Buka menu utama
Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menjelaskan keris bukan saja menjadi lambang kedaulatan orang Melayu, malah menggambarkan simbol kuasa kerajaan yang diterajui UMNO yang bertanggungjawab melindungi rakyat semua kaum.

Perhimpunan Agung UMNO 2007 telah diadakan pada 5 hingga 9 November 2007 di Dewan Merdeka, Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk kali yang ke-58. Mesyuarat ini dirasmikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Jumlah perwakilan Perhimpunan Agung UMNO ke 58 ini adalah seramai 2,522 orang. Persidangan Pergerakan Wanita dihadiri 791 perwakilan, Pemuda dengan 787 perwakilan dan Puteri seramai 773 perwakilan. Perhimpunan kali ini agak bermakna kerana Malaysia masih meraikan ulang tahun ke-50 kemerdekaan dan sedang menyediakan perancangan untuk merealisasikan Misi 2057 bagi membangun dan memajukan Malaysia untuk 50 tahun akan datang. Persidangan Pergerakan Wanita diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC manakala Persidangan Pergerakan Pemuda diadakan di Dewan Merdeka, PWTC. Pergerakan Puteri pula bersidang di Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC.

Majlis Tertinggi (MT) UMNO telah melantik Timbalan Pengerusi Tetap, Datuk Badruddin Amiruldin untuk memangku jawatan Pengerusi Tetap pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini. Pelantikan itu dibuat kerana Pengerusi Tetap, Tan Sri Onn Ismail, uzur dan tidak dapat mempengerusikan perhimpunan agung tersebut.