Perhimpunan Masyarakat Indonesia

Perhimpunan Masyarakat Indonesia (PERMAI) di Malaysia merupakan pertubuhan NGO yang menjaga kepentingan masyarakat pendatang Indonesia di Malaysia. Pejabat operasi PERMAI di Tingkat Bawah, Lot 21, Pasaraya UO, Jalan Tuanku Abdul Rahman , Kuala Lumpur, Malaysia.

Tujuan sunting

PERMAI ditubuhkan pada 17 April 1977, adalah sebuah pertubuhan yang dinaungi Duta Besar Indonesia di Malaysia Tan Sri Dai Bachtiar bertujuan antara lain untuk memupuk rasa tanggungjawab dan perpaduan masyarakat Indonesia yang dianggarkan tidak kurang daripada dua juta orang berada di Malaysia, bagi menjaga nama baik bangsa mereka.

Isu sensitif sunting

Perhimpunan ijni menyeru isu sensitif antara Malaysia dan Indonesia tidak digembar-gemburkan demi hubungan baik jiran serumpun Indonesia dan Malaysia.

Ketua Umumnya Teuku Rizal Ghading menyatakan perbezaan daripada segi budaya, adat, komunikasi dan cara pergaulan di tempat orang tidak dapat dielakkan. Contohnya kes Manohara Odelia Pinot dan penderaan Siti Hajar dan Nirmala Bonat Kes itu sudah diambil tindakan undang-undang dan mereka yang bersalah pasti akan terima hukuman.

Malam Titian Kasih sunting

Perhimpunan itu menganjurkan Malam Titian Kasih Indonesia-Malaysia dan Tabung Kebajikan Masyarakat Indonesia di Malaysia di Kuala Lumpur pada 15 Ogos 2009. Ia diadakan sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan republik itu yang ke-64 dan kemerdekaan Malaysia yang ke-52. Indonesia mencapai kemerdekaan pada 17 Ogos 1945 manakala Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan menyaksikan pelancaran Tabung Kebajikan Masyarakat Indonesia di Malaysia. Diharapkan dapat mempererat hubungan silaturrahim di antara kedua-dua negara yang serumpun dan penubuhan dana itu adalah untuk menolong masyarakat Indonesia di sini mengatasi bebanan ekonomi dan sosial yang mereka alami.[1]

Rujukan sunting