinsip kesopanan
    Digalakkan mengamalkan pandangan berkecuali
    Jangan melaku musnah
    Jangan sampai disekat
Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh:
    Meja bantuan
atau:
    Bertanya soalan kepada penyelia
Terdapat beberapa cara untuk menyumbang kepada Wikipedia. Antaranya seperti:
      Menjadi seorang WikiPari dan WikiSihir
    Membantu menyumbang pada artikel
           
    Melaksanakan tugas-tugas penyelenggaraan
    Membantu mencipta templat baru
    Membantu dalam projek yang tersedia di WikiProjek

Sentiasa ingat untuk menandatangani pesanan anda pada laman perbincangan dengan meletakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang) atau klik butang   pada laman penyuntingan.

Semoga anda menikmati kunjungan di Wikipedia bahasa Melayu. Selamat menyumbang!

Do not understand Malay? Visit our embassy now.
Ikhlas daripada saya, HsfBot

Peristiwa Memali sunting

Salam dan hai!

Saya kagum dengan penyunting anda berkenaan Peristiwa Memali 1985. Tapi saya cadangkan penulisan anda jangan terlalu cenderung kepada peristiwa terkini kerana rencana ini lebih bersifat sejarah yang berlaku terhadap peristiwa berdarah ini. Anda boleh menyunting dengan beberapa peritiwa terkini tetapi perlulah dipendekkan dan mengikuti dasar pandangan neutral. Atau jika anda tidak tahu bagaimana melakukannya, anda boleh sunting-kopi (copy and paste) dari laman Wikipedia Bahasa Inggeris dan terjemahkannya di Wikipedia Bahasa Melayu. Sekian dan teruskan menyumbang! SNN95 Talk to me, beybeh! 09:06, 27 Ogos 2019 (UTC)Balas

Reply sunting

Terima kasih atas nasihat dan maklum balas dari saudara. Sememangnya sudah lama menjadi hobi bagi saya untuk menyunting artikel Wikipedia bahasa Melayu. Saya harap saya dapat menyumbangkan sesuatu untuk wikipedia bahasa Melayu agar ia dapat memberikan manfaat kepada pengguna internet yang ingin mencari maklumat serta memperkasakan bahasa Melayu kita. Saya juga akan cuba mengurangkan elemen moden dalam artikel sejarah dan berusaha untuk neutral. Shahsukanulis (bincang) 09:48, 27 Ogos 2019 (UTC)Balas

Umum sunting

Helo Shahsukanulis, saya perhatikan yang saudara menggunakan BI dalam ringkasan suntingan anda. Saya harap anda tidak terus menggunakan BI dalam ringkasan suntingan anda di sini (bahasa asing dilarang sama sekali di ms.wiki [terutama dalam ringkasan suntingan]). Saya tidak mahu BM jadi bahasa kedua Malaysia (dari apa yang saya tahu, tahap penggunaan BI di Malaysia sangat tinggi). Sayangilah Bahasa Melayu kita. Maafkan saya jika kata-kata saya menyinggung perasaan anda, jika anda ada sebarang pertanyaan, tinggalkan pesanan anda di laman perbincangan saya. Terima kasih.-Fandi89 (bincang) 10:35, 2 September 2019 (UTC)Balas

Setuju — Jeluang Terluang (bincang) 10:15, 17 Jun 2020 (UTC)Balas

Jangan memuat naik gambar tanpa kebenaran empunya gambar terbabit sunting

Saya perasan kamu sering memuat naik gambar yang bukan milik kamu sendiri kemudian meletakkan lesen Domain Awam padahal kamu tiada hak untuk berbuat sedemikian melainkan gambar itu anda sendiri yang ambil atau empunya gambar telah memindah milik gambar tersebut kepada anda. Manakala ada beberapa keping gambar yang anda dakwa dibebaskan dengan lesen Domain Awam seperti Fail:Peristiwa Memali.jpg, Fail:Peristiwa Memali 2.jpg dan Fail:Anggota-polis-bukit-kepong-yang-terkorban-692.jpg padahal tiada bukti empunya gambar asal ada melepaskan gambarnya ke dalam Domain Awam. Gambar-gambar yang tanpa kebenaran empunya gambar haruslah dihapuskan.

Di Malaysia, hak cipta bagi gambar berterusan sehingga 50 tahun selepas kematian jurugambar tersebut atau jika tidak pernah diterbitkan sebelum kematian jurugambar, hendaklah dihitung 50 tahun selepas tahun gambar itu mula-mula diterbitkan atau selepas 50 tahun mula-mula diterbitkan jika tidak diketahui siapa jurugambarnya selepas dilakukan penyelidikan. Peristiwa Memali berlaku pada tahun 1985 iaitu hanya 35 tahun yang lalu maka hak ciptanya masih sah. Bagi Peristiwa Bukit Kepong pula walaupun berlaku pada tahun 1950 (70 tahun lepas) jurugambarnya mungkin masih hidup atau mati dalam tempoh 50 tahun yang lepas (selepas tahun 1969) dan mengikut prinsip berjaga-jaga Commons, gambar ini perlu dihapuskan melainkan kamu dapat membuktikan bahawa jurugambarnya telah mati sebelum tahun 1970.

Diharapkan kamu lebih berhati-hati dalam memuat naik gambar di kemudian hari kelak. — Jeluang Terluang (bincang) 10:15, 17 Jun 2020 (UTC)Balas

Gambar Peristiwa Bukit Kepong itu saya diberitahu sumbernya dari website arkib negara tidak silap saya. Maaf jikalau saya telah terlanggar peraturan dalam meletakkan gambar kerana saya masih tidak faham bagaimana sistem perlesenan gambar ini berfungsi. Kemungkinan saya pada masa itu berasa sedikit euforik menambah gambar sebagai immersi dalam sesuatu artikel sehingga terlepas pandang akan peraturan yang ditetapkan. Saya masih baru di wikipedia ini, baru sejak tahun lepas saya menyunting lebih 50 artikel yg berbeza. Apa yang saya boleh buat tentang perlesenan ini? Harap tidak dibuang suntingan saya 😰
Shahsukanulis (bincang) 20:03, 17 Jun 2020 (UTC)Balas
Tak mengapa, kita belajar hari ini untuk tidak mengulangi kesilapan di kemudian hari. Lagipun bukan ketika hendak memuat naik fail ada dinyatakan fail-fail yang dibenarkan mengikut lesen atau kebenarannya?
Sekiranya gambar Bukit Kepong tersebut diambil daripada laman Arkib Negara Malaysia, seharusnya dinyatakan sumbernya daripada Arkib Negara tetapi kamu memberi sumbernya daripada sebuah laman web lain (https://iluminasi.com/bm/tragedi-balai-polis-kuala-krau.html) manakala "pengarang" gambar tersebut diberikan sebagai pengarang rencana laman terbabit. Lagi pula tarikh yang sepatutnya digunakan ialah tarikh gambar itu mula-mula diterbitkan untuk menentukan keadaan hak ciptanya, bukannya tarikh dimuat naik ke Commons. Lesen Dedikasi Domain Awam Sejagat CC0 1.0 Creative Commons yang kamu gunakan tu maknanya empunya hak cipta gambar tersebut dengan rela hatinya melepaskan gambar tersebut ke dalam domain awam yang bermaksud sesiapa pun bebas menggunakan gambar tersebut tanpa perlu meminta kebenaran atau keizinan daripada empunya asal gambar tersebut. Memandangkan tiada bukti yang boleh dikemukakan bahawa empunya gambar terbabit memang berniat melepaskan gambarnya dengan lesen tersebut, tidak wajar gambar itu dimuat naik dengan lesen Domain Awam.
Berkenaan gambar yang dimuat naik tanpa lesen yang sah, kamu perlu memohon dihapuskan kesemua gambar terbabit. Boleh dirujuk di laman ini. Sekiranya tidak faham, saya boleh terjemahkan arahannya. — Jeluang Terluang (bincang) 16:38, 17 Jun 2020 (UTC)Balas

Boleh terjemahkan? Nampaknya saya tidak cakna tentang pendetilan gambar Bukit Kepong itu. Bolehkah saya muatnaik gambar Peristiwa Bukit Kepong itu tapi dengan lesen baharu. Gambar itu dipastikan dari arkib negara.

Shahsukanulis (bincang) 09:02, 18 Jun 2020 (UTC)Balas
Memandangkan fail-fail ini kamu yang muat naik, kamu boleh meletakkan templat {{copyvio|1=Alasan}} (gantikan Alasan dengan sebab kamu memuat naik tanpa lesen yang sah atau yang lebih sesuai) di setiap laman gambar yang kamu muat naik dan yakin masih berhak cipta.
Bagi gambar Bukit Kepong tu, lebih baik kamu bertanya kepada pihak Arkib Negara bagi mendapatkan kebenaran kerana nampaknya Arkib Negara tidak melepaskan gambar yang disimpan dengan lesen yang sesuai bagi Commons. Cuba tanyakan perihal pencipta asal gambar supaya dapat mengetahui keadaan hak ciptanya. — Jeluang Terluang (bincang) 09:06, 18 Jun 2020 (UTC)Balas

Pengaraman MV Dayang Topaz sunting

Assalamualaikum. Bolehkah awak menyemak dan mengemaskini rencana Pengaraman MV Dayang Topaz serta menambah maklumatnya.–Fandi89 (bincang) 10:03, 4 November 2020 (UTC)Balas

Kembangkan Rencana di Wikipedia BM! sunting

Assalammualaikum saudara/saudari! Saya terlihat saudara/saudari menyunting di rencana semalam. Saya amat menghargai kamu kerana kamu telah menyunting rencana yang berfaedah dan berilmu, selamat maju jaya! dan cipta dan sunting lagi rencana di Wikipedia BM! :) ~Farishhamka >_< (bincang) 05:24, 21 Mac 2021 (UTC)Balas

Proklamasi Darurat 2021 - Pindah nama? sunting

Assalammualaikum! Saya berhajat untuk kembangkan rencana Proklamasi Darurat 2021 selepas saya habis periksa minggu ini, tetapi saya rasa boleh ditukar nama rencana itu ke "Darurat Malaysia 2021" agar kedengaran lebih sesuai dan ensiklopedik? Lagipun, ada banyak benda saya ingin tulis di sana. Terima kasih! PEACE SEARCHΞR [Bincang] 11:01, 20 April 2021 (UTC)Balas

Hajat saudara/saudari sangatlah dialu-alukan. Dan pada nama rencana pula saya setuju sahaja jika namanya ditukar kepada Darurat Malaysia 2021 bagi memudahkan pencarian. Maaf sekiranya saya lambat membalas kerana saya turut menghadapi peperiksaan pada minggu lepas.Shahsukanulis (bincang) 14:58, 29 April 2021 (UTC)Balas