Perdana Menteri Singapura

Perdana Menteri Singapura ialah ketua pemerintah Republik Singapura dan an tokoh politik paling kuat di negara tersebut. Jawatan ini dilantik Presiden Singapura dalam kalangan anggota Parlimen Singapura yang kemungkinan besar akan memegang kepercayaan majoriti anggota sedewan lain. Secara praktiknya, Perdana Menteri yang dipilih biasanya adalah pemimpin parti majoriti di parlimen tersebut.

Perdana Menteri
Republik Singapura
Prime Minister of Singapore
新加坡共和國總理
சிங்கப்பூர் குடியரசின் பிரதமர்
Penyandang
Lee Hsien Loong
sejak 12 Ogos 2004
GelaranYang Amat Berhormat
KediamanSri Temasek
PelantikPresiden Republik Singapura
Tempoh jawatanSelagi masih memiliki keyakinan dan kepercayaan majoriti ahli Parlimen Singapura
Pilihan raya umum diadakan lima tahun sekali atau lebih awal
Pemegang sulungLee Kuan Yew
Pembentukan3 Jun 1959
GajiS$2.2 juta setahun
Laman sesawangwww.pmo.gov.sg

Jawatan ini diwujudkan ketika Singapura menjadi sebuah wilayah yang memerintah sendiri penuh pada tahun 1959. Lee Hsien Loong merupakan pemegang terkini jawatan ini sejak 12 Ogos 2004.

Peranan Sunting

Di bawah Perlembagaan Singapura, kekuasaan eksekutif berada di tangan Presiden. Namun, Konstitusi juga memberikan hak untuk mengawasi jalannya pemerintah kepada Kabinet. Presiden hampir selalu terikat untuk bertindak atas persetujuan Kabinet atau menteri mana pun yang bertindak di bawah penguasaan Kabinet. Dengan hal demikian, sebenarnya hampir seluruh tugas pemerintah dilakukan oleh Perdana Menteri dan Kabinet.

Senarai pemegang jawatan Sunting

Nama Mulai bertugas Selesai bertugas Parti
Lee Kuan Yew 3 Jun 1959 28 November 1990 PAP
Goh Chok Tong 28 November 1990 12 Ogos 2004 PAP
Lee Hsien Loong 12 Ogos 2004 kini PAP


Lihat juga Sunting

Rujukan Sunting

Pautan luar Sunting