Buka menu utama

Perhimpunan Agung Virginia

badan perundangan di Virginia, Amerika Syarikat

Perhimpunan Agung Virginia (Bahasa Inggeris: [Virginia General Assembly] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah badan perundangan bagi Komanwel Virginia, Amerika Syarikat dan ia adalah badan pembuat undang-undang berterusan tertua di Dunia Baru, di mana ia ditubuhkan pada 30 Julai 1619. Perhimpunan Agung merupakan badan dwidewan yang mengandungi dewan rakyat, Dewan Delegasi Virginia dengan 100 orang anggota dan dewan pertuanan, Senat Virginia dengan 40 ahli. Digabungkan bersama, Perhimpunan Agung ini mengandungi 140 orang perwakilan terpilih dari jumlah yang sama dengan daerah kawasan undi di seluruh komanwel. Dewan Delegasi diketuai oleh Speaker Dewan manakala Senat dipimpin oleh Leftenan Gabenor Virginia. Dewan dan Senat masing-masing memilih seorang kerani dan bentara, Kerani Senat dikenali dengan nama ini berbanding dengan "Setiausaha Senat", jawatan yang digunakan dalam Senat Amerika Syarikat.

Perhimpunan Agung Virginia
ڤرهيمڤونن اݢوڠ ۏيرݢينيا
Virginia General Assembly
Jata negeri Virginia
Jenis
Jenis
Dewan
Sejarah
Diasaskan30 Julai 1619 (1619-07-30)
Kepimpinan
Presiden Senat/Lt. Gabenor
Ralph Northam (D)
sejak 11 Januari 2014
Presiden Pro Tem Senat
Stephen Newman (R)
sejak 12 Jun 2014
Pemimpin Majoriti Senat
Tommy Norment (R)
sejak 12 Jun 2014
Speaker Dewan
William J. Howell (R)
sejak 8 Januari 2003
Pemimpin Majoriti Dewan
Kirk Cox (R)
sejak 5 Disember 2010
Struktur
Ahli140
Kumpulan politik
Pilihan raya
Pilihan raya terakhir
3 November 2015
Tempat persidangan
Muka bangunan Kapitol Negeri Virginia
Kapitol Negeri Virginia, Richmond
Laman sesawang
virginiageneralassembly.gov
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Parti Republikan kini memegang majoriti di kedua-dua badan dalam Perhimpunan Agung Virginia.

KapitolSunting

Perhimpunan Agung bersidang di ibu negeri Virginia, Richmond. Apabila duduk di Richmond, Perhimpunan Agung mengadakan sesi di Kapitol Negeri Virginia, yang direka oleh Thomas Jefferson pada 1788 dan diluaskan pada 1904. Ketika Perang Saudara Amerika, bangunan itu digunakan sebagai kapitol Negeri–negeri Gabungan Amerika, menempatkan Kongres Negeri–negeri Gabungan.

Bangunan itu diubah suai di antara 2005 hingga 2006. Para Senator dan Delegasi mempunyai pejabat mereka sendiri di Bangunan Perhimpunan Agung di seberang jalan terus ke utara Kapitol. Gabenor Virginia tinggal di seberang jalan terus ke timur Kapitol di Rumah Agam Eksekutif Virginia.

Pautan luarSunting