Buka menu utama
Formula untuk perimeter segi empat tepat.
Apabila diameter bulatan adalah 1, perimeternya ialah π, yang juga bersamaan dengan jauh satu pusingan lengkap bulatan.

Perimeter ialah ukuran panjang keliling sesuatu objek, kawasan, atau rajah (seperti segi empat sama, segi tiga, bulatan) [1]. Ia berasal dari perkataan Greek peri (keliling) dan meter (hitung). Perimeter boleh digunakan samada untuk laluan atau panjang – ia boleh dianggap sebagai panjang ukur lilit sesuatu bentuk. Perimeter untuk bulatan dipanggil lilitan.

Isi kandungan

PenggunaanSunting

Perimeter boleh diaplikasikan dalam banyak bidang, contohnya untuk mengira panjang pagar yang diperlukan untuk mengelilingi laman atau taman. Perimeter untuk satu roda (lilitannya) adalah bersamaan seberapa jauh ia membuat satu pusingan lengkap. Jadi, jumlah panjang tali untuk sesebuah gelendong (digunakan untuk mata kail, sauh kapal) adalah sangat berkait rapat dengan perimeter gelendong itu sendiri.

RumusSunting

bentuk rumus pemboleh ubah
bulatan   di mana   ialah radius.
segi tiga   di mana  ,   dan   adalah panjang sisi segi tiga.
segi empat sama   di mana   ialah panjang sisi
segi empat tepat   di mana   ialah panjang dan   ialah lebar
poligon sama sisi   di mana   ialah jumlah sisi dan   ialah panjang satu dari sisi-sisinya.
poligon biasa   di mana   ialah jumlah sisi dan   ialah jarak antara pusat poligon dan salah satu bucunya.
poligon umum   di mana   ialah panjang sisi ke-  (pertama, kedua, ketiga ... ke-n) bagi poligon bersisi n (jumlah sisi).

RujukanSunting

  1. ^ "Kamus Bahasa Melayu – Perimeter". Dewan Bahasa Dan Pustaka. Dicapai 2010-10-29. 

Lihat jugaSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.