Pergunungan Batu Pasir Elbe
Pergunungan Batu Pasir Elbe (Jerman: Elbsandsteingebirge; Czech: Labské pískovce) merupakan banjaran yang terletak di sempadan di antara negeri Sachsen di tenggara Jerman dan kawasan Bohemia Utara Republik Czech. Pergunungan ini juga dirujuk sebagai Switzerland Sachsen dan Switzerland Bohemia dalam bahasa Jerman dan Czech (Sächsische Schweiz dan Böhmische Schweiz dalam bahasa Jerman, Saské Švýcarsko dan České Švýcarsko dalam bahasa Czech) atau diringkaskan sebagai Switzerland Sachsen-Bohemia. Di kedua-dua negara tersebut, pergunungan ini telah dijadikan sebagai taman negara.
Pautan luar
suntingWikimedia Commons mempunyai media berkaitan Pergunungan Batu Pasir Elbe |