Perenjak Kemboja (Orthotomus chaktomuk) adalah satu spesies burung yang endemik di Kemboja. Ia boleh ditemui di dalam habitat semak samun tebal di dataran banjir Sungai Mekong. Ia pertama kali ditemui dan direkodkan oleh para saintis pada tahun 2009 di Phnom Penh, ibu negara Kemboja semasa membuat pemeriksaan selesema burung. Pada tahun 2013, ia disahkan sebagai spesies unik dan secara rasminya diperincikan. Perenjak Kemboja merupakan burung kecil, kira-kira 10 sm panjang, dengan warna oren-merah di atas kepalanya.

Perenjak Kemboja
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Cisticolidae
Genus: Orthotomus
Spesies:
O. chaktomuk
Nama binomial
Orthotomus chaktomuk
Mahood et al., 2013[2]

Rujukan sunting

  1. ^ BirdLife International (2017). "Orthotomus chaktomuk (amended version of 2016 assessment)". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T103778254A112425450. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-1.RLTS.T103778254A112425450.en. Dicapai pada 13 January 2020.
  2. ^ Mahood, SP; A.J.I. John; J.C. Eames; C.H. Oliveros; R.G. Moyle; Hong Chamnan; C.M. Poole; H. Nielsen; F.H. Sheldon (2013). "A new species of lowland tailorbird (Passeriformes: Cisticolidae: Orthotomus) from the Mekong floodplain of Cambodia" (PDF). Forktail. 29: 1–14.

Pautan luar sunting