Perempuan Tanpa Rahim

Drama Perempuan Tanpa Rahim merupakan sebuah filem drama Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada hari Sabtu, 25 Ogos 2012 jam 10 malam. Telefilem ini merupakan karya pertama Shuhaimi Lua Abdullah dan dibintangi oleh barisan pelakon handalan seperti Eja, Normah Damanhuri, Putri Mardiana, Harun Salim Bachik, Azhan Rani, Khatijah Tan, Faiz Fadzil dan Razali Hussain. Tayangan dilakukan pada Raya Ketujuh (25 Ogos, Sabtu), 5.00 petang – 7.00 petang .

Perempuan Tanpa Rahim
PengarahShuhaimi Lua
Dihasilkan oleh
  • Ibrahim Hussin
  • Shuhaimi Lua (FDAM)
Dibintangi
Diedarkan olehTanah Beris Film Production Sdn Bhd
Tarikh tayangan
(2012-08-25)25 Ogos 2012
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Pengarah sunting

Drama Perempuan Tanpa Rahim diarah oleh pengarah Suhaimi Lua

Ringkasan sunting

Kamariah seorang jururawat telah mengalami sejarah hitam kerana pernah dirogol ketika usianya 26 tahun. Perkara itu telah menghantui Kamariah sehinggalah ke usia tuanya. Sewaktu kejadian berlaku Kamariah telah diselamatkan oleh Malim. Malim telah menaruh hati dan berhasrat untuk memperisterikan Kamariah sedangkan Malim sudah pun mempunyai isteri. Kerana terpaksa, Kamariah sanggup berkahwin. Mereka membuat pengakuan kepada orang tua masing-masing bahawa mereka keterlanjuran.

Isteri Malim, Fatimah telah meminta cerai kepada Malim kerana malu dengan perbuatan suaminya. Kamariah pula ingin mengugurkan kandungannya tetapi dihalang Malim sehinggalah bayi tersebut dilahirkan dan diberi nama Syahidah. Kewujudan Syahidah telah menimbulkan rasa benci Kamariah kepada anaknya itu. Disebabkan peristiwa hitam itu juga Kamariah tidak dapat memaafkan dirinya malah dia turut memusnahkan hubungan kasih sayang anak-anaknya sendiri.

Pelakon sunting

Lagu sunting


Pautan luar sunting