Perfecto Yasay Jr.

ahli politik Filipina

Perfecto Rivas Yasay Jr. (27 Januari 1947 – 12 Jun 2020) ialah ahli politik Filipina yang memegang jawatan sebagai Setiausaha Luar Negeri Filipina untuk tempoh sementara dari 30 Jun 2016, hingga 8 Mac 2017. Pelantikan jawatannya ditolak oleh Suruhanjaya Penentuan Filipina kerana masalah kewarganegaraan. Beliau juga merupakan calon wakil presiden dari Parti Bangon Pilipinas dalam pilihan raya umum Filipina 2010, bersama Eddie Villanueva.[2]

Perfecto Yasay Jr.
Setiausaha Luar Negeri Filipina Sementara
Dalam jawatan
30 Jun 2016 – 8 Mac 2017[1]
PresidenRodrigo Duterte
Didahului olehJose Rene Almendras
Digantikan olehEnrique Manalo
Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Filipina
Dalam jawatan
1995–2000
PresidenFidel Ramos
Joseph Estrada
Didahului olehManuel G. Abello
Digantikan olehLilia R. Bautista
Butiran peribadi
LahirPerfecto Rivas Yasay Jr.
(1947-01-27)27 Januari 1947
Kidapawan, Filipina
Meninggal dunia12 Jun 2020(2020-06-12) (umur 73)
San Juan, Filipina
Parti politikBangon Pilipinas
PasanganCecile Joaquin
Laman web rasmijunyasay.com

Kehidupan peribadi sunting

Yasay dilahirkan pada 27 Januari 1947, kepada pasangan Perfecto Yasay Sr., seorang pendeta, dan Deborah Rivas, seorang guru sekolah umum, di Kidapawan, Cotabato Utara.[3] Beliau menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Bandar Davao pada 1963 dan menerima ijazah Sarjana Seni dalam sains politik di Universiti Filipina Pusat, Bandar Iloilo pada tahun 1967. Beliau memperoleh ijazah sarjana undang-undang di Universiti Filipina.[4]

Beliau berkahwin dengan bekas pengarah eksekutif Suruhanjaya Penduduk, Cecile Joaquin dan memiliki tiga anak yang semuanya merupakan warga negara Amerika Syarikat. Beliau memiliki kewarganegaraan Amerika sehingga 2016 namun belum mengambil kembali sumpah kewarganegaraan Filipina; sebelum perdebatan untuk menentukan sama ada beliau tidak memiliki kewarganegaraan atau sebaliknya.[5]

Kematian sunting

Yasay meninggal pada 12 Jun 2020 di San Juan, Metro Manila akibat komplikasi radang paru-paru menurut kenyataan isterinya. Isterinya mengatakan bahawa pneumonia yang dideritai Yasay merupakan komplikasi dari penyakit kansernya, bukan akibat COVID-19.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Corrales, Nestor (9 Mac 2017). "Enrique Manalo named DFA acting secretary after Yasay rejection". Philippine Daily Inquirer.
  2. ^ "Bro. Eddie Villanueva runs again 'for God and country'". GMA News Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Jun 2020.
  3. ^ "Commission on Appointments puts Yasay's confirmation on hold; Yasay denies being a U.S. citizen". CNN Philippines (dalam bahasa Inggeris). 2017-02-22. Dicapai pada 2020-06-14.
  4. ^ "The Duterte Administration – Year in review". www.inquirer.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Jun 2020.
  5. ^ "Yasay: American, Filipino or stateless?". Philippine Daily Inquirer. 2017. Dicapai pada 26 Februari 2017.
  6. ^ Jazul, Noreen; Terrazola, Vanne. "Former DFA Sec. Yasay dies, 73". Manila Bulletin.

Pautan luar sunting