Buka menu utama

Perdana Menteri United Kingdom

ketua kerajaan United Kingdom
(Dilencongkan dari Perdana Menteri Britain)
Rencana ini ialah mengenai jawatan Perdana Menteri. Untuk senarai perdana menteri United Kingdom, sila lihat Senarai Perdana Menteri United Kingdom.

Perdana Menteri United Kingdom (dalam Bahasa Inggeris: The Prime Minister of United Kingdom) dan (dalam Bahasa Scots: The Prime Meenister o the Unitit Kinrick) merupakan Ketua kerajaan daripada Kerajaan United Kingdom dan ketua kabinet kerajaan United Kingdom. Perdana Menteri (secara ringkas disingkat kepada PM) pula merupakan ketua anggota cabang eksekutif Kerajaan United Kingdom, yang terdiri daripada dirinya dan kabinet. Perdana Menteri dan kabinet secara rasmi dilantik oleh Ratu dan bertanggungjawab terhadap dasar juga tindakan mereka kepada Ratu, Parlimen, dan kepada Parti politik mereka.

Perdana Menteri United Kingdom Great Britain dan Ireland Utara
Royal Coat of Arms of the United Kingdom (HM Government).svg
Jata Diraja digunakan oleh
Kerajaan United Kingdom
Yukiya Amano with Boris Johnson in London - 2018 (41099455635) (cropped).jpg
Penyandang
Boris Johnson

sejak 24 Julai 2019 (2019-07-24)
Cabang Eksekutif Kerajaan United Kingdom
Pejabat Perdana Menteri
GelaranThe Right Honourable
(Yang Berhormat)
SingkatanPM
AnggotaKabinet
Ahli Parlimen
Lapor kepadaParlimen
Kediaman10 Downing Street
Chequers
PejabatWestminster
PelantikRatu Elizabeth II
(sebagai Ratu United Kingdom)
TempohMengikut Perkenan Baginda Ratu
Pemegang sulungSir Robert Walpole (secara umum dianggap sebagai pertama yang menyandang jawatan)
Pembentukan4 April 1721
TimbalanTimbalan Perdana Menteri United Kingdom
Gaji£151,451 (GBP)
Paun Sterling
Laman webhttp://www.number10.gov.uk

Penyandang jawatan Perdana Menteri United Kingdom terkini ialah Boris Johnson juga merangkumi Ketua Parti Konservatif; beliau secara rasminya dilantik oleh Ratu Elizabeth II selaku Ketua negara United Kingdom pada 22 Julai 2019.

Pejabat ini tidak ditubuhkan oleh mana-mana undang-undang atau dokumen perlembagaan tetapi hanya wujud oleh konvensyen yang telah lama ditubuhkan, yang menetapkan bahawa raja mesti melantik Perdana Menteri orang yang boleh dipercayai baginya untuk mentadbir Kerajaan Baginda Raja (His Majesty’s Government). Kedudukan Perdana Menteri asalnya merupakan anggota parlimen dari House of Commons atau Dewan Rakyat. Biasanya Perdana Menteri ialah ketua parti politik atau gabungan parti yang mampu memenangkan jumlah majoriti kerusi anggota di Dewan Rakyat. Kedudukan Perdana Menteri tidak diwujudkan; ia berkembang secara perlahan dan tidak menentu selama tiga ratus tahun kerana banyak tindakan Parlimen, perkembangan politik, dan kemalangan sejarah. Sehingga perlu bagi raja untuk mentadbir melalui Perdana Menteri yang boleh memerintah majoriti di Parlimen.

Kuasa dan perananSunting

 
Theresa May, pejawat Perdana Menteri UK terkini

Sebagai Perdana Menteri, ia mengetuai kerajaan United Kingdom dan mengetuai kabinet. Di samping itu, Perdana Menteri pula mengetuai parti politik majoriti di Dewan Rakyat. Perdana Menteri memegang peranan penting sebagai kuasa perundangan dan kuasa eksekutif. Di bawah sistem British, Perdana Menteri membimbing proses pembuatan undang-undang dengan matlamat untuk menggubal agenda perundangan parti politik mereka di Dewan Rakyat. Dalam kapasiti eksekutif, Perdana Menteri boleh memilih, melantik, dan menolak semua anggota menteri Kabinet dan menteri lain, ratu secara konvensyen menghormati pilihan Perdana Menteri. Perdana Menteri juga mengkoordinasikan dasar dan aktiviti semua jabatan kerajaan, mahupun Menteri Perkhidmatan Awam. Perdana Menteri juga bertindak sebagai "muka" dan "suara" awam Kerajaan Baginda Ratu (Her Majesty's Government), baik di dalam dan di luar negara. Perdana Menteri juga berhak memberi nasihat mengenai pelantikan hakim tinggi dan uskup senior Gereja England.

Hubungan dengan RatuSunting

Akibat daripada proses panjang sejarah United Kingdom, kuasa Monarki mutlak secara beransur-ansur dikurangkan. Sekarang, tradisi berubah di mana Ratu mengikuti nasihat Perdana Menteri. Secara rasmi, Ratu mempunyai kuasa untuk melantik jawatan-jawatan penting kerajaan, termasuk Perdana Menteri, menteri kabinet, hakim, pegawai tentera, gabenor, diplomat, dan uskup senior Gereja England.

Dalam sistem Perlembagaan United Kingdom, Ratu mempunyai hubungan istimewa dengan Perdana Menteri, tokoh politik senior yang sangat dihormati dalam kerajaan dari parti politik majoriti di Dewan Rakyat. Walaupun Ratu secara perlembagaan mesti neutral dalam hal politik, tetapi Ratu tetap diberi kuasa memberi peluang kepada Perdana Menteri untuk mendengarkan nasihatnya.

 
Sir John Major (kiri) berjumpa dengan Ratu Elizabeth II (tengah)

Dari segi perjumpaan, Ratu menyediakan waktu berkala untuk berjumpa dengannya, di mana Perdana Menteri berhak dan wajib menyampaikan pandangannya tentang hal-hal pemerintah. Apabila tiada masa untuk berjumpa, mereka boleh berkomunikasi melalui telefon. Pertemuan ini, sebagai pertemuan antara ketua negara dan ketua kerajaan, yang dilakukan secara persendirian. Selepas menyatakan pandangannya, Ratu mendengar nasihat Perdana Menteri. Di samping itu, Ratu pula boleh terlibat dalam pelaksanaan pilihan raya. Perdana Menteri boleh meminta persetujuan Ratu untuk membubarkan parlimen dan meminta mengadakan pilihan raya.

Bekas Perdana Menteri yang masih hidupSunting

Hanya ada 5 bekas Perdana Menteri yang masih hidup. Kematian terakhir Perdana Menteri ialah Margaret Thatcher yang meninggal dunia 8 April 2013 (umur 87 tahun) di London. Berikut adalah senarai bekas Perdana Menteri yang masih hidup.

Nama Tarikh lahir
(umur)
Tempoh menjawat
Sir John Major (1943-03-29) 29 Mac 1943 (umur 76) 28 November 1990 – 2 Mei 1997
Tony Blair (1953-05-06) 6 Mei 1953 (umur 66) 2 Mei 1997 – 27 Jun 2007
Gordon Brown (1951-02-20) 20 Februari 1951 (umur 68) 27 Jun 2007 – 11 Mei 2010
David Cameron (1966-10-09) 9 Oktober 1966 (umur 53) 11 Mei 2010 – 13 Julai 2016
Theresa May (1956-10-01) 1 Oktober 1956 (umur 63) 13 Julai 2016 – 24 Julai 2019

Senarai Perdana Menteri UKSunting

Pautan luarSunting