Perisai Komuniti Singapura

Perisai Komuniti Singapura (Bahasa Inggeris: Singapore Community Shield) (juga dikenali sebagai Perisai Komuniti Great Eastern, Inggeris: Great Eastern Community Shield kerana sebab-sebab penajaan, serta sebagai Perisai Amal, Inggeris: Charity Shield) adalah perlawanan pembuka tirai bagi musim bola sepak di Singapura. Pertandingan ini mempertemukan antara juara musim Liga Perdana Singapura sebelum ini dan juara Piala Singapura. Dalam sesebuah keadaan apabila pasukan yang sama memenangi kedua-dua persaingan, maka ia dipertandingkan antara juara dan naib juara S.League.

Perisai Komuniti
Ditubuhkan2008; 16 tahun yang lalu (2008)
Kawasan Singapura
Jumlah pasukan2
Juara semasaHome United (gelaran pertama)
Kelab paling berjayaTampines Rovers
(4 gelaran)
Laman sesawangsleague.com
Perisai Amal Singapura 2019

Perisai Komuniti (yang dulu dikenali sebagai Perisai Amal) pertama kali dipertandingkan pada tahun 2008. Pada perlawanan perdana, Singapore Armed Forces mengalahkan Home United 5-4 menerusi sepakan penalti berikutan seri 1-1.

Home United FC adalah juara bertahan bagi pertandingan ini setelah mengalahkan bekas juara Albirex Niigata (S) 5-4 dalam penentuan penalti setelah seri 0-0 di edisi 2019.[1]

Keputusan sunting

Tahun Juara Naib juara Skor Nota
2008 Singapore Armed Forces Home United 1–1 (mt) (5–4 pen.)
2009 Pemain Asing S.League Pemain Tempatan S.League 2–0
2010 Singapore Armed Forces,
  AIK Solna
N/A 1–1 kejuaraan dikongsi[2]
2011 Tampines Rovers   Étoile FC 2–1
2012 Tampines Rovers Home United 2–0
2013 Tampines Rovers Warriors FC 2–1
2014 Tampines Rovers Home United 1–0
2015 Warriors FC Balestier Khalsa 1–0
2016   Albirex Niigata (S)   DPMM FC 3–2
2017   Albirex Niigata (S) Tampines Rovers 2–1
2018   Albirex Niigata (S) Tampines Rovers 2–1
2019 Home United   Albirex Niigata (S) 0-0 (mt) (5-4 pen.)

Prestasi kelab sunting

Kelab Juara Naib juara Tahun kemenangan
Tampines Rovers
4
2
2011, 2012, 2013, 2014
Warriors FC
3
1
2008, 2010 (dikongsi), 2015
  Albirex Niigata (S)
3
1
2016, 2017, 2018
  AIK Solna
1
0
2010 (dikongsi)
Pemain Asing S.League
1
0
2009
Home United
1
3
2019
Pemain Tempatan S.League
0
1
  Étoile FC
0
1
Balestier Khalsa
0
1
  DPMM FC
0
1

Lihat juga sunting

References sunting

  1. ^ "Singapore Premier League: After beating Albirex Niigata in Community Shield, Home United hope for more success". Fox Sports Asia. 2 Mac 2019. Dicapai pada 20 Januari 2020.
  2. ^ http://www.sleague.com/news-features/news/2015/february/three-facts-about-the-great-eastern-sg50-charity-shield/

Pautan luar sunting