Perikatan Pembinaan dan Penyemaian Semangat Patriotik

Perikatan Pembinaan dan Penyemaian Semangat Patriotik (bahasa Inggeris: Alliance for Patriotic Reorientation and Construction, APRC) ialah sebuah parti politik di Gambia, diasaskan oleh pegawai tentera yang merampas kuasa pada 1994. Ia dibentuk pada 1996 bagi menyokong kempen ketua tentera Yahya Jammeh untuk pilihan raya 1996. Beliau menang pilihan raya tersebut dan kekal menjadi presiden.

Perikatan Pembinaan dan Penyemaian Semangat Patriotik
Alliance for Patriotic Reorientation and Construction
KetuaYahya Jammeh
Diasaskan1996
IdeologiKonservatisme
Autoritorianisme
Kedudukan politikPertengahan kanan
Kerusi di Perhimpunan Kebangsaan
(pilihan raya 2012)
43 / 48
Politik Gambia
Parti politik
Pilihan raya

Ketuanya Jammeh telah memenangi setiap pilihan raya presiden yang diadakan sehingga kini, kali terakhir pada November 2011. Beliau menjadi 470,550 undi atau 71.54 % undi popular.[1]

APRC juga kekal berkuasa dalam parlimen sejak ia ditubuhkan. Dalam pilihan raya terbaharu pada Mac 2012, APRC memenangi 43 daripada 48 kerusi yang dipertandingkan.[2]

Rujukan

sunting
  1. ^ Emily Bowers; Suwaibou Touray (25 November 2011). "Gambia's Jammeh Wins Fourth Term With 71% of Votes Cast". Bloomberg. Dicapai pada 26 Mac 2011.
  2. ^ Gambia ruling party sweeps controversial House election Diarkibkan 2016-12-01 di Wayback Machine Africa Review. 30 Mac 2012.