Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Perhimpunan Agung PBB (bahasa Inggeris: United Nations General Assembly, UNGA; Jawi: ڤرهيمڤونن اݢوڠ ڤ.ب.ب) merupakan satu daripada lima organ Pertubuhan Bangsa Bersatu yang utama. Ia merupakan majlis perundingan utama PBB. Ia terdiri daripada semua negara anggota PBB dan berjumpa setiap sesi setiap tahun di bawah Presiden yang dilantik daripada wakil-wakilnya.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
ڤرهيمڤونن اݢوڠ ڤرتوبوهن بڠسا٢ برساتو
Kerangka
KependekanUNGA Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahParlimen antarabangsa, pertubuhan utama bagi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Bahasa rasmiBahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Inggeris, bahasa Perancis, bahasa Rusia, bahasa Sepanyol Sunting ini di Wikidata
Tapak webun.org/ga Sunting ini di Wikidata
Sejarah
Ditubuhkan1945 Sunting ini di Wikidata
Pengurusan
PengerusiCsaba Kőrösi Sunting ini di Wikidata
Pertubuhan indukPertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
SubsidiariTabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Kolej Kakitangan Sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Perdagangan Antarabangsa, Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
GabunganSistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
Lokasi
Ibu pejabatIbu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sebagai satu-satunya alat PBB yang dianggotai semua ahli, Perhimpunan Agung PBB menjadi forum bagi ahli membincangkan isu mengenai undang-undang antarabangsa dan membuat keputusan menganai fungsi pertubuhan itu.

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 25 September 2003

Keahlian sunting

Semua anggota PBB (kini 193 negara) serta negara-negara pemerhati (kini Kota Vatikan dan Palestin) diiktiraf sebagai ahli perhimpunan. Tambahan pula, pihak PBB layak memberikan status pemerhati kepada sesebuah pertubuhan antarabangsa yang membolehkan satu-satu pertubuhan untuk berfungsi dalam perhimpunan agung, sungguhpun dengan batasan.

Sesi persidangan sunting

Gerak kerja sesi sunting

Perhimpunan Agung bersidang secara tahunan bermula setiap Selasa ketiga dan berlanjut hingga September tahun seterusnya. Persidangan dilakukan di ibu pejabat PBB di New York, melainkan ditukar atas undian majoriti Perhumpunan Agung.[1][2]

Persidangan lazim dibahagikan kepada dua tempoh berbeza, bahagian utama dan bahagian sambungan. Dalam bahagian utama yang bermula dari pembukaan persidangan sehingga cuti Krismas pada Disember, kebanyakan kerja Perhimpunan Agung selesai. Tempoh ini merupakan tempoh kerja yang paling sengit di Perhimpunan dan termasuk sesi debat umum, dan sebahagian besar kerja enam Jawatankuasa Induk. Bahagian sambungan pula, yang berlangsung dari Januari hingga permulaan persidangan baharu, termasuk lebih banyak perbahasan bertema, proses perundingan dan mesyuarat kumpulan kerja.[3]

Debat umum sunting

Bahagian debat umum pada setiap persidangan Perhimpunan Agung diadakan seminggu selepas pembukaan rasmi sesi, biasanya pada hari Selasa berikutnya, dan diadakan tanpa gangguan selama sembilan hari bekerja. Sesi ini ialah acara peringkat tinggi, biasanya dihadiri oleh para ketua negara atau kerajaan, menteri dan perwakilan PBB. Pada debat umum, negara-negara anggota diberi peluang untuk membangkitkan perhatian berkenaan topik atau isu yang dirasakan penting. Selain debab umum, terdapat juga banyak mesyuarat tematik peringkat tinggi lain, sidang kemuncak dan acara tak formal yang diadakan semasa minggu debat umum.[4][5][6]

Sesi khas sunting

Sesi khas (UNGASS) boleh diadakan melalui tiga cara berbeza, yakni atas permintaan Majlis Keselamatan, atas permintaan majoriti negara anggota PBB atau seorang ahli, selagi majoriti bersetuju. Sesi khas biasanya merangkumi satu topik tunggal dan berakhir dengan pelaksanaan satu dua dokumen, seperti perisytiharan politik, pelan tindakan atau strategi untuk memerangi topik tersebut. Ia juga lazimnya acara peringkat tinggi dengan penyertaan daripada ketua negara dan kerajaan serta menteri kerajaan. Setakat kini, 30 sesi khas telah diadakan dalam sejarah PBB.[3][7][8]

Sesi khas kecemasan sunting

Jika Majlis Keselamatan tidak berupaya dalam membuat keputusan mengenai ancaman keamanan dan keselamatan antarabangsa, biasanya disebabkan perselisihan atau penolakan dalam kalangan anggota tetap, maka sesi khas kecemasan boleh diadakan untuk membuat cadangan yang sesuai kepada negara anggota bagi langkah kolektif. Kuasa ini diberikan kepada Perhimpunan dalam Resolusi 377(V) PBB pada 3 November 1950.[3][9][10]

Sesi khas kecemasan boleh dipanggil Majlis Keselamatan, jika disokong oleh sekurang-kurangnya tujuh ahli, atau oleh majoriti anggota PBB. Jika undian mencukupi, pihak Perhimpunan mesti bermesyuarat dalam masa 24 jam, dengan para anggota dimaklumkan sekurang-kurangnya dua belas jam sebelum pembukaan sesi. 11 sesi khas kecemasan telah diadakan dalam sejarah PBB.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu D 520/Rev.18 Rules of Procedure of the General Assembly on September 2016
  2. ^ "Ordinary sessions". United Nations General Assembly. United Nations. n.d. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  3. ^ a b c Ruder, Nicole; Nakano, Kenji; Aeschlimann, Johann (2017). Aeschlimann, Johann; Regan, Mary (penyunting). The GA Handbook: A practical guide to the United Nations General Assembly (PDF) (ed. 2nd). New York: Permanent Mission of Switzerland to the United Nations. m/s. 14–15. ISBN 978-0-615-49660-3.
  4. ^ Manhire, Vanessa, penyunting (2019). "United Nations Handbook 2019–20" (PDF). United Nations Handbook (Wellington, N.z.). (ed. 57th). Wellington: Ministry of Foreign Affairs and Trade of New Zealand: 17. ISSN 0110-1951.
  5. ^ "What is the general debate of the General Assembly? What is the order of speakers at the general debate?". Dag Hammarskjöld Library. United Nations. 10 July 2019. Dicapai pada 17 January 2020.
  6. ^ "Frequently Asked Questions (FAQ)". United Nations General Assembly. United Nations. n.d. Dicapai pada 17 January 2020.
  7. ^ Charter of the United Nations . San Francisco: United Nations. 26 June 1945 – melalui Wikisource.
  8. ^ "Special sessions". United Nations General Assembly. United Nations. n.d. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  9. ^ "Emergency Special sessions". United Nations General Assembly. United Nations. n.d. Dicapai pada 17 Januari 2020.
  10. ^ Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu R 377 session 5 Uniting for Peace on 3 November 1950

Pautan luar sunting