Pergerakan Puteri Islam Malaysia

Pergerakan Puteri Islam Malaysia (singkatan: PPIM atau Puteri Islam) ialah sebuah pertubuhan sukarela berpakaian seragam yang bergiat di sekolah rendah, menengah, institut dan maktab perguruan serta institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Ia dirasmikan pada 1981 oleh Raja Permaisuri Agong ke-6, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad.

Pergerakan Puteri Islam Malaysia
JenisPertubuhan pakaian seragam
Ibu pejabatKuala Lumpur,  Malaysia
Penubuhan
Diasaskan17 Jun 1981
Identiti
FokusRemaja perempuan Islam
Laman sesawangdarulputeri.com
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Penubuhan Pergerakan Puteri Islam Malaysia mula diilhamkan pada tahun 1960-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Tanah Melayu (LKPI) yang dipimpin oleh Raja Permaisuri Agong pertama, Tunku Kurshiah. Keanggotaannya hanya untuk pelajar sekolah menengah. Ketika itu, kurikulum hanya berdasarkan kepada aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat yang bersifat memberi bantuan kepada golongan miskin.

Pada 17 Jun 1981, PPIM telah dilancarkan dengan rasminya oleh Raja Permaisuri Agong ke-6, Tengku Hajah Afzan binti Almarhum Tengku Muhammad. di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia. Toh Puan Norashikin Mohd Seth, isteri kepada Tun Dr Ismail Abdul Rahman telah dilantik sebagai Yang Dipertua PPIM pertama.

Pada 11 September 1993, PPIM dibenarkan bergerak sebagai Pertubuhan Beruniform di dalam Kokurikulum (GERKO) di semua maktab perguruan di seluruh Malaysia. Skuad Puteri telah dilancarkan pada 23 November 1996 bagi meluaskan penglibatan remaja dan wanita lepasan sekolah di dalam kerja-kerja khidmat masyarakat seperti bantuan bagi mangsa banjir dan program ziarah hospital. Pada 8 April 2000 pula, PPIM telah dilancarkan ke peringkat institusi pengajian tinggi oleh Datin Seri Endon Mahmood.

Peringatan sunting

Hari Puteri disambut pada 17 Jun setiap tahun bagi memperingati kelahiran PPIM. Ia pertama kali diadakan di peringkat kebangsaan pada 20 Jun 1987.

Senarai kepimpinan sunting

Berikut adalah senarai Yang Dipertua Pergerakan Puteri Islam Malaysia sejak 1969 sehingga kini.

Nama Tahun
Toh Puan Norashikin Mohd Seth 1969 – 1995
Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail 1995 – 1999
Datin Seri Endon Mahmood 1999 – 2001
Puan Sri Hazizah Tumin 2001 – 2005
Datin Badiah Abdul Manan 2007 – kini

Rujukan sunting