Peribahasa
|
Maksud
|
---|
Nafsu tidak bertepi.
|
Keinginan hati manusia tidak ada batasnya.
|
Nafsu-nafsu, raja di mata sultan di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Bersultan di mata, beraja di hati). nafsu = keinginan hati; nafsi = mementingkan diri sendiri.
|
Menuruti kehendak hati sendiri.
|
Naga ditelan ular lidi.
|
Anak orang bangsawan kahwin dengan orang kebanyakan.
|
Naik basuh kaki saja.
|
Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan mudah.
|
Naik dari janjang, turun dari tangga. (janjang = jenjang.)
|
Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya.
|
Naik di janjang, turun di tangga.
|
Membuat sesuatu pekerjaan menurut aturannya.
|
Naik ke rumah bercuci kaki saja.
|
Kahwin dengan tidak kena belanja apa-apa.
|
Naik melompat, turun terjun.
|
Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.
|
Naik membilang anak tangga turun selangkah jejaklah ke bumi.
|
Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.
|
Naik seperti Kelip-kelip, turun seperti ribut.
|
Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.
|
Naik tak bertangga, turun tak berpintu.
|
Melakukan sesuatu perbuatan yang salah.
|
Naik tangga dari bawah.
|
Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim.
|
Nak ditelan termengkelan, nak diludah tak keluar.
|
Dalam keadaan yang serba salah.
|
Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai.
|
Jimat dan cermat tangga kekayaan, murah hati tangga tuah.
|
Nak menangguk ikan, tertangguk ke batang.
|
Hendak laba, langsung jadi rugi.
|
Nak tahu jahat orang tanyakan kepada seterusnya, nak tahukan baik orang tanyakan kepada sahabatnya.
|
Kejahatan dapat diketahui daripada musuh, kebaikan dapat diketahui daripada sahabat.
|
,
|
Ada tanda-tanda yang menunjukkan akan terjadi sesuatu hal.
|
Nampak kulitnya tahulah isinya.
|
Pada rupa muka atau gerak gerinya tahulah kita akan sifatnya.
|
Nan berat tidak terpikul, nan ringan tidak terjinjing.
|
Sudah terlalu tua tidak terturutkan lagi ke hilir ke mudik.
|
Nan berseluk urat, nan berjumbai akar, nan berlambai pucuk. (seluk = lilit, belit; lambai = berayun-ayun turun naik.)
|
Kaum keluarga itu sekalipun sudah berjauhan tetapi perhubungan masih tetap ada.
|
Nan dekat panggilan tiba, nan jauh kulangsing lepas. (kulangsing = sirih pemanggil.)
|
Adat panggil memanggil; yang dekat dipanggil dengan mulut, yang jauh-jauh dikirimi surat.
|
Nan dimaksud sampai, nan diamal pecah.
|
Sudah tercapai apa-apa yang dicita-citakan. (amal = idaman, cita-cita.)
|
Nan lurah (= rendah) juga diturut air.
|
Orang yang kaya juga yang bertambah-tambah kekayaannya.
|
Nan pekak pelepas bedil, nan buta pengembus lesung, nan bisu penggera ayam, nan lumpur penghuni rumah.
|
Tiap-tiap orang itu ada dengan gunanya; simbol persatupaduan yang kukuh. (penggera = orang yang menyergah, menggertak.)
|
Nasi basi penolak nafsu.
|
Putus kasih oleh sebab telah lama atau kerana perselisihan; orang tua yang melarat hidupnya.
|
Nasi basi penolak nafsu.
|
Putus kasih oleh sebab telah lama atau kerana perselisihan; orang tua yang melarat hidupnya.
|
Nasi disaji pula digaduhkan, padi di ladang dilanyak gajah tidak disusahkan.
|
Belanja yang sedikit yang digaduhkan, sedangkan belanja yang besar tidak dihiraukan.
|
Nasi habis budi bersua.
|
Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan.
|
Nasi masak periuk pecah.
|
Hukuman yang sudah putus tak dapat dibanding (diapel) lagi.
|
Nasi sama ditanak, kerak dimakan seorang.
|
Kerja sama-sama dilakukan, keuntungan diambil seorang diri.
|
Nasi sedap gulai mentah, gulai sedap nasi mentah.
|
Pekerjaan yang tidak sempurna.
|
Nasi sudah menjadi bubur.
|
Sudah terlanjur, tak dapat diubah lagi.
|
Nasi tak dingin, pinggan tak retak.
|
Cermat melakukan sesuatu pekerjaan.
|
Nasi tersaji di lutut.
|
Keuntungan yang diperoleh dengan mudah.
|
Nasi tersenduk tidak termakan.
|
Tidak dapat merasainya, meskipun sudah diperoleh; belum menjadi rezeki.
|
Nasib penyapu, banyak jasa turun darjat.
|
Terlalu banyak membuat kebajikan sehingga merosakkan diri sendiri.
|
Negeri besar, rumah besar, berapa pun panjang perian takkan terantuk.
|
Orang kaya yang murah hati, biarpun banyak orang yang meminta pertolongan tiadalah ia akan jadi miskin.
|
Neraca berbatu intan.
|
Hukuman yang seadil-adilnya.
|
Neraca palingan Allah, mata palingan setan.
|
Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah.
|
Neraca palingan bungkal, hati palingan Tuhan.
|
Pendirian orang mudah berubah atau selalu berubah-ubah.
|
Neraca yang palingan, bungkal yang piawai.
|
Hakim yang sangat adil. (piawai = pandai, cakap.)
|
Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial).
|
Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.
|
Niat hati hendak memancing ikan, tak mahu membuang umpan.
|
Mahu mendapat keuntungan tetapi tidak mahu berugi.
|
Niat hati hendak memancing temenung, sudah terpancing ikan setoka.
|
Lain yang dihajati, lain yang diperoleh.
|
Niat hati nak getah bayan, sudah tergetah burung serindit.
|
Lain yang dihajati, lain yang diperoleh.
|
Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.
|
Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat.
|
Nibung bangsai bertaruk muda. (bangsai = rapuh dan buruk.)
|
Orang tua yang berlagak muda.
|
Nikah maharaja bumi (= Boma).
|
Nikah tanpa belanja.
|
Nyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.
|
Mendapat celaka kerana kesalahan orang lain. (pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.)
|
Nyamuk mati, gatal tak lepas.
|
Menaruh dendam kepada orang yang berbuat jahat, meskipun yang jahat itu sudah dihukum.
|
Nyawa bergantung di hujung kuku (= rambut).
|
Dalam keadaan yang sangat berbahaya.
|
Nyiur setandan tetapi berlain-lain jadinya.
|
Walaupun anak-anak itu daripada seibu sebapa tetapi tabiatnya jauh berbeza.
|