Pergerakan Pemuda UMNO

Pergerakan Pemuda UMNO merupakan sayap belia dalam UMNO yang ditubuhkan bagi mewakili golongan belia lelaki Melayu dan Bumiputera. Ketua Pergerakan UMNO kini adalah Muhamad Akmal Saleh sejak Mac 2023. Pemuda UMNO mempunyai fungsi yang sama seperti ARMADA BERSATU dan Pemuda GAGASAN.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
ڤرڬرقن ڤمودا امنو
Pergerakan Pemuda UMNO Malaya
Kerangka
Jenis/bentuk sahSayap Parti
Sejarah
Ditubuhkan26 Ogos 1949; 74 tahun yang lalu (1949-08-26) di Butterworth
Pengurusan
Ketua PemudaMuhamad Akmal Saleh
Naib KetuaMohd Hairi Mad Shah
Organisasi utamaPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
GabunganPertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatTingkat 28, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra
Lokasi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Penubuhan dan misi

sunting

Pergerakan Pemuda UMNO ditubuhkan selepas parti UMNO merasakan barisan pemuda perlu mempunyai organisasi tersendiri sebagai barisan pelapis kepimpinan UMNO. Sebelum layak menjadi ketua bahagian UMNO, mereka mestilah aktif dalam pemuda UMNO. Ironiya dengan 'tapisan' ini, veteran UMNO terselamat dari ditentang oleh pemuda UMNO.

Kedudukan pemuda UMNO bagai parti dalam parti. Isu-isu yang sensitif sering kali disuarakan oleh pemuda kerana pemuda sememangnya berdarah panas dan tegas.

Senarai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO

sunting

Penjawat jawatan terkini

sunting

Berikut senarai pemegang jawatan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sesi 2023-2026 :

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Jawatan Nama Catatan
Pengerusi Tetap Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan
Timbalan Pengerusi Tetap Zairul Azmir Ramli
Ketua Pemuda Muhamad Akmal Saleh
Naib Ketua Pemuda Mohd Hairi Mad Shah
Penolong Setiausaha Mohd Hafiz Ariffin
Penolong Bendahari Mohd Kurniawan Naim bin Moktar Radin
Ketua Penerangan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie
Ahli Jawatankuasa Pemuda
Dipilih Mohd Hafiz Ariffin
Mohamed Khairul Azman Abdul Azeez
Fikhran Hamshi Mohamad Fatmi
Shah Zanuriman Nuar Paras Khan
Md Fadzmel Md Fadzil
Shahrul Nasrun Kamarudin
Mohd Kalam Ulum Morsin
Mohd Syauqi Ibnihajar Ahmad
Mohammad Sollehin Mohamad Tajie
Ahmad Zaim Ahmad Tawfek
Mohamad Aliff Hilmi
Muhamad Nur Aizat Noor Azam
Mohd Rafiq Mohd
Muhammad Saifullah Ali
Mohd Asyraf Zainal
Hasry Sham Chasmen
Mohd Saiful Mat Sapri
Mohd Fadini Rahim
Aznan Tamin
Md Jamil Pauzi
Dilantik Mohd Nazifuddin Mohd Najib
Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan
Mohd Afzan Manaf
Muhammad Fadlan Aiman Mhd Fadly
Abdul Azim Abdullah
Arsad bin Mohammad Yusof
Wan Muhammad Zuhir
Setiausaha Kerja A'zlan bin Hj Abu Bakar

Lagu Pemuda UMNO

sunting
Ikrar Pemuda

Kami pemuda Malaysia
Bersatu dan padu tenaga
Berjuang berkorban jiwa raga
Untuk ketahanan bangsa

Pemuda harapan negara
Membela dan membuat jasa
Membina negara kaya raya
Ibu pertiwi Malaysia

Mari kita bersatu dan berikrar
Mengaku dan bersumpah
Menjunjung agama bangsa negara
Bersungguh dan setia

Kami pemuda Malaysia
Merupakan benteng yang waja
Pertahan kedaulatan agama
Serta bangsa dan negara

Era Tun Abdul Razak

sunting

Semasa Datuk Abdul Razak dari Pekan, Pahang menjadi Ketua Pemuda UMNO, slogan bertukar dari Merdeka kepada Hidup Melayu.

Era Tun Sardon Jubir

sunting

Era Tun Sardon Jubir memperkenalkan slogan Pemuda Tahan Lasak dan Revolusi Mental. Isterinya seorang wanita Cina. Ketika ini berlaku Konfrontasi Indonesia-Malaysia dan Penyingkiran Singapura.

Era Tan Sri Senu Abdul Rahman

sunting

Senu meneruskan dasar yang telah dibuat oleh Sardon sebelum ini. Cabaran yang beliau hadapi ketika itu ialah apabila Singapura mahu keluar dari Malaysia. Pernyataan Lee Kuan Yew tentang status pribumi telah menyebabkan kemarahan orang Melayu.

Pemuda telah meluluskan satu resolusi kepada kerajaan pusat untuk mengambil tindakan terhadap Lee Kuan Yew, tetapi Singapura kemudiannya telah keluar dari Malaysia.

Era Datuk Harun Idris

sunting

Datuk Harun Idris menjadi Menteri Besar Selangor dan ketua pemuda UMNO yang agresif. Akibatnya pengundi Cina tidak menyokong parti Perikatan , kedudukan parti Perikatan goyah di Selangor dan tercetusnya Peristiwa 13 Mei.

Beliau cukup disanjung oleh orang Melayu kerana membawa orang Melayu yang miskin di luar bandar untuk tinggal dan bekerja di bandar-bandar bersama-sama dengan orang Cina. Dasar Ekonomi Baru dilancarkan bagi memperbesarkan kek ekonomi dan agihan ekonomi lebih adil.

Era Tan Sri Syed Jaafar Albar

sunting

Syed Jaafar Albar berasal dari Johor berketurunan Arab. Beliau disindir-sindir oleh Lee Kuan Yew dari PAP kerana beliau juga keturunan pendatang dari Arab.

Jaafar Albar cukup garang sehingga digelar Singa UMNO, umpama Saidina Ali Abi Talib . Beliau menggelar pemuda UMNO sebagai Ginger Group. Tetapi masih dikelabui oleh karisma Datuk Harun Idris.

Era Datuk Shuhaimi Kamarudin

sunting

Suhaimi Kamaruddin merupakan anak saudara Datuk Harun Idris dari Selangor. Beliau diharapkan radikal sebagaimana Harun Idris. Era Pemuda Bertindak menjadi slogan pemuda UMNO.

Bagi mempertahankan jawatan dalam pertandingan ketua pemuda UMNO menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Suhaimi mencadangkan sasaran ekonomi orang Melayu / Bumiputera mestilah 53 % , bukan lagi 30 %. Namun begitu pemuda UMNO sendiri tidak setuju kerana sasaran 30 % pun belum tercapai. Mereka memberi undi kepada anak didik Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Era Datuk Seri Anwar Ibrahim

sunting

Anwar Ibrahim bekas pengerusi ABIM dan calon Presiden PAS telah menerapkan nilai-nilai Islam. Jika Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan dasar Buy British Last , Anwar Ibrahim bertindak 'merampas' Carcosa di Bukit Carcosa. Slogan pemuda ketika itu ialah Generasi Penggerak Zaman.

Era Najib Razak

sunting

Dalam persidangan pemuda UMNO pada 24 April 1987, Anwar Ibrahim menyerahkan jawatan ketua pemuda UMNO kepada Najib Tun Razak. Penyerahan ini berikutan Anwar setuju dengan cadangan / desakan Team Wawasan agar beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO.[1] Ketika inilah berlakunya Operasi Lalang . Kepimpinan UMNO berpecah kepada Team A dan Team B. Kumpulan 11 tidak setuju dengan keputusan pertandingan UMNO pada 24 April 1987 . Pada 4 Februari 1988, Hakim Harun Hashim , Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkan UMNO adalah sebuah pertubuhan yang tidak sah (pertubuhan haram) kerana telah melanggar Akta Pertubuhan. Dengan UMNO dan Pergerakan Pemuda UMNO telah berkubur.

UMNO Baru telah ditubuhkan pada 13 Februari 1988 dan perkataan 'baru' telah dikabur serta dhapuskan sama sekali. Pada 21 Mei 1988 , Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi ketua pemuda UMNO. Beliau menjadi Timbalan Ketua Pemuda UMNO selama 3 penggal di bawah Datuk Suhaimi Kamaruddin. Kemudian 2 penggal lagi di bawah Ketua Pemuda UMNO , Datuk Seri Anwar Ibrahim.[2]

Era Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

sunting

Ahmad Zahid Hamidi yang pernah belajar di Sekolah Menengah Agama Izuddin Shah, Ipoh nampak sealiran dengan Anwar Ibrahim. Ketika ini isu Kroni, kolusi dan Nepotisme menjadi bahan skeptikal dan bahan lawak dalam persidangan UMNO. Tun Dr Mahathir Mohamad selaku presiden UMNO telah menyiarkan senarai syrikat dan orang UMNO yang mendapat tender, saham dan ahli lembaga pengarah dan sebagainya. Nama Ahmad Zahid dan lain-lain yang 'bising' turut tersenarai. Tetapi ramai lagi mempertikaikan senarai itu kerana ada yang tidak tersenarai.

Era Hishammuddin Hussein

sunting

Tokoh muda ketika itu, Hishamuddin Tun Hussein diberi jawatan berprestij iaitu Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Era Khairy Jamaluddin

sunting

Semasa berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO 2009, YB Khairy Jamaluddin telah dipilih untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO yang baru. Beliau terpaksa memikul tanggungjawab yang berat untuk mengembalikan semula keyakinan pengundi muda untuk menyokong Barisan Nasional amnya dan UMNO khasnya. Cabaran terbesar yang terpaksa diharunginya adalah berikutan masalah imej yang disebabkan oleh tuduhan politik wang yang pernah dihadapinya semasa pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 2009.[3]

Era Asyraf Wajdi Dusuki

sunting

Asyraf Wajdi Dusuki telah dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru pada 30 Jun 2018. Asyraf Wajdi juga merupakan bekas senator di Dewan Negara merangkap bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (agama). Pada pilihan raya umum ke-14, beliau telah ditewaskan oleh Dato Dr. Nik Zawawi iaitu calon PAS. Beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO bagi penggal 2018-2021. Beliau juga menggantikan tempat YB Khairy Jamaluddin selepas Barisan Nasional kalah dalam PRU14.

Skuad Sabil Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

sunting

SKUAD SABIL MALAYSIA diperkenalkan pada tahun 2019 sebagai salah satu unit beruniform dibawah sayap pemuda. dengan motto "SETIA BERKHIDMAT", Skuad ini diwujudkan secara bertanzim dan bersistem di mana ia membolehkan peserta tidak sahaja mampu untuk mencurahkan khidmat bakti namun turut melatih mereka untuk bekerja secara sistematik, berkumpulan dan terancang. Ia juga merupakan satu platform baharu bagi para sukarelawan Pemuda UMNO Malaysia untuk mendalami ilmu berorganisasi dan berpasukan.[4][5]

Era Dr. Muhamad Akmal Saleh

sunting

Dr. Muhamad Akmal Saleh telah memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO yang baru pada 11 Mac 2023. Beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau. Slogan yang dibawa oleh beliau adalah "Pemuda Cara Kita".

Rujukan

sunting
  1. ^ "Sejarah Pemuda UMNO". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-14. Dicapai pada 2008-09-17.
  2. ^ Sejarah Pergerakan Pemuda UMNO[pautan mati kekal]
  3. ^ Pilih Khairy, Pemuda Umno hilang hala tuju - from harakahdaily.net. Dicapai pada 29 Mac 2009.
  4. ^ SKUAD SABIL PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA https://umno.org.my/portfolio/skuad-sabil-pergerakan-pemuda-umno-malaysia/
  5. ^ Skuad Sabil setia berkhidmat Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/45173/KOLUMNIS/Skuad-Sabil-setia-berkhidmat | SINAR HARIAN | 29 Ogos 2019

Pautan luar

sunting

Pemuda UMNO Bahagian

sunting

Lain-lain

sunting