Perempuan Paling Bahagia

Perempuan Paling Bahagia ialah sebuah siri drama televisyen melayu tahun 2017 arahan Jamal Khan. Dibintangi oleh Zahiril Adzim dan Shera Aiyob. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Raihana, Astro Oasis bermula 4 September 2017 menggantikan Kisah Dari Mekah. [1]

Perempuan Paling Bahagia
GenreDrama
Cinta
Berdasarkan daripada
Perempuan Paling Bahagia karya Syamnuriezmil
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Menahan Rindu" oleh Wany Hasrita
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod27
Penerbitan
Tempoh siaran20–23 minit
Syarikat penerbitan
Pena Creative Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Oasis (Slot Raihana)
Maya HD
Siaran asal4 September 2017 – 1 November 2017
Kronologi
MengikutiKisah Dari Mekah
Diikuti olehKerna Syurga Bukan Percuma

Sinopsis sunting

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissa lah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri. Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat Kebal.

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

Pelakon sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Drama Perempuan Paling Bahagia". MyInfotaip. 3 September 2017.