Perhimpunan tuntut royalti minyak

Perhimpunan tuntut royalti minyak diadakan semasa ketibaan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu, Terengganu pada 20 Mac 2010 berhubung royalti minyak Petronas.

Rombongan penyokong Kelantan diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa.

Majlis Permuafakatan Rakyat (Mampat) dan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti (Gegar) bercadang untuk menghimpun 10,000 penyokong untuk menyerahkan memorandum kepada Tuanku Sultan.

Larangan berhimpun sunting

Pada 19 Mac 2010, Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shukri Dahlan melarang orang ramai berhimpun kerana tidak memiliki permit polis, dengan itu bercanggah dengan Akta Polis 1967.[1]

Rujukan sunting