Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

Pertubuhan/Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM ialah sebuah organisasi antarabangsa yang disertai 120 negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana mana blok kuasa.

Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM)
Peta negara-negara ahli dan pemerhati NAM
  Negara ahli
  Negara pemerhati
Biro PenyelarasanNew York City, New York, Amerika Syarikat
Keahlian[1]
  • 120 negara ahli
  • 17 negara pemerhati
  • 10 badan antarabangsa
Pemimpin
• Badan perancang
keputusan
Persidangan Ketua Negara atau Kerajaan Berkecuali[2]
• Negara ketua
 Venezuela
• Pengerusi
Nicolás Maduro[3]
Pendirian1961 di Yugoslavia Belgrade, Yugoslavia sebagai Persidangan Ketua Negara atau Kerajaan Berkecuali
Laman web rasmi
mnoal.org

Sejarah sunting

Untuk rencana lanjutan, lihat Sejarah NAM

NAM ditubuhkan pada tahun 1961 atas inisiatif Presiden Yugoslavia, Josip Broz Tito yang mengumpul negara negara yang tidak memihak kepada mana mana kuasa Perang Dingin. Ketika penubuhan NAM, hanya ada empat negara yang menyertainya iaitu India, Mesir, Malaysia dan Ghana. Walaupun penubuhan NAM diharap dapat merapatkan negara anggota sebagai satu pakatan seperti NATO atau Pakatan Warsaw, ia tidak pernah bersatu dan negara anggota sering kali ditarik atau tertarik untuk menyertai kuasa besar seperti NATO dan Pakatan Warsaw.

Mesyuarat pertama NAM diadakan di Belgrade pada September 1961 dan menyaksikan penyertaan 25 ahli dengan sebelas ahli datang dari Asia dan Afrika, bersama sama Yugoslavia, Cuba dan Cyprus. Kumpulan ini berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neo-kolonialisme.

Mesyuarat berikutnya diadakan di Kaherah pada 1964. Perhimpunan ini disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baru datang dari negara negara Afrika yang baru merdeka. Mesyuarat ketika itu lebih banyak membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.

Mesyuarat ketiga diadakan di Lusaka ialah antara perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM kerana pada tahun ini pergerakan ini menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik. Kenneth Kaunda, presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.

Pada 1973, mesyuarat diadakan di Algiers menyaksikan pergerakan ini berhadapan dengan realiti ekonomi terkini. Kejutan Minyak (Oil Shock) menyebabkan sesetengah ahli anggota lebih kaya daripada yang lain.

Setiausaha Agung sunting

Ketika ini (2016), jawatan Setiausaha Agung NAM dipegang oleh Venezuela.

Berikut ialah senarai penjawat Setiausaha Agung NAM sejak awal penubuhannya:

Nama Negara Tempoh
Josip Broz Tito   Yugoslavia 1961-1964
Gamal Abdel Nasser   Mesir 1964-1970
Kenneth Kaunda   Zambia 1970-1973
Houari Boumédienne   Algeria 1973-1976
William Gopallawa   Sri Lanka 1976-1978
Junius Richard Jayawardene 1978-1979
Fidel Castro   Cuba 1979-1983
N. Sanjiva Reddy   India 1983
Zail Singh 1983-1986
Robert Mugabe   Zimbabwe 1986-1989
Janez Drnovšek   Yugoslavia 1989-1990
Borisav Jović 1990-1991
Stjepan (Stipe) Mesić 1991
Branko Kostić 1991-1992
Dobrica Ćosić 1992
Bolesław I Chrobry   Poland 1992-1995
Ernesto Samper Pizano   Colombia 1995-1998
Andrés Pastrana Arango 1998
Nelson Mandela   Afrika Selatan 1998-1999
Thabo Mbeki 1999-2003
Mahathir Mohamad   Malaysia 2003
Abdullah Ahmad Badawi 2003-2006
Fidel Castro   Cuba 2006-2008
Raúl Castro 2008-2009
Hosni Mubarak   Mesir 2009-2011
Mohamed Hussein Tantawi 2011-2012
Mohammed Mursi 2012
Mahmoud Ahmadinejad   Iran 2012-2013
Hassan Rouhani 2013-2016
Nicolás Maduro   Venezuela 2016-kini

Persidangan sunting

Tarikh Negara tuan rumah Bandar tuan rumah
1 1–6 September 1961   Yugoslavia Belgrade
2 5–10 Oktober 1964   Republik Arab Bersatu Kaherah
3 8–10 September 1970   Zambia Lusaka
4 5–9 September 1973   Algeria Algiers
5 16–19 Ogos 1976   Sri Lanka Colombo
6 3–9 September 1979   Cuba Havana
7 7–12 Mac 1983   India New Delhi
8 1–6 September 1986   Zimbabwe Harare
9 4–7 September 1989   Yugoslavia Belgrade
10 1–6 September 1992   Indonesia Jakarta
11 18–20 Oktober 1995   Colombia Cartagena
12 2–3 September 1998   Afrika Selatan Durban
13 20–25 Februari 2003   Malaysia Kuala Lumpur
14 15–16 September 2006   Cuba Havana
15 11–16 Julai 2009   Mesir Sharm el-Sheikh
16 26–31 Ogos 2012   Iran Tehran
17 13–18 September 2016   Venezuela Porlamar
18 25–26 Oktober 2019   Azerbaijan Baku

Jawatan sunting

Ketika jawatan sekretariat NAM dipegang oleh Malaysia, pembaharuan yang dilakukan oleh Malaysia ialah penubuhan Majlis Perniagaan NAM. Majlis ini ditubuhkan dengan tujuan mengukuhkan kerjasama selatan-selatan dan membantu perdagangan dan pelaburan antara negara anggota. Majlis diketuai oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai penasihat dan Azman Hashim sebagai presiden.

Rujukan sunting

  1. ^ "NAM Members & Observers". Dicapai pada 20 March 2019.
  2. ^ "The Non-Aligned Movement: Background Information". Government of Zaire. 21 September 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2016. Dicapai pada 23 April 2011.
  3. ^ "NAM Structure". Dicapai pada 4 Julai 2019.

Pautan luar sunting