Perempuan Itu (drama)
Perempuan Itu merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Ain Sharif di bintangi oleh Mimi Lana, dan Zul Ariffin. [1] Siri ini memulakan tayangan perdana di Tonton bermula 1 Jun 2023.
Perempuan Itu | |
---|---|
Genre |
|
Ditulis oleh | Eirma Fatima |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | Perempuan - Jaclyn Victor |
Lagu penutup | Perempuan - Jaclyn Victor |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 30 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Syarikat penerbitan | Rumah Karya Citra |
Penyiaran | |
Saluran asal | Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Tayangan ulang di | TV3 (Slot Sakura) 27 Februari 2024 — 17 April 2024 |
Siaran asal | 1 – 30 Jun 2023 |
Status | Tamat |
Kronologi | |
Mengikuti | Cik PA Tuan Ash |
Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran TV3 di bawah Slot Sakura pada 27 Februari hingga 17 April 2024 bagi menggantikan siri drama Cik PA Tuan Ash.
Sinopsis
suntingIbu bapa Khalish mahu dia mengambil alih Madrasah Mujahidah tetapi dia menolak kerana mempunyai impian tersendiri iaitu menjadi peguam Syariah dan memperjuangkan pemerkasaan wanita.
Kerana takut dengan pemikiran moden Khalish, ibu bapanya memutuskan untuk mengahwinkannya dengan anak kawan rapat mereka, Emir. Walaupun pada mulanya Emir keberatan, dia meneruskan perkahwinan itu kerana dia seorang anak yang taat kepada ibunya.
Selepas 4 tahun berkahwin, Emir akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan cinta Khalish, dan mereka sedang menanti anak sulung mereka. Namun, Khalish kemudiannya mendapat tahu bahawa Emir sebenarnya mempunyai kekasih rahsia bernama Seira.
Pelakon
suntingPelakon utama
sunting- Mimi Lana sebagai Khalish
- Zul Ariffin sebagai Emir
- Siti Hariesa sebagai Seira
- Amar Asyraf sebagai Aryan
Penampilan khas
sunting- Eman Manan sebagai Ustaz Salahudin
- Norish Karman sebagai Ustazah Khafila
- Aleeza Kasim sebagai Farisha
- Ismail Yaacob sebagai Ustaz Abizar
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Musalmah
- Erma Fatima sebagai Ibu Kartika
- Azizah Mahzan sebagai Saodah
Pelakon pembantu
sunting- Elfriena Adros sebagai Yasmina
- Erysha Emyra sebagai Wardah
- Ahmad Iqbal Zulkefli sebagai Iqbal
- Amir Ahnaf sebagai Remy
- Shahidan Izwan sebagai Rafiuddin
- Mierul Aiman sebagai Shamsul
- Sha'arin Razali sebagai Imran
- Donna Lynn sebagai Azie
- Alicia Amin sebagai Aisyah
- Aida Aris sebagai Mak Mertua
- Laila Nasir sebagai Mak Seira
- Rose Nicotine sebagai Tina
Pelakon tambahan
sunting- Anwar Mokles sebagai Peguam Arshad
- Ann Mohktar sebagai Peguam Siti Nur
- Aqil Rafiq sebagai Peguam Rafiq
- Syazwani Shahnudin sebagai Maid Emir
- Azri Sabri sebagai Jit
- Aiman Nasir Wynne sebagai Zahir
- Fyda Othman sebagai Dr. Munirah
Lihat juga
sunting- Lelaki Itu (2024)
Kontroversi
suntingPada pertengahan Mac 2022, drama ini mendapat tentangan meluas tatkala pelakon Zul Ariffin mengepos satu adegannya dengan Siti Hariesa di laman Instagram-nya. Babak itu melibatkan Siti dan Zul saling berpelukan dalam gaya yang menonjol serta aksi Siti menyuap krim putar kepada Zul, lalu menerbitkan amarah orang ramai oleh kerana babak yang disifatkan keterlaluan dan lucah.[2] Selain itu, babak itu menerima selaran para agamawan Islam kerana bertentangan dengan norma tempatan, dengan tambahan bahawa drama itu dijangka bakal bersiaran pada bulan Ramadan (ini tidak berlaku).[3][4] Sementara itu, ada yang lebih bersifat menerima adegan itu dengan hujah keterbukaan minda dan pendidikan seksual.[1]
Dalam hal ini, pihak TV3 menyatakan bahawa babak itu tidak disangka mereka, dan tidak pernah diberi kelulusan.[5] Susulan itu, Zul dipanggil pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia bagi tujuan siasatan berdasarkan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.[6] Zul juga meminta maaf atas isu itu.[7] Sebagai kesudahan, pada Oktober 2022, Zul mengaku bersalah dan didenda sebanyak RM30 ribu berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia oleh pihak mahkamah kerana "memuat naik kandungan bersifat sumbang".[8] Pengarah pula berkata bahawa drama ini akan diteruskan tetapi tanpa babak terkait.[9]
Rujukan
sunting- ^ a b Leong, Adeline (19 Mac 2022). ""It's Disgusting!" Netizens Find Local Drama 'Perempuan Itu' Too Steamy For Ramadan Month". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 Mac 2022.
- ^ Sazali, Nur Emira (19 Mac 2022). "Ramai 'terbeliak mata' tengok aksi panas Zul Ariffin". Kosmo!. Dicapai pada 19 Mac 2022.
- ^ "Batalkan tayangan drama 'Perempuan Itu'". Harakahdaily. 19 Mac 2022. Dicapai pada 19 Mac 2022.
- ^ Ahmad, Idris (19 Mac 2022). "Hela nafas panjang saya". Harakahdaily. Dicapai pada 19 Mac 2022.
- ^ Mahmud, Farihad Shalla (19 Mac 2022). "TV3 pandang serius isu klip video aksi drama Perempuan Itu tular". Berita Harian. Dicapai pada 19 Mac 2022.
- ^ "Zul Ariffin hadir ke SKMM". Astro Awani. 22 Mac 2022. Dicapai pada 25 Mac 2022.
- ^ Hadi, Farol (22 Mac 2022). "Zul Ariffin hadir ke SKMM, dua jam beri keterangan isu klip aksi ghairah". MStar. Dicapai pada 25 Mac 2022.
- ^ Jefri, Najiy (4 Oktober 2022). "'Tindakan Zul Ariffin matang dan bertanggungjawab' - Gayatri". Metro Online. Dicapai pada 4 Oktober 2022.
- ^ Jefri, Najiy (4 Oktober 2022). "Perempuan Itu tetap ditayangkan, tapi tiada babak kontroversi Zul Ariffin". Metro Online. Dicapai pada 4 Oktober 2022.