Perdana Menteri Thailand
Perdana Menteri Thailand (Bahasa Thai: นายกรัฐมนตรีไทย; RTGS: Nayok Ratthamontri Thai) adalah ketua kerajaan Thailand selaku pemimpin mengerusi Kabinet negara tersebut.
Perdana Menteri Thailand
นายกรัฐมนตรีไทย | |
---|---|
![]() Jata pejabat | |
![]() Panji pejabat | |
Pejabat Perdana Menteri Kerajaan Thailand | |
Kediaman | Rumah Phitsanulok |
Pelantik | Raja Thailand |
Tempoh jawatan | 4 tahun boleh diperbaharui sekali terus (perlembagaan 2017) |
Surat cara pembentukan | Perlembagaan Thailand |
Laman sesawang | http://www.thaigov.go.th/ |
Jawatan ini mula diwujudkan dengan tertubuhnya kerajaan perlembagaan berikutan Revolusi Siam 1932 yang memnghapuskan kerajaan mutlak yang sedia ada di Siam pada ketika itu - ia dahulunya diberi nama "Presiden Jawatankuasa Rakyat" (ประธานคณะกรรมการราษฎร Pràtaan Káná Gammágaan Ratsadon).
Perdana Menteri sekarang disandang oleh Prayuth Chan-ocha sejak 22 Mei 2014.
PerananSunting
Pemegang jawatan ini mengerusi Kabinet Thailand secara de facto di mana sebarang lantikan dan pemecatan menteri tidak boleh dilakukan tanpa nasihat penjawat. Penjawat dipertanggungjawabkan atas prestasi para menteri dan pemerintahan diketuainya.[1] Perdana Menteri orang terutama mewakili Thailand di luar negara, di dalam negara pula beliau bertindak sebagai jurucakap kerajaannya.[1]
RujukanSunting
- ^ a b "Thai PM speech off amid protests". BBC News. 29 Disember 2008. Dicapai pada 22 Mei 2010.
Pautan luarSunting
- Laman rasmi kerajaan diraja Thailand
- History of Thai Prime Ministers (dalam bahasa Inggeris)