Perhimpunan Orang Asli 2010

Perhimpunan Orang Asli 2010 ke-2 akan diadakan di Putrajaya pada 17 Mac 2010 bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada perdana menteri berhubung dasar pemberimilikan tanah. Ia dianjurkan oleh Persatuan Orang Asli Semenanjug Malaysia (POASM) dan Jaringan Kampung Orang Asli Perak.

Tuntutan tanah saka dan tanah rayau sunting

Koordinator POASM, Jenita Engi berpendapat cadangan pindaan Akta 134 Kanun Tanah Negara pada Jun 2010 tidak menepati kehendak dan legasi masyarakat Orang Asli. Konvensyen bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli di Cheras gagal menjelaskan isu pemilikan tanah.Mereka mahu semua tanah yang dibuka oleh nenek moyang sebelum ini diberikan milik kepada kami, bukan setakat 6 atau 8 ekar sahaja.

Apa-apa sekatandalam Akta 134 hendaklah dimansuhkan bagi membolehkan mereka diberi hak milik tanah dan memperdagangkannya.[1]

Perhimpunan pertama sunting

Perhimpunan pertama Orang Asli telah diadakan di hadapan pejabat JHEOA Gombak pada 24 Februari 2010. Seramai 30 Orang Asli berkumpul di depan Hospital Orang Asli Gombak membantah salah guna kuasa JHEOA melibatkan pendaftaran tanah mereka. Mereka mendapat maklumat bahawa tanah saka dan tanah rayau mereka tidak akan diberi hak milik selepas ini (Jun 2010).

Tanah saka ialah tanah yang dahulunya diusahakan oleh orang yang terdahulu . Tapi tanah itu sebenarnya atas tanah kerajaan negeri tapi dah ditanam dengan dusun dan ada penempatan .

Tanah rayau ialah kawasan tanah sumber untuk memburu dan mencari petai, durian, ikan sungai dan sebagainya.

Mereka membawa poster "Kembalikan hak kami" ,"Akta 134 kami dicabul," "Mana ubat kami di kampung?," , "Kami orang miskin di bumi sendiri tapi kami ada maruah dan bukan bodoh." dan 'Jangan rampas hak kami". Ketua mereka ialah Sokyen Man (40) dan mengutip tandatangan bagi menyokong memorandum mereka.

Petisyen 6 halaman sunting

Kira-kira 2000 Orang Asli tinggal di sekitar Gombak. Petisyen yang ditandatangani 90 orang Asli itu mengandungi beberapa perkara :

Berlaku penganiayaan terhadap kakitangan Orang Asli yang bertugas dengan JHEOA. Kini hanya 10 % kakitangan bahagian kesihatan Orang Asli. Manakala 90 % diisi oleh orang Melayu. Banyak syarat dikenakan jika hendak bekerja di sana.

Hospital Orang Asli yang sepatutnya dikhususkan kepada Orang Asli, tetapi dipenuhi orang Asli. Alasan mereka, dekat, murah , mudah dan banyak ruang pakir kereta. Sepatutnya mereka pergi ke Klinik 1Malaysia.

Ada kakitangan hospital menggelar mereka 'asli, hitam, jijik dan kotor semasa di wad .Mereka jijik semaa mengambil suhu badan dan tekanan darah. Layanan berbeza diberikan kepada masyarakat lain sedangkan hospital itu dikhaskan untuk keperluan Orang Asli.

Enam laporan polis telah dibuat berhubung kematian dua pesakit yang menerima rawatan di hospital itu. Satu lagi ialah berlaku ugutan terhadap pesakit yang membuat laporan polis berhubung kematian itu.[2]

Aduan kepada Suhakam sunting

Pada 24 Februari 2010, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Datuk Mohd Sani Mistam menyarankan penduduk Orang Asli Gombak membawa aduan mereka kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Saluran yang betul adalah melalui Suhakam, bukan melalui piket.Datuk Ambiga Sreevanasan selaku wakil Majlis Peguam Malaysia akan mengiringi penduduk menemui Suhakam. Siasatan ini sepatutnya bukanlah satu perkara yang susah.[3]

Rujukan sunting