Perempuan Tanpa Dosa

Perempuan Tanpa Dosa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Micheal Ang dibintangi oleh Kamal Adli,Uqasha Senrose, dan Uyaina Arshad. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot MegaDrama Astro Ria bermula 6 Oktober 2020 menggantikan Bidadari Kiriman Tuhan [1].

Perempuan Tanpa Dosa
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi Daripada Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya oleh Fatinilam Sari Ahmad.
PengarahMicheal Ang
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSembah - Naim Daniel
Lagu penutupSembah - Naim Daniel
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod33 episod
Penerbitan
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
Juita Viden Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria (Slot MegaDrama)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital Plus
Siaran asal6 Oktober 2020 – 30 November 2020
Kronologi
MengikutiBidadari Kiriman Tuhan
Diikuti olehBiar Mereka Cemburu

SinopsisSunting

Demi maruah, Datuk Majid (Hilal Azman)terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily (Uqasha Senrose) dengan Rizal (Kamal Adli) dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie (Zac Zaky) datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan.

Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah (Uyaina Arshad). Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu menerima pinangan Rahman (Yusuf Bahrin).

Ketika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?

PelakonSunting

RujukanSunting

  1. ^ Drama Perempuan Tanpa Dosa MyInfotaip 5 Oktober 2020. Dicapai 6 Oktober 2020