Perikardium merupakan kantung dwi-lapisan yang menyelaputi jantung dan akar pembuluh agung. Perikardium mengandungi sedikit cecair perikardial yang melincirkan pergerakan jantung dengan karung perikardial.

Lapisan sunting

Perikardium boleh dibahagikan kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium dan serous pericardium. Serous pericardium pula boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan.

Fibrous pericardium adalah lapisan terluar. Ia dibina daripada tisu penghubung. Ia berfungsi bagi melindungi jantung dan melekatkan jantung kepada struktur sekeliling.

Serous pericardium berfungsi merembeskan pelincir yang mengurangkan geseran pergerakan jantung semasa degupan. Ia terbahagi kepada dua lapisan:

  • Parietal serous pericardium (luar).
  • Visceral serous pericardium (dalam) atau dikenali sebagai epikardium.

Kedua-dua lapisan serous pericardium (iaitu parietal serous pericardium dan visceral serous pericardium) membentuk ruang yang dipanggil ruang perikardial. Cecair pelincir yang dirembeskan oleh kedua-dua lapisan ini dikenali sebagai cecair perikardial. Ruang perikardial mengandungi antara 15-50 ml cecair perikardial.