Perikatan Lapan Negara

Perikatan Lapan Negara (Cina Ringkas: 八国联军; Cina Tradisional: 八國聯軍; pinyin: bāgúo liánjūn) adalah satu perikatan yang dibuat oleh lapan buah negara yang terdiri daripada Austria-Hungary, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat yang mana angkatan tenteranya telah menyerang China sewaktu menumpaskan pemberontakan Boxer pada bulan Ogos 1900. Pasukan ini telah dihantar apabila Boxers menyerang dan membunuh orang Kristian Cina dan mubaligh luar di seluruh utara China, kemudian bertemu di Beijing dan mengepung diplomat luar dan orang awam yang mencari perlindungan di Bangunan Perwakilan Diplomatik. Selepas percubaan pertama mereka gagal, tentera Berikat akhirnya mengalahkan Boxers dan Tentera Darat Imperial China, dan kemudian menjarah ibu negara ini.

Kuasa-kuasa tentera semasa Pemberontakan Boxer, bersamadengan bendera tentera laut mereka, dari kiri ke kanan: (Naval ensign of Italy in 1900) Itali, (Flag of the United States in 1900) Amerika Syarikat, (Naval ensign of France) Perancis, (Naval flag of Austria Hungary in 1900) Austria-Hungary, (Naval flag of Japan) Jepun, Naval flag of the German Empire Jerman, (White Ensign of the United Kingdom) United Kingdom, (Naval jack of Russia) Rusia. cetakan Jepun, 1900.

Semasa akhir kempen, kerajaan imperial telah dipaksa untuk menandatangani Protokol Boxer 1901 yang tidak adil.[1]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Eight-Nation Alliance in Section 4". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-02. Dicapai pada 2009-09-07.