Perenggan (oseanografi)

(Dilencongkan dari Perenggan (Oseanografi))

Dalam oseanografi, perenggan ialah sempadan antara dua jasad air yang berbeza.[1] Jasad air ditakrifkan dengan bergerak dalam arah yang berbeza, iaitu di sebelah perenggan air biasanya bergerak dalam satu arah, dan di sisi lain perenggan, air bergerak dalam arah satu lagi. Bergantung kepada arah jasad air, perenggan boleh ditakrifkan sebagai menumpu atau menyebar.Jasad air di kedua sisi depan yang juga mungkin mempunyai suhu, kemasinan, atau ketumpatan berbeza, bersama-sama dengan perbezaan dalam penanda oseanografi lain.[1] Walaupun kebanyakan perenggan membentuk dan menghilang agak cepat, beberapa, seperti perenggan yang disebabkan oleh Arus Lilitan Antartika, bertahan untuk jangka masa yang lama.

Jenis-jenis Perenggan sunting

 
Garis putih Pasifik, ditunjukkan di sini, adalah contoh perenggan menumpu. Dalam kes ini, diatom rhizosolenia apung sedang mengumpul di bahagian perenggan dalam kuantiti yang besar dan boleh dilihat dari angkasa.

Terdapat dua jenis perenggan umum, menumpu dan menyebar.

Perenggan menumpu sunting

Perenggan menumpu berlaku apabila jasad air di kedua-dua bahagian perenggan bergerak ke arah hadapan lalu bertembung satu sama lain. Di perenggan menumpu, airnya sering lebih panas daripada sekitarnya, dan penumpukan air di bahagian hadapan membawa kepada paras laut yang lebih tinggi sedikit. Pembentukan ini menyebabkan peningkatan tekanan pada turus air, dan membawa kepada julang air di bahagian perenggan.[1]

Perenggan menumpu boleh mengumpul bahan terapung seperti puing laut dan sargasum yang bergerak ke hadapan perenggan bersama jasad air, tetapi kemudian menentang aliran masuk ke bawah air. Perenggan menumpu kadang-kadang menyokong komuniti marin tempatan dengan mengumpulkan organisma apung dengan cara ini.[2]

Perenggan menyebar sunting

 
Rajah menunjukkan jasad air yang berbeza di Lautan Selatan dengan perenggan menyebar (di bahagian kanan) dan perenggan kutub.

Perenggan menyebar berlaku apabila jasad air di kedua-dua bahagian perenggan bergerak menjauhi perenggan dan oleh itu satu sama lain. Di perenggan menyebar, air sering lebih sejuk daripada kawasan sekitarnya, dan air bergerak dari perenggan menuju ke paras laut yang lebih rendah sedikit. Penyebab ini menurunkan tekanan pada turus air, dan membawa kepada julang air di bahagian hadapan perenggan.[1] Julang air ini boleh membawa nutrien ke permukaan dan menyebabkan pertumbuhan fitoplankton. Pertumbuhan fitoplankton boleh menyokong pula organisma marin lain di kawasan itu.

Punca sunting

Perenggan mempunyai pelbagai punca, yang melibatkan arus lautan, angin, dan daya coriolis.

Dalam al-Quran sunting

Kejadian perenggan merupakan antara beberapa kejadian alam yang telah diceritakan di dalam al-Quran. Secara khususnya al-Quran menyatakan bagaiaman pertembungan antara dua laut atau lautan yang mewujudkan satu tembok iaitu perenggan. Hal ini dinyatakan dalam Surah Ar-Rahman:

"Dia biarkan air dua laut mengalir, sedang keduanya pula bertemu; Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;"[Quran 22:19-20]

Dalam Surah Al-Furqan pula, al-Quran menyatakan tentang perbezaan kemasinan secara relatif antara dua jasad air yang tidak bercampur antara keduanya melalui kewujudan perenggan:

"Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua laut berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta Dia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya."[Quran 25:53]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d Segar, Douglas (2006). Introduction to Ocean Sciences. New York: W. W. Norton & Co. ISBN 9780393926293.
  2. ^ Haney, J. Christopher (1986). "Seabird Patchiness in Tropical Ocean Waters: The Influence of Sargassum "Reefs"". The Auk. 103 (1): 141–151.