Perdana Menteri Malaysia
Perdana Menteri ialah pemimpin utama Kerajaan Malaysia. Seorang Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk mengetuai barisan Badan Eksekutif, Jemaah Menteri. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai selaku Ketua Negara dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik dan perlu mendapat sokongan majoriti daripada para Ahli Dewan Rakyat Malaysia.
Perdana Menteri Malaysia
ڤردان منتري مليسيا | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Kerajaan Persekutuan Malaysia Kabinet Malaysia Jabatan Perdana Menteri | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Ahli kepada | Kabinet Malaysia Dewan Rakyat |
Lapor kepada | Parlimen Malaysia |
Kediaman | Seri Perdana |
Pusat | Perdana Putra, Putrajaya |
Pencadang | Ahli Dewan Rakyat Malaysia |
Pelantik | Yang Di-Pertuan Agong |
Tempoh jawatan | 5 tahun atau kurang, boleh diperbaharui sekali (Selagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat Pilihan raya umum diadakan lima tahun sekali atau lebih awal) |
Pemegang sulung | Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
Pembentukan | 31 Ogos 1957 |
Gaji | RM22,826.65 sebulan[1] RM273,919.80 setahun |
Laman sesawang | www |
Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri hanya berasal daripada parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974). Tetapi pada 2018, jawatan Perdana Menteri disandang oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia, salah satu parti komponen baharu dalam Pakatan Harapan apabila Tun Dr. Mahathir bin Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7
Kabinet Malaysia 2018 atau lebih dikenali sebagai Kabinet Mahathir Ketujuh (Mahathir VII) telah dibentuk selepas diperkenankan oleh Sultan Muhammad V untuk memulakan kerajaan baharu dalam sejarah politik negara berikutan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Malaysia (PRU) ke-14 pada 9 Mei 2018.
Selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan secara tiba-tiba pada 24 Februari 2020, maka berlakulah Krisis politik Malaysia 2020 selepas beliau tidak mencalonkan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai pengganti kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah.
Namun begitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyembahkan nama beliau kepada Al-Sultan Abdullah untuk menjadi calon sebagai Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong telah menemu ramah seramai 221 Ahli Dewan Rakyat Malaysia bagi menentukan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin. Selepas baginda berpuas hati dengan jawapan daripada para Ahli Dewan Rakyat dan meyakini bahawa Tan Sri Muhyiddin telah mendapat sokongan majoriti. Maka, Tan Sri Muhyiddin telah dipilih sebagai Perdana Menteri pada 29 Februari 2020 dan telah mengangkat sumpah jawatan dan setia serta menyimpan rahsia pada 1 Mac 2020 lalu.
Beliau kemudiannya telah melantik barisan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri dalam Kabinet Malaysia 2020 pada 10 Mac 2020 lalu.
Perdana Menteri sementaraSunting
Berdasarkan Perkara 55 (3) Perlembagaan Malaysia, Parlimen rendah, melainkan jika dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan budi bicaranya sendiri atas nasihat Perdana Menteri, boleh meneruskan selama lima tahun dari tarikh pertemuan pertamanya. Perkara 55 (4) Perlembagaan membenarkan penangguhan 60 hari pilihan raya yang akan diadakan dari tarikh pembubaran dan Parlimen hendaklah diberitahu untuk bertemu pada tarikh tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubaran. Secara konvensyen, antara pembubaran satu Parlimen dan perjumpaan yang akan datang, perdana menteri dan kabinet kekal di pejabat dalam kapasiti sementara.
Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1955-1970)Sunting
Perdana Menteri Malaysia Pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Baginda dibantu oleh timbalannya iaitu Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein.
Era Pentadbiran Tun Abdul Razak (1970-1976)Sunting
Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Haji Hussein digelar sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Dr. Haji Ismail bin Dato' Haji Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Haji Hussein bin Dato' Haji Sir Onn.
Era Pentadbiran Tun Hussein Onn (1976-1981)Sunting
Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Haji Sir Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
Era Pentadbiran I Tun Dr. Mahathir (1981-2003)Sunting
Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Haji Abdul Ghaffar bin Baba, Dato' Seri Anwar bin Dato' Seri Haji Ibrahim dan Tun Haji Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.
Era Pentadbiran Tun Abdullah Badawi (2003-2009)Sunting
Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya iaitu, Dato' Seri Haji Mohamed Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Era Pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak (2009-2018)Sunting
Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia.[2] Beliau dibantu oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr Ahmad Zahid bin Haji Hamidi.
Era Pentadbiran II Tun Dr. Mahathir (2018-2020)Sunting
Perdana Menteri Malaysia ke-7 menyaksikan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad kembali menerajui kepimpinan kerajaan yang baharu di bawah parti dan nuansa yang berbeza dengan sebelum ini. Beliau juga mempunyai jumlah bilangan Kabinet Malaysia yang tertinggi daripada semua Perdana Menteri iaitu sebanyak 7 Kabinet. Kabinet Mahathir Ketujuh merupakan Kabinet Malaysia yang dibentuk pada 2018 dianggotai oleh beliau sendiri, Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu, Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail dan juga beberapa Menteri dan Timbalan Menteri yang terdiri daripada parti komponen Pakatan Harapan. Tun Dr. Mahathir digelar sebagai Bapa Demokrasi Malaysia. Pada 24 Februari 2020, beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri berkuat kuasa serta-merta susulan daripada peristiwa Langkah Sheraton yang diketuai oleh anggota kabinetnya sendiri.
Sebagai tambahan kepada Kabinet, pasukan penasihat yang dipanggil "Majlis Penasihat Kerajaan" (Council of Eminent Persons) telah diwujudkan (sehingga mencapai mandat pada 20 Ogos 2018) dan dianggotai oleh:
1. Mantan Menteri Kewangan Malaysia, YABhg. Tun Dr. Daim bin Zainuddin
2. Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Y.M. Tan Sri Prof. Dr. Ungku Zeti Akhtar binti Prof. Diraja Tun Dr. Ungku Abdul Aziz
3. Mantan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, YBhg. Tan Sri Mohd. Hassan bin Merican
4. Ahli ekonomi Malaysia yang terkemuka, YBhg. Prof. Dr. Jomo Kwame Sundaram
5. Hartawan Malaysia yang berpusat di Hong Kong, YBhg. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien
Era Pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin (2020-kini)Sunting
Perdana Menteri Malaysia ke-8, iaitu Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Beliau dilantik setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah selepas desakan pemimpin Pakatan Harapan untuk Perdana Menteri ke-7 menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim dan melakukan tindakan kontroversi, Langkah Sheraton, bersama Ahli Pembangkang dan beberapa Ahli Kabinet yang lain yang menyebabkan Perdana Menteri ketika itu meletak jawatan berkuat-kuasa serta merta kerana kehilangan kepercayaan terhadap ahli kabinetnya sendiri.
Beliau juga merupakan Perdana Menteri pertama yang dilantik tanpa melalui pilihan raya umum untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional setelah mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-14.
Kabinet beliau tidak mempunyai Timbalan Perdana Menteri sebaliknya fungsi tersebut diisi oleh 4 orang Ahli Parlimen yang diberikan nama sebagai Menteri Kanan seperti berikut:
- Menteri Kanan (Kluster Kewangan dan Ekonomi) :Mohamed Azmin Ali (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia)
- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan dan Perpaduan) :Ismail Sabri Yaacob (Menteri Pertahanan Malaysia)
- Menteri Kanan (Kluster Infrastruktur) :Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya Malaysia)
- Menteri Kanan (Kluster Pendidikan dan Sumber Manusia) :Mohd Radzi Md Jidin (Menteri Pendidikan Malaysia)
Sejarah & Senarai Perdana Menteri MalaysiaSunting
1. Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955-1957)Sunting
Parti komponen: Parti Perikatan (AP)
Parti politik: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
EG Tempoh |
No. | Nama Kawasan (Lahir–Meninggal) |
Gambar | Tempoh jawatan | Wakil Pembangkang | Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu | Kabinet | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mula | Akhir | Hari | |||||||
00 | 0 | Tunku Abdul Rahman BA (Cambridge), Bar-at-Law (Inner Temple) Ahli Parlimen Kuala Muda (1903–1990) |
1 Ogos 1955 |
28 Ogos 1957 |
758 | Ahmad Tuan Hussin & Onn Jaafar |
Sir Donald Charles MacGillivray | Rahman I |
2. Perdana Menteri Malaysia (1957 - Kini)Sunting
Parti komponen: Parti Perikatan (AP) Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH) Perikatan Nasional (PN)
Parti politik: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
EG Tempoh |
No. | Nama Kawasan (Lahir–Meninggal) Gelaran |
Gambar | Tempoh jawatan | Ketua Pembangkang | Yang di-Pertuan Agong | Kabinet | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Mula | Akhir | Hari | |||||||
00 | 1 | Tunku Abdul Rahman BA (Cambridge), Bar-at-Law (Inner Temple) Ahli Parlimen Kuala Muda (1903–1990) Bapa Kemerdekaan Malaysia[3] |
31 Ogos 1957 |
27 Jun 1959 |
4770 | Burhanuddin Al-Helmy Tan Chee Khoon |
Tuanku Abdul Rahman Tuanku Hisamuddin Alam Shah Tuanku Syed Harun PutraJamalullail Tuanku Ismail Nasiruddin Shah |
Rahman II | |
01 | 19 Ogos 1959 |
1 Mac 1964 | |||||||
02 | 21 Mac 1964 |
20 Mac 1969 |
Rahman III | ||||||
03 | 10 Mei 1969 |
22 Sep 1970 |
Rahman IV | ||||||
2 | Abdul Razak Hussein Bar-at-Law (Lincoln's Inn) Ahli Parlimen Pekan (1922–1976) Bapa Pembangunan Malaysia[4] |
22 Sep 1970 |
31 Jul 1974 |
1940 | Mohamed Asri Muda Lim Kit Siang James Wong Edmund Langgu Saga |
Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tuanku Yahya Petra |
Razak I | ||
04 | 24 Ogos 1974 |
14 Jan 1976 |
Razak II | ||||||
3 | Hussein Onn Bar-at-Law (Lincoln's Inn) Ahli Parlimen Johor Bahru (1922–1990) Bapa Perpaduan Malaysia[5] |
14 Jan 1976 |
12 Jun 1978 |
2010 | Lim Kit Siang | Tuanku Yahya Petra Tuanku Ahmad Shah Al-Musta’in Billah |
Hussein I | ||
05 | 8 Jul 1978 |
16 Jul 1981 |
Hussein II | ||||||
4 | Mahathir Mohamad MBBS (NUS) Ahli Parlimen Kubang Pasu (1925) Bapa Pemodenan Malaysia[6]
|
16 Jul 1981 |
29 Mac 1982 |
8142 | Lim Kit Siang Fadzil Mohd.Noor |
Tuanku Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Tuanku Mahmud Iskandar Tuanku Azlan Muhibbuddin Shah Tuanku Ja’afar Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail |
Mahathir I | ||
06 | 22 Apr 1982 |
19 Jul 1986 |
Mahathir II | ||||||
07 | 3 Ogos 1986 |
4 Okt 1990 |
Mahathir III | ||||||
08 | 21 Okt 1990 |
6 Apr 1995 |
Mahathir IV | ||||||
09 | 25 Apr 1995 |
10 Nov 1999 |
Mahathir V | ||||||
10 | 29 Nov 1999 |
31 Okt 2003 |
Mahathir VI | ||||||
5 | Abdullah Ahmad Badawi BA (UM) Ahli Parlimen Kepala Batas (1939) Bapa Pembangunan Modal Insan[7]
|
31 Okt 2003 |
2 Mac 2004 |
1981 | Abdul Hadi Awang Lim Kit Siang Wan Azizah Wan Ismail |
Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail Tuanku Mizan Zainal Abidin |
Abdullah I | ||
11 | 21 Mac 2004 |
13 Feb 2008 |
Abdullah II Abdullah III | ||||||
12 | 8 Mac 2008 |
3 Apr 2009 | |||||||
6 | Mohd. Najib Abdul Razak BSc (Notthingham) Ahli Parlimen Pekan (1953) Bapa Transformasi Malaysia[8] |
3 Apr 2009 |
3 Apr 2013 |
3323 | Anwar Ibrahim Wan Azizah Wan Ismail |
Tuanku Mizan Zainal Abidin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Sultan Muhammad V |
Najib I | ||
13 | 6 Mei 2013 |
9 Mei 2018 |
Najib II Najib III | ||||||
14 | 7 | Mahathir Mohammad MBBS (NUS) Ahli Parlimen Langkawi (1925) Bapa Demokrasi Malaysia |
10 Mei 2018 |
1 Mac |
661 | Ahmad Zahid Hamidi Ismail Sabri Yaakob |
Sultan Muhammad V Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah |
Mahathir VII | |
8 | Muhyiddin Yassin BA (UM) Ahli Parlimen Pagoh (1947) Bapa Keprihatinan Malaysia |
1 Mac 2020 |
Kini |
366 | Anwar Ibrahim | Al-Sultan Abdullah Al-Mustafa Billah | Muhyiddin I |
Senarai Pemangku Perdana Menteri MalaysiaSunting
Parti politik: Parti Perikatan (AP) Barisan Nasional (BN)
No. | Nama | Jawatan | Gambar | Waktu Memangku | Kabinet | Sebab |
1 | Abdul Razak Hussein | Timbalan Perdana Menteri Pertama |
1959 | Rahman I | Tun Abdul Razak menjadi Pemangku Perdana Menteri yang Pertama apabila Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selama tiga bulan pada 1959 untuk mengukuhkan semula Parti Perikatan (kini: Barisan Nasional) selepas parti tersebut kehilangan kerusi di Kelantan dan Terengganu | |
2 | Ismail Abdul Rahman | Timbalan Perdana Menteri ke-2 |
1970 | Rahman IV Razak I |
Tun Dr. Ismail menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-2 untuk mengambil alih tugas Tunku Abdul Rahman yang berada di luar negara. Beliau sekali lagi mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdul Razak yang juga mempunyai urusan di luar negara. | |
3 | V. T. Sambanthan | Presiden MIC ke-5 (1963–1973) |
1973 | Razak I | Tun V. T. Sambanthan menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-3 untuk mempengerusikan Mesyuarat Kabinet untuk hari tersebut ketika Tun Abdul Razak mempunyai urusan di luar negara dan kekosongan jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas kematian Tun Dr. Ismail | |
4 | Ling Liong Sik | Presiden MCA ke-8 (1986–2003) |
1988 | Mahathir III | Tun Dr. Ling Liong Sik menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-4 pada apabila UMNO sebagai parti teras BN diharamkan, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir, telah menyerahkan jawatan Pengerusi BN kepada Presiden MCA ketika itu, Tun Dr. Ling Liong Sik. Sewaktu dengan itu, Tun Dr. Mahathir tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana parti teras yang dipimpin beliau telah diharamkan buat beberapa ketika. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, jawatan Pemangku Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Tun Dr. Ling Liong Sik. | |
5 | Anwar Ibrahim | Timbalan Perdana Menteri ke-7 (1993–1998) |
Mei 1997 hingga Julai 1997 |
Mahathir V | Dato' Seri Anwar Ibrahim menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-5 selama dua bulan apabila Tun Dr. Mahathir mempunyai urusan di luar negara. | |
6 | Muhyiddin Yassin | Timbalan Perdana Menteri ke-10 (2009–2015) |
24 Disember 2014 hingga 27 Disember 2014 |
Najib II | Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Pemangku Perdana Menteri ke-6 selama 4 hari apabila Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempunyai urusan di luar negara |
Garis masaSunting

Senarai bekas perdana menteri yang masih hidupSunting
Perdana menteri biasanya diberikan keistimewaan tertentu setelah meninggalkan pejabat dengan perbelanjaan kerajaan. Bekas perdana menteri terus menjadi tokoh penting negara.
Nama | Tempoh perkhidmatan | Tarikh lahir |
---|---|---|
Mahathir Mohamad | 1981–2003, 2018–2020 | 10 Julai 1925 (95 tahun) |
Abdullah Ahmad Badawi | 2003–2009 | 26 November 1939 (81 tahun) |
Najib Razak | 2009–2018 | 23 Julai 1953 (67 tahun) |
Perdana Menteri paling baru-baru ini meninggal dunia ialah Tunku Abdul Rahman (1903–1990), yang meninggal dunia pada 6 Disember 1990. Kini, bekas perdana menteri paling tua ialah Mahathir Mohamad pada usia 95 tahun.
KediamanSunting
Kediaman rasmi bagi Perdana Menteri Malaysia ialah Seri Perdana yang terletak di Putrajaya.
PengangkutanSunting
Kereta rasmiSunting
Kereta rasmi bagi Perdana Menteri Malaysia ialah Proton Perdana Eksekutif Limousine yang berciri keselamatan dan telah digunakan sejak 2013 lalu.[9]
Pengangkutan udaraSunting
Terdapat beberapa pesawat rasmi eksekutif kerajaan yang digunakan oleh Perdana Menteri Malaysia, termasuklah Airbus ACJ319-115X (CJ), Airbus ACJ320, Boeing 737-700, Bombardier BD-700-1A10 Global Express, Dassault Falcon 900.
Ia termasuk juga dengan helikopter Sikorsky S-70A-30 Blackhawk dan Sikorsky S-70A-34 Blackhawk.
Kesemua pesawat rasmi kerajaan ini dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia di Pangkalan TUDM, Subang, Selangor.
Disamping itu juga helikopter Agusta Westland AW139 kendalian Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia turut digunakan oleh Perdana Menteri.
KontroversiSunting
Ada kekhuatiran bagi kaum Orang Melayu Malaysia beragama Islam, baik daripada ahli-ahli parti politik UMNO sendiri mahupun ahli-ahli daripada PAS, melarang seorang bukan Bumiputera (misalnya daripada etnik Orang Cina Malaysia dan Orang India Malaysia serta etnik-etnik lain bukan daripada Bumiputera) daripada menjadi Perdana Menteri, namun Kerajaan telah berulang kali menyakinkan rakyat, bahawa Perlembagaan tidak melarang seseorang daripada etnik bukan Bumiputera untuk menjadi Perdana Menteri.
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ "CPPS Policy Factsheet: Remuneration of Elected Officials in Malaysia" (PDF). Centre for Public Policy Studies. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 11 May 2016. Dicapai pada 11 May 2016. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak - Bapa Transformasi
- ^ Tunku Abdul Rahman Dikurniakan Gelaran Bapa Kemerdekaan, Portal Arkib Negara Malaysia. Pautan: http://www.arkib.gov.my/web/guest/tunku-abdul-rahman-dikurniakan-gelaran-bapa-kemerdekaan
- ^ Biografi Ringkas Tun Abdul Razak, Portal Yayasan Kepimpinan Perdana, Pautan: http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdul-razak/biography-tunku-abdul-razak
- ^ Sejarah Tun Hussein Bin Dato 'Onn, Portal Rasmi Universiti Tun Hussein 'Onn Malaysia (UTHM). Pautan: http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/500/269/lang,ms/
- ^ Pameran Tun Dr Mahathir "Bapa Pemodenan" Sempena Konvensyen Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohammad, Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia, Pautan: http://www.arkib.gov.my/web/guest/berita/-/asset_publisher/Lw38/content/pameran-tun-dr-mahathir-bapa-pemodenan-sempena-konvensyen-pemikiran-tun-dr-mahathir-mohamad?redirect=http%3A%2F%2Fwww.arkib.gov.my%2Fweb%2Fguest%2Fberita%3Fp_p_id%3D101_INSTANCE_Lw38%26p_p_lifecycle%3D0%26p_p_state%3Dnormal%26p_p_mode%3Dview%26p_p_col_id%3Dcolumn-inner-3%26p_p_col_count%3D1
- ^ Biografi Ringkas Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi,Portal Yayasan Kepimpinan Perdana. Pautan: http://www.perdana.org.my/pms-of-malaysia/tun-abdullah-ahmad-badawi/biography-tun-abdullah-amad-badawi
- ^ Najib Terima Penghargaan 'Bapa Transformasi Malaysia', Portal berita dalam talian MStar, Pautan: http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2011/5/5/mstar_berita/20110505094754
- ^ Najib lancar Proton Perdana berwajah baharu sebagai kenderaan rasmi kerajaan
Pautan luarSunting
- Pejabat Perdana Menteri
- Perdana Menteri Malaysia (dalam bahasa Inggeris)