Perfect Match (rancangan permainan)

Rancangan Perfect Match (Cina Ringkas: 非诚勿扰, pinyin: fēi chéng wù rǎo) adalah sebuah rancangan permainan mencari jodoh Cina yang diacarakan oleh Meng Fei (孟非) dan diadili oleh dua orang juri, iaitu Huang Han (黄菡), seorang ahli psikiatri dan Le Jia (乐嘉), seorang penganalisis psikologi.

Rancangan Perfect Match disiarkan di Malaysia di saluran NTV7 setiap hari Jumaat pada jam 1 hingga 2 pagi dan setiap hari Sabtu pada jam 6 hingga 7 petang.

FormatSunting

Rancangan dimulakan dengan suara latar yang diikuti dengan kemasukan pengacara ke pentas. Dua puluh empat orang wanita bujang dibawa masuk dan berdiri di podium berlampu masing-masing yang bernombor dari 1 hingga 24. Lampu podium dinyalakan.

Seorang lelaki bujang akan masuk ke pentas dan memperkenalkan diri dengan menyatakan nama, umur dan tempat asal. Lelaki tersebut akan memilih secara rahsia seorang wanita idaman daripada 24 orang peserta wanita yang hadir dan memasukkan nombor podium wanita itu ke dalam alat kawalan jauh.

Pusingan pertamaSunting

Dalam masa singkat para wanita menilai pandangan pertama mereka terhadap peserta lelaki tersebut. Peserta-peserta wanita yang tidak berminat dengan peserta lelaki terbabit akan memadamkan lampu podium mereka manakala peserta-peserta wanita yang berminat akan membiarkan lampu podium mereka terus menyala.

Pusingan keduaSunting

Klip video ringkas yang memaparkan latarbelakang peserta lelaki terbabit akan dimainkan.

Selepas pusingan pertama, para peserta wanita yang tidak berminat pada peserta lelaki terbabit boleh memadamkan lampu podium masing-masing pada bila-bila masa.

Pusingan ketigaSunting

Klip video ringkas yang memaparkan pandangan rakan-rakan peserta lelaki terbabit akan dimainkan.

Pusingan keempatSunting

Klip video ringkas yang memaparkan sejarah percintaan peserta lelaki terbabit akan dimainkan.

Pusingan kelimaSunting

Peserta lelaki terbabit diberi kuasa untuk memadamkan kesemua lampu podium kecuali dua sahaja yang ditinggalkan terus menyala. Peserta wanita yang mewakili lampu podium yang menyala akan berjalan ke hujung pentas untuk pusingan terakhir.

Nombor podium peserta wanita idaman lelaki terbabit akan dipaparkan. Sekiranya wanita itu bukan salah seorang daripada dua peserta akhir (kerana telah memadamkan lampu podiumnya), beliau akan berjalan ke hujung pentas untuk menyertai rakan-rakan pesertanya.

Pusingan keenamSunting

Peserta lelaki tersebut diberi peluang untuk memilih satu daripada senarai soalan tetap. Jawapan bertulis peserta wanita kepada soalan berkenaan akan dipaparkan.

Peserta lelaki diberi peluang untuk bertanya soalan terakhir kepada peserta wanita. Setelah mendengar jawapan peserta wanita, peserta lelaki terbabit perlu membuat keputusan untuk memilih salah seorang daripada peserta akhir terbabit.

Maklumat lainSunting

Peserta lelaki dikira berjaya apabila mendapat seorang peserta wanita sebagai kekasih dan dikira gagal apabila kesemua lampu podium terpadam atau tiada peserta wanita yang mahu menjadi kekasihnya.

Peserta lelaki seramai lima orang akan dibawa masuk seorang demi seorang bagi setiap episod.

Setiap peserta wanita yang pergi mengikut peserta lelaki pilihannya akan meninggalkan podiumnya. Setiap podium yang dikosongkan dengan diisi serta-merta dengan peserta wanita yang baru.

TriviaSunting

RujukanSunting


Pautan luarSunting